Showing posts with label Friends N Foes - Hates. Show all posts
Showing posts with label Friends N Foes - Hates. Show all posts

Saturday, October 24, 2015

Bajet ke Belanjawan?

Assalamualaikum....



Tergerak jari aku nak menulis kat blog tentang Belanjawan 2016. Walhal aku tak berapa nak ambil tahu pun. Kenapa aku tetiba berminat nak menaip ni? sedangkan coretan hidup aku yang lain aku boleh skip, tapi story ni terus aku gigih nak menaip pulak. (sebab aku tak boleh nak tido... sekian)..

Sebenarnya aku muak dengan isu ni, hampir setiap tahun perkara yang sama akan berlaku. Orang yang mendapat bantuan tu lah yang akan cepat melatah kat media sosial. Dinaikkan gaji, diberi bonus namun masih ada suara2 yang akan berkata "TU JER?"... bukan aku nak puji kerajaan kita, tapi sebagai manusia yang rasional, bandingkan dengan orang lain yang kurang mendapat atau langsung tidak merasa layanan itu. Simple bukan? Ya... dan aku tahu, kamu mungkin berkata, kamu bersuara kerana hak kamu, tapi fikirkan semula di saluran mana yang harus anda sampaikan....

Sebagai contoh... **DIULANGI >>>> CONTOH SAHAJA. seorang penjawat awam mengupdate status di laman facebook, mengeluh dengan jumlah kenaikan atau bantuan untuk belanjawan kali ini tidak banyak. Tahukah anda betapa irritating dan annoying (2 benda yang sama aku sengaja mention sebab nak bagitau penegasan) kami yang bukan penjawat awan ini membacanya?? sedangkan setiap tahun, golongan inilah yang akan sentiasa mendapat imbuhan berbanding pekerja swasta mahupun golongan bekerja sendiri. ***pas tu, mula lah update "kalo tak suka facebook aku ada button HIDE/ UNFRIEND/ BLOCK. Tersangatlah profesional cara kamu handling isu ini.



Aku sendiri sudah lali dengan senario ini, dari zaman awal pekerjaanku sehingga ke tarikh hari ini. Jika ada rezeki untuk dibahagi sama rata, Alhamdulillah. mudah kan? Duit banyak sekalipun, kalau masalah berkoyan2 tak guna jugak beb. Ingat yang paling utama, rezeki dari Allah SWT bukan dari kerajaan.

#JustSaying

***motip ada hashtag bagai????

Thursday, March 21, 2013

Awak Bukan Kawan Saya Lagi

Assalamualaikum

Sedih je bunyi tajuk post aku tu ye. Hari ni tergerak pulak jemari aku nak menaip sesuatu. Kali ini berkaitan dengan sahabat, teman or kawan.


Ada yang mendefinisikan perbezaan antara istilah ini, namun ada yang berkata semuanya sama maksud. Anda pulak bagaimana? terpulang pada pemikiran masing-masing. Bagi aku, seseorang yang benar- benar memahami kondisi diri dan persekitaran merupakan seorang teman. Teman sentiasa ada dikala suka mahupun duka. Teman juga tahu bagaimana harus bertindak atas apa yang berlaku pada kita. Jika tidak mampu menyelesaikan masalah, cukuplah sekadar meringankan bebanan.

Berbeza dengan sahabat, sahabat boleh hadir dalam keadaan sukar namun tidak pada setiap masa kita memerlukannya. Sahabat menjadi panduan dalam setiap baik buruk tingkah laku kita. Sebagai tauladan dan sempadan dalam hidup kita. Manakala kawan pula mungkin hadir hanya disaat kita gembira sahaja. Kawan bukanlah harapan untuk kita menyandarkan masalah, malah belum tentu tentu dipinjamkan pundaknya kepada kita. Ini definisi aku, tapi tolong jangan ambil bulat-bulat yer, anda pasti punya pendapat yang lebih bernas.

Berbalik kepada story aku yang sebenarnya. Tidak lagi menjadi kawan. Sebenarnya aku merujuk kepada rakan Facebook. Pernahkah anda mengalami situasi ini; berkawan di Facebook lebih dari setahun, namun tak pernah berjumpa, selalu komen mengomen dan jugak like status atau gambar. Tetapi secara tetiba anda perasan YOU ARE NO LONGER HIS or HER FRIEND. Ok mungkin adabanyak sebab untuk anda atau si dia menekan button unfriend.


Pertama mungkin ada pertelingkahan antara dua pihak ini yang menjurus ke arah putusnya sahabat. Masing- masing terlalu ego untuk mengalah, maka unfriend adalah jalan penyelesaiannya. Kedua adalah salah faham; merujuk kepada campurtangan orang ketiga yang berbaur hasutan dan memporak peranda hubungan itu ataupun salah faham yang tidak disengajakan melalui status atau komen di Facebook. Ketiga SERIUS AKU TAK TAHU APA SEBABNYA KO UNFRIEND AKU. Part ni aku memang susah nak explain, sebab aku memang tak suka dijatuhkan hukuman tanpa mengetahui apa salah dan silap aku. Reason yang ketiga inilah yang sering berlaku ke atas aku.


Sebelum ni, memang aku pernah bertanya, KENAPA UNFRIEND AKU? apa silapnya? jika kita tak pernah bertegur agak tidak logik. Jika kita tidak pernah berjumpa, pun tak logik, sebelum ni ok jer. Jadi aku nak tahu KENAPA UNFRIEND AKU??? Takkan sebab aku lagi cantek dari ko?? Tapi setelah aku lali dengan perkara ni aku mula tak ambil kisah, mungkin si dia punya sebab sendiri. Aku pulak takkan terhegeh-hegeh untuk ADD dia semula. Orang dah buang kita, janganlah kita melukut lagi KAN? Cuma memang terkilan sedikit orang yang pernah kita bergurau senda HILANG begitu saja.


Itu kisah di Facebook, harap tidak berlaku di realiti kehidupan aku. Bukan aku kata takkan berlaku di dunia nyata, tapi mintak dijauhkanlah yer.

Apa-apa pun hidup kena diteruskan yer.


Sekian...................





**skema pulak ayat aku kali ni

Thursday, October 28, 2010

Begini Kisahnya...


Begini kisahnya...

Dulu dia ni sangat bersungguh ajak aku duk sekali dengan dia. Aku bagitau, boleh jer tapi aku sewa bilik tu nanti dengan adik aku sekali. Aku rasa dia desperate sangat nak cari housemate, sebab previous housemate tak bertahan lama pun.

Housemate pertama dia dah balik Puchong, lebih selesa duk Puchong katanya. Housemate kedua pulak, lari camtu jer (bukan lari tapi dia halau) atas sebab amik 'harta' dia & yang merugikan, tak bayar sewa bilik terus untuk sebulan tuh.

So timbul lah rasa kesian aku kat dia, aku decide untuk stay lah kat umah tuh. Dia offered, RM210 include air & letrik also the astro. Maka July 2010, aku pun bayar la duit sewa tapi tak masuk lagi sebab aku nak kena punggah barang2 aku kat umah lama. Dalam seminggu jugaklah aku dan adik aku pindahkan barang (al-maklumlah naik moto jer, malas nak susahkan kawan2 pinjam kereta)

Tapi sekarang ni aku nak sangat2 keluar dari umah ni. Atas sebab:

1. Mula2 dia simpan remote control astro dalam bilik dia.
2. Pastuh dia locked channel Citra dengan Sukan.
3. Dia siap cabut cmart card dari decoder astro.
4. Dia letak balik remote kat luar & pasang balik smart card tapi....
5. Dia locked channel AXN pulak.

Kesimpulannya, dia taknak aku tengok tv lah tuh, dan aku langsung tak tahu sebab apa dia buat hal. Duit sewa bilik, tiap2 bulan aku bayar & tak pernah pulak aku amik barang dia. Cuma bab makan tu adalah, tapi itupun share, kadang2 aku beli pun dia ada jugak makan or minum. takkan jadi isu kot???

