TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Saturday, September 26, 2009

Popia

Mak ai... lama giler aku x update blog... bukan tak ada idea, tapi tak berkesempatan nak online... streamyx kat rumah kampungku baru ok hari ni... isk3 terpaksa lah aku post back 2 back ni...

aku start dengan cerita pasal popia...

Dulu aku nekad tak nak dah buat popia ni. Penat wo nak lipat2 kulit popiah ni. Buat sorang2 pulak tu. Agak2 berapa jam nak buat sebungkus tu? Hmm tapi tahun ni aku buat lagi. Aku volunteer buat sebab kakak aku busy nak siapkan tempahan baju raya. Abang aku pulak sibuk dengan wiring kat rumah aku ni. Nak pasang kipas dengan lampu baru katanya.

Jadi aku ni dengan gigihnya memulakan kerja aku. By the way aku suruh jugak kakak aku buat inti popiah ni hehe malas sikit nak buat huhu. Siap je kakak ku masak isi popiah, aku terus memulakan kerja aku. Melipat dan membungkus popiah. Oh ya, lupa pulak , ni second popiah yang kami buat. Yang first tu kakak aku buat (inti nyiur) diaorang buat time aku belum sampai kampong lagi. Popiah yang aku buat ni pulak berintikan udang kering yang telah di blender, dimasak bersama sedikit bawang dan cili giling.

Maka dengan semua pinggan dan mangkuk yang dah tersedia atas meja, aku melipat kulit popiah tersebut. Malam ni jugak kakak aku yang sorang tu sibuk membuat biskut raya. Biskut cornflake bersalut coklat (tahun ni dia buat semua biskut bertemakan cornflakes). Sambung balik cerita pasal popiah aku tadi. Setelah penuh satu ‘tupperware’ aku siapkan, aku bercadang menunda kerja aku ni pada malam esoknya, atas alas an nak tengok tv hehe padahal boleh jer aku teruskan haha tapi malas menguasai diri.

Malam seterusnya aku menyambung kerja. Melipat dengan penuh kegigihan. Memang penat jugak buat kerja ni. First sakit belakang akibat duduk terlalu lama. Lepas tu jari pun penat kerana melipat dengan penuh ketelitian hehe sebab yang kakak aku buat tu ‘agak’ sihat walfiat badannya. Yang aku buat ni pulak ‘slim’ seperti aku jugak hehe. Aku tamat melipat popiah ni kira2 pukul 4 pagi. Settle! Yeay!

Akan tetapi, derita ini belum berakhir. Bukan sebab popiah ini belum dibakar atau digoreng. Tetapi sebab abang bercadang nak beli sebungkus lagi kulit popiah. Adussssss


Ni lah hasil kraftangan aku hehe belum digoreng lagi ni

Wednesday, September 9, 2009

Nombor Sembilan


Apa yang best sangat dengan no 9 ni....

Yup hari ni memang tarikh yang sangat cantik... 09/09/09 bertuah ker? atau hari malang? wallahu'alam... idea ni timbul bila Ed yang bagi tahu pasal tarikh ni... aku pun agak surprise jugak... tak perasan langsung... baby yang lahir hari ni mesti mendabik dada suatu hari kelak, bangga dengan tarikh lahirnya.... yang kahwin pulak, macam mana...(ada ker orang buat majlis hari Rabu?) entahlah....

Selain dari tarikh hari ni, ada lagi menarik nya tentang no 9 ni... berkenaan dengan aku pulak tu... aku anak ke-9 dalam keluarga... seronok ker jadi anak ke-9 ni? (bacalah entri aku kalau nak tahu seronok ke tidak hidup aku)... tapi aku lebih prefer anak no 2 last... baru nampak cam suspen sikit....

Nak tulis panjang, aku pulak ada kerja nak di settlekan... so until next time je lah yer.... huhuhu

Saturday, September 5, 2009

Buka Puasa [3]

Semalam... aku habis exam English pukul 4.30 petang... and then budak kelas ajak berbuka sama.... kat mana? tak decide lagi... kami dibarisi, syed selaku abang wakaka, yani, ina, eiyra, yana, aini dan din...

So sementara nak cari tempat tu, beranjaklah kami ke Pertama Kompleks... sebabnya saudara syed kita ni nak pergi ambil baju raya nya... yeay!!!! terus semangat jer nak raya ni... akan tetapi... jeng3... baju raya tu tak boleh nak diambil sebab belum sampai ke kedai... dah siap pun, cuma tailor tak sempat nak hantar lagi... ye ker?? wallahu'alam...

Then kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang berikutnya... Sogo (tempat yang selalu ada sale... boleh caya ker? hehehe) tapi macam laluan berhalangan lah ke Sogo tu... siap ada pit stop lagi... last2 tak dapat masuk dalam Sogo... ha?? kenapa?? sebab hari ni ada macam 'family day' kat Sogo... hanya orang yang ada Maybank card or Sogo membership card je boleh masuk... aduyai... baru nak berangan berbuka kat foodcourt Sogo... cancel...

Last2 Eiyra cadang berbuka kat Semua House... dekat jalan TAR... mula2 ronda kat dalam kompleks tu... ye lah, masih awal lah katakan... ada 2 choice, station kopitiam or foodcourt... then Yani dengan Eiyra survey harga makanan kat station kopitiam... kalau ok, berbuka kat sana lah... dah confirm, dorang book lah tempat untuk 8 orang...

Station Kopitiam... dah order semua, apa lagi.. borak lah hehe... dah pukul 7 baru Syed, Eiyra dan Ina terfikir nak beli adus... lantaklah... hehe akhirnya kami berbuka juga... Din yang baca doa... makan ler... Sedap....

Thursday, September 3, 2009

Kad Raya

Satu perkara yang aku selalu buat zaman dahulu kala... jarang aku buat dah sekarang, cuma tahun lepas aku ada buat balik... menulis dan mengirim kad raya...

Kalau zaman dulu, aku, kakak dengan adik aku memang bersaing secara sihat kumpul sapa yang paling banyak dapat kad raya... selalunya akulah yang menang... hahaha penuh lah dinding rumah tu dengan hiasan kad raya yang bergantung tu... sampai sekarang aku masih simpan semua kad raya aku tu (dari zaman sekolah rendah tu)...

Aku masuk diploma jer aku dah kurang memberi dan menerima kad raya... maklumlah busy dengan pelajaran... satu lagi sebab tak tahu alamat surat menyurat kengkawan... dulu time sekolah post by hand jer....

Bila aku ingat balik pasal kad raya ni, macam2 pattern ada... tapi yang common gambar ketupat la, ada yang gambar kartun dan macam2 lagi... makin zaman berlalu makin pelbagai plak design... ada yang besar, ada yang kecik, ada yang panjang... the funniest thing time tu, nak bagi kad raya pun pilih orang... kalau orang tu ok, bagi kad raya cantik2... tapi selalunya kad raya yang mahal (kadang2 siap ada muzik tu), diberi kepada orang yang istimewa...

Dalam kad raya tu pulak, ada yang suka tulis simple, ada gak yang suka merapu... panjang jer cerita (kalau lama tak jumpa no hal, ni jiran jer kot)... ayat2 favourite dalam kad raya;

Apa khabar? puasa ke hari ni... tak puasa tak boleh raya... hehe
Macam mana dengan persiapan raya tahun ni??
Baju raya berapa pasang??
Raya nanti datanglah ke rumah ye....
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin (ucapan paling common walaupun kat dalam kad tu memang dah tulis huhuhu)

Pantun yang tak lapuk:
Pecah Kaca
Pecah Gelas,
Habis Baca
Harap Balas

Apakah tahun ni aku nak mula bagi kad lagi? ye lah zaman sekarang dah moden... hantar e-card jer from internet... kalau tak pun sms ker, mms ker... jimat katanyer... tapi bagi aku, jimat tak jimat itu lain cerita... kad raya is something different for me... appreciation tu tinggi sikit hehe (tapi biasa sekarang pun bersaing dengan kakak aku sapa paling banyak dapat sms raya hahahaha)

Buka Puasa [2]

Hari ni aku terasa nak ke bazaar Ramadhan... agak lama juga aku tak 'mencuci mata' dengan juadah terhidang yer (wahai limbat sekalian, jangan pikir benda lain k, aku pang kan... hahaha) sayang sekali tak ada bawa kamera untuk snap2... since hari ni dah masuk hari ke 13 puasa, so kebanyakan pengunjung dah tahu mana destinasi gerai yang dorang nak pergi... paling ramai aku tengok tadi kat bahagian murtabak dengan ayam percik, roti john pun ramai jugak...

Aku pulak buat2 window shopping dulu... maklumlah lama tak pergi... lepas buat 2 pusingan aku decide dah nak beli apa... time aku nak membeli, terserempak dengan budak rumah aku lah pulak... mak ai banyak giler makanan dorang beli... memang lapar tu hahahaha... aku beli laksa penang jer (lama tak makan huhu) cadang aku nak beli kuih sikit, tapi fikir2 balik, tak payah nak membazir... laksa ni jer pun dah mampu buat aku kenyang... then terfikir lagi nak beli air samboi (sedap giler aku tengok huhuhu) tapi aku fikir lagi, kat rumah aku boleh bancuh air kot... so cancel... so aku balik macam tu jer bertemankan housemate2 ku...

Snap2 sikit juadah berbuka aku tadi....

Laksa Penang (RM2).. boleh lah dari tak ada...

Air kurma ker sarsi?? tet!!! salah air kopi jer.... huhuhu

dan sudah semestinya kurma hehe dah tinggal separuh pun....

Nak enterprem gambar lauk pauk time bersahur kat rumah kawan hari tu.... macam meriah huhu lauk selepas berbuka sebenarnya...

Road to Embassy [2]

Dah nak berkulat kot story pasal ni, tak jugak aku post2... since aku terasa nak letak entri, so aku cerita lah pasal benda ni... dulu kan aku pernah post pasal academic kat embassy... so ni visit kami kali kedua... embassy yang terlibat kali ni, embassy New Zealand dengan Arab Saudi... Yana dapat join kali ni, atas alasan yang tak dapat dielakkan...

New Zealand Embassy, tak semua kami join, atas sebab2 tertentu hehehe Aku, apek, Shane, Wen, Eiyra ngan Ina... tapi kat Embassy ni pun tak boleh nak lama2 sebab pihak embassy quite busy... so they all bagi brochures je lah....

Then kami proceed cari embassy Egypt... lama mencari, akhirnya kami jumpa... tapi malangnya tak dapat masuk sebab pihak embassy lagi busy dari embassy yang lain hehehe so we all decide pergi kat Embassy of Saudi Arabia je lah...

At first kita ingat kita orang pergi ofis, rupanya some sort of residence yang kita singgah kali ni... by the way, layanan yang cukup bagus... they all berusaha nak bantu kami untuk dapatkan maklumat... they all suruh kita orang pergi ofis untuk amik buku yang berbahasa Inggeris sebab yang ada dalam simpanan mereka hanya yang berbahasa Arab... plus, kita orang dapat minum teh arab and also dapat buah kurma free.. hehehe (ingat tak post aku pasal kurma tu, rujuk balik)

Snap2 time.... malas nak upload banyak gambar... sikit jer la, lanjut tengok kat limbat...

Yang ni gambar kat Embassy of New Zealand...

Ni pulak kat Saudi Arabia punye residence...

Ni kat ofis Saudi Arabia Embassy...

Wednesday, September 2, 2009

Puasa o Puasa

Puasa dah masuk hari yang ke 12... kejap je... kalau dulu, lambat giler masa nak berlalu, time kecik2 dulu ingat nak raya jer... puasa pulak terasa lama sangat... aku time kecik dulu susah sikit nak puasa penuh... semangat bukan main lagi dewa, balik jer dari sekolah terus buka tudung saji ekekeke first time aku puasa penuh waktu aku darjah empat (buat malu jer, anak sedara aku lagi kecik dah puasa penuh) err upin ipin tak yah lah nak bandingkan dengan aku... cess betol... macam2 kenangan bulan puasa ni... ada yang manis, ada yang pahit (eh boleh pulak nak main rasa2 bulan puasa ni huhu) tapi yang aku tahu, memang banyak giler kenangan...

Zaman sekolah rendah, aku first time merasa puasa sehari waktu darjah satu... lepas tu, darjah empat puasa penuh satu bulan... then confirm lah complete sampai sekarang (ye ker? hehehe).. time sekolah ni selalu ada jer majlis bersedekah dengan anak yatim... so bebudak yang tak dapat 'hadiah' tu cemburu ler... tapi kanak2 lah katakan... mana lah faham sangat.... darjah lima kalau tak silap aku, seorang dari classmate aku (satu2 nya pada time tu) datang haid, jadi tak dapat berpuasa... time tu lah aku tahu maksud 'datang bulan' hehehe

Sekolah menengah pulak... puasa still penuh... tak pernah ponteng... tapi... Jeng3... time tingkatan tiga, lepas habis PMR aku stay dengan kakak aku... kalau aku tak berapa suka sangat duduk rumah orang ni, best lagi rumah sendiri.... kena pulak time puasa... makin lah aku tension... nasib baik adik aku join aku sekali... aku dengan dia selamba tahap cipan makan time siang huhu (dah ganti dah pun)... bagi anak sedara makan, kitaorang join sekali hehehe... macam2 perangai time tu.... aku, adik aku dengan Tuhan jer tahu kejadian ni (sekarang korang semua tahu jugak ler)... form 4 & 5 puasa aku penuh balik...

Time belajar ambil diploma, pengalaman baru jugak... al maklumlah first time merasa duduk hostel... aku berpuasa pada semester kedua kat sana.... agak pelik jugak aku tengok karenah budak hostel... makan maggi time tengahari... pintu bilik tutup rapat2 hahaha paling dashyat tu ada yang selamba pergi dewan makan beli nasik dengan lauk...perangai yang agak siot... bila ditanya, gestrik kata nyer... iyo lah tu... tapi seronok bila dapat berbuka dan bersahur ramai2 dengan kengkawan... suasana baru yang dapat aku rasakan....

Belajar jauh... lagi lain rasanya... semenjak aku menetap kat sini... berbeza sangat2, bukan duduk hostel, tapi rumah sewa... memang aku tak ada selera nak 'meratah' lauk pauk dengan kuih muih... entah aku pun tak tahu kenapa... mungkin mind aku ingat kat kampung je kot... apa2 pun puasa aku tetap terjaga... ini tahun kedua aku berpuasa di tempat orang... penuh pengharapan puasa tahun ini full lagi.... amin....

Mesti Ditinggalkan


S
alam Ramadhan... serius jer title tu yer... huhuhu terkial2 gak aku nak menaip ni... tak ada idea.. tapi bosan pulak bila tengok blog orang lain selalu jer update, so terasa nak update jugaklah... hehe setelah aku puas buat blog walking tadi... terlintas satu idea dari post dia... tapi aku tak post sekarang... la ni aku nak post pasal benda lain...

Dekat satu social network group tu, aku ni rajin buka topik... dan kalau topik menarik ramai yang akan turut serta.... so kat sini aku nak copy paste sikit pasal topik tu... ni kawan aku bukak topik, kira cam topik berantai jugak lah... (topik yang aku bukak lain kali aku story k)...

Topik nya 'Mesti Ditinggalkan' - diskripsinya; tuan empunya topik menulis, senarai perkara yang harus kita tinggalkan... dan antara respon yang diberi....

tinggalkan sifat malas...
tinggalkan benda negatif dan menyesatkan....
tinggalkan si dia jika dia bersikap curang...
tinggalkan no tepon kalau nak bknalan... :D
tinggalkan si dia yg bersikap curang. kas ya pegi carik org yg tinggalkan no tepon nak bkenalan ya...
semua sifat syaitan.....pembenci,pemarah,pendendam,penghasut,dsbgnya
tinggalkan perkara yang merugikan
Tinggalkan perkara yang membuang masa
tinggalkan sekolah........
tinggalkan zaman bujang mun dah sedia nak nikah
tgglkan gewek mn nya curang........
tinggal kan dompet mun rasa mok jadi warga asing...
tinggalkan mulut tempayan ngembak cerita orang ke hulu hilir..
tinggalkan tahi telinga
tinggalkan jak sikap pemalas tapi jangan tinggal posa
tinggalkan tebiat malas posa ya.... dah besar, tua bangka pun xpenah nak posa penuh...
tinggalkan mengumpat,
tinggalkan sikap dengki,
tinggalkan sikap tamak,
tinggalkan minuman kegemaran,(minum jak aik mati sia)
tapi,jangan tinggalkan posa.....
tinggal kenangan frenster tok kowh

rantai ni tak habis lagi, masih open untuk disambung... dan penyumbang kepada respon2 ni termasuklah aku, din, man, meria, sazzy dan anon... agak2 yang mana satu ayat sumbangan aku??hehe

ViSiT ViA Da LiNe