TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Sunday, September 12, 2010

HaRi RayA KamI




Tahun ni, kami buat record lagi... keluar bersama anak2 buah... seperti tahun2 sebelum ni jugak (kalau anak buah balik beraya la)...
Raya kedua, sekitar jam 5 petang Anjang, Alang, Ateh, Achik (aku), Usu dan anak buah (Faiz, Apiz, Miza, Aisyah, Ayu, Mayrah) menziarah umah sahabat aku... selepas tuh pergi pulak ke rumah jiran sebelah... selepas puas berjalan, kami pergi ke pusat bandar...

Apa yang ada di pusat bandar??? ada Funfair... hahaha

orang sibuk beraya, kami sibuk ke funfair plak... hehe ye la bukan selalu dapat berlibur dengan anak buah... once a year... kita orang main langgar2 kereta, merry go round, rocket, columbus then semua permainan yang ada kat situ...

Balik dari funfair, kami tidak terus pulang ke rumah... kami ke KFC pulak hehe Ateh yang belanja huhu huge meal I guess...

Sampai di rumah kami singgah ke sebuah rumah jiran (sebab petang tadi mereka tak ada)... kat rumah pulak kami bermain UNO ramai2 ehhehe... itulah Raya Kedua Kami hehehe

Selamat Hari Raya Semua........
video

Friday, September 10, 2010

Persiapan Raya

Jam sekarang pukul 4.05 pagi.... mungkin ramai yang dah tido, atau masih lagi bersengkang mata untuk sambutan 1 Syawal esok hari...

Bagi aku pulak, norma untuk aku berjaga sehingga pagi raya, kerana sudah pasti ada saja kerja yang harus dibuat... Tahun ini memang seronok untuk balik beraya di kampung... Kenapa?? sebab semua ahli keluarga berkumpul di kampung halaman... Pagi ni aku nak story sikit pasal persiapan aku (sebetulnya kami) untuk raya tahun ini...

Pasal aku:

1. Zakat fitrah - dah settle plus aku tolong bayarkan untuk adik aku sekali...
2. Baju Raya - tak ada... (tak siap) hehe no hal, sebab baju tahun2 sebelum ni masih elok & baju abang2 aku pun ada jer...
3. Kueh Raya - aku buat sebiji jer, tu pun kakak aku yang keluarkan belanja :)
4. Duit Raya - selalu aku harap2 sedara aku yang bagi kat aku, tapi tahun ni aku bagi kat anak2 buah aku...

Pasal Kami:

1. Halaman Rumah - Dah cat & dah kemas... siap ada stage untuk catwalk lagi... (nanti aku upload kan gambar)... adik beradik aku sangat2 gigih decorate tahun ni...
2. Ruang Tamu - Ada langsir baru & sarung kusyen baru :) tema masih sama seperti tahun lepas; kuning, Hijau & Coklat...
3. Pelita Raya - Adik aku dah buat guna tin aluminium... untuk anak2 buah main bunga api...
4. Kueh & Biskut Raya - Tahun ni meriah dengan dengan kek jer (kakak aku buat 2 jenis, kakak ipar ku 5 jenis, aku sebiji & abang aku 3 jenis... )
5. Projek Kelupis - Alhamdulillah, tahun ni rezeki masuk lagi... semua bertungkus lumus menyiapkan tempahan orang... tahun kedua kami berniaga kelupis untuk Hari Raya (click sini untuk kelupis raya)

Itu jer mampu aku coretkan kali ini... apa yang penting Ahli keluarga bersama berhari raya & aku diizinkan Allah untuk meraikan bersama mereka semua...

Got to go guys... ada biskut harus aku buat pas ni...

Monday, September 6, 2010

Berbuka Di Desa

Salam Ramadhan....

Dah 3 Hari aku berada di kampung halaman... Suasananya, totally berbeza... kalau di KL, aku berbuka dengan kueh mueh atau nasi ayam atau laksa.... tapi di kampung hidangan lagi meriah... thats why i like kampung... dan aku mesti berselera untuk berbuka...

Meriah dengan hidangan... meriah jugak dengan ahli keluarga...

Inilah juadah berbuka kami untuk hari pertama di kampung.... yup ada ABC, Kerang masak Sos, Puding honeydew, Popia, Canai, Sayur Bendi, Ikan Masin, Nasi Putih hehehe ada 9 orang dalam rumah....

Hari ni 3 orang lagi akan datang ke rumah, my brother, nephew & niece.... Then, hari rabu another group sampilah ke malam raya nanti....

p/s: ada seminggu jer nak bersama ahli keluarga... dont' want to miss this opportunity...

Sunday, September 5, 2010

Puasa September


Salam Ramadhan!!!!

lambat sangat nak update blog... busy jer memanjang [padahal kekeringan idea]...
banyak benda nak story ni... maklumlah raya nak dekat... aku dah kat kampung pun, rindu sangat ngan kampung... nak story pasal ramadhan kat sini, persiapan raya, pasal family etc...

ehehehe... sabar yer....

ViSiT ViA Da LiNe