TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Thursday, March 21, 2013

Awak Bukan Kawan Saya Lagi

Assalamualaikum

Sedih je bunyi tajuk post aku tu ye. Hari ni tergerak pulak jemari aku nak menaip sesuatu. Kali ini berkaitan dengan sahabat, teman or kawan.


Ada yang mendefinisikan perbezaan antara istilah ini, namun ada yang berkata semuanya sama maksud. Anda pulak bagaimana? terpulang pada pemikiran masing-masing. Bagi aku, seseorang yang benar- benar memahami kondisi diri dan persekitaran merupakan seorang teman. Teman sentiasa ada dikala suka mahupun duka. Teman juga tahu bagaimana harus bertindak atas apa yang berlaku pada kita. Jika tidak mampu menyelesaikan masalah, cukuplah sekadar meringankan bebanan.

Berbeza dengan sahabat, sahabat boleh hadir dalam keadaan sukar namun tidak pada setiap masa kita memerlukannya. Sahabat menjadi panduan dalam setiap baik buruk tingkah laku kita. Sebagai tauladan dan sempadan dalam hidup kita. Manakala kawan pula mungkin hadir hanya disaat kita gembira sahaja. Kawan bukanlah harapan untuk kita menyandarkan masalah, malah belum tentu tentu dipinjamkan pundaknya kepada kita. Ini definisi aku, tapi tolong jangan ambil bulat-bulat yer, anda pasti punya pendapat yang lebih bernas.

Berbalik kepada story aku yang sebenarnya. Tidak lagi menjadi kawan. Sebenarnya aku merujuk kepada rakan Facebook. Pernahkah anda mengalami situasi ini; berkawan di Facebook lebih dari setahun, namun tak pernah berjumpa, selalu komen mengomen dan jugak like status atau gambar. Tetapi secara tetiba anda perasan YOU ARE NO LONGER HIS or HER FRIEND. Ok mungkin adabanyak sebab untuk anda atau si dia menekan button unfriend.


Pertama mungkin ada pertelingkahan antara dua pihak ini yang menjurus ke arah putusnya sahabat. Masing- masing terlalu ego untuk mengalah, maka unfriend adalah jalan penyelesaiannya. Kedua adalah salah faham; merujuk kepada campurtangan orang ketiga yang berbaur hasutan dan memporak peranda hubungan itu ataupun salah faham yang tidak disengajakan melalui status atau komen di Facebook. Ketiga SERIUS AKU TAK TAHU APA SEBABNYA KO UNFRIEND AKU. Part ni aku memang susah nak explain, sebab aku memang tak suka dijatuhkan hukuman tanpa mengetahui apa salah dan silap aku. Reason yang ketiga inilah yang sering berlaku ke atas aku.


Sebelum ni, memang aku pernah bertanya, KENAPA UNFRIEND AKU? apa silapnya? jika kita tak pernah bertegur agak tidak logik. Jika kita tidak pernah berjumpa, pun tak logik, sebelum ni ok jer. Jadi aku nak tahu KENAPA UNFRIEND AKU??? Takkan sebab aku lagi cantek dari ko?? Tapi setelah aku lali dengan perkara ni aku mula tak ambil kisah, mungkin si dia punya sebab sendiri. Aku pulak takkan terhegeh-hegeh untuk ADD dia semula. Orang dah buang kita, janganlah kita melukut lagi KAN? Cuma memang terkilan sedikit orang yang pernah kita bergurau senda HILANG begitu saja.


Itu kisah di Facebook, harap tidak berlaku di realiti kehidupan aku. Bukan aku kata takkan berlaku di dunia nyata, tapi mintak dijauhkanlah yer.

Apa-apa pun hidup kena diteruskan yer.


Sekian...................





**skema pulak ayat aku kali ni

Friday, March 8, 2013

Selamat Pengantin Baru


Assalamualaikum


Story latest dari aku, last week ont the third of March aku telah menghadiri majlis perkahwinan sahabat aku. kita orang kenal sejak zaman sekolah. Jemputan dia untuk ke majlis persandingannya bukan sebarang tapi amat istimewa. Begini ceritanya.

troott troott troott *bunyi message kat whatsapp (burok bebeno bunyinya)

"Salam Lan, ko mok x jadi mc time aku bsanding klk?"

My first reaction was Waaaaaaaaaaaaaaaahhhh biar betol???

terus aku bagitau dia, first time orang invite aku jadi emcee untuk majlis besar macam tu, lagi pun aku tak ada pengalam mengacara majli sebegini (pernah dulu tapi takdalah sebesar kali ini) *sila rujuk link ini. Aku tanya dan terus bertanya, kemudian aku katakan:

"boleh jak"

dia reply "Mena?" (macam terkejut jer aku setuju hahahaha)

aku balas "Asalkan famili ko tak kisah kalau aku jadi emcee"

dan dia jawab "No problem, famili aku tak kisah".

Maka bermulalah assignment aku mencari detail untuk mengacara majlis. Aku tanya maklumat untuk majlis persandingan itu nanti, berkenaan ahli keluarga kedua-dua mempelai, persiapan persandingan dan sebagainya. Text ucapan pulak aku confident cari kat internet jer miahahaha. Then aku sedaya upaya aku ingat kembali bagaimana pengacaraan dilaksanakan pada majlis-majlis yang pernah aku hadiri. Aku membuat pertemuan dengan bakal pengantin untuk berbincang lebih lanjut mengenai majlis tersebut.

Persediaan dan persiapan aku telah buat. Sejujurnya aku tak dapat tidur lena menjelang hari persandingan, ibarat aku pulak yang kahwin hahaha. Gemuruh pagi itu bermula seawal jam 8.30am bila aku telah sampai ke Dewan MUC. orang pertama yang aku jumpa adalah bapa pengantin, aku bertanyakan nama-nama orang yang terlibat pada majlis itu nanti seperti nama pembaca doa dan juga wakil pihak lelaki untuk majlis tepung tawar. Maklumat ini lambat sampai ke tangan aku kerana kerisauan perubahan pada saat- saat akhir.


Aku seterusnya lepak depan dewan, mengamati indahnya hiasan pelamin hasil kerja D'Kayangan Bridal. Sambil itu aku turut praktis membaca text, agak gentar bila pihak dewan kata tak ada stand untuk aku berdiri nanti, so terpaksa berdiri tegak macam tu jer sambil tangan pegang text pengucapan. Sedeyh!!!!!! sementara menunggu ketibaan hadirin dewan berkumandang dengan zikir memuji kebesaranNya. Alunan indah dari Suara Bahagia, Teku mengajak mengingati Allah dan RasulNya.

Satu persatu pengunjung hadir DAN kelibat sahabat aku yang lain mula menampakkan batang hidung mereka. Oleh kerana mata, dan kepala mereka meronta-ronta melihat keindahan aku, dengan kadar segera mereka dapat mengecam aku di pentas pelamin walau berada di kejauhan. Maka tersebarlah ke serata buana aku menjadi emcee untuk majlis ini, tatkala aku mula bersuara. Sebenarnya mereka tidak tahu aku menjadi emcee kecuali pengantin perempuan. Imbas kembali:

Cik Rah: "aku ada kat sibu..haha.. Hurin Husna Meriana, Mohd Shahlan Kassim, takorg pegi x esok?jom konvoi kita..hehe.. — with Nurhidayah Sharif, Syafina Carl and Mastura Nasrie."

Hurin Husna Meriana: "ok jak ku.mah, inbox ku no tepon ko lokk..."

Syafina Carl: "Aku join skali esok leh?lak konvoi sama2.."

Nor Hartini Madehi : "wooo..meriah eh.ku xpat balit..amik gamba banyak2 klak oit..ney Nurfarhana Badar sik pengilan kah?"

Nurfarhana Badar: "Huaaa..aku jelessss..ku xdpt balit :("

Cik Rah: "hoho...okeh,lak ku ambik gamba..hehe..bkambohla ngan dak Hurin Husna Meriana ngan Syafina Carl.. mohd Mohd Shahlan Kassim ko xpegi ka?"

Mohd Shahlan Kassim: "pergi.. tapi flight aku delay sikit dari kitak orang. jumpa di MUC jaklah."

-----------
huahuahua SURPRISE!!!!!!

Memang best bila menjadi sebahagian dari aturcara hari indah ini. Terima Kasih kepada Sazila & Hizbullah kerana memberi kepercayaan pada aku. Dan kepada ayahanda Sazila; Encik Mohamad, anda sangat-sangat sporting :)



Selamat berbahagia kepada pasangan pengantin dan semoga Allah terus melindungi kalian hingga hujung nyawa. Amin.

ViSiT ViA Da LiNe