Friday, September 19, 2014

I Love You Till Jannah

Assalamualaikum....

Just a short story before I go to sleep. Please read ya (matila begging).

18 September merupakan hari jadi seorang yang paling aku sayangi kat dunia ni. She the one and only. No one can ever replace her in my heart. Serius dari lubuk hati ku yang paling dalam tau. (melebihi 200% yerrr).

Although I always teased you but deep inside I want to see your smiles, Everyday. I mean it!! (tetiba emo dah kenapa???) hahahaha aku dah apahal duk speaking jer dari tadi. choyy sangat.

So walaupun lambat aku sempat menyiapkan birthday cake untuk dia. Walaupun tak cantik tapi aku tahu aku memang berbakat (riak lak pulak!!! gilerrr). Tak mampu nak bagi hadiah mahal2, cukup ler air tangan aku ni.


Saya sayang awak sampai kiamat tau, Awak mesti tau kan we will always be hero and sidekicks. I'll be your mafia, you'll be my yakuza. Muahhhhhhhhhh


Wednesday, September 10, 2014

Ku Harap Syurga Tempatmu

Jika ditakdirkan satu hari nanti aku kan pergi buat selama2nya. Mohon jangan ditanya apa sakitku, cukup sekadar kiriman doa dan Al-Fatihah untuk bekalku.


Aku rasa amat kaget apabila aku pulang dari kerja dan terus membuka laman Facebook ku. Seorang kenalan ku telah pergi menghadap Ilahi. Aku ternyata merasa sedih yang teramat, ibarat sebelah jiwaku dibawa pergi bersamanya. Arwah tidaklah ku kenali dengan begitu rapat namun jauh dilubuk hatiku, aku tahu arwah seorang yang sangat baik orangnya semasa hayat di muka bumi. Tiada secebis kenangan pahit yang mampu aku ingat mengenai arwah. Semua tentang arwah adalah kebaikan. (Ku harap jika aku pergi nanti biarlah kebaikan yang dikenang).

Sesungguhnya aku hanya kenali arwah melalui laman maya ini, tak penah bersua muka. Tidak punya rezeki untuk kami dipertemukan untuk berkongsi kenangan. Jika begini pilunya apa yang aku rasa, apatah lagi perasaan insan yang mengenali arwah dengan lebih rapat. Pasti satu kehilangan yang amat besar untuk mereka. Entah kenapa aku merasa begitu dekat dengan perasaan itu.

Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada insan2 yang menyayangi arwah sebagaimana kasih sayang yang pernah arwah curahkan kepada mereka. Aku yakin arwah seorang yang amat disenangi kerana acapkali ku lihat wajah arwah, pasti terdetik rasa yang baik2 di hatiku. Ya Allah, Kau tempatkanlah arwah dikalangan orang yang beriman.


Titis demi titis airmata aku mengalir tatkala mencoret warkah ini. Ku baca setiap doa yang dititipkan sahabat handai, saudara mara untuk arwah; pilu hatiku mengenangkan betapa kesayangan mereka dipanggil pulang mengadap yang Esa. Pasti menjadi rindu yang panjang buat mereka atas pemergiannya. (Adakah aku juga akan dirindui seperti itu satu hari nanti).

Sangat terpana aku dengan khabar ini, hingga tidak lena lelapku. Acapkali jua mendoakan arwah di kejauhan ini. Jiwaku begitu mudah terusik dewasa ini bila ada teman2 yang mendahului aku. 2014 ini begitu ramai yang aku kenali telah pergi bertemu Pencipta. Sayu, hiba semua rasa yang saling silih berganti. Saatku pula tidak tahu bagaimana kesudahannya. (ku harap segala kekhilafanku sesama manusia dimaafkan kalian).




………………………… tidak mampu ku teruskan. Al Fatihah…..

Monday, September 8, 2014

Hidup Lagi Rupanya

Assalamualaikum.....

Agak lama aku tak melatih tarian jejari aku di kelas ini. Selalu menari di papan kekunci tempat kerja. Which is boring. Hari ni aku tergerak nak menaip sepatah dua kata kat sini untuk menunjukkan aku masih lagi wujud di dunia blogger. Ok tu jer. (sepatah dua kata jer kan??)



By the way, aku dah lama dah nak mencoret tapi akibat kekangan masa kerja membuatkan aku tak larat nak menaip kat sini. Kalau nak diikutkan, terlalu banyak story yang aku mahu share kat sini. Al-maklumlah dunia blogger ni dah seumpama bestfriend aku. Hilang rasa stress bila menaip emosi kat sini.

Sepanjang 2014 ni, banyak benda yang berlaku di sekeliling aku. Tak kisah lah melibatkan aku secara angsung mahupun tidak. Serba sedikit emosi aku memang terganggu, kan aku ni manusia normal yang bertopengkan plastik. erkkkkkk Tapi kebiasaannya emosi tu goyah dalam masa sehari, aku manage untuk kawal diri keesokkan hari. Hebatkan aku hahahahahhahaha

Nak cerita panjang lagi??? sila tunggu episod esok hari, sedangkan drama korang sanggup tunggu inikan kisah lara aku yang tak berpenghujung ni hhahahahhahaha perasan. Aku nak bersiap pergi kerja dulu. tak mandi pun lagi ni tapi maintain wangi, aku pun tak tahu. :p

**menaip guna laptop abang aku ni sangat tak best. keyboard keciklahhhhhhh

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe