TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Wednesday, July 25, 2012

Merdeka

Salam Pagi Ramadhan...

Tergerak pulak aku nak menaip pagi ni, bila aku baca twitter kawan aku ni pasal logo merdeka untuk Malaysia taun ni... (dah tu takkan nak story pasal merdeka negara orang plak)... Bulan merdeka tak masuk lagi, tapi tak kisah lerrrr aku nak story jugak

Bila aku google image kan logo merdeka dekat tenet ni... maka banyak ler blog yang aku walking kan (mampooos aku punya bahasa tak merdeka2 lagi)... dan aku jumpa logo seperti yang di bawah ini. dan apa yang aku dapat rasakan??? hmmm si pembuat logo, maaf ye jika pandangan dari saya buat awak tersinggung yer, awak mungkin sudah mencuba sehabis baik yer.... tapi yang approve ni sapa ek?


Cuba bandingkan logo2 merdeka yang sebelum ini, pasti nampak perbezaannya. Pengertian logo itu sendiri adalah lambang ataupun simbol, tapi logo yang kita lihat ini lebih kepada perkataan (mengapa tak dieja penuh je 'kemerdekaan' kat logo tuh??). Adakah negara kita ketandusan idea untuk logo yang lebih kreatif?? ada berapa juta rakyat Malaysia boleh menghasilkan logo2 yang menarik.


Biar logo itu simple dan menarik. tak perlu banyak sangat element perkataan. dan aku bukan lah menyokong sebelah pihak sahaja jika aku mengiakan pendapat logo ini berunsurkan 'politik' ('Janji Ditepati' - Arwah mak saya pesan, kalo kita buat baik, jangan duk hu-ha kat orang, diam2 sudeyh biar ikhlas bantu naaaa). Cuba lihat dari aspek yang tidak kompleks, biar semua orang faham dengan maksud logo yang simple dan tidak terlalu exaggerate.

Akhir kata, maaf sekali lagi kepada pencipta logo tersebut. Saya yakin di Malaysia masih punya idea2 yang segar dalam menzahirkan kemerdekaan 55 tahun ke dalam bentuk logo.


p/s: setuju dengan pendapat mrjocko, kalo ada perarakan cam mana nak buat formasi ni??? aduyaiiiiiiiiii

0 KriTik:

ViSiT ViA Da LiNe