Tuesday, December 27, 2011

Sungai Kedondong


Cuti Krimas ari tuh korang buat apa?? Jalan2 ka?? Aku duk rumah jer ahad tuh. Petang cam biasa lah, sesi bola tampar. Terbaik sangat main dari kul 5 sampai jam 9 malam. Lepas puas menampar, lepak plak kat Anwar Tomyam kat Kampung Baru. Dengar soksek member aku kata nak gi piknik sok (hari Isnin). So tau lah serba sikit pasal piknik ke Sungai Kedondong. Depa berkumpul kat stesen Shell Gombak. So aku kena gi sana lah around 7 o’clock in the morning. Konsep piknik potluck ye. **sebelum ni pun aku ada gak post pasal piknik, sneak peek kat sini.
Al-kisah, sampai je rumah aku terus menghempas badan ke katil, risau xsedar pagi sok. Sudahnya, lewat jugak aku bangun pukul 8!! Aduyai… Aku sms member aku pasal aku lambat bangun, dia cakap dorang baru gerak dari Shell. So aku decide, untuk gerak sendiri dengan housemate aku; merempit!

Apa lagi, masa untuk google la. Tapi aku xjumpa pun tempat tuh kat google map!!! Habislah. Aku letak Batang Kali, baru jumpa (tapi tetap xde tulis Sg Kedondong). Pas tuh aku cari guna cara biasa Google search. Jumpa lah jugak blog2 yang berkaitan dgn sungai ni. Payah jugak nak carik. 

Info yang aku dapat: 
1. Sungai Kedondong berada dekat Batang Kali.
2. Berada selepas Ulu Yam dan menuju ke arah Genting Highland.
3. Seriously, xde signboard nak ke tempat ni. So mata kena alert sepanjang perjalanan.
4. Ada dua jalan nak ke sana either guna laluan Rawang, atau Batu Caves.

So, dah dapatlah sikit info. Aku pun bergerak pergi kedai kueh hahaha xtau nak bawak apa. Aku decide bawak kueh je lah. Lepas dari tu, kitaorg shoot trus ke sana. Dipendekkan cerita, aku guna laluan Rawang dan sesat hahaha tapi sampai jugak ke destinasi. Memang xde signboard, even dekat sungai tuh pun xde pintu gerbang ke apa ke yang bgtau kat situlah Sungai Kedondong. Tapi kalau laluan batu caves. Sila guna laluan lama ke Genting Highlands, selepas Ulu Yam, for sure korang akan jumpa tempat tu.

Sampai kat sana, member2 semua tengah bersantai. Perghhh meriah makanan yang diaorang bawak. Ada yang berbaring, ada yang buat BBQ, ada yang dah terjun mandi. Port dipilih memang terbaik! Aku pun apa lagi, tukar pakaian terjun jugak. Sangat sejuk airnya, tapi layan. Untuk peringatan, tempat ni agak crowded, ramai yang datang berkunjung. beruntunglah kamu jika datang sebelah pagi, boleh reservve tempat. Kalo datang tengahri memang kena berebut tempat. So next macam biasalah, picture time.

Sungai Kedondong, Batang Kali


Some big space to swim.

Tapi hati2 bagi yg xreti berenang, ada certain part sangat deras arusnya.


Masak BBQ

Port yang kami pilih, sangat terbaik!


dah macam kenduri kesyukuran, banyak bebeno makanan nya

Ameer, Topo, Joe, Nan, Zarul, Eina, Syuk, Fendi, Fini, Mama,Raja, Alem, Sally, Digun, Nori, Fahmi, Eiz, Khenny & Aku


p/s: time balik risau minyak moto abis tengah jalan…. Syukurlah…

Sunday, December 25, 2011

Perginya Seorang Hamba


Assalamualaikum…

Hari ni aku dikejutkan dengan satu berita kematian. Walapun bukan saudara terdekat aku yang pergi, namun tetap saudara Islam kepadaku.

