TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Friday, June 29, 2012

Ini Keluarga Besar Saya Di Kuala Lumpur

Assalamulaikum..... 


Bermula perkenalan sya dengan mereka adalah angkara encik Digun. Saya menegur Encik Digun untuk bertanyakan pasal aktiviti Bola tampar (tidak lebih dari pada itu) setelah beberapa bulan chatting di yahoo messenger, akhirnya saya decide untuk bola tampar di Tasik Titiwangsa (ok mula2 ingat dekat Tasik Permaisuri hahaha) pada Oktober 2009. Hanya kenal dengan Saudara Zin sahaja ye, tak knal langsung dengan ahli2 lain. Dua orang pertama yang menegur time aku jejak kaki ke court itu adalah Encik Fifi dan Mamalarn (seperti baru semalam plak ye). Sememangnya rasa nebes itu sangat kuat sebab saya tidak kenal anda semua dan ditambah dengan pakej tidak reti bermain (Tuhan saja yang tahu).

Mula2 saya hanya turun pada sesi hari ahad, sebab mudah untuk saya access public transport. Setelah mengusha bas dari titiwangsa ke rumah (masa tu masih duduk wangsa maju/ Taman Melati), Saya pun memberanikan diri untuk turun pada sesi hari rabu. Saya pula mendapat suggestion dar Cik Eina,jika mahu improve, cuba untuk turun sesi Urban (Selasa dan Jumaat) tapi saya belom kuat :). Kali pertama saya turun sesi Urban adalah bulan Puasa tahun 2010 atas pelawaan Encik Amir. Sumpah memang terketar lutut bermain dengan Urban (dalam hati bukan ada taman, tapi ada Gua Gomantong).

Mula2 saya ingat group ni hanya bermain bola tampar, tapi Mamalarn tell me other activity organize by this Group. dan Mamalarn lah mengajak saya join Dinner pada 2010 dan diyakinkan oleh Cik Eina (if I'm not mistaken, saya orang terakhir memenuhi seat untuk Dinner). Beruntungnya saya keran saya telah menang Lucky Draw (walaupun bukan menang motor, tapi saya tetap gembira sebab saya menang Voucher Penginapan di Impiana Cherating).

Saya juga diberitahu bahawa group ini jugak ada menganjurkan Boling. Pertama kali saya join, bowling diadakan di Ampang Point. Dengan penuh kegigihan saya naik bas ke sana dari arah Wangsa maju. dan balik pulak dihantar oleh Encik Ezzul dan Encik As. Saya ini tidaklah punya bakat bermain Boling tapi saya ingat satu gelaran pada saya; Bola Suci dari Encik Zarul (akan saya ingat sampai bila2 :)

Saya jugak pernah diajak untuk pergi Picnic bersama group ini. dan trip pertama saya join ada ke Sungai Chilling (masa tu saya menumpang kenderaan Encik Wan Fairuz sekali dengan Mamalarn dan Fazirul). Seterusnya trip ke Sungai Pisang, Sungai Kedondong dan Bagan Lalang. Seronok sangat keran saya memang pencinta alam (bukan propa yer). Yang seronoknya bila juadah yang dibawak bukan seperti pergi piknik tetapi seperti di kenduri kesyukuran (sangat meriah).

Menambah pengalaman dalam sukan bola tampar bila diajak untuk menyertai pertandingan. Internal League VB for YM and Urban. Mula2 cuak, sebab paham akan kondisi kemahiran diri, namun mendapat suntikan semangat untuk mencuba. Alhamdulillah berjaya mengharungi League yang pertama pada tahun 2010 menganggotai pasukan Gucci (Encik Izrie, Encik Fathi, Encik Ijat, Encik Ijat, Encik Nazim, Encik Hafiz) dan dapat kedudukan keempat keseluruhan. Tahun Kedua join bersama pasukan Lamborgini (AbangIkan, Encik Yaya, Encik Fizi, Encik As, Encik Is, Encik Izrie & Encik Fauzi) tempat keempat Divisyen 1. Tahun Ketiga bersama team Bvlgari (Encik Eiz, Mak Jemah, Encik Fifi, Encik Syihan, Encik Iman, Encik Hussin) Johan Divisyen 2.

Terlalu banyak pengalaman, ilmu yang telah diberikan oleh group ini kepada saya seperti yang di atas dan juga Tennis (bersama Abe Joe, Encik Zarul, Mummy Sally, Encik Awe, Encik Alem, Encik Nas, Encik Fifi etc). Percubaan Squash dari Abe Shak, Encik Mus, Mamalarn. Badminton jugak ada dan meriah seisi dewan Badminton. Maka dengan itu saya mengucapkan terima kasih atas segalanya.

Makaseh kamek ucapkan untuk kitak:

- Encik Digun kerana sudi mengajak kamek join bola tampar.

