TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Wednesday, August 21, 2013

The Conjuring

Assalamualaikum....

Semalam pergi tengok wayang (lama gila tak masuk panggung). Pilih movie The Conjuring sebab tengok review bagus. Director dia James Wan, kelahiran Sarawak yer. Semestinya proud hahaha. Sapa James Wan ni? aku pun tak kenal, tapi kalau korang pernah tengok movie Saw dengan Insidious, mesti korang tau betapa awesome nya movie dia.


Ok, back to my story plak, (James tu korang boleh wiki yer). Memandangkan aku cuti, aku decide nak tengok wayang. Tak tahu nak ajak sapa, aku decide tengok sorang diri. Beli tiket wayang jam 11.30pm baru awesome! Memula masuk tu tak ramai orang. Aku rasa sekitar 10 orang jer. Bila dah dekat nak start baru ada orang lain masuk, kira 20 orang jugaklah tengok.

Nak dijadikan story, aku ni tak minat sangat tengok cerita hantu kat panggung sebab tension dengan audience lain. Ada satu group pompuan ni, masuk lambat. Dah masuk bising plak chit chat, main phone. Duduk sebelah aku plak tu, punya lah banyak seat kosong yang lain. Sekali hantu Rory muncul, menjerit kaw! Padan muka. Terus seriau depa. Part baling best bila Bathsheba terjun dari wardrobe, menangis terus ketakutan. Cam bengong jer, dah tau penakut sebok nak layan citer antu. Hampeh!!! Sudahnya tak sampai separuh citer ko dah kuar panggung hahahaa

Jalan cerita dia best, dan based on true story. Aku suka. saspen banyak dan elemen horror dia sedang2 elok, tak over pun. Dari 5 bintang aku bagi 4 bintang! well done James

Kuar jer dari panggung, hujan lebat. takleh nak balik dulu, terpaksa lepak kat KFC. agak2 dah lewat, redah je hujan hahaha (padahal aku nak melahap cheesy wedges)

**oh ya, review dari aku jangan percaya sangat, sila tengok sendiri

Sunday, August 18, 2013

Its Been Awhile

Assalamualaikum....


Lama kan tak bersihkan sesawang ni. rindu pulak nak menjenguk. Busy satu hal, tak sempat nak menaip, padahal ada jer story. Banyak pulak tu. Nak tunggu aku rajin bila entah, terbengkalai tak sudah.

short story jer lah kot;, ada kerajinan terlampau aku update full story.

Aku dah start kerja kat tempat baru. Macam biasalah, dugaan tempat baru memang banyak. Aku seperti biasa observer, nak tengok perangai. Ada yang ok, dan pastinya ada yang menjengkelkan. So far, perjalanan kerja aku menyeronokan.

Tahun ni jugak merupakan tahun kedua aku berpuasa di kampung halaman, cuma tahun ni aku tak busy membuat juadah seperti tahun lepas. Busy dengan kerja, tak sempat nak tolong famili. Raya pulak aku takkde cuti. Sedih?? takdelah sangat sebab habis kerja still boleh beraya.

Bulan puasa tahun ni jugak aku sempat shopping raya dengan famili kat KL. pergi kejap jer pun. Banyak gak story best.

Hari jadi? macam malas nak cerita, sebab nobody really care I guess hurmm... Macam poyo jer kan hahaha

oklah mata ngantok. Nanti aku taip full detail k. Love ya

***gambar amik dari sini

ViSiT ViA Da LiNe