Aku ni bukan lah jenis jahat sangat nak perdajalkan dia. Tapi kalau dah macam ni dia buat aku, aku pun boleh hilang sabar. Dah bijak sangat kot nak buat action camtuh tanpa bagitau sebab? Dah tak ada mulut dah nak bercakap? Kalau macam tuh aku keluar umah ni nanti senyap2, biar ko tak tau pun aku dah keluar, aku pun reti gak main 'silent treatment' ni

Sesungguhnya, tiap kali aku balik kerja sangat muak tengok muka ko yang konon tak ada masalah. Pasni kalau ada masalah, jangan carik aku. Anggap aku ni tak pernah wujud dalam kamus hidup ko. Apa ko ingat ko lagi tua dari aku ko boleh buat ikut suka hati??!! patutnya bijak, diplomatik, tolak ansur. Ni bodoh tak bertempat!!

Sunday, June 21, 2009

People Say....

'Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri....'

ever heard about this before? (yah, i know, peribahasa tu tak habis, cari sendiri okey) what does it mean eh??? dulu time aku sekolah rendah, i wish that i can taste the 'gold'... ye lah kan, kemewahan sapa yang nak tolak... tapi semakin aku melangkah dalam arena perjuangan ini, makin aku fahami maksudnya... no need for a philosopher to tell me what is that mean... i learned all by myself... ya, negeri aku sendiri MUNGKIN tak menjamin kemewahan (mungkin lagi mewah kot) tetapi 'hujan batu' itulah yang banyak mengajar erti hidup.... 'hujan batu' itulah mendidik aku menjadi sapa aku sekarang... sakit?? sudah semestinya, hidup sapa yang tak pernah sakit..... 'hujan emas' memang membutakan mata, memekakkan telinga kita tentang azali kehidupan, tapi itulah yang sering dikejar... namun harus diingat, 'hujan emas' itu di negeri orang.... lagi perit sekalipun dapat rasa kilauan emas itu...

'Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung'

orang kata, kalau berada kat tempat orang, kena respek budaya dan cara hidup kat situ....jangan nak tunjuk 'hero' kalau kat tempat orang betul tak? (betol3)... tapi takkan sebab aku 'pijak' kat 'bumi' orang, orang 'bumi' tu sewenang2nya nak pijak aku???!! aku tahu aku duduk merantau... aku respek (bukan mempersetujui) kat budaya dan cara hidup kat sini (walaupun buruk) sebab aku tahu aku bukan di halaman rumah aku, di serambi tanah tumpahku... tetapi kenapa payah sangat orang kat sini nak respek aku bila datang bertandang rumah aku??? apa ko ingat ko budak kl jadi ko berkuasa seluruh kl???!!! Bumi ni tak sapa2 punya okey, it belong to ALLAH.... jangan kau fikir kau kuat bila ko di tempat sendiri, bila kau ada pengikut, bila kau ada kekayaan... try to fight me (the little boy who knows nothing)... you'll end it with regret, for DAMN sure! i might lose, but my double-edge won't... beside, i have faith in Islam (maybe more than you think you have)...

p/s: entah apa lah yang aku merepek ni.... tak paham cerita aku?, takyah paham... aku saja jer nak merapu merapundem kat sini... nama pun dah blog a.k.a online diary... so lepas tension lah kan..... (^_^)v

Friday, April 24, 2009

Attention to all MALAYSIAN!!!

http://www.myspace.com/pasukanantimalingsia

to all Malaysian out there!!!!
what is this?? some sort of propaganda?? nak buat konfrontasi again?? hello?? anybody noticed about this yet?? Government??? seriously, this matter should be taken as heavy issue.... please do arise!!!!!

Some of the contents

Bermati-matian mereka mengutuk Malaysia.... so what we do, 'bersabar' je lah... is that so?? mereka tidak berkias, but the gists are straight to point okay!!!

Thursday, April 9, 2009

Bila Dia Berkata... Aku Siksa Mendengar

Psssstttttt....
aku ada benda nak di cerita ni..... aku ada jumpa seorang manusia (boleh cop alien jugaklah)..... pada suatu pagi yang sunyi.... aku diserang sakit kepala, tapi bukan migrain.... agak beratlah jugak kepala aku.... nak tido tu memang payah nak mampus.... tapi aku mencuba untuk tido jugak.... baringlah aku di atas katil....... saat aku berusaha sekerasnya melelapkan mata.... sialan telah memberi nasihat kepada seseorang....... kuliah subuh kot???? dia kata;

Sialan: ko sebagai anak sulong, patut jadi contoh untuk adik2 ko....

