TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Sunday, November 1, 2015

Inspirasi Pendakian Bukit Tabur

Assalamualaikum.... 

Ini ada story yang aku baca dari facebook Nur Maizan Nazmal.


--------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillah. Kisah hiking Bukit Tabur East pagi Jumaat 30 Oktober 2015 yang harmoni.
Al-kisah, kami naik bertiga. Yang cukup kudrat dan kemampuan. Perjalanan mengambil masa 45 minit untuk sampai ke atas.

Sampai je kat puncak, terjumpa geng sama UIA. Ketiga-tiganya lelaki. Tengah breakfast sambil berborak.

Aku perasan yang sorang ni tengah duduk, ada lebihan jeans meleret atas tanah.
Kaki dia. Kaki dia takde. Dan aku kenal dia. Kenal as in familiarlah mukanya. Selalu jumpa kat centre UIA dengan wheelchair. Nama dia Adam.

Masa tu rasa amazing. Aku tadi hike sikit dah tercungap-cungap. Yelah takde fitness macam orang lain kan. Pancit macam apa. Berhenti banyak kali. Tapi Alhamdulillah sampai jugak kat atas tu.
Tapi macam mana Adam ni boleh sampai atas?

Masa tu dah memang rasa Subhanallah dah. Ya Allah. Kental gila mamat ni.

Balik UIA, member yang naik sekali share cerita. As dia terdengar conversations among them sebab dia sampai puncak dulu tadi.

Adam bersuara;

"Terima kasih korang sebab sudi bawak aku naik bukit ni."

Kawan lagi satu membalas,

"Takde masalah lah. Tak kiralah dengan apa cara pun kau usaha nak naik bukit ni, tapi yang penting sekarang kau dah ada kat puncak ni, kau ada determination."

Kawan share lagi, dia tak boleh jalan seperti seorang yg normal. Cukup dengan menggunakan lutut untuk bergerak. Dan dia sampai jugak ke puncak bukit walaupun perlu daki ikut laluan yang curam. Bagi seorang yang normal, nak sampai ke puncak ambil masa 30-45 minit. Tapi diorang ambil masa 2 jam.

Dua orang kawan dia memang sangat supportive, sanggup daki slow semata-mata nak bawa sahabat diorang ke puncak macam orang normal boleh buat. Nak bagi sahabat diorang rasa perasaan bila tengok nature.

Lepas tu tadi, kawan lagi sorang share gambar ni kat group. Dari member dia yang bawak Adam ni naik Tabur tadi, Satrio.

Mata bergenang dah. Malas nak cakap banyak. Perempuan ni memang emo. Time tengok tu memang nak nanges dah. Tapi tahan jelah sebab nak makan tadi. Eh.

Aku cukup kaki tangan tu pun asyik mengadu penat, stress bagai. Adam ni tak sempurna fizikal tapi hati dia sempurna dah bagi aku. Kentalnya Ya Rabbi! Aku bangga dengan dia.

Mungkin bagi orang lain biasalah kan. Well, semua orang mampu buat sebenarnya. Nak taknak je. Semangat atau tak je.


Tapi senario ni luar biasanya adalah kisah seorang manusia yang luar biasa. Senario yang boleh balikkan kita semua semula pada Dia.


Kisah yang mana boleh buka mata hati kita untuk jadi hamba yang bersyukur.
Kisah yang mana mampu turunkan ego kita sebagai manusia.
Kisah yang mana bisa memberi pengajaran buat kita melalui insan lain.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah mampu kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)
Muhasabah untuk diri sendiri


-------------------------------------------------------------------


Kesimpulannya, apalagi alasan kita yang mampu kita ujarkan jika dibandingkan dengan saudara Adam ini (atau nama facebook beliau; Hasrullah Azrulkhan). Tahniah juga kepada sahabat2 beliau yang sudi memberi sokongan dan bantuan (Muhammad Satrio Banyubiru & Nazri Nasir). Alhamdulillah.... menitis jugak air jernih dari mata aku, membaca coretan mereka.

***Ni yang buat semangat aku berkobar2 nak daki gunung balik ni...

Saturday, October 24, 2015

Bajet ke Belanjawan?

Assalamualaikum....



Tergerak jari aku nak menulis kat blog tentang Belanjawan 2016. Walhal aku tak berapa nak ambil tahu pun. Kenapa aku tetiba berminat nak menaip ni? sedangkan coretan hidup aku yang lain aku boleh skip, tapi story ni terus aku gigih nak menaip pulak. (sebab aku tak boleh nak tido... sekian)..

Sebenarnya aku muak dengan isu ni, hampir setiap tahun perkara yang sama akan berlaku. Orang yang mendapat bantuan tu lah yang akan cepat melatah kat media sosial. Dinaikkan gaji, diberi bonus namun masih ada suara2 yang akan berkata "TU JER?"... bukan aku nak puji kerajaan kita, tapi sebagai manusia yang rasional, bandingkan dengan orang lain yang kurang mendapat atau langsung tidak merasa layanan itu. Simple bukan? Ya... dan aku tahu, kamu mungkin berkata, kamu bersuara kerana hak kamu, tapi fikirkan semula di saluran mana yang harus anda sampaikan....

Sebagai contoh... **DIULANGI >>>> CONTOH SAHAJA. seorang penjawat awam mengupdate status di laman facebook, mengeluh dengan jumlah kenaikan atau bantuan untuk belanjawan kali ini tidak banyak. Tahukah anda betapa irritating dan annoying (2 benda yang sama aku sengaja mention sebab nak bagitau penegasan) kami yang bukan penjawat awan ini membacanya?? sedangkan setiap tahun, golongan inilah yang akan sentiasa mendapat imbuhan berbanding pekerja swasta mahupun golongan bekerja sendiri. ***pas tu, mula lah update "kalo tak suka facebook aku ada button HIDE/ UNFRIEND/ BLOCK. Tersangatlah profesional cara kamu handling isu ini.



Aku sendiri sudah lali dengan senario ini, dari zaman awal pekerjaanku sehingga ke tarikh hari ini. Jika ada rezeki untuk dibahagi sama rata, Alhamdulillah. mudah kan? Duit banyak sekalipun, kalau masalah berkoyan2 tak guna jugak beb. Ingat yang paling utama, rezeki dari Allah SWT bukan dari kerajaan.

#JustSaying

***motip ada hashtag bagai????

Saturday, August 15, 2015

Since 1985

Assalamualaikum....

Walaupun dah berlalu beberapa hari, but I feel so blessed that 2015, I'm officially 30 years old!!! hoyeahhhh (aku pun tak paham kenapa aku perlu happy)

As usual my family and friend wish me great blast for my Birthday. Thank you very much, may Allah bless all of us. Ameen....

Ada juga yang bertanya dengan aku, kenapa tak publish kat facebook tarikh birthday. Bukan aku tak nak publish, cuma segan pulak rasa nak mintak orang wish. Biarlah mereka tahu sendiri dari orang lain. At least for me itu lagi sincere ngeeeeeeee..... TIPU JAAAAA.. sebenarnya aku frust last year aku publish kat facebook, tak sampai sepuluh orang pun yang wish walaupun kawan facebook melebihi seribu orang, penat aku mengharap. (haramjadah tak perangai aku miahahaha). So I decide tahun ni tak payah lah nak publish, kalao ada yang ingat Alhamdulillah...

Tahun ni first wish aku received dari Khatijah Bolhan, my so-called friend yang lahir pada bulan dan tahun yang sama. Thanks buddy!!!! after that baru la yang lain join sekaki. Dari kawan sekolah rendah sampai lah yang kat kolej. Then tak lupa jugak My second famili which is Planet YM members. THANK YOU GUYS, stay awesome k.

