TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Friday, October 23, 2009

Kek Raya ker?

Sebelum aku menulis entry yang serius, aku coret pasal benda2 simple dulu... hehe Pasal kek ni, aku nak tulis simple jer... tak ada idea nak coret panjang2.. jiwa kacau kata orang pada ku...

Firstly Chocolate Moist Cake... Percubaan pertama aku... cam tak jadi jer, tapi tak kisah, janji sedap huhu

Second Kek Lapis Masam Manis... Selalu sangat dah buat... agak penat nak menyusun 'syiling' dalam kek tu... tapi gigih jugak aku nak siapkan... kek ni habis dimakan oleh housemate aku... tak menyempat adik aku bawa balik hostelnya... aduyai sungguh.. perisa pandan....

Last sekali aku aku bagi nama Kek Lapis Zig Zag... hahaha percubaan pertama aku buat kek dalam kek... tak sempat siap, sebab aku nak cepat berangkat ke rumah kakak aku... Tapi! tetap maintain sedap (haha nak market jugak)... Turut menjadi santapan housemate aku hehe... perisa strawberry plus chocolate...

p/s: Raya tahun depan tak tau nak buat ke tidak hahaha

Saturday, October 17, 2009

Kosong

Lambat sangat untuk aku merasa... Mungkin aku suka berlagak tenang dihadapan semua orang... Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa aku berperang semahunya...

Setelah sekian aduh aku menahan... Aku semahunya meluahkan segalanya di sini... Namun tiada butir bicara yang mampu aku coretkan...

Secara luaran, aku sihat sahaja... Fizikalnya aku tahu mana sakitnya, dalamannya aku alami siksanya, fikirannya aku saja rasa kekusutannya...

'Jiwa kacau' kata mereka... Aku sebenarnya takut... Takut dan terus takut... Kerna aku tak bisa bercerita apa saja pada semua... Kerna aku tidak bisa menjawab dengan kejujuran tentang aku...

Maaf ya kalian... Jika aku sembunyikan sesuatu... Sedangkan orang tersayang telah aku sorokkan segala ini, apatah lagi kalian semua... Maaf...

Monday, October 12, 2009

Sayang Nono

Tertarik dengan entry kat blog ubye... tergerak jemari aku ni nak menaip dan post entry pasal baby (takdelah baby sangat pun)

Gambar yang diambil sewaktu Nono (bukan nama sebenar) baru berusia 3 hari...

Gambar ni pulak time raya baru2 ni... usianya dah setahun 5 bulan...

Nono tengah melarikan diri dari Pak Su nya hehe

tak sabar nak tunggu dia panggil nama aku... 'Archique Lan' hehe maybe next year kot

Bakal Menghias

...Oktober 2009...

p/s: Credit to manz_mafia for editing the picture

Friday, October 9, 2009

Birthday Dia

Bila birthday jer, mesti dapat benefit dari syarikat telefon. Birthday kakak aku hari tu, dia dapat offer dari celcom dengan maxis (ye lah, fashion sekarang ada 2 nombor, aku jer yang masih setia dengan maxis ku huhu). Maxis bagi sepanjang hari panggilan percuma dari no maxis ke maxis. celcom pulak 7 hari katanya. Habis semua no adik beradik aku yang lain di telefon, konon nak canangkan hari penting tu haha tu dia pakai no celcom dia, no maxis dia aku yang take full advantage... hehe ayat favorite dia malam tu (dia tanya kat abang2 aku dan sapa2 je yang bertandang rumah aku mlm tu) "korang tau tak hari ni hari apa?" hahaha

Malam tu macam biasa jer, berbuka bersama family, makan pun ala kadar jer, maklumlah dah dekat nak raya. Tapi aku sentiasa ada plan bila bab2 birthday ni hehe malam tu aku keluar pergi Bandar bertemankan adik aku. Alasan nak beli ayam KFC (abang aku yang suruh), terus aku ajak adik aku melencong pergi ke kedai kek. Tapi, choice tak banyak sangat kat kedai tu. (well satu kedai tu jer masih open). aku dengan adik aku bergerak lewat sebab masih hujan. mula2 nak ajak cousin aku pakai kereta, tapi dia tak ada kat rumah. terpaksalah aku dan adik aku menggigihkan diri keluar malam tu. So, sampai jer kat kedai tu, aku ambil je lah mana2 yang ada. Kalau kat KL mahu nyer RM30 duit aku habis, yang kat kedai ni, ½ kilo baru jer RM13 huhu jimat2 haha

Sampai je aku kat rumah, kakak aku tu kat tingkat atas, tengah menjahit baju, cantik! Apalagi, terus aku nyalakan lilin kek dan ajak adik beradik aku naik ke atas dan nyanyi untuk dia. Hehe dah meningkat setahun dah usia kakak aku ni, tapi stil kecik gak haha jangan marah. May Allah bless you dear.