Semalam aku tak online Facebook, aku tido awal. Pagi tadi sekitar jam 10 pagi (kalau xsilap lah), aku baru online. Terbaca status sahabat baik aku; “Sekelip Mata… Tiada – Al-Fatihah”. Hati aku kuat untuk terus membaca komen selanjutnya. Ada di antara komen yang inform bahawa ayah beliau telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga.

Sayu seketika bila membayangkan (kerana aku pernah berada di situasi sedemikian). How I wish aku ada kat sisi teman aku dikala ini. Pasti aku mampu menenangkannya. Maafkan aku kerana terlalu jauh. Hanya doa yang mampu aku kirimkan.

Semoga kalian sekeluarga sentiasa tabah di atas dugaan yang Allah berikan.

Al-Fatihah.




p/s: sampai saat kita pasti pergi jua...

Thursday, December 22, 2011

Duit Baru Wei


Yuhuuuuuu (eh silap) Assalamualaikum…

Pagi2 ni rajin plak aku pergi ke dapur… goring cucur plak tuh… (sebenarnya lapar bangat!!!) but then aku bukan nak cerita pasal cucur so xde la gambar cucur tuh. Dah abis makan pun, xyah mintak hahaha

Semalam kat facebook aku, ramai jugak yang post pasal duit kertas baru. 2012 nanti kita dah boleh guna, patternnya macam duit rm50 yang paling latest. Tapi sekali imbas dah macam duit saidina pun ada huhu


Glemer akak ni bergambo ngn duit baru

Duit syiling pun ada baru jugak. Menarik design cuma sebelah tu aku kurang faham motif coraknya (konsep bunga aku paham ler). Kalau mentenkan gambar khazanah Malaysia kan menarik. Contohnya, wau, gasing, congkak & tepak sirih. Hurmmm pape je lah


Nah, syiling untuk korang

Oh ya sumber2 ni aku dapat dari blog Fitri Hadi

p/s: teringat time duit RM50 baru keluar, macam2 hal berlaku


Tuesday, December 20, 2011

Nak Update Post


Assalamualaikum....


Berderet benda aku nak share lepas aku baca blog, artikel kat facebook. aduyai, banyak sangat ker masalah kat dunia ni, eh maksud aku kat Malaysia ni sampai isu2 yang lebih penting diketepikan bagi menaikkan iklan sampingan?

For sure aku takkan bercerita pasal kes budak turunkan bendera, takkan jugak pasal video youtube rasa xpuas hati sang panglima. Cuma aku tertarik jugak isi kandungan setiap isu. Bukan kerana tajuk, tapi komen2 yang dilontarkan. Jika dibaca dan diteliti, ada benar pada pihak tertentu (masih tidak mahu memihak sapa). Pendapat aku senang jer;


Mana yang baik kita


Mana yang buruk kita




Daripada aku terjebak dalam masalah2 yang mampu membelitkan otak aku, baik aku cari idea nak post kat blog aku ni. cerita pasal diri sendiri Sudeyhhhhh. Tak perlu risau apa2, orang nak baca ke tidak itu perkara kedua. yang aku tau aku update blog hahahahahaa






p/s: idea oo idea datanglah kau!!! (Epal sabar ya, entri pasal kamu belom lagi)

Sunday, December 18, 2011

MMU Open (Bola Tampar)


Assalamualaikum…

Baru terjaga dari lena setelah berhempas pulas semalam (padahal xde pun). Memang collapse abis la, ingatkan lepas abis tournament Bola Tampar, nak join bebudak main badminton plak tapi akhirnya aku tidur jer (sebenarnya xde transport). Okeyh nak story pasal bola tampar sebenarnya.
16 Disember 2011, dapat mesej kat fon aku, depa bagi tau nak ajak aku join tournament sabtu ahad kalo aku free. Aku bagitau la ok jer, no hal. So malam tuh aku pun gigih lah kan nak pi turun training sat (walaupun hujan). Dah lepas training lepak kat belakang RISDA sat makan2 minum2. Tau la serba sedikit pasal tournament tuh. Lawan kat MMU Cyberjaya. Ada Sembilan team bertanding, dipecahkan kepada 2 group. So risau gak aku camne nak gi sana nanti, takut sesat jer naik moto.
Alkisahnya, housemate aku bagitau dia nak pakai moto pagi tuh gi kerja. Ha?? Camna??? Terpaksalah aku naik komuter gi Seputeh, naik dari sana sekali dengan team mate aku. Pukul 6.30 pagi aku dh terpacak kat kemuter semata2 xnak lambat. Tapi cam biasa, komuter xpernahnya nak sporting, 7.20 jugak dia sampai. Gerak dari Seputeh jam 7.45am guna Highway MEX nak ke sana. Sampai Cyberjaya kul 8 something.
Dipendekkan cerita (mampus malas nak bercerita). Team aku menang 1st game dan last game. Overall; 2 menang 2 kalah (can’t make through next stage which is on Sunday). Tapi xkisahlah kalah, experience and memory tuh penting bai. Nah, gambar team mate aku.