My own famili tak sibuk nak wish sangat just dorang dah siap buat makan2 kat rumah lepas aku balik kerja. Gigihlah kan mereka beli makanan and masak untuk meraikan hari aku. As per annually you guys are the best among the best!!! Love you guys till Jannah... muahhhhhhh

oh by the way... am I serious about my age???.. you bet I AM hahahaha tapi orang tak pernah fikir aku ni dah 30, ada yang fikir aku masih twenty something, or even funny masih budak sekolah. I don't know why did they think like that, adakah sebab badan aku ni kecik atau muka yang terlalu comel bwahahahahaha for example; last raya my colleague datang beraya kat rumah aku

Ah Lu: Lan, rumah you kat mana?? Kampung Hilir sebelah mana??
Aku: You kat mana sekarang?
Ah Lu: Dekat dengan masjid yang tengah renovate.
Aku: Ooo tu bukan masjid tu dewan serbaguna, you pergi depan lagi nanti you nampak surau batu sebelah kiri, lepas tu ada taska cantik... seberang tu lah rumah saya.
Ah Lu: Rumah you sebelah sungai kan??
Aku: Ya, sebelah sungai. Saya tunggu dekat tepi jalan ni depan rumah.

(Pada masa yang sama wife Ah Lu menyampuk, "Tu dia punya anak tepi jalan sedang tunggu pakai baju melayu")

Ah Lu tanpa segan silu terus berdekah ketawa seraya berkata "Itu bukan anak dia, itulah dia hahahaha"

Ah Lu sampai ke rumah aku terus ketawa dan bagitau aku, wife dia tanya umur aku berapa macam budak sekolah. Aku pulak confident tahap gaban jawab "Form 3" kuikuikuikui

See betapa mudanya aku... bwahahahaha Tapi sebenarnya ada satu tahap keremajaan wajah aku ni tidak membantu aku sangat pun. Orang fikir aku muda, so mereka tak nak dengar sangat cakap aku padahal aku superior dari depa semua (in terms of kerja plus any event that I attend). Tapi aku malas nak amik port, just amik kisah apa yang perlu, sooner or later they came to me in the need of help aku hanya akan tersenyum dan berkata "OMONG SAMA TANGAN!!" sambil flip hair... keh3

Tu je kot nak story, nanti aku rajin aku story lebih k.. muah semuaaa!!!

Thursday, July 30, 2015

Kembali Semula

Assalamualaikum.....


Laa ni aku tetiba excited bila ternampak satu update kat facebook 'tangan terasa nak berblog semula....' ayat seterunya aku malas nak copy paste, jari aku penat. boleh cenggitu? hahahahah


Kenapa aku excited? sebabnya blog penulis yang membuat aku berkobar2 nak online untuk buka dashboard blogger ni. Ternanti2 akan update dari penulis setiap hari. Bagi aku, penulisan sangat mencuit hati aku, malah aku cemburu betapa penulis mengutamakan penggunakan bahasa yang tertib walaupun tidak formal berbanding aku yang suka mencampur aduk bahasa. Pernah aku bertanya pada penulis, jawabnya mudah "...sebab aku cintakan bahasa..." aku tersenyum dengan jawapan tersebut.

Bila mengingatkan zaman dulu2, di blogger inilah bermulanya perkenalan aku dengan penulis, kemudian chatting menggunakan yahoo messenger. adakala rasa stress yang aku alami dulu terubat dengan membaca karya penulis, paling tidak mampu buat aku tersenyum sendiri ketika membacanya.



Dari situlah aku bermula rajin meluahkan rasa hati di blog sekiranya ada tekanan yang menimpa aku. Aku jarang meluahkan masalah aku secara lisan kepada orang lain. aku lebih gemar bermonolog, menulis dan pada ketika itu blog adalah teman tatkala aku bersedih. pada masa itu aku langsung tak peduli apa itu follower, yang aku tahu aku menulis isi hati aku.


***tetiba emosional plak... caitttttt! by the way semoga Penulis kembali aktif berblogging ya. bak katanya kipas susah nak mati hahahaha Indeed!

Sunday, July 26, 2015

Lagu Itu Diari

Assalamualaikum....

Kalo ikutkan semalam aku dah post entry yang baru, tapi line tenet hauk gila khinzir sangat.... So terpaksa aku post malam ni (malam ker jang, bukan dah pagi ker)....