Cilaka: memang aku nak jadi pun, aku tak pernah ajar adik2 aku jadi burok....

Sialan
: betul, but action speaks louder than word.... mesti adik ko tanya kenapa ko amik drugs?

Cilaka
: aku bukan amik untuk suka2, aku just nak hilangkan tension aku....

Sialan
: please lah, ada banyak cara lagi untuk hilangkan tension... kenapa drugs jugak yang ko pilih....

Cilaka
: aku tahu, tapi......

Sialan
: tahu, tapi yang salah itulah yang ko buat... makan aiskrim pun boleh hilangkan tension ok...

Cilaka
: aku tak boleh tinggalkan drugs tu....

Sialan
: boleh, mindset ko tu yang perlu ditukar.... sampai bila ko nak jadi kotor ni....

Cilaka
: aku tak tahu, sekalipun aku cuba berhenti, mesti aku akan cari jugak nanti....

Sialan
: selagi aku ada, aku takkan bagi ko sentuh benda jijik tu lagi........

Enough of this shit!!!!!!! aku nak tido!!!!!!! bukan nak dengar drama melankolik korang......Sialan! ko pernah tengok cermin tak??? setahu aku, aku ada cermin yang agak BESAR..... kenapa ko tak pernah perasan diri ko tu.... bersih sangat ker engkau tu???!!!!!! nak kata orang main dengan benda jijik konon.... yang ko minum arak tu apa kesssss???!!!!!! lepas tension? bull shit lah lu!!!!!!! nasihat orang bukan main lagi.... tapi ko tu jauh lebih buruk dan busuk!!!!

Bila lah agaknya ko tu hilang dari pandangan mata aku.... kenapa ko tak jadikan diri ko tu baik dulu sebelum mulut ko tu bicara nasihat???? ko tu pun anak sulong jugak.... ko tak pikir ke hancur berkecai hati mak ko kat rumah tu.... apa akan dia fikir bila dia dapat tahu anak harapannya ini kaki minum, suka buat zina??? mungkin mak ko diamkan ajer, dalam hati betapa tergurisnya hati seorang ibu melihat anak yang diharap menjadi contoh adik2nya sebegitu JIJIK!!!!!!!!

Fikirlah tentang emak ko... kerna aku tahu engkau tak pernah fikir pasal Tuhan.... malah ko pernah mempertikaikan kuasa Tuhan.... mungkin tak kau perasan, atau sememangnya kau memaksudkannya....

*pix by antipretty, alcohole, invitinghome, sabrina & wild

Wednesday, April 1, 2009

Kenapa Dia Menangis??

Dia kan kuat,
kenapa dia menangis?

Dia kata dia mampu bunoh orang,
kenapa dia menangis?

Dia kata dia mampu psiko orang,
kenapa dia menangis?

Dia kata dia tak takut apa2,
kenapa dia menangis?

Tolong jelaskan,
kenapa dia menangis?

kerana hatinya terluka?

kerana ditinggalkan seseorang?

kerana itu dia menangis??

TAK!!!!

dia menangis sebab dia BODOH!!!
tu jer....

apa ko ingat manusia ni boleh ko ikat sesuka hati???
apa ko ingat ko kuat boleh heret sapa2??
apa ko ingat ko berani sangat sampai Tuhan ko tak takut??

LU PIKIR LA SENDIRI!!!!!!!!!!!!!!!!
kenapa engkau menangis????

