TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Friday, November 22, 2013

Kedai Mannequin Murah

Assalamualaikum.......

Nak bagitau satu cerita, jeng3 Pada suatu hari yang cerah aku telah mengembara ke Kotaraya Kuala Lumpur. Tujuannya simple nak cari mannequin murah. Ni semua kakak aku punya pasal, kenalah aku gigih mencarik sekitar KL.

Namun sebelum pergi KL, aku buat research sikit kat Internet, tanya ngan encek Google, kot2 dia tau kat mana tempat yang jual mannequin murah ni. Sebelum tu, nak tanya tahu tak mannequin tu jadah apa?? weeee ada yang tak tahu, mannequin tu patung la senang cerita hahhaha. Kakak aku suh cari patung simple jer, konsep hanger yang ada shape badan manusia. Dia bukan nak bukak butik pun nak beli patung yang full body tu.

Encek Google membawa aku kepada 2 website ni, serba sedikit membantu aku mencarik kedai mannequin tu. Website pertama: Alangkah Indahnya Hidup Ini dan Website kedua: Floral Veils Boutique Penting ya untuk tau nama kedai, sebab dekat area situ, terlalu banyak kedai mannequin dan rata2 semua harga yang sama, kecuali kedai yang aku bakal pergi ni. Lagipun sekitar kawasan ni memang banyak jual barang secara wholesale atau pukal.

Aku ada gak tanya member aku yang duk KL kat mana nak cari mannequin murah, dengan keyakinan yang amat dia terus kunci jawapan: Jalan Kenanga! So jangan buang masa carik kawasan lain, carik area tu je cik Jah. Aku tanya gak, Jalan Kenanga yang dimaksudkan tu Kenanga Wholesale tu ker, bangunan yang besar gedabak tu? dia kata bukan. Carik kat kedai2 tepi jalan jer, kedai tepi jalan bukan gerai yer.....

Since aku ni bukan penduduk tetap KL, sudah semestinya aku naik public transport, Which is mudah untuk aku sampai ke tempat tu. Aku naik Star LRT jer berhenti kat stesen Hang Tuah. Keluar je dari stesen LRT tu pergi sebelah kiri, then kena turun tangga (sebelah kiri jugak) menuju ke lorong2 yang tak pasti. Memula2 kawasan flat kalo tak silap aku then baru deretan kedai. Terus jer ke depan, tak perlu ada keraguan. Jangan terpedaya dengan kedai2 lain yang jual mannequin, mahal yerrrrr hahahhaa terus berjalan kaki dalam 10-15minit dah sampai kedai tuh, Terminal Six Enterprise namanya, kedainya kecik, tapi berbaloi2 barangan yang dijualnya.

Map nak pergi situ kalau jalan kaki dari stesen LRT Hang Tuah

Yang ni RM10 (Man Hanger)

Ni pulak RM5 (Kid Hanger)

Ni sexy sikit RM5 jugak (Ladies hanger)

Ni dia signboard dia, humble jer kan tapi kandungannya sangat2 meriah!

Aku siap mintak business card lagi, just in case nak main tempah jer dari Sarawak. Dia pun kata memang depa ada post ke luar kawasan KL/ Selangor.
Nampak tak?? dia tulis

(Head Office)
No. 7, Jalan Merlimau, Off Jalan Kenanga,
55200 Kuala Lumpur.
Tel/ Fax: 03-92213662
H/P: 012-6913662
Fax: 03-56316815
terminal6ent@hotmail.com

So, apa tunggu lagi, dapatkan mannequin anda dengan kadar segera!

**By the way gigih aku membawa beg nak simpan 3 bijik mannequin yang aku beli, dia tak provide kotak. Kalau beli 50pcs baru dia bagi. dah nama pun deretan kedai borong kena lah memborong :)

ViSiT ViA Da LiNe