TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Thursday, February 18, 2010

Bertandang Ke Rumah Ayour


Sehari selepas pergi picnic, aku pergi ke rumah Ayour pulak. Korang kenal tak sapa Ayour ni? Tak kenal cari sendiri ok. Sorrylah, kali ni aku takde rakam gambar untuk tatapan korang.

Mula2 aku bercadang pergi seorang, tapi kemudian Ina dan Manz join sekali. So kami bertiga mula melangkah masuk ke Stesen LRT Wangsa Maju menuju ke Masjid Jamek. Dari situ kami naik Star LRT menuju Bandar Tasik Selatan. Kami kemudian naik teksi pergi ke rumah Ayour. Kalau ikutkan pukul 2 petang aku dah bergerak, tapi memandangkan petang tu tak ada volleyball, aku decide pergi lewat sikit.

Oh ya, forgot plak, Ayour actually jemput kita orang sempena dia baru berpindah ke rumah baru. Almost nak sebulan dah. Kami disambut Ayour (tapi takde karpet merah hahaha) sekitar jam 4.30 petang. Ada juga kawan2 yang lain dah sampai (ada yang dah balik pun). Kami dijamu dengan pelbagai hidangan. Aku menyantap laksa penang jer (sedap! 2 mangkuk aku makan). Cadang nak stay lama sikit, tapi Ina takut terlepas Asar, jadi kami bergerak pulang awal (Aku dengan Manz boleh jer solat kat rumah Ayour, tapi Ina tak bawa telekung).

Sebelum bergerak ke stesen LRT, kami menuju Masjid terdekat. Balik dari Masjid terserempak dengan Man (tetamu yang turut hadir). Dia menawarkan untuk menghantar kami ke stesen LRT. Thanks Man.

Malam tu ada geng yang ajak main bowling. Tapi aku tak dapat join sebab confirm tak sempat sampai kat Ampang Point. Last2 kami bertiga decide pergi karaoke kat Wangsa Walk hehe. Tak lama sejam jer, sebab ramai sangat orang.

Memang seronoklah (^_^)v

p/s: tak tahu sapa Ayour? Carilah kat google nun.

Tuesday, February 16, 2010

Sungai Chiling Waterfall


Nak create cerita panjang2 tapi kekeringan idea plak. Aku story simple je lah.

Al-kisah minggu lepas aku terima jemputan facebook dari Abang Eiz. 13 February 2010 ada picnic kat Kuala Kubu Bharu. Berkonsepkan ‘pot luck’ dan konvoi beramai-ramai (ada ker konvoi sorang??) ke kawasan waterfall that is Sungai Chiling.

Excited aku dengan event ni, lebih2 lagi aku bila ‘googling’ pasal waterfall ni. Memang cantik giler waterfall ni. Tapi aku terfikir pulak, nak ke sana naik apa? Bukannya aku aku ada transport. Lagi pun aku surf kat internet, tak ada public transport lalu kat sana. Stesen Kuala Kubu Bharu jer yang terdekat (tapi agak jauhlah dari kawasan air terjun).

Then aku check balik senarai sapa yang pergi. Mamalarn pergi juga, terus aku mintak no fon Mamalarn dari Digun. Aku tanyakan Mamalarn ada seat kosong lagi tak, kalau ada aku nak tumpanglah kan. Rindu sangat nak pergi adventure and mandi waterfall. Mamalarn pun tak tau lagi nak naik dengan sapa, sebab dia kata dia pun tumpang orang. Katanya, esok (Jumaat) dia bagitau aku macam mana. Mudah2an dapat, lagipun aku tak tau nak tumpang sapa dah. Nak tumpang Zain segan pulak, lagipun tak tau no fon dia, takkan nak mintak kat Digun lagi kot. (aku tak perasan Zain ada ajak tumpang dia kat facebook, sebab aku takde online lagi hari Jumaat, hehe sorry).

Jumaat (12 February), Mamalarn mesej aku instruct me untuk sampai stesen Setiawangsa 7.45 pagi. Nanti dia ambil dari sana dan terus gerak ke Restoran Jejantas kat Sungai Buloh. Yeay, hatiku dah berbunga riang.

Jam 7.30 pagi aku dah tersadai kat stesen Setiawangsa menunggu Mamalarn. Datang bersama Fairuz (selaku pemandu), kami menunggu Fazirul pulak. Kami agak lewat sedikit (sedikit ker? huhu) bergerak menuju destinasi. Kereta yang lain dah tiba awal kat Restoran Jejantas, kami masih di atas lebuhraya menuju Sungai Buloh. Last2, Zarul (kalau tak silap aku la), bagitau yang tak payah singgah Restoran Jejantas sebab kat sana ramai orang. Bertemu kat exit Rawang jer.

Dah berkumpul kat exit Rawang, semua meluncur laju ke Kuala Kubu Bharu (memang laju). Agak jauh jugaklah perjalanan tapi tak bosan sangat sebab kita orang berborak dan berkaraoke dalam kereta hehe. Sampai jer kawasan parking, aku dah excited sangat2 (bukan aku sorang yang excited). Masuk ke kawasan Sungai Chiling kami terus tapak perkhemahan. Kemudian pergi mendaftar nama untuk trekking ke kawasan air terjun. Bayaran RM1 bagi yang naik ke atas (yang stay kat bawah tak dikenakan fee). Kalau nak camping pulak RM5 semalam (kata Mamalarn lah).

Seterusnya, biar gambar yang bercerita ok (^_^);

Kat pintu masuk utama

Perkarangan Sungai Chilling (Tempat Register & Tapak Khemah)

Jambatan menghubungkan trekking trail dengan tempat register

Trekking menuju air terjun

Antara crossing yang perlu ditempuh untuk sampai ke atas

Sungai2 yang cantik dan segar

Ikan2 di sini tak boleh ditangkap tau, kalau rasa nak kena denda RM10 000, silakan ;p

Dan betapa cantik, segar, sejuk dan indahnya ciptaan Tuhan; Subhanallah

Apalagi, enjoylah puas2 bermandi manda

Dah puas mandi, makanlah pulak, meriah jer aku tengok makanan dorang ni

p/s: nak tengok lagi, pergilah sendiri. Tak rugi pergi sini, tapi jangan pergi time hujan, bahaya sangat2.

Memory best yang pasti aku takkan lupa sampai bila.


Monday, February 1, 2010

Rentetan Januari

Sepatutnya dicoret semalam, tapi penat sangat tak sempat dan tak larat...

Malam tahun baru, aku duduk kat rumah jer… tengok pertunjukan bunga api, dari jendela ‘villa’ aku. Most of my friends memasang azam baru untuk tahun ni, dan ada juga yang hanya mahu memperbaiki diri juga menggapai impian yang tak kesampaian tahun lepas. Aku pula tidak mahu meletak harapan yang terlalu tinggi. Kiranya, aku tidak mahu berharap, bukan berhenti berharap. Cukuplah tahun ni menjadi lebih baik berbanding tahun sudah. Tidak mahu aku sentiasa termangu seperti dulu.

Januari, sudah pasti ada kenangan yang pasti takkan aku lupakan terutamanya ‘TARC’ dan ‘Bola Tampar’.

I remember the day that I played volleyball on 3rd January 2010. Paling ramai yang datang ke court petang tu. Ada dalam 30 lebih, sebab dapat bentuk 5 team bola tampar. Kita orang main guna system round-robin. Aku group A1 sekali dengan Abg Ikan (don’t ask me why his name is abg IKAN), Abg Eiz, Abg Zarul, Pak Su, Abg Kamarul, Abg Azman. Memang penat giler main hari tu, but we are top two dengan 3 kali menang 1 kalah. Another group yang sama result dengan kita orang A3 (consist of Abg Digun, Abg Shahrul, Abg Yus, Abg Joe, Abg Ijam, Abg Naim). Memorable indeed.

Aku bekerja selama sebelas hari di Tunku Abdul Rahman College. Walaupun sekejap, tapi banyak pengalaman yang aku timba. Bertemu rakan setugas yang ceria, pensyarah, admin staff dan student yang pelbagai karenah. Thank you Kak Mai & Mrs Lai, kerana sudi memberi peluang kepada aku menimba ilmu. Fikri dan Syuhada yang tak habis2 membuatkan aku gelak. Juga kepada Ina, Manz, Ain, Anne, Emily, Azhar, Zainal, Kai Ling, Alic, Jasmi, Hisham, Idy, Syamsul, Shafiq, Farah, Amira, Nisa, Para, Prema, Raja, Go Wen, Ad Win, Lee, Akmal, Naga, Tengku, Yana, Shikin, Atiqah, Woon, Koh etc (sory guys xdapat nak ingat semua nama)

Lastly, YM - Urban Fancy Dress Party. Mula2 rasa macam tak jadi nak pergi, because I have to go alone. So sad tak ada member yang dapat temankan (supposedly with Ryzal, but he couldn’t make it) . Ye la, risau gak bila sampai sana semua seronok berbual dan aku hanya duduk sorang2 tunggu time nak makan jer. Tapi Ed suggest pergi jer dulu tgk camner majlis tu, kalau bosan balik awal. So, I decided to attend the dinner. Aku antara yang terawal sampai, rasanya lah. Register dengan Abg Eiz dan Abg As. Red Carpet dengan Abg Shahir & Abg Ikan. Ambil nombor kat Abg Joe & Abg Naim, pas tu Abg Ezul for exchange gift.

Tetamu datang berduyun2 dengan costume masing2. Aku pakai wushu style jer (baju abg aku kot hehe). Ada yang ala2 Zorro, Navy, Gothic, Spartan, Egyptian, Bunny, ‘Mat Kacau’, etc. well, aku duduk kat table 7 bersama dengan Neney (betul ke tak ejaan aku ni), Abg pian, Kak Nory, Abg Yus, Abg Ijam, Abg Husin, Fasha. 2 orang lagi tak ingat nama. Table kita orang agak meriah, bila one of our table member menang lucky draw semua akan jerit (macam semua dapat hadiah haha).

Persembahan pun menarik dari pembukaan sampai habis. 2 games yang agak happening walaupun table kita orang tak menang. Dan cerita pasal menang, aku menang lucky draw. Menang voucher penginapan kat Impiana Cherating. Macam tak percaya jer, nasib baik air kopi tak tersembur time dorang announce nombor aku haha. (Psssstt xtau nak pakai benda tu, maklum xpernah pergi bercuti2 cam tu). 4 orang termasuk aku menang lucky draw malam tu hahaha The Best!!!!

Exchange gift pulak, aku tak tau nak bawa hadiah apa, so I decide to wrapped Cologne Spray je la. dan encik Fakhrul Anour (Ayour) yang dapat gift aku tu huhu dia pakai baju sekolah malam tu. Aku pulak dapat hadiah dari Abg Tommy; seutas jam tangan. Guess that a gift from Sarawak goes to Sarawakian also hehe Thanks.

I presume that’s all I could summarize. Three major events in ‘My January’.

p/s: ada tetamu yang memang aku tunggu2 malam tu dan mereka sungguh SWEET…. Haha (jgn kembang semangkuk yer hahaha)

ViSiT ViA Da LiNe