TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Friday, July 31, 2009

Kami Sukarela [2]

28 July 2009....

aku dan kawan2 aku yang hensem dan cantik menjadi volunteer lagi.... pun aku malas nak bercerita... tapi aku cerita jugaklah.....

kali ni group kita orang ni betul2 sukarela sebab kita actually just follow junior kitaorang.... tapi tak semua bebudak batch kitaorang yang pergi.... 9 orang jer yang pergi.... baki 7 orang tak tau gi mana... hehehe apa2 pun enjoy the pics!!!!

Beberapa minit sebelum kitaorang nak balik....

ni lah kitaorang, dari kiri - Kayrol, Syed, Ira, Ina, Lini, Mr Arman, Yana & YaniYang ni plak time group kitaorang dah settle semua kerja

ni team aku kat bahagian kitchen Kay dan Lini... gila enjoy buat kerja (menghantar makanan binatang naik lori hehehe)

ni je lah gambar yang aku leh upload... gambar lain tu sila tunggu dari limbat adios..... (psst... gambar aku takde pun.... :(.....)

Monday, July 27, 2009

Bukan Kereta Aku

Post kali ini sebagai menjawab pertanyaan saudara Robinhood..... "Apakah kereta idaman anda?" (ni kira soklan pokok lah... ada anak2 soklan lain yang ditanya)...

Sebelum menjawab soklan ni, meh haku nak cerita sikit (sikit ker?)... kenapa kita ada kereta idaman dan kenapa ia jadi idaman?? ada yang pilih sebab designnya, ada yang pilih sebab enjin nya, ada yang pasal ekzos (err ada ker?? adaaaaa....).... soal harga tak timbul dalam kriteria kereta idaman sebab kalau fikirkan harga, haku sendiri tak pernah terpikir nak beli ferrari.. (oopss don jump into conclusion yet)

dan bagi aku pulak, apakah pulak kriteria kereta yang ingin sangat nak beli? side mirror yang cantik ker, kereta yang boleh terbang ker, ker yang boleh transform jadi robot? huhu papa jelah ngarut... almaklumlah sekarang ni awal pagi, otak tengah blur (bila nyer haku ni tak blur)... aku ni bukan reti sangat pasal kereta ni, asal boleh dipandu pun dah kira ok... mesti ramai yang pilih kereta2 import kan, lamborgini lah, honda civic lah, volkswagen la dan sebagainya... kriteria utam pilihan aku adalah keunikan sesebuah kenderaan itu.... kereta sport sudah semestinya cantik tertarik menarik memang da bomb bagi aku, tapi.... bukan lah idaman aku... aku tak suka sangat high profile ni.... (err mula terpikir pasal proton saga yang mula2 dulu hehehe) so, mari kita mulakan.....

kriteria utama aku adalah DESIGN... bagi aku keunikan sesebuah kenderaan itu adalah daya tarikan utama kerana people always judge 'the book' by it's cover... so design ni kira pentinglah kan... orang dok pelik bila aku puji van ni unique... macam2 dah gelaran aku dengar... van kotaklah, peti ais bergeraklah... tapi aku peduli apa! van ni still the best van yg aku pernah tengok, nampak comel wakaka... tapi tak boleh jadi my favorite sebab ia bukan kereta, Juara adalah VAN.....

so aku pun mula menginjak kepada perodua Kelisa (wah, berjiwa Malaysia sungguh haku ni)... kereta ni sedang2 elok jer... tak ada la besar sangat pun (aku bukan suka sangat kereta2 besar ni, memang tak sesuai pun dengan aku...) kereta ni pun lebih kurang cam kereta Kancil, cuma bagi aku design dia lebih menarik....kalau diberi pilihan kancil or kelisa, aku sudah pasti pilih kelisa... design yang comel seperti aku jugak hahaha (tapi kalau ada orang nak bagi Kancil free aku terima jer)....


Hakikatnya, sampai sekarang aku mengidam nak punya Perodua Kembara sendiri.... yup my dream car is KEMBARA... bukan aku nak bodek 'Beli barang buatan Malaysia', tapi ni lah kereta idaman aku (err aku pduli per, klu korg kata ni bukan kereta tapi trak ker hape hakhakhak)... nak wat camner memang aku berkenan dengan design ala kadar jer... cannot describe more why i like this car... yang aku tau aku suka.... kalau boleh nak yang kaler itam, tapi for safety purpose, i won't buy that colour, maybe amik kaler lain yang lebih cerah... kaler pink ker, kuning ker, hijau daun pisang ker hahahaha bila dah kereta ni nati, boleh lah aku ronda2 keliling kampung satu family (kampung jer lah) nak kasi pinjam tak boleh hehehe kedekut siot....

neh je lah yang aku mampu tulis encek Robin... apa lagi, meh bak cney keta kembara sebijik... hehehe (siyes aku mintak ni)

p/s: gambar2 di atas aku culik dari google.... hehehe nanti aku lukis sendiri lah camner rupe keta idaman aku (reti melukis ker aku ni...hehehe)

Sekian (nak tido sambil mimpi adiah dari encik Robin ) :)

Monday, July 13, 2009

Ku Mohon

Seawal pagi tadi, aku terpana seketika... memikirkan laluan hidup yang aku tempuhi... bukan sekadar memikir aku, tetapi juga dia dan mereka... bila ku cuba gamitkan kenangan lalu aku senyum... bila khilaf yang ku ingat, kujadikan sebagai pedoman.... sayu jer aku rasa pagi2 ni... kebetulan lagu ini menjengah dari 'playlist' aku... termangu dan terus aku merenung diri....



Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Kahwin Lagi

Ooooppppssss jangan salah tafsir tajuk di atas.... bukan cerita pasal orang kahwin lagi sebab gatal atau sebab 'mampu' (katanyer...) tapi nak cerita pasal aku telah menghadiri majlis perkahwinan lagi pada tahun ini....

bertempat di Sayong, Perak pasangan ini telah diijabkabulkan pada Sabtu selepas solat Isya'. Majlis persandingan telah dilakukan di rumah pengantin perempuan pada keesokan harinya... meh tatap gambar2 yang aku ambil... (padahal malas nak taip panjang2)

Bagai Pinang Dibelah dua (aku follow jer apa orang cakap hak3) ikhlas dari aku, memang sama sepadan pasangan ni...

Kalau tengok live, pengantin ni nampak lagi berseri... Hasni, atau nama glemernya Ancik...

Lupak lak nama pengantin perempuan ni, nanti aku update ok... nice dress... and nice smile hehe (tak boleh puji lebih2, isteri orang huhu)Alahai, manjanya... normal lah time bersanding buat pose camni hek3....

ada banyak gambar lagi, tapi cukuplah banyak ni jer aku yang post....

p/s: Majlis dipihak pengantin lelaki (18 July 2009) telah dibatalkan... reasonnya, korang paham sendiri lah ye, tak faham sila baca post aku sebelum ni (tak paham jugak, pi hentak kepala kat dinding nun hehe)

Kelana katanya...

Nak cakap awal2, sori tak ada pic aku pakai uniform pengakap ok.... maybe next time....

Sabtu yang lepas, aku telah join budak2 pengakap hiking dan jungle trekking.... really reminds me zaman sekolah dulu2... seronok sangat2 bila tengok bebudak ni masak telur dengan roti lilit pakai unggun api (anak unggun api)... ada yang masak, ada yang mentah dan ada jugak yang tak masak langsung... and then habis jer melahap 'makanan' itu, mereka di arah untuk kembali ke jalan pulang wakaka (apa ntah ayat aku ni)... time ni aku rasa paling mengimbau memori zaman ceria kanak2 ribena aku dulu....

Ahad sekitar jam 1 pagi... aku telah dilantik sebagai Pengakap Kelana...

pada mulanya aku tak nak join, banyak alasan yang aku bagi, tapi semuanya telah ditolak mentah2 (walau terbakar dengan unggun api hehe).... dengan keadan paksa-rela aku pun melalui BJ (errr aku pun tak tahu maksudnya) yang aku tahu aku diuji... itu jer... selepas soal selidik, maka aku dipanggil untuk menerima perlantikan sebagai pengakap kelana (apa itu pengakap kelana??? tunggu...)

sekian....

Monday, July 6, 2009

Perjalanan ke Perak...


Diary yang lapuk, tapi tak lekang dari mindaku...

2nd July 2009

ku jejak kaki ke negeri Perak (Kuala Kangsar) untuk pertama kalinya... di ajak oleh sahabat ke kampung halaman atas alasan bercuti dan menyertai perkhemahan pengakap... aku dan hafiz naik transnasional pukul 7 malam, dan tiba di Kuala Kangsar pukul 10.30... setibanya di terminal, bercadanglag hafiz untuk menaiki teksi ke rumahnya (aku menurut jer, almaklumlah tempat orang...) hafiz tidak memberitahu keluarganya tentang kepulangannya kali ni (suprise katanya)... namun sebaliknya berlaku.... kami sampai ke rumah dan mendapat tahu ayah hafiz sedang sakit... pukul 11 kami berangkat menghantar ayahanda ke hospital... ayah ditahan di wad sakit HKK (hospital Kuala Kangsar)... yang hadir pada malam itu; along, kak lang sekeluarga, aisyah, ancik, faizal, bonda, hafiz dan aku (satu2nya bukan ahli keluarga)... setelah ayah mula menunjukkan tanda2 'ok', maka yang lain beransur pulang... hanya aku dan hafiz yang akan tinggal untuk menjaga ayah di wad malam ni....

3rd July 2009

ayah sebenarnya telah lama sakit, cuma baru kali ini ditahan di wad sakit... kami (aku dan hafiz) menunggu faizal untuk membawa makanan dan air untuk diberi kepada ayah... ayah kekurangan gula dalam badan, hingga menyebabkan pengsan... nurse sentiasa datang memeriksa kandungan gula dalam badan ayah (hanya naik sampai ke tahap 2.6)... hafiz memberi ayah minum dan makan kepada ayah... dan ayah turut mengadu sejuk, aku mebantu untuk menyelimuti ayah... ayah kemudiannya batuk2 (tak berhenti2), lalu kami meminta ubat batuk dari nurse... agak lama juga untuk batuk ayah reda... hafiz meminta kebenaran untuk ke toilet sebentar, dan saat itulah ayah mula perlahan berbaring dan sayup saja bunyi suara nya... lama2 aku jadi takut kerana ayah mengiring terlalu ke tepi katil (takut jatuh dari katil)... terus aku mampir dan menyambut ayah, namun ayah mula tidak bergerak (beban makin berat) seraya itu juga aku telefon hafiz untuk segera datang bersama nurse mahupun doktor.... tibanya nurse ke katil ayah, aku disuruh untuk menunggu di luar, manakala hafiz pula terusan menghubungi ahli keluarga yang lain untuk datang ke hospital dengan segera... yang dulu tiba; faizal... maka aku terus bercerita kronologi kejadian kepada faizal... 4.10 pagi... ayah disahkan meninggal dunia (kali pertama aku menyambut kematian seseorang di tangan aku) tergamam dan sedih, walaupun arwah baru aku kenali beberapa jam yang lepas... jenazah dibawa balik ke rumah kira2 pukul 5... kami menunggu kehadiran ahli keluarga yang lain, sambil Yasin kami sedekahkan, dan urusan pengebumian turut disusun atur... semua ahli keluarga tiba sebelum solat jumaat... segala urusan dilaksanakan selepas sembahyang jumaat... jenazah dikebumikan pukul 3 petang... majlis tahlil diadakan selepas solat Isya...

4th July 2009

aku dan hafiz menziarah kubur arwah... bersedekah fatihah dan yasin... kami mengadakan solat berjemaah di rumah dan membaca yasin sementara menunggu tahlil dibacakan oleh ahli surau...

5th July 2009

tahlil dan doa dilakukan pada sebelah tengahari, aku tidak dapat nak bantu kerana aku jatuh sakit pada pagi itu... demam dan pening kepala aku mula kebah sekitar jam 2 petang... pukul 4 petang seisi keluarga bercadang untuk menziarah kubur bersama2 kerana ada di antara mereka yang perlu pulang ke tempat kerja masing2 (Kedah, Kuala Lumpur. Melaka, N.9)... dan akulah satu2nya bukan darah daging yang hadir pada hari itu... sebak walau aku bukan saudara kandung mereka, tapi aku saudara seIslam... dan kerana aku manusia... inilah pengalaman aku di Kuala Kangsar Julai 2009...

.........Al Fatihah...........

*Ancik akan melangsungkan perkahwinan 12 July 2009 (pihak perempuan) dan 18 July 2009(pihak lelaki)... sedih bukan, seminggu sebelum perkahwinan, ancik kehilangan ayah... tapi pasti ada hikmah disebalik kejadian.... semua akan menemui ajal... soalannya; giliran kita bila lagi? bersediakah kita?

ViSiT ViA Da LiNe