- Encik Fifi kerana menerima kehadiran kamek tanpa rasa terasing pada hari pertama jejak kaki ke court.

- Mamalarn orang pertama berborak di luar gelanggang hari pertama.

- Encik AFJ kerana mengajak turun sesi Urban Spiker

- Encik Shah Razmir orang pertama yang memberi keyakinan untuk kamek Blocking & Spiking.

- Encik AFJ mengajar untuk digging dulu sementara tunggu permainan bermula & digging supaya bola static naik.

- Cik Eina mengajar teknik serve yang xpernah kamek tahu.

- Encik Zarul mengajar placing yang betol masa nak receive bola dari spiker.

- Abe Joe memotivasi untuk jadi seorang receiver yang sangat gigih.

- AbangIkan pernah memberi peluang untuk kamek belajar membuat Shot (xmampu hehe).

- Encik Eiz & Kak Yus mengajar untuk alert bola2 selingkuh dan covering.

- Encik Izri memberi kerpecayaan bahawa kamek boleh receive bola dan mampu memberi bola 1 yang bagus.

- Mak Jemah sentiasa menaikkan semangat kamek sepanjang game, xpernah luntur semangat untuk carry on.

- Encik Awe yakin kamek boleh spike bola (walaupun kedudukan bola dekat dengan net) hehe.

- Encik AFJ & Encik Shah Razmir pesan supaya spike diagonal sebab bola kamek macam belon kata Missy Azhar.

- Abe Shak kerana sudi mengundang kamek ke pertandingan bola tampar Open UiTM.

- Encik Digun sebab sudi mengambil kamek untuk Volleyball Open UiTM.

- Encik Eiz, Encik Digun, Akka Nori, Cik Eina, Encik Wan Fairuz, Encik As, Abe Joe, Encik Naim, Abe Shak, Encik Ezzul, Encik Zin, Encik Khenny, Encik Steve, Encik Remy, Dr Shah, Dr Jimmy, Encik Ciko & Encik Miraz, Encik Izack, Encik Shah Razmir, Encik Ezran, Encik Haikal Izman, Cik Sarah, Encik Fauzi kerana sudi menumpangkan kamek naik kenderaan kita semua (ada nama tertinggal, memory xkuat).

- Encik Eiz, Kak Yus, Akka Nori, Encik Fahmi, Misyy Azhar, Cik Neney, Mummy Sally, Abe Joe, Encik Zarul, Encik AFJ, AbangIkan, Abe Shak, Mamalarn, Encik Naim, Cik Eina kerana sudi jemput Open House raya dan birthday party (maaf kalo ada yang tertinggal).

- dan terima kasih untuk semua yang mengenali diri kamek (terlalu banyak sehingga tak mampu nak type kat sini).

Keprgian saya ke kampung adalah atas permintaan Ayahanda tercinta, kerana rindu pada anaknya. Saya agak berat melepaskan Kuala Lumpur kerana anda semua keluarga terbesar saya di Kuala Lumpur dan satu2nya saudara yang saya ada di semenanjung (saya xde saudara langsung di semenanjung selain dari adik saya sendiri Mohd Rahman Kassim). Sesungguhnya saya amat menghormati kalian sebagai saudara kandung dan saya pasti merindui anda semua. Doakan kejayaan saya di kampung halaman.

**Minta maaf jika saya ada terkasar bahasa, tersinggung hati, tak reti nak improve dalam sukan huhu (sori slow-learner here). Halalkan makan minum. dan selamat hari raya. InsyaAllah ada rezki berjumpa lagi. Salam Jumaat.

Yang Benar,

Anak paling Bongsu dalam Keluarga YM ;p

Monday, June 25, 2012

Internal League 2012 [Volleyball]

Assalamualaikum..........

Just nak buat short entry dan bergambar. Maklumlah lama tak update, xreti dah mengarang. Kali ni aku nak bercerita pasal tournament bola tampar yang aku sertai baru2 ni. Ini merupakan siri ketiga aku join dan kali ni bertempat di Klang.

Jam 5.30 pagi aku dah keluar dari rumah (bersama Man dan Syuk). Aku naik bas kira2 jam 6 pagi dan sampai stesen komuter Kepong Sentral jam 6.20 pagi.  Komuter bergerak jaam 6.37pagi (ye ye je 37 minit hahaha) dan sampai KL Sentral jam 7. 5 minit kemudian komuter menuju bandar diraja. Sampai Klang jam 8 pagi. Terus naik teksi ke Dewan MPK. Seterusnya gambar bercerita.

Divisyen 1

Johan - Team Lolita Lempicka

Naib Johan - Team Britney Spears

Ketiga - Team Paco Rabanne

Keempat - Team Kenzo

Divisyen 2

Johan - Team Bvlgari

Naib Johan - Team CK

Ketiga - Spike Club

Keempat - MMU Team

ViSiT ViA Da LiNe