Thursday, March 12, 2009

Bisnes cara 'Baik'

Sudah adat berniaga ada tenggelam ada timbul... aku dan member2 pun dah prepare dengan semua dugaan bila buka bisnes... tapi sesuatu yang paling aku tidak gemar bila orang mula bermain kotor... kenapa tidak mahu bersaing secara sihat? apakah tidak mampu? atau sememangnya itu adat kalian??

sudah sebulan kami menjalankan bisnes... purata jualan sehari sekitar rm80 ke rm100... bersyukurlah kami atas rezeki yang dilimpah kepada kami... namun, ada saja mata yang menjeling, perasaan iri hati... 6 mac 2009 - jualan kami mendadak jatuh.. rm32 sahaja... bukan tidak bersyukur, tp terlalu mendadak... keesokan hari pun sama (rm31)... dan lusanya trus jatuh kepada rm30.... agak pelik, kenapa sampai begitu.... sekali... 8 mac 2009 kami bercadang menutup kedai buat seketika... kami meminta untuk 'dilihat' jika ada sesuatu pada gerai kami... sesungguhnya memang benar; kedai kami telah 'ditutup' supaya orang tidak nampak kedai kami... Ya Allah, kenapa sampai begitu sekali.... 10 mac 2009, kami 'mencuci' kedai supaya bersih dari 'pemberian' orang kepada kami.... dengan penuh pengharapan, kami memulakan langkah yang baru....

bertanya juga insan2 yang prihatin, sapakah yang mendajalkan kedai kami dan motifnya.... bagi kami, biarlah identiti dirahsiakan... biar Allah saj yang memberi penghakiman ke atasnya... motif? aku tidak pasti.... kenapa perlu takut pada kami yang hanya pelajar... dulu kami hanya dipandang sebelah mata... mungkin kerna dari hari ke hari, bisnes kami menampakkan kemajuan; bermula dengan pelajar sebagai pelanggan, kemudian kami menarik perhatian penghuni di situ... paling menggugat apabila kami mula menambah bilangan meja di kedai kami... agaknya sebab itu, risau membukit di hati mereka... Wallahu 'alam......

Yang pasti, kami tetap melangkah maju.... jangan pernah goyah semangat ini.... Dan aku akan terus berjuang, kerna aku mahu kekal berjiwa kental......






pix by emir abu khalil & meowxbaby

Sunday, March 1, 2009

Hey Kamu!!!

Kenapa ingin sangat dibenci??? lepas tu nak salahkan Tuhan bcoz of the path that u choose!!! wake up man... ko bukan budak kecik lagi lah.... lagak pandai, tapi sebenarnya..??

at the moment aku balik sarawak, laptop aku amanahkan adik aku untuk jaga.... this week, my brother 'lepaking' at my house.... so, dah jadi kebiasaan kalau laptop kat umah tu dipakai dan dipijam seisi umah......akan tetapi, bagi pinjam bukan maksud ko ada hak sepenuhnya ke atas laptop aku... bila aku aku NO, sememangnya aku maksudkannya.... yang ko pergi format laptop aku apsal?? bodoh betol lah!!!!!! aku peduli apa ko ada buat backup files sekalipun.... u did not get my permission to format my laptop........ cantik jer ko punya alasan; "windows vista ko dah corrupt"....... may i know, kenapa boleh corrupt??!!!! ko punya pasal lah!!!!!!!!! download tak habis2... pas tu habis semua benda nak install, apa ko ingat laptop aku tu tikus makmal nak ko buat ujikaji!!!!!!!! kononlah ko dah install antivirus kat laptop aku, but whats the point?? sbelum ada antivirus, laptop aku tak pernah ada virus.... lepas je ko stat install, macam2 virus ada... mark my word! don't you ever touch my laptop again!!!! aku haramkan.... buat laptop aku macam reta sendiri... memang pu******** tol.........

Monday, February 23, 2009

Student Corner [2]

Hari ke16 (22 Feb) student corner dibuka... of coz ada pembaruan yg kita buat... agak byk jugak lah... menu pun kitaorg ada tambah... bukan ni fokus utama aku for the blog.... nak dijadikan cerita kalaulah kita put ourselves in someone else's shoe.... hurmmmm

selama ni aku dok pegi kdai makan org je kan... kdg2 komen sedap, dan kdg2 tu langsung xsedap.... apa pulak yang akan jadi bila org dtg kdai makan aku?? mesti ada komen baeeeekkkkk punyeeee dan ada plak yg "oklah tuh..." atau "ni nasi ayam ke, beras ayam?"....dan bila aku jadi 'waiter', its a bit difficult for me to answer dis question; "apa yg sedap?" err bukankah lain org lain citarasa? agak payah nak jumpe yg sekepala 'taste' dia.... so what do i do n say??? "sy xbley nak ckp which one yg sdap, but i can suggest the favorite dish yg org slalu order"... (tricky answer kan....) y? bcoz klu dia ckp xsdap, knapa org lain order??? huhuhuu