Ok kali ni aku nak story pasal lagu. Perasan tak korang kalau kita dengar radio, macam2 genre lagu yang kita dengar malah ada lagu throwback. Bila kita dengar lagu2 throwback ni, time tu lah terimbau kenangan silam yang pernah terjadi kat kita. Tak kisah lah, yang manis2 lebaran ka mahupun pahit bak hempedu (tetap bahasa nak over kawwww)

Macam aku, tiap kali aku dengar Miley Cyrus; The Climb mesti aku teringat time aku kerja kat GSC Times Square dulu. Maklumlah time tu memang tengah hot cerita Hannah Montana The Movie kat panggung. Aku pulak time tu kerja bahagian ticketing department, hari2 aku dengar lagu tu sampai hafal lirik lagu si Miley ni.

Kalo lagu Neyo; Mad plak aku teringat ngan my very first couple. oopsss ada kapel rupanya aku hahahaha cam bodho jer, tak percaya diri sendiri ada couple. Time tu, lagu Neyo ni selalu berkumandang kat radio, Kita orang selalu layan Hitz.fm tu yang selalu dengar lagu tu.

Banyak lah jugak lagu yang membawa kenangan lam hidup aku, nak story satu2 cam panjang plak, dah la aku ni pemalas hiksssss

***psstt ada jugak manusia yang tak gemar dengar radio, biasa pasang lagu kat mp3 jaaa (oklah kan aku guna istilah mp3 bukan walkman hahahaha). maybe sebab malas nak dengar celoteh plus iklan yang lbih banyak dari lagu.

Sunday, July 19, 2015

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum....

Dah raya kerrr? hahaha macam tipu je waktu ni berlalu dengan cepat. tido bangun tido bangun dah masuk bulan syawal.

Persiapan kami untuk raya?? seperti biasa olwes kelam kabut, kalo tersusun tak rock ar hahahha

Langsir tetap pakai yang lama, Sarung kusyen aku dah beli 65 hengget tapi dapat diskaun 5 hengget. (tapi adik aku bagitau kat kedai belakang tu RM55 je.... demmmmnnNN!). Cat rumah masih sama, halaman rumah dah berubah sikit dari taun2 sudah. luas sikit. decor raya aku suruh anak buah aku buat. aku pi carik balik kad raya lama aku suh depa gantung kat dinding. biskut raya aku dah setel 3 jenis, sebiji kek raya. sebelihnya dari kakak kandung (sama bapak, sama emak) dan kakak ipar aku bagi. so kira cukuplah kot nak penuhkan meja tu.

Lauk untuk pagi raya tugas abang aku sediakan, dia buat daging sate ngan kuah kacang, & kari ayam. kakak ipar aku plak buat ayam masak merah. hidangan lain, cam biasa ketupat, kelupis dan lemang.

ok tu baru mukadimah yer, aku bukan nak story detail sangat hikkssss. aku nak citer pasal malam raya. malam yang sentiasa menjadi kacau bilau untuk kami adik beradik setiap tahun. lama gak aku tak update pasal bisnes kelupis kami. almost 4 tahun rasanya. nak tau detail leh search story kat sini.

Tahun ni agak gila berbanding tahun2 yang lain. (tahun lain pun gila juga). Tempahan kelupis berganda2 naik..... Alhamdulillah, rezeki kami untuk raya kali ni. Tahun ni jumlah ikat roughly sebanyak 610 ikat, seikat tu ada 3 batang. cer imagine menenyeh pulut sebanyak almost 2 ribu batang.. kebas segala tubuh badan weiii. ada customer lama (kira cam repeat order lah ni), ada customer baru. marketing buat kat fesbuk jer dah  mengakibatkan banyak tempahan, belom termasuk lagi walk in punya... gituuuuuu ayat tak hengattt kawwwww!


Kita orang buat dalam 3 fasa. Fasa pertama & kedua untuk yang ambik awal, Fasa ketiga kira all out lah. time kritikal bila dengar surau darus Saadah melaungkan takbir raya, terus macam mesin tangan kami buat kerja. berderet pangilan telefon masuk cakap nak ambik tempahan mereka. Aku terus berbelit tangan nak mengikat, nak mengukus, nak check order. fuhhhh dashatttt

As usual, tugas aku untuk mengikat kelupis dan mengukus kelupis. kira last stage lah kan. Tugas aku juga untuk counting jumlah kelupis yang dah setel buat, dan yang masih perlu dibuat. 4 orang manpower je untuk benda ni semua Alang & Anjang memang tugas menenyeh pulut untuk dimasukkan ke dalam daun palas. Usu plak tukang masak pulut dan santan, Aku buat finishing part.

Yang lain ada jugak turut bantu malam tu, macam Andak, Ateh, Ngah dan anak2 buah. Alhamdulillah setel semuanya roughly jam 3 pagi kot, tak tengok sangat.

By the way yang menariknya tahun ni ada yang order ketupat ngan kami jugak taun ni. Lemang pulak by walk in je. dua benda ni buat kat halaman rumah, meriah seyhhhh siap ada orang berhenti take a selgie hak3, ingatkan wartawan mana tadi hehehehe


Ketupat orang order dalam 200 biji. Orang tau pasal ketupat kami sebab kami jual petang2 time bulan posa. sebab tu ada yang menempah dengan dengan kami. tapi kami tak nak serius sangat pasal ketupat, nanti kerja bertambah pulak. Urusan ketupat dihandle oleh Andak, Udak, Aishah & Ayu.


Lemang ni tak termasuk dalam bisnes kami since ni memang modal fully dari Andak, so kami tak nak kacau.

Rasanya tu jer kot nak update. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sunday, July 12, 2015

Bertuntong bukan Sotong

Assalamualaikum...

Seminggu jer lagi kan? well you know what I mean... orang lain puasa gak, paham jer apa yang aku maksudkan kuikuikuikui....

Aku tak sabar nak tunggu 7 likur ni, boleh aku salah syaitonnnirajimmmm kalo aku buat dosa. Sebab bila time 7 likur ni orang pasang pelita dah, tapi tak ramai dah buat, area aku masih ada makhluk2 yang sudi mengangkat tradisi ini.. tak sabar weiiii

Setiap tahun kami pasang pelita tau depan rumah, walaupun kat depan jalan tu terang gila ngan lampu jalan. Tetiba plak aku naik geram ngan sesco ni kuikuikuikui



tu jer nak update muahahahhaahaha

***pstt gambar kat tu aku culik dari sini, maklumlah kat kampung aku lom meriah lagi orang pasang pelita

Monday, July 6, 2015

Nak Tau Tak

Assalamualaikum....

Lama kan aku tak mencoret kat sini, percutian aku kat Langkawi pun aku tak setel lagi ngan korang. Banyak cerita yang aku tak update kat sini. sebab aku malas.



Tapi tu bukan saja alasan aku untuk tidak terus menulis di blog ni (sambil kedengaran lagu Jessie J berkumandang kat Radio). Penulis blog pernah bagitau aku, pada satu tahap kita akan berdepan dengan writers block, kiranya ada idea tapi tak tahu macam mana nak mencurahkannya.

Kalo ikutkan melompat2 je idea aku kat otak ni, tapi langsung jari2 aku kebas nak menaip tau. Kan best kalau aku guna video jer, tapi tu dah bukan blogger namanya, lagi pun sora aku bukan sedap sangat pun nak di dengar, sekadar manis2 manja jer.

Minta korang doakan aku menjadi rajin boleh tak. Terima Kaseh yang amat albab sangat...

So aku just nak buat kesimpulan untuk post kali ni

Selamat Tahun Baru 2015 ***matilaaa baru nak wish, dah separuh tahun dah

Salam Ramadhan Semua.... **semangat nak raya la tuhh...

pssssttt.. aku menaip dari opis tau ,keh3


Kekata legend untuk puasa tahun ni.

"Sedarlah bahawa kejahatan yang anda lakukan di Bulan Ramadhan ini datang dari diri anda sendiri bukan dari Syaitan"

ViSiT ViA Da LiNe