Dari kiri: Khenny, Boy, Eiz, Izrie, Remy, Iman, Yad, Ju, Ammir, Lan


Team Neo YM (haiiitttttttttttttttttttttttt)

p/s: seperti biasa, jadi libero lagi 

Thursday, December 15, 2011

iPhone 4s


Okeyh, ari tuh aku dah share pasal Samsung ngan Blackberry. (korang xtahu??? Check balik kat sini). So kali ni pasal I-Phone pulak.

Banyak sangat deal IPhone ni sampai aku pun xtahu nak pilih yang mana satu. Tapi pengalaman aku, kalo ada phone baru ni, orang sanggup beratur panjang. Katakanlah kul 12 tengahari depa start jual phone, pagi2 lagi orang dh bersusun wok. Gila hebat!!

Nah info pasal I Phone 4s:



It’s faster, it’s sharper, it’s better. The iPhone 4s is now here - Kick off your coming new year with the latest addition in the iPhone series, the iPhone 4s.

Maxis is bringing you the iPhone 4s, which comes complete with a whole pack of revolutionary new features. From the much talked about Siri, to a dual-core A5 processor and all-new 8MP optics, your Maxis iPhone 4s will be the most powerful and enjoyable gadget yet.

Already tied up to another plan? No worries, because Maxis allows contract extension for your current Maxis plans. So what are you waiting for, with their iValue plans, Maxis is the one to go for! Click Here

Ok untuk promotion lain kat bawah ni aku bagi link2 berkaitan:

Can’t stop thinking about iPhone 4S? Choose an iValue plan and go for it!


p/s: orang kata sharing itu caring hehehe

Ko Pandai Masak




Assalamualaikum….


Apa yang bestnyer pasal memasak??? Sila jawab?? Penat dowh hahaa tapi itulah kepuasan sebenar. Aku reti memasak ker? Mestilah pandai (percaya x??). Okeyh2 ni bukan nak cerita pasal aku pandai masak ke tak, ini pasal memasak di rumah.

Bagi yang hidup bujang, semestinya alternative lain untuk makan selain kedai makan adalah memasak. Ada orang kata, yang memasak di rumah itu rajin (tapi bagi aku, sebenarnya malas nak keluar rumah). Jika memasak di rumah, selagi yang ada kat dapur, dalam peti sejuk, cabinet makanan etc, masak jer. Tapi kalo kat kedai dah fix dah makanan (goreng, berlauk dan sebagainya). Tapi adakah memenuhi kehendak anda??? Xcukup masin lah, terlebih gula lah macam2.

That’s why aku suka masak kat umah dan masak untuk diri sendiri (serius xsuka masak untuk org lain). Bila aku masak, selagi ada rempah yang kat dapur, aku main baling jer. Rasa masakan pula ikut suka, kalu kurang rasa tambah lah perisa, kalau sedap Alhamdulillah (“pandai jugak aku masak” keh3).

Aku xsuka org dok perati aku masak, banyak sangat komennya. Ko sendiri masak sudeyhhh. Dan aku juga xsuka orang duk merungut time makan, kurang sedap ler apa la…. (bersyukurlah dengan apa yang ada daripada xdapat nak jamah langsung).

Dan….. ****okeyh idea dah ilang… sekian……………

Pucuk Ubi Masak Lemak :)

Time paling malas aku masak

Burger Telor & Burger Daging

Kacang Buncis Tumis

Sardin Masak Kicap

Nasi Goreng Tom Yam

p/s: apsal tiap kali aku masak kat umah ni, mesti x abis?? (oo ok xsedap)

Tentang Epal


Kebiasaan kala inilah dia mula online dan mengajak aku berborak. Bermulanya di Facebook dan pastinya berakhir di ruangan YM.

Aku kenalinya setelah bermula episode cerita Facebook (add & approve). Komen pertamanya pada satu fotoku yang katnya mahu menjadi photographer kepadaku. Itulah titik mula perkenalan kami. Sekian terima kasih.

Bersambung…..

** jangan marah naaaa

Tuesday, December 13, 2011

Samsung Galaxy & Blackberry Plan


Rajin plak aku nak promot neyh. bagi yang minat pakai Samsung & Blackberry, ni aku ada baca info & share kat korang. Details? read further from the links given :)

Mula2 pasal Galaxy.... :)


Looking for mobility and connectivity on-the-go without burning holes in your pocket? Look no more, designed for the fast and furious, the Galaxy W serves with 1.4GHz processor and a spacious 3.7” touch screen. With this impressive gadget in your hand, you’ll be gaming, video-viewing and web-browsing at every corner! And hey, it’s built with mammoth memory of 4GB! Now, do you want one? click here <----

Next pasal Blackberry plan plak:

Tune Talk has lowered its low monthly rate of RM 28 to RM 18 for its prepaid Blackberry Internet Service (BIS) plan! Subscribe now! <----

I City

Assalamualaikum

Ini bukan pesta cahaya, tapi ini bandar bercahaya (chewah... starting nk bergaya jer) Story patutnya aku post minggu lepas, tapi malas plak nk mengarang hehehe

Kali ni pasal I-City, ni kali kedua aku jejak kaki kat sini. First time dulu secara xsengaja. Time tuh member aku dari Penang nak mai KL. Aku dengan adik aku ni merempit cari rumah abg budak tuh kat Shah Alam. Sesat plak tuh, pas tuh tengok dari jauh cam menarik jer, penuh dengan cahaya kalerful. Apa lagi, singgah lah sebentar. Time kitaorang pergi tu, ada yang xsiap lagi. Sebahagian je yang dah siap.

Last month aku pergi lagi. Kali ni aku pergi dengan family aku plak. Sampai I-City jam 6.30 petang (masih terang, nak tengok lampu camner???) hahaha So kakak aku decide nak masuk kat bilik ais (bukan peti ais yer) Masuk jer lah, berlagak pakai selipar, xpakai sarung tangan. 5 minit pertama ok lagi. Selepas tu AMEKKAW semua kesejukan… haha padan muka. Bak kata kakak aku, bial lagi nak merasa main kat dalam bilik ais ni hahaha

Setelah kematu bontot duduk lam rumah ais tu, kita orang jalan2 kat luar pulak. Cam biasa, pusing2 amik gambar. Banyak jugak dah perubahan kat I-City ni. Eh panjang plak story aku ni. Nah Amik gambar ni jadi tatapan;

Abah aku nak posing jugak

Dah cam kat Chinatown plak

Kakak aku (sumpah aku suka tengok gbr ni)

hey this is my family

My sister jugak

p/s: sampai je rumah terus upload kat fesbuk, saja nak bagi anak buah aku jeles ahahahaha

Sunday, December 11, 2011

Bell Nuntita


Eh rajin plak aku nak update sampai 2 posts ni. Okeyh berbalik kita pada topic yang aku nak share. Bell Nuntita. Sapa tuh?? Mesti ada yang tak kenal kan? Aku pun dapat tau dari mana ntah. So rajin ni nak cari info pasal dia.

Lahir tahun 1983 dengan nama Nuntrita Khampriranon, bukan wanita ya, tapi transgender (perghh sopan tak bahasa aku). Mula glemer bila dia join audition Thailand’s Got Talent. Bakat yang dia ada bersuara Soprano (female voice) dan Baritone (as a male). Gila TAK?!!!!

The thing is, he managed to deceived the judges plus the audience that SHE was a MALE. Hahahaha tapi xheran sangat, sebab kat Thailand, memang ramai transgender yang serupa abis cam perempuan (hard to identify kata omputeh). Nah, aku sertakan video dia kat bawah ni… (click kat link <-- direct kat youtube)

Nak info pasal dia??? Nah amik kat sini… nak buat appointment ngan dia?? Gi kat sini plak keh3

p/s: Jangan pas ni ada plak Malaysian buat mendalah ni okeyh!

Ombak Rindu

Assalamualaikum…

Ya, mungkin aku telah bertindak kejam. Tapi inilah hakikatnya, aku mau skip story hahaha sebab ini kisah paling latest! Aku dah tengok


Ombak Rindu!

Hoyeah!!!! Mana x happy, dari awal aku tengok trailer dia dulu aku dh excited. Walaupun pada mulanya macam xyakin sangat Maya Karin mampu bawak watak Izzah. Tapi seminggu tayangan beribu riban komen positif aku dengar (exaggerate sangat). Memang kecewa sangat bila time nak beli tiket tuh asyik sold out jer. Darn!! Ingatkan dah seminggu, oklah kot tapi masih Box Office! Semalam aku tengok midnight, Kul 10 tepacak pergi beli tiket (tu pun tinggal 3 baris hadapan jer lagi… ayarkkk). Xper, janji tengok.

Komen aku pulak; jalan cerita aku xleh nak komen sebab aku sedia maklum (dah baca novel pun). Garapan filem tu memang menarik, Thanks to Aaron sebab pandai pegang watak Haris (very touching). Mula2 aku pelik nape ada org bagi 3.5 bintang jer (out of 5 stars) untuk filem ni, padahal melambak orang puji. Bila aku sendiri dah tengok, baru aku tau sebabnya. Bagi yang dah baca novel ni, depa mesti rasa ‘nak lebih lagi’. Bagi aku pulak, kalo takat camtuh pun kok dah. Nanti, kalo lebih2 lari sangat jalan cerita. Aku bagi EMPAT bintang yer.

So bagi yang belum tengok tuh, silakanlah tengok. Jangan percaya ulasan aku ni, saksikan sendiri hehehe Bila lagi nak tengok filem melayu kat panggung? *first time aku dengar orang tepuk tangan dalam panggung lepas movie abis... SALUTE!!!

Untuk synopsis cerita sila lawat link wiki yer…

p/s: Part yang aku xleh tahan sebak, time Haris berbicara ngan Izzah kat bilik waktu doa selamat Pak Dollah ngn Mak Jah

Friday, December 9, 2011

Tulisan Fancy


Assalamualaikum…

Update simple jer kali ni. Saja nak inform aku jumpa satu website ni yang provide various font type. So layan je lah.

Boleh berangan nak tulis ala- ala ninja.

Jadi orang korea pun boleh dah sekarang

Tulisan ala-ala pizza hut pun boleh ;p

Ha tang ni aku tak tau, jepun ke cina hehehe

Nk try moh lah ker link ini yer

P/s: some of the font a bit irritating, so jgn lah nk donlod semua yer hehehe

Monday, December 5, 2011

Menjenguk Hang Tuah

As-salam….

Baru terasa nak update (hampeh punya pemalas)… dah lepas dah pun baru aku sibuk2 nak update. Kali ni nak berceloteh sikit (sedikit saja ye) pasal trip family aku ke Bandaraya Bersejarah.

Plan asalnya nak pergi Genting, tapi aku tanya lah family aku, sure ker nak pergi Genting, kalo takat nak naik atas tu jer tanpa main permainan kat atas tu cam rugi jer, baik pergi tempat lain. So abang aku pun came up with idea lain; pergi ke Melaka. Bersungguh abang aku cari maklumat pasal Melaka.

So bermulalah ekspedisi kami anak beranak Ke Negeri Hang Tuah. Jam 7 pagi dah berangkat dari rumah, tunggu bas RapidKL dan menuju terus ke STAR LRT (Stesen Bandaraya). Dari situ kami memilih untuk berhenti kat kat TBS. Mula2 abang aku kata naik bas Transnational, then aku survey bas lain in case ada yang lebih murah & lebih awal. Aku pun dengan rajinnya bertanya (padahal aku ni jenis berat mulut) dengan ticketing officer; Shazuwan (hahaha glemer lah ko pas ni). Dia pun bagi cadangan untuk naik bas Metrobus (bukan bas metro yg kaler biru tuh) dan berangkat paling awal jam 9.30 (which is 5 minutes to depart). So, kami pilih untuk naik bus tu sebab xnak bazir masa (geram sebab dia salah spelled nama aku ceh).

Melaka Sentral (Gambar sat promot)

Perjalanan yang dijangka 2 jam tapi kami sampai ½ jam lebih awal di Melaka Sentral. After that kami pun mencari bas nak ke Ayer Keroh (Thanks to Izzat Jambu for giving such info about the buses). Jumpa je bas, terus naik tanpa buang masa (masa itu emas intan payung yer). Jeng3 Kami telah sampai ke Zoo Negara Melaka!!!!!!!!!!!! So let’s the Pictures Begin!!!!!

Takde Keje

Abah aku dah macam nak nyanyi lagu Negaraku plak

Lepas puas berkenalan ngn menate2 semua ni, kami pun tunggu bas untuk balik ke Melaka Sentral. Sampai ke sana kami carik bas ke Banda Hilir (rugilah pergi Melaka kalau xsinggah kat sini). Sama seperti tadi, jumpa bas terus naik & shoot to Banda Hilir. Pusing2 Banda Hilir dan inilah hasilnya!!!!!

Kincir Air ( apa ntah nama penuh lupe)

Bergambar sambil bawak beg plastik kwang3

Muzium Setem Melaka

A Famosa

Photo Frame :)

Kereta Lembu

Layannnnn

Kapal Portugis (kot? hahaha)

Gosh, pretty tired plus the sunburn, kami balik semula ke KL (dipendekkan cerita yer hahahaha). Thanks Melaka!!!

Wednesday, November 30, 2011

Hari Raya AidilAdha


Sorotan kali ni simple jer.. Berkenaan dengan Hari Raya Aidiladha (walaupun dah lepas, aku tetap nak story jugak) hahahaha

Tahun pertama aku duk KL ni, aku beraya sorang2 je, lepas solat raya jer aku terus tdo, pening kepala. Xde mood nak raya, maybe first time beraya di perantauan. Tahun kedua oklah sedikit, sebab adik aku dah ada kat KL. Pengalaman yang lucu gak, story tu aku ada post kat ---> sini Tahun ketiga plak stil bersama dengan adik aku, tapi tahun ni kitaorang beraya kat rumah member2 aku. Dari tengahari sampai ke malam kitaorang lepak sana. Best lah jugak.


Dan tahun keempat! Family aku nak datang beraya rumah kitaorang (maklumlah dah sewa sendiri, so selesa sikit). Depa datang malam raya, walaupun xsemua dating tapi cukuplah meriahnya. Yang dating, Ayahanda, Kakak no 2 (K.Yah), Abg no 6 (Alang) ngan kakak no 8 (Ateh). So kita orang buat lah persiapan ala kadar jer. Alang dah buat kek siap2 dari kampong. Malam tuh kita orang buat Kelupis, Ketupat, Satay & Kuah Kacang.

Ketupat pulut yang aku buat (comel cam aku hahaha)

Kek Pilih Kasih (abg aku buat)

Seperti biasa, aku lah yang paling lama bersengkang mata. Yang lain aku biarkan berehat, maklumlah penat travel xhabis lagi. Yang aku tahu, bangun pagi diaorang dah bersiap guna baju raya. Lepas makan2 pagi tuh, kita orang contact ahli keluarga yang lain kat kampong melalui video skype hahaha (dah moden lah katakan…. Meriah sangat, tengok wajah anak2 buah semua…

Next is Picture time!!!!!!!!!!




TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe