Showing posts with label Life is Wonderful - They wrote about.... Show all posts
Showing posts with label Life is Wonderful - They wrote about.... Show all posts

Sunday, November 1, 2015

Inspirasi Pendakian Bukit Tabur

Assalamualaikum.... 

Ini ada story yang aku baca dari facebook Nur Maizan Nazmal.


--------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillah. Kisah hiking Bukit Tabur East pagi Jumaat 30 Oktober 2015 yang harmoni.
Al-kisah, kami naik bertiga. Yang cukup kudrat dan kemampuan. Perjalanan mengambil masa 45 minit untuk sampai ke atas.

Sampai je kat puncak, terjumpa geng sama UIA. Ketiga-tiganya lelaki. Tengah breakfast sambil berborak.

Aku perasan yang sorang ni tengah duduk, ada lebihan jeans meleret atas tanah.
Kaki dia. Kaki dia takde. Dan aku kenal dia. Kenal as in familiarlah mukanya. Selalu jumpa kat centre UIA dengan wheelchair. Nama dia Adam.

Masa tu rasa amazing. Aku tadi hike sikit dah tercungap-cungap. Yelah takde fitness macam orang lain kan. Pancit macam apa. Berhenti banyak kali. Tapi Alhamdulillah sampai jugak kat atas tu.
Tapi macam mana Adam ni boleh sampai atas?

Masa tu dah memang rasa Subhanallah dah. Ya Allah. Kental gila mamat ni.

Balik UIA, member yang naik sekali share cerita. As dia terdengar conversations among them sebab dia sampai puncak dulu tadi.

Adam bersuara;

"Terima kasih korang sebab sudi bawak aku naik bukit ni."

Kawan lagi satu membalas,

"Takde masalah lah. Tak kiralah dengan apa cara pun kau usaha nak naik bukit ni, tapi yang penting sekarang kau dah ada kat puncak ni, kau ada determination."

Kawan share lagi, dia tak boleh jalan seperti seorang yg normal. Cukup dengan menggunakan lutut untuk bergerak. Dan dia sampai jugak ke puncak bukit walaupun perlu daki ikut laluan yang curam. Bagi seorang yang normal, nak sampai ke puncak ambil masa 30-45 minit. Tapi diorang ambil masa 2 jam.

Dua orang kawan dia memang sangat supportive, sanggup daki slow semata-mata nak bawa sahabat diorang ke puncak macam orang normal boleh buat. Nak bagi sahabat diorang rasa perasaan bila tengok nature.

Lepas tu tadi, kawan lagi sorang share gambar ni kat group. Dari member dia yang bawak Adam ni naik Tabur tadi, Satrio.

Mata bergenang dah. Malas nak cakap banyak. Perempuan ni memang emo. Time tengok tu memang nak nanges dah. Tapi tahan jelah sebab nak makan tadi. Eh.

Aku cukup kaki tangan tu pun asyik mengadu penat, stress bagai. Adam ni tak sempurna fizikal tapi hati dia sempurna dah bagi aku. Kentalnya Ya Rabbi! Aku bangga dengan dia.

Mungkin bagi orang lain biasalah kan. Well, semua orang mampu buat sebenarnya. Nak taknak je. Semangat atau tak je.


Tapi senario ni luar biasanya adalah kisah seorang manusia yang luar biasa. Senario yang boleh balikkan kita semua semula pada Dia.


Kisah yang mana boleh buka mata hati kita untuk jadi hamba yang bersyukur.
Kisah yang mana mampu turunkan ego kita sebagai manusia.
Kisah yang mana bisa memberi pengajaran buat kita melalui insan lain.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah mampu kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)
Muhasabah untuk diri sendiri


-------------------------------------------------------------------


Kesimpulannya, apalagi alasan kita yang mampu kita ujarkan jika dibandingkan dengan saudara Adam ini (atau nama facebook beliau; Hasrullah Azrulkhan). Tahniah juga kepada sahabat2 beliau yang sudi memberi sokongan dan bantuan (Muhammad Satrio Banyubiru & Nazri Nasir). Alhamdulillah.... menitis jugak air jernih dari mata aku, membaca coretan mereka.

***Ni yang buat semangat aku berkobar2 nak daki gunung balik ni...

Tuesday, October 30, 2012

Kukus Grill Panggang

Assalamualaikum..........


hoh sempat lagi ni nak update blog. Nak story sikit jaaaa. Korang layan Masterchef Malaysia tak? Aku baru jer nak layan hahahaha Dulu time season pertama aku tak tengok langsung pun. Masterchef Celebrity jer aku ada tengok, tu pun dah sekerat jalan so abaikan. Season kedua ni plak aku tengok, cuma terlepas 2 episod penyingkiran. Aku ni takdelah tercongok depan tv (ada ke word tuh??) setiap malam semata2 nak tengok Masterchef ni. kadang2 tengok ulangan je pun. Part yang paling selalu aku skip Kuliah Master hahaha macam boring jer lalalalala Part yang aku taknak miss plak, Pusingan Penyingkiran (semata2 nak tengok sapa yang keluar).

Eh korang tau ker peserta2 masterchef ni? aku tau nama jer pun hahaha Tapi yang aku perasan, boleh tahan puaka mulut depa ni yer, ker nak publisiti jerrrrrrrr...


Kalau korang ada favorite kontestan (ikut suka je spelling kannn), aku pun ada. Aku pilih bukan sebab skill masakan depa, tapi sebab penampilan dan pembawakan diri depa kat Masterchef. Aku nak komen pasala makanan depa aku bukannya chef. Aku support 4 orang ni:

Etiqa - Cantik woaaa hehehe (xtau apa kaitan)

Nina - Baik2 orangnyer, murah dengan senyuman.

Ah Hong - Sebab dia orang negeri aku lalalalalala

Adly - Ni pun baik2 je orangnya, low profile jer

Antara yang aku kureng berkenaan sikit (takyah letak gambar ek malas :p):
Atiqah - Makin lama kat Masterchef makin pelik plak fesyen minah ni, & paling aku tak minat time episod dia terkeluar tuh, perlu laaaa nak mention nama Ammar? lucu plak.
Dean - Boleh tahan mulut dia ni kalau ngutuk orang (macam sumthing fishy je aku nengok dia ngan Nora huhu)
Joharis - Bila bercakap dengan kamera, ayo mulut... lepas aja... harus diingat anda ditonton seisi Malaysia ya.
Che Lah - Walaupun dia ni funny sikit, tapi kadang2 over tau
Azni -  Tak macam strong competitor jer, tapi always selamat. Tengoklah time Cabaran Sajian Luar, ayo tengok sendiri ler...
Ismail - Cikgu ni pun leh tahan jugak lucu, kalo dia masak je, mesti nak lebih2 menu.
Rosemah - Ada part makcik bossy sangat tau, dia je yang betol.
Fizuan - Ni pun boleh tahan kalo ngutuk, sabo je la
yang lain tu biasa2 je la

List peserta terkeluar:
1. Addy (tak tengok)
2. Akem (tak tengok jugek)
3. Shahida (tengok tapi lupa episod masak apa)
4. Ikha (tak tengok)
5. Along (keluar time masak bubur, sedih jugaklah tengok dia keluar)
6. Atiqah (episod ni paling menyampah opsss)
7. Telson (kontroversi sebab Telson jadi ketua time tu, last2 terkeluar)
8. Hafiz (tak tengok, aku tau dari update kat FB jer)
9. Joharis (menu dia tak cukup masak, sedih giler mamat ni tapi dia pun macam dah agak dia akan terkeluar)
10. Ilaika (kesian sebab oven dia rosak, tapi dia keluar sebab lari dari tema)
11. Adly (WHAT!!!!!!!!!!!!!! sory makcik Ros, saya blame kat awak ye.. giler sedih episod penyingkiran kali ni, Cikgu Ismail teresak2 menangis, sampai terbawa2 moody ke episod seterusnya)
12. Rosemah (terkeluar, mungkin sebab minggu lepas lalalalala)

So yang lain teruskan perjuangan Go Go Go NINA, ETIQA & AH HONG!!!


**pandangan aku jer, tak yah nak percaya sangat lalalalala

Friday, September 14, 2012

Weird Fruit Craving

Assalamualaikum...

Aku nak abaikan post yang lain sebab benda ni. hehe Sebenarnya aku carik benda lain, tapi terpandang pulak benda2 ni. Macam menarik je. tapi dari dulu lagi memang dah glemer seni mengukir buah ni. Paling favorite orang ukir kat buah tembikai.

Ada yang simple, ada yang OOOOOOSOMEEEEEE! dan ada yang scary (sampai aku rasa takkan makan lah buah tu). meh kita tengok sesama meh:
Nice kan! (nanti aku nak try buat gambar KLCC plak)



erkkk

simple tapi menarik, penat aku buat tau

dari buah betik

yang naga tu... YUKSSSSSSSSSSS

jom marathon

so sweettttttt


yang ni betol2 aku nak try makan

memang takkan aku makan dah buah ni, scary siot

yang ni depa tak ukir guna pisau, guna gigi je haha

kalah crocs

erkkk macam pelik je


ni pun scary

hahaha



*Jom buat!!! ;p

Wednesday, July 25, 2012

Merdeka

Salam Pagi Ramadhan...

Tergerak pulak aku nak menaip pagi ni, bila aku baca twitter kawan aku ni pasal logo merdeka untuk Malaysia taun ni... (dah tu takkan nak story pasal merdeka negara orang plak)... Bulan merdeka tak masuk lagi, tapi tak kisah lerrrr aku nak story jugak

Bila aku google image kan logo merdeka dekat tenet ni... maka banyak ler blog yang aku walking kan (mampooos aku punya bahasa tak merdeka2 lagi)... dan aku jumpa logo seperti yang di bawah ini. dan apa yang aku dapat rasakan??? hmmm si pembuat logo, maaf ye jika pandangan dari saya buat awak tersinggung yer, awak mungkin sudah mencuba sehabis baik yer.... tapi yang approve ni sapa ek?


Cuba bandingkan logo2 merdeka yang sebelum ini, pasti nampak perbezaannya. Pengertian logo itu sendiri adalah lambang ataupun simbol, tapi logo yang kita lihat ini lebih kepada perkataan (mengapa tak dieja penuh je 'kemerdekaan' kat logo tuh??). Adakah negara kita ketandusan idea untuk logo yang lebih kreatif?? ada berapa juta rakyat Malaysia boleh menghasilkan logo2 yang menarik.


Biar logo itu simple dan menarik. tak perlu banyak sangat element perkataan. dan aku bukan lah menyokong sebelah pihak sahaja jika aku mengiakan pendapat logo ini berunsurkan 'politik' ('Janji Ditepati' - Arwah mak saya pesan, kalo kita buat baik, jangan duk hu-ha kat orang, diam2 sudeyh biar ikhlas bantu naaaa). Cuba lihat dari aspek yang tidak kompleks, biar semua orang faham dengan maksud logo yang simple dan tidak terlalu exaggerate.

Akhir kata, maaf sekali lagi kepada pencipta logo tersebut. Saya yakin di Malaysia masih punya idea2 yang segar dalam menzahirkan kemerdekaan 55 tahun ke dalam bentuk logo.


p/s: setuju dengan pendapat mrjocko, kalo ada perarakan cam mana nak buat formasi ni??? aduyaiiiiiiiiii

Sunday, July 22, 2012

Rohingya Muslim Di Myanmar

Assalamualaikum...

Mungkin aku terlambat tahu akan berita ini, memang khilaf aku sebagai manusia biasa. Namun tidak terlambat untuk aku memanjat doa kepada Allah untu memelihara saudara Islam ku di Myanmar.

Saudara2 ku ini ditindas telah sekian lama oleh fanatik budhist di sana. Sudah terlalu ramai yang menjadi mangsa kekejaman puak fanatik ini. Malah terlalu lama perkara ini berleluasa. Mana perginya badan2 yg bertanggungjawab ke atas kekejaman ini?


Menatap gambar jenazah pun aku tidak sanggup apatah untuk mengupload nya di ruangan ini. Aku tak punya daya untuk berjuang di san. Aku hanya mampu berdoa dari sini dan menyampaikan pada kalian (yg membaca blog aku ni) untuk turut sama menadah doa kepadaNYA, agar dipermudahkan hidup saudara Islam kita di Myanmar.

Di sini aku sertakan link2 mengenai berita saudra kita:

UNO, OIC asked to act against Burmese Muslims’ genocide
Repression of Myanmar Muslims amid Media Blackout
Iran urges UN to stop massacre of Muslims in Myanmar
IKhwan Muslimin Dan Mufti Mesir Seru Umat Islam Lindungi Muslim Myanmar

**daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).

Thursday, July 19, 2012

Blues

Assalamualaikum.... 

Bump into this one profile and found this.... creative eh tapi mata duitan wakakakakaka



___________________$$$$$$$$$$$
__________________$$$$$$$$$$$$$$
_________$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
_____$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
____$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
___$$$_$$_$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
__$$$$$_$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
__$$$_$$_$$$$$$$$$$$$$$$$$_$$$
__$$$_$$_$$$$$$$$___________$$$$
_$$$$$_$$$$$$$$$$$___________$$$
_$$$_$$_$$$$$$$$$$
_$$$_$$_$$$$$$$$$$
_$$$_$$_$$$$$$$$$$$
$_$$$$$$__$$$$$$$$$
$_$$$$$$___$$$$$$$$
_$$$$$$$$$__$$$$$$$
$_$$$$$$$$___$$$$$$
$$_$$$$$$$$___$$$$$
$$$_$$$$$$$$__$$$$$$
_$$$_$$$$$$$$$_$$$$$
$$$$$ __$$$$$$$$_$$$$
$$$$$$$ __$$$$$$$$$__$
$_$_$$$$$__$$$$$$$$$_$$$$
$$$__$$$$$__$$_$$$$$$$_$$$$
$$$$$$_$$__$$$$$$$$$$$$$$$
_$$$$$$$__$$$$$$$$$$$$$$$$
__$$$$$__$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$__$$$__$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$____$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$____$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$__________$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$____________$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$______________$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$_______________$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$_______________$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$____________$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
__________$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
_$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$_$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$__$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$__$$$$$$$$$$$$$____$$$$$$$$$$
_$$$__$$_$$________$$$$$$$$$$$
_$$$_$$_____________$$$$$$$$$$
_$$_$$______________$$$$$$$$$$
___$$________________$$$$$$$$$$
_$$$$________________$$$$$$$$$$
__$$$_________________$$$$$$$$$
$_____________________$$$$$$$$$
$____________________$$$$$$$$$$
$____________________$$$$$$$$$$$
$____________________$$$$$$$$$__$$$$$
$___________________$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$____________________$$$$$__$$$$$$$$§$ 

Thursday, December 22, 2011

Duit Baru Wei


Yuhuuuuuu (eh silap) Assalamualaikum…

Pagi2 ni rajin plak aku pergi ke dapur… goring cucur plak tuh… (sebenarnya lapar bangat!!!) but then aku bukan nak cerita pasal cucur so xde la gambar cucur tuh. Dah abis makan pun, xyah mintak hahaha

Semalam kat facebook aku, ramai jugak yang post pasal duit kertas baru. 2012 nanti kita dah boleh guna, patternnya macam duit rm50 yang paling latest. Tapi sekali imbas dah macam duit saidina pun ada huhu


Glemer akak ni bergambo ngn duit baru

Duit syiling pun ada baru jugak. Menarik design cuma sebelah tu aku kurang faham motif coraknya (konsep bunga aku paham ler). Kalau mentenkan gambar khazanah Malaysia kan menarik. Contohnya, wau, gasing, congkak & tepak sirih. Hurmmm pape je lah


Nah, syiling untuk korang

Oh ya sumber2 ni aku dapat dari blog Fitri Hadi

p/s: teringat time duit RM50 baru keluar, macam2 hal berlaku


Tuesday, December 20, 2011

Nak Update Post


Assalamualaikum....


Berderet benda aku nak share lepas aku baca blog, artikel kat facebook. aduyai, banyak sangat ker masalah kat dunia ni, eh maksud aku kat Malaysia ni sampai isu2 yang lebih penting diketepikan bagi menaikkan iklan sampingan?

For sure aku takkan bercerita pasal kes budak turunkan bendera, takkan jugak pasal video youtube rasa xpuas hati sang panglima. Cuma aku tertarik jugak isi kandungan setiap isu. Bukan kerana tajuk, tapi komen2 yang dilontarkan. Jika dibaca dan diteliti, ada benar pada pihak tertentu (masih tidak mahu memihak sapa). Pendapat aku senang jer;


Mana yang baik kita


Mana yang buruk kita




Daripada aku terjebak dalam masalah2 yang mampu membelitkan otak aku, baik aku cari idea nak post kat blog aku ni. cerita pasal diri sendiri Sudeyhhhhh. Tak perlu risau apa2, orang nak baca ke tidak itu perkara kedua. yang aku tau aku update blog hahahahahaa






p/s: idea oo idea datanglah kau!!! (Epal sabar ya, entri pasal kamu belom lagi)

Thursday, December 15, 2011

iPhone 4s


Okeyh, ari tuh aku dah share pasal Samsung ngan Blackberry. (korang xtahu??? Check balik kat sini). So kali ni pasal I-Phone pulak.

Banyak sangat deal IPhone ni sampai aku pun xtahu nak pilih yang mana satu. Tapi pengalaman aku, kalo ada phone baru ni, orang sanggup beratur panjang. Katakanlah kul 12 tengahari depa start jual phone, pagi2 lagi orang dh bersusun wok. Gila hebat!!

Nah info pasal I Phone 4s:



It’s faster, it’s sharper, it’s better. The iPhone 4s is now here - Kick off your coming new year with the latest addition in the iPhone series, the iPhone 4s.

Maxis is bringing you the iPhone 4s, which comes complete with a whole pack of revolutionary new features. From the much talked about Siri, to a dual-core A5 processor and all-new 8MP optics, your Maxis iPhone 4s will be the most powerful and enjoyable gadget yet.

Already tied up to another plan? No worries, because Maxis allows contract extension for your current Maxis plans. So what are you waiting for, with their iValue plans, Maxis is the one to go for! Click Here

Ok untuk promotion lain kat bawah ni aku bagi link2 berkaitan:

Can’t stop thinking about iPhone 4S? Choose an iValue plan and go for it!


p/s: orang kata sharing itu caring hehehe

Tuesday, December 13, 2011

Samsung Galaxy & Blackberry Plan


Rajin plak aku nak promot neyh. bagi yang minat pakai Samsung & Blackberry, ni aku ada baca info & share kat korang. Details? read further from the links given :)

Mula2 pasal Galaxy.... :)


Looking for mobility and connectivity on-the-go without burning holes in your pocket? Look no more, designed for the fast and furious, the Galaxy W serves with 1.4GHz processor and a spacious 3.7” touch screen. With this impressive gadget in your hand, you’ll be gaming, video-viewing and web-browsing at every corner! And hey, it’s built with mammoth memory of 4GB! Now, do you want one? click here <----

Next pasal Blackberry plan plak:

Tune Talk has lowered its low monthly rate of RM 28 to RM 18 for its prepaid Blackberry Internet Service (BIS) plan! Subscribe now! <----

Sunday, December 11, 2011

Bell Nuntita


Eh rajin plak aku nak update sampai 2 posts ni. Okeyh berbalik kita pada topic yang aku nak share. Bell Nuntita. Sapa tuh?? Mesti ada yang tak kenal kan? Aku pun dapat tau dari mana ntah. So rajin ni nak cari info pasal dia.

Lahir tahun 1983 dengan nama Nuntrita Khampriranon, bukan wanita ya, tapi transgender (perghh sopan tak bahasa aku). Mula glemer bila dia join audition Thailand’s Got Talent. Bakat yang dia ada bersuara Soprano (female voice) dan Baritone (as a male). Gila TAK?!!!!

The thing is, he managed to deceived the judges plus the audience that SHE was a MALE. Hahahaha tapi xheran sangat, sebab kat Thailand, memang ramai transgender yang serupa abis cam perempuan (hard to identify kata omputeh). Nah, aku sertakan video dia kat bawah ni… (click kat link <-- direct kat youtube)

Nak info pasal dia??? Nah amik kat sini… nak buat appointment ngan dia?? Gi kat sini plak keh3

p/s: Jangan pas ni ada plak Malaysian buat mendalah ni okeyh!

Ombak Rindu

Assalamualaikum…

Ya, mungkin aku telah bertindak kejam. Tapi inilah hakikatnya, aku mau skip story hahaha sebab ini kisah paling latest! Aku dah tengok


Ombak Rindu!

Hoyeah!!!! Mana x happy, dari awal aku tengok trailer dia dulu aku dh excited. Walaupun pada mulanya macam xyakin sangat Maya Karin mampu bawak watak Izzah. Tapi seminggu tayangan beribu riban komen positif aku dengar (exaggerate sangat). Memang kecewa sangat bila time nak beli tiket tuh asyik sold out jer. Darn!! Ingatkan dah seminggu, oklah kot tapi masih Box Office! Semalam aku tengok midnight, Kul 10 tepacak pergi beli tiket (tu pun tinggal 3 baris hadapan jer lagi… ayarkkk). Xper, janji tengok.

Komen aku pulak; jalan cerita aku xleh nak komen sebab aku sedia maklum (dah baca novel pun). Garapan filem tu memang menarik, Thanks to Aaron sebab pandai pegang watak Haris (very touching). Mula2 aku pelik nape ada org bagi 3.5 bintang jer (out of 5 stars) untuk filem ni, padahal melambak orang puji. Bila aku sendiri dah tengok, baru aku tau sebabnya. Bagi yang dah baca novel ni, depa mesti rasa ‘nak lebih lagi’. Bagi aku pulak, kalo takat camtuh pun kok dah. Nanti, kalo lebih2 lari sangat jalan cerita. Aku bagi EMPAT bintang yer.

So bagi yang belum tengok tuh, silakanlah tengok. Jangan percaya ulasan aku ni, saksikan sendiri hehehe Bila lagi nak tengok filem melayu kat panggung? *first time aku dengar orang tepuk tangan dalam panggung lepas movie abis... SALUTE!!!

Untuk synopsis cerita sila lawat link wiki yer…

p/s: Part yang aku xleh tahan sebak, time Haris berbicara ngan Izzah kat bilik waktu doa selamat Pak Dollah ngn Mak Jah

Friday, December 9, 2011

Tulisan Fancy


Assalamualaikum…

Update simple jer kali ni. Saja nak inform aku jumpa satu website ni yang provide various font type. So layan je lah.

Boleh berangan nak tulis ala- ala ninja.

Jadi orang korea pun boleh dah sekarang

Tulisan ala-ala pizza hut pun boleh ;p

Ha tang ni aku tak tau, jepun ke cina hehehe

Nk try moh lah ker link ini yer

P/s: some of the font a bit irritating, so jgn lah nk donlod semua yer hehehe

Sunday, November 20, 2011

Berpada-pada Ketika Dating





Aku ni suka gak beli magazine

Maskulin.

Aku tertarik dengan beberapa artikel yang ada dalam majalah tersebut. Kali ni aku nak share pasal satu to pic yang Maskulin bincangkan which is totally agreeable. Hahahaha Bila korang dating kan, pernah tak korang buat benda2 macam ni. Kalau ada, please lah ubah ye…

1. Berjalan Terlalu Perlahan Di Kawasan Hot Spot

- benda lah yang aku xsuka sangat dengan pasangan2 ni, berjalan kat tempat awam macam dunia ni dorang je yang punya. Dengan lenggang lenggoknya, hayun tangannya. Adeh, tolonglah ingat ada orang lain yang tengah rushing ker. Korang bukannya Miss Universe yer.


2. Memakai Pakaian Serupa


- OK, jadi nak bagitahu semua orang yang korang ni kapel lah ye. Baju nak sama kaler, kalau boleh nak sedondon habis. Kalau pakai uniform tu aku boleh terima la, ni dengan t-shirt sama kaler pink? Aduyai pleasela… kalau baru nak bercinta tuh, xyah la bagitau seantero dunia korang kapel.

3. Mesra Tahap Maksima

- Yang ni paling aku tak boleh terima, duk cium2 tangan lah… cubit pipi, cubit idung. Aduh, geli dowh. Perlu ke nak bagitau korang adalah pasangan paling bahagia dalam dunia???

4. Anda Tidak Perlu Terlalu ‘Gentleman’

- Ini untuk lelaki ye, perlu ke korang nak galas beg girlfriend korang? Berat sangat ker? Kalau setakat pegang sebab awek gi toilet, oklah kan. Tapi ni sepanjang proses dating tuh, BF dia je duk membawaknye. Apa guna beli beg cantik2, mahal2 tapi suruh BF yang pegang? (by the way, FLY FM ada discuss topic ni, rugi sapa2 xdengar) hehehehe

5. Panggilan Manja Yang Kurang Menyenangkan

- “Bee….” “apa yunk…..” bluwekkkkk hahaha agak2lah wei. Kalau between korang jer ok kot, tapi kalau kat public pun korang nk manja lebih2 camni, bersepahla muntah orang :p

6. Gaduh Mengalahkan Pasangan Bercerai

- Bila bercinta bagai nak rak, tapi bila gaduh…. Lagi teruk dari pasangan yang dah kahwin. Malu la wei orang tengok. Kat kedai makan pun leh nak gado, hilang rasa malu dah. Bab merajuk xyah cerita la kot, buruk bebeno


Jadi??? Pernahkah anda???? Fikir2kanlah… anda boleh kata “apa korang nak sibuk, hal kita orang, xyahlah nak busybody”… tapi anda harus ingat, kita berkongsi satu BUMI… tolong jangan buat pencemaran mata dan telinga yer….


Sekian…….. (^_^)v

***Gambar dari encek Google yer

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe