TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Saturday, October 24, 2015

Bajet ke Belanjawan?

Assalamualaikum....



Tergerak jari aku nak menulis kat blog tentang Belanjawan 2016. Walhal aku tak berapa nak ambil tahu pun. Kenapa aku tetiba berminat nak menaip ni? sedangkan coretan hidup aku yang lain aku boleh skip, tapi story ni terus aku gigih nak menaip pulak. (sebab aku tak boleh nak tido... sekian)..

Sebenarnya aku muak dengan isu ni, hampir setiap tahun perkara yang sama akan berlaku. Orang yang mendapat bantuan tu lah yang akan cepat melatah kat media sosial. Dinaikkan gaji, diberi bonus namun masih ada suara2 yang akan berkata "TU JER?"... bukan aku nak puji kerajaan kita, tapi sebagai manusia yang rasional, bandingkan dengan orang lain yang kurang mendapat atau langsung tidak merasa layanan itu. Simple bukan? Ya... dan aku tahu, kamu mungkin berkata, kamu bersuara kerana hak kamu, tapi fikirkan semula di saluran mana yang harus anda sampaikan....

Sebagai contoh... **DIULANGI >>>> CONTOH SAHAJA. seorang penjawat awam mengupdate status di laman facebook, mengeluh dengan jumlah kenaikan atau bantuan untuk belanjawan kali ini tidak banyak. Tahukah anda betapa irritating dan annoying (2 benda yang sama aku sengaja mention sebab nak bagitau penegasan) kami yang bukan penjawat awan ini membacanya?? sedangkan setiap tahun, golongan inilah yang akan sentiasa mendapat imbuhan berbanding pekerja swasta mahupun golongan bekerja sendiri. ***pas tu, mula lah update "kalo tak suka facebook aku ada button HIDE/ UNFRIEND/ BLOCK. Tersangatlah profesional cara kamu handling isu ini.



Aku sendiri sudah lali dengan senario ini, dari zaman awal pekerjaanku sehingga ke tarikh hari ini. Jika ada rezeki untuk dibahagi sama rata, Alhamdulillah. mudah kan? Duit banyak sekalipun, kalau masalah berkoyan2 tak guna jugak beb. Ingat yang paling utama, rezeki dari Allah SWT bukan dari kerajaan.

#JustSaying

***motip ada hashtag bagai????

ViSiT ViA Da LiNe