Entah, aku pun tak tahu binatang apa yang dorang ni design haha

Suapan kasih sayang hahaha camtu pulak (err just ignore the background hehe)

Wednesday, October 7, 2009

Ajariku Rahasiamu - Tangga

Kan kutempuh segala cara
Tuk sembuhkan rasa kecewa
Ku belajar tuk berhenti mencintaimu
Dan membunuh rasa ini

Ajariku cara melupakanku
Agar ku tetap kuat tanpa pelukanmu
Agar terbiasa kudapat jalani hidup tanpa cintamu
Ajari aku rahasiamu

Dulu kukira katamu sungguh
Kan kita pelihara rasa cinta hingga akhir masa
Ku belajar tuk menjaga dan saling percaya
Namun kini tak berarti

Ajariku cara melupakanku
Agar ku tetap kuat tanpa pelukanmu
Agar terbiasa kudapat jalani hidup tanpa cintamu
Ajari aku rahasiamu


--------------------------------------------------------------------------------
tetibe teringat dengan si dia... susah jugak lupakan kisah cinta yang pertama ni yer... lupa pun sekejap je... pas tu mesti ingat balik...

Sunday, October 4, 2009

Baju Raya

Idea ni datang sebab Ahmad Fahmi yang suruh aku post... so bercadanglah aku update pasal baju raya...

Seperti kebiasaan bagi seseorang untuk mempunyai baju raya setiap tahun. Sekurang2nya ada sepasang. Dan bagi aku pulak, tak kisah pun ada ataupun tidak. Kekadang aku tak ada baju baru pun time2 raya ni. Aku masih beruntung kerana dapat beraya jika dibandingkan dengan insan2 yang lagi tak berdaya di luar sana.

Baju raya aku dijahit sendiri oleh kakak aku. Dan selalunya dijahit paling akhir sekali, sebab kakak aku perlu siapkan tempahan dari customer. Dah selalu jugak aku tak beraya dengan baju raya baru. Dan kadang2 tu kain baju raya tu aku beli tahun ni, tahun depan baru aku merasa nak memakainya. Aku tak pernah ambil kisah pun, setakat baju raya boleh saja aku selongkar almari aku (atau abang aku hehe) cari baju melayu yang lain. Masih muat pada aku (tak adanya badan aku nak membesar lagi). Even baju lama pun nampak baru jika dijaga elok2.

Aku ingat lagi zaman kanak2 dulu, kitaorang beradik mesti pakai baju raya sedondon. Best jer time tu, semua nampak sama jer. Kalau beraya ke rumah saudara mara tu, dah macam nak pergi masuk contest boria pulak haha. Tradisi tu stop bila aku masuk darjah empat kalau tak silap aku. Cuma aku, abah dengan adikku jer yang masih sedondon. Adik beradik yang lain semua memilih colour baju sendiri (maklumlah dah bekerja). But then, tahun 2004 (kalau tak silaplah) abang aku sponsor kain untuk buat baju raya. Sedondon lagi kami hehe dia pilih warna ‘peach’. Semua buat design baju melayu ‘cekak musang’ kecuali seorang je yang buat 'baju melayu Johor’ (sebab dia memang suka fesyen tu). Sorang lagi buat fesyen ala2 kemeja. Baju kami dibezakan dengan warna benang sulaman.

Bagi aku, hari raya lah peluang nak pakai baju melayu full set seharian tanpa perlu rasa pelik diperhatikan orang keliling. Best giler! Pernah aku menggayakan baju melayu dalam tempoh seminggu beraya. Kerana masa tu, setiap hari pasti ada rakanku mengajak aku beraya ke rumah kawan2 yang lain. Dan sudah semestinya turut digayakan dengan sampin hehe. Tahun ni aku pakai baju melayu yang lama lagi...

Saturday, October 3, 2009

Aidilfitri 2009











Lokasi: Sibu, Sarawak.
Acara: Raya 2009

Melting Moment

This entry i will post about 'melting moment' atau dalam bahasa melayunya 'saat mencairkan' wakaka very the broken...

This is among the cookies that I always make but not really into the taste of it. Ada yang kata kat aku biskut ni sedap, ia pecah kat dalam mulut dan terasa kemanisan dan lemak susu tepung. Oh ya, biskut ni normally orang panggil biskut makmur, yang lain sebut melting moment. Tapi paling latest aku dengar nama biskut ni time aku balik kampong, jumpa satu gerai kat bazaar. Nama biskut ni panjang giler hehe ‘biskut pecah dimulut, sendat di geruk’ (‘geruk’ maksudnya leher).

Biskut ni aku mula2 belajar tahun 2000 dulu. Time tu aku baru habis exam, so kakak aku suruh aku ‘lepak’ rumah dia sampailah bulan puasa. Itulah saatnya aku belajar buat biskut ni. Aku bukan setakat buat untuk hidangan raya, tapi untuk dijual jugak. Kakak aku buka bisnes jual biskut dengan kek time tu. Agak banyak jugaklah yang aku kena buat.

Bahan2nya simple jer, tapi time nak uli (atau nak bentukkan biskut ni) yang paling mencabar. Ye la, doh terlalu lembut, untuk dicanai atau nak diterap. That is why aku tak suka sangat buat cookies ni.

Tahun ni aku buat biskut ni untuk raya. Sepatutnya kakak aku yang sorang ni buat. Tapi dia busy menjahit baju raya, so aku lah yang kena buat biskut ni aduyai. But that work just fine for me. (^_^)v

Sapa2 nak resipi boleh mintak dengan aku, aku tak kedekut punya huhu.

p/s: credit to nazihatulshima for the picture

Kelupis

Terasa berat tangan ni nak update blog ni, kurang sihat start semalam... kena demam dan sakit tekak... isk3 tapi sebab banyak post yang tertangguh bulan lepas, so gigihlah aku meng'update' blog ni... this time update pasal projek 'Kelupis Raya' kami adik beradik...

Idea ini memang dah lama timbul. Malah sebelum puasa lagi abang dan adik aku ni nak buka bisnes ni menjelang bulan puasa nanti. Nak cuba hidupkan kembali tradisi family dulu2. Aku terima jer cadangan dorang ni. Lagipun ni salah satu daripada cara melatih diri untuk berbisnes. Kira nak biasakan diri lah katakan.

So, apa itu kelupis? Kelupis ni kira adik beradik sebelah mak dengan ketupat jugak hehe bezanya? First, kelupis tidak dianyam seperti ketupat. Second, kelupis dibuat dengan pulut yang separuh masak, dibungkus dengan daun palas dan akan dikukus untuk memastikan pulut benar2 masak. Err ada jugak yang buat cara lain, kakak aku cakap masak pulut separuh masak, then rebus kelupis setelah siap dibalut. Ceh siap bagi penerangan lebih2 pulak aku.

Nak dijadikan cerita, ‘projek’ ni akan diuruskan oleh kami tiga beradik sahaja. Yang lain tak nak masuk campur sebab masing2 ada tugas masing2 nanti. Akan tetapi, last minit abang aku tarik diri dari projek sebab dia balik kampong lewat dari jadual asal. Maka, bertanyalah adik aku “akan diteruskan projek ini?” I said, “why not?” hehe

Aku dengan adik aku mula merangka plan untuk projek ni. Macam mana nak dapatkan bahan2. Abang2 ku yang lain menawarkan pertolongan untuk dapatkan daun palas dan kelapa (untuk buat santan). Kira pra-persediaan untuk projek dah settle. Then my brother came up with idea of banner, nak bagitau kat orang kampong pasal bisnes ni. Aku pun on je lah. Dia pun gigih buat banner. Another of my brother ask me, do you really want to do this business? Because he said that it will be extremely tiring during the eve. Me and my brother just being optimistic. Hope the things will work just fine.

Guess what? Petang kami gantung banner tu, terus dapat sorang customer. Alhamdulillah. 15 ikat katanya akan diambil pagi raya nanti. Hmmm berkira2 jugak aku, dapat ke tidak aku dengan adik aku buat ni hehe moga Tuhan permudahkan kerja kami. Amin.

Dan sebenarnya, kami mendapat tempahan 70 ikat. Macam sikit je kan? Mak bapaknya sikit. Petang raya tu aku tanggalkan banner raya, tak dapat bayangkan kalau ada yang pergi menempah last2 mint ni. Tengahari tu jugak aku mengupas kelapa untuk dibuat santan. Haha first time aku buat kerja ni. Tapi pengalaman itu penting.

Lepas jer berbuka, kami memulakan tugas2 kami. Kakak memasak pulut, then abang pulak dah ready nak mengagihkan pulut ke dalam daun. Adik aku pulak akan mengukur dan membungkus pulut tu. Aku pulak membantu sedikit kerja adik aku tu, tugas mengikat dan merebus kerja aku. Penat giler kerja ni, ada jugak rasa nak give up, tapi dah alang2 habiskan je lah.

Malam tu kakak aku tanak 4 periuk besar pulut. Setiap periuk kami hasilkan sekurang2nya 15 ikat kelupis. Periuk pertama dapat 15 ikat, periuk kedua dapat 20 ikat, periuk ketiga dalam 20 ikat dan last kali pun 20 ikat. Sekali lagi, memang penat. Tapi rezeki tetap masuk, Alhamdulillah.

Tahun depan macam mana pulak? Kena lebih bersedia lah ye.

Sebelum direbus inilah rupa bentuk kelupis...

Sesudah direbus, nampak perbezaan tak? haha (pssstt talam dari generasi nenek aku dulu kala haha)

Gambar Abang dan adik aku yang tengah gigih buat kerja, gambar aku tak ada pulak, memang tak adil betol ler

ViSiT ViA Da LiNe