tapi aku dah biasa dah dengan komen2 org, walau sepedas mana sekalipun, aku tetap trima... kdg2 je mkn hati hehhehe kjap je lah.... wat per nak risau memanjang, br lg dlm bisnes, so byk benda nak kena blaja.... paling worst experience aku; sorg customer dgn lantang ckp, "ni ice lemon tea ke air limau, xmanis langsung...." errr time tu agak geram jugak aku, rasa nak tumbuk je mamat tuh... memang bajet hebat gile dia depan awek dia.... tp aku bley sabar lagi... so modified air dia, tambah lg BYK gula... (aku takut sgt sebab bukan mcm buat ice lemon tea dah, mcm wat gula plak... manis sgt bai) tapi bley plak dia ckp sedap... ui... memang xbley blah.... org lain pun pnah gak komen tapi diam2 sudey.... mamat ni seolah2 ni nk bgtau satu kdai.... kwn2 dia ok je minum air yg aku buat... memang saja nak cr mistake org tul....

masalah aku skang ni xcukup tpt duduk untuk customer.... so, kami knfirm akan lost customer klu tmpat penoh... hmmm nak wat camner, sebulan pun xsampai lagi nih....Insya Allah bulan depan tambah meja kot.... ckit2 r... (ala- ala diner dash lah).... pas tuh 2 ari lepas encik Saleh (lect aku untuk subjek professional selling) dtg ke kedai dengan cara yg tak diduga.... mula2 dia hantar wife dia kat kdai kita org.... wife dia pulak bijak menyusun kata dengan lontaran soklan yg berjaya melindungi identitinya.... tanya pasal bisnes camner lah, ada niat nak xtend bisnes ker, korang ni adik beradik ker, dan byk lagilah soklan dia.... pas tuh hujan pun turun rintik2... tak d prasan oleh kami, sebab asyik sebok buat keja, en saleh dtg ke arah wife nya membawa payung sambil tersenyum.... Ina prasan trus lari ke tempat aku malu... ish3... suma terkejut en saleh ada kat situ....ada2 jer encik tuh... katanya memang dah pakat ngan wife dari awal2.... tahniah lah kepada wife encik saleh... lakonan yg berkesan.....

dan ada satu lagi pengalaman best aku.... 3 ari lepas, klu xsilap aku.... ada org memerhati gerak laku aku.... aku rasa dia minat kat aku kot hahhahaha bukan aku perasan diri best, tapi dia dok perati aku berkali2.... tp bila aku balas balik, dia tgk tmpat lain plak.... klu btol kiraan aku, lbey dari sepuluh kali dia perati aku.... untuk kepastian, klu btol dia suka aku dia akan tgk aku lagi b4 dia balik... n guess what?? sangkaan aku btol!!! hahahha siap tersenyum pulak tuh... hahhaha tak sabar nak 2gu dia dtg lagi.... kali ni knfirm aku bg no fon kat dia hahhahaha

Ira plak dah 3 hari berturut2 buat char kuey teow mgantikan keyrol yg balik penang ari khamis lepas.... dia frust sebab api xnaik hehehhe nasib ler amatur lagi... hahahhaa plus dia jgak lah chef untuk nasi goreng..... yana plak balik n.9 sabtu lepas.... smpi pg isnin ni.... nextweek aku ngan ina plak yg xde... masing2 balk kpg.... hm... byk nya cuti... oppss terlupak plak, kami dh ada official apron hahahahaha kaler maroon... jauh import, dr sarawak kakak aku buat sendiri... thanks sis Aziah!!!!!!!!!! luv u......

Sunday, February 15, 2009

Crazy For NOTHING

Hmmm aku memang suka online gak, but still aku bukan sorang yang fanatik untuk online for 24 7... crazy about games, still aku suka gak main games, tapi just like online, not as games maniac.... guess what am I trying to say here, keburukan yang aku nampak pada dua benda ni kalau dah ketagih.... example aku ambil orang terdekat aku jer (kalau dia terbaca, sori kalau tersinggung, but it's true man..)

Here goes, I know this person; Ali bukan nama sebenar somewhere in october 2008 (if i'm not mistaken lah...) at first dia ni ok, walau agak banyak bercakap jugak... i believe he can't stop talking kot.... second day aku ajak dia pegi lepak cc untuk online since dia cakap dia kaki online gak... maka dengan itu berceritalah ali dari a to z pengalaman online dia.... the most i remember up until today, dia cakap dia dah main online games i.e knight online for 6 years.... from 'noob' sampai lah jadi terer... hehehe dia cakaplah.... next thing he found out that aku pun kaki games jugak, yup aku mengaku tapi tapi bukan games yang sama (aku main Jin online jer...) games online yang lain aku tak pernah main pun such as cabal etc.

That nite, he also told me a story about his 'high school musical' story hehehe tak ada kaitan dengan music actually... ali ni bukan main rancak bercerita tentang 'kehebatan' dia zaman sekolah dulu2... errr nak kata percaya pun agak susah (percaya je lah, amik hati lah katakan...) tentang betapa dia dikenali time sekolah dulu.... (ok2 aku paham ko ni budak tersohor).... agak mengalir jugak cerita si ali ni... kadang2 naik bosan aku dengar... but that is the last time i spent my time to listen to him..... fuhhhh tak tahan beb.... asyik dia yang rasa 'cambest' hahahahaha

hari makin hari, aku dah makin tak boleh bla dengan mamat sekor ni, masuk air kot... (aku baru je tau word 'masuk air' ni hehehhe) yup, semua orang buat dosa, coz ain't nobody perfect... tapi yang aku pelik why should we proud dengan dosa2 yang pernah dilakukan.... i just can't understand it... fine for me dia cakap dia smoking, aku dulu pun pernah gak smoke... pas tuh bole dia ngaku yang dia selalu gak minum arak.... uiksss biar benar mamat ni.... tambah lagi hebat, dia cakap dia memang selalu jugak main dengan budak perempuan.... Masya Allah... kalau dah buat dosa, kenapa nak gembar gemburkan.... dah siap bajet aku ni sekepala dengan dia... (kalau bab merokok aku ngaku pernah buat) yang lain tu mintak jauh....(kalau aku buat pun diam2 sudah, biar aku dengan Tuhan jer tahu...)

Paling aku sakit hati bila dia bawa perempuan masuk bilik aku.... shit man!!! memang bukan budak baik sangat, solat pun kadang2 aku tak buat... but at least i try to change.... tapi ali?? lagi menyakitkan bila dia selalu beli arak and minum kat dalam bilik.... oh come on, ingat bilik aku ni bar ke?? dah selalu memekak kat dalam bilik, apa kau ingat kau sorang je ada speaker?? adakah patut buat confession, bestfren dia adalah liquor n cigar... peneman tatkala sedih... frust sikit minum arak.... pas tuh perangai tak betol... budak umah yang pandai minum pun tak ada yang mengada2 macam tuh....

next up cerita pasal game pulak.... kat umah aku (umah sewa) semua penghuni boleh kata pandai main dota (Defend of Tower Ancient- warcraft)... beza cuma pada tahap skill kita orang je... ali ni pulak baru je berjinak2 nak main, konon nak join the group lah kan.... dan kami pulak said, why not? tapi agak pelik aku tengok bebudak ni, macam tak suka je ali ni main.... adakah sebab tak hebat?? hehehe tak tau, bukan aku cakap dorang yang cakap.... sebab kadang2 bila dia main game ni tak pakai otak, main 'redah jerrrrr'.... mati character padan muka....

sampai satu saat umah kita orang dipasang internet... aiyoh bingung sudah aku... worst thing has finally occured.... bukan aku taknak... just worried pasal bil letrik yang bakal melambung nanti.... pas tuh budak2 umah nanti mest makin berkurang.... makin besar lah beban kewangan... kita orang suma study lagi... aiyoh.... bila dah ada internet, maka pelbagai 'aktiviti' boleh terjadi.... ali ni pulak sebok jer promote dengan bebudak umah pasal knight online dia.... mula2 si jamel dengan latep berminat jugak (bukan nama sebenar hehehehe)... tapi last2 give up, sebab boring sangat... hanaya ali sorang jer fanatik dengan game tuh...

dari saat tu, dia mula menyendiri dalam bilik, main game online, download cerita dan online.... jarang jugak keluar umah.... sampai tak pergi kelas pun ada.... bukan aku nak bebel.... tapi dia main internet lama tahap gaban.... pernah sampai 2 hari tanpa henti (i mean komputer tak off)... yang paling aku tak tahan, dia boleh set kat game tu main sendiri pas tuh dia pulak tido.... "encik ali, lupakah awak itu laptop saya?? kalau melatop awak mau ganti ka???"

Insaflah wei.... sampai bila ko harus dibenci.... aku mungkin boleh tahan, tapi bebudak umah? sekarang pun dorang dah start pulaukan kan kau.... next time bukan pulau, jadi laut terus, tak nampak apa dah....

pics by pegasus photgraphic, iwamotos photos, blog de kenny, cda....

Sunday, January 4, 2009

Kena Ragut Lagi!!!!

Apa dah jadi? I'm asking to the people of KL... maybe bukan origin KL but still, it always happened here; KL. My friend just kena ragut tonight. She loses her handbag. Dalam handbag dompet ngan cellphone. Blimey! berepa banyak kerugian tu. What a stupid and non-civilization people. I'm so sorry Ina, I could not help. I know............. It's all like this....



Aku baru je lepas hantar my brother to Stesesn Putra Wangsa Maju. He's going to Bangi; his campus because tomorrow have a class. Dia tumpang tidur kat rumah aku semalam. Semalam aku, Ina dan dia pergi ke Uptown.



So today, he's going back already. After 'escorting' him, I proceed to AEON Jusco Wangsa Maju. There, I meet Ina and her friend; Wan. Mula2 Wan nak tumpang tidur kat rumah aku. But then, dia dapat tahu his friend ada tinggal berdekatan; TAR Villa. So he decide to overnight kat rumah kawan dia tu lah. We waited for his friend to came over kat Jusco. Jusco; the place where me and my classmate selalu lepak. Bukan sebarang lepak, lepak berinformasi. Kat sini lah kami selalu buat assignment kami yang bertimbun2. Ina selalu jugak lepak bersama aku kat sini, dan sudah pastinya bersama Ira, Yana, Kayrul dan juga Zul. Tapi malam ni, Ina sekadar singgah di Jusco untuk menghantar kawannya tersebut ke Jusco. After Wan's friend datang, we (me and Ina) decide to go back. Aku lah yang kena hantar Ina ke PV10, since Ira dah menunggu di rumah. So, I said; why not. Lagipun memang aku nak ke sana, nak hantar motosikal Yana yang aku pinjam pagi tadi.




This is the horrible part of the story. Malas nak cerita panjang2. Aku straight forward cakap, handbag Ina kena ragut on the way nak ke PV10. That scene terlalu pantas. Aku memang tak perasan. Kejadian berlaku berdekatan dengan JPJ Wangsa Maju. Keadaan aku panic, Ina lagilah. Aku tak sempat nak cam no pendaftaran motosikal peragut tu. Yang aku nampak, 2 orang lelaki. Melayu, yakini Ina. Aku cuba nak kejar. Tapi malangnya, aku bukan reti bawa motosikal laju2. bawa 100 pun aku dah agak cuak. Kena pulak tang corner, Ina boleh goyangkan badan aku; sebab nak suruh aku cepat. Gila apa? Kang accident apa cerita? Aku try gak follow. Aku suruh Ina perhati ke mana arah motosikal tu pergi, kerana aku ni rabun malam. Kesudahannya, peragut terlepas begitu saja (dunia ni jer, akhirat korang tak lepas). Seriously, I cannot do anything, I wish that I can ride just like my brothers, Yana, Zul or Kayrul. For sure aku dapat kejar. Rasa useless sangat bila dengar Ina menangis. Baru 4 hari berada pada tahun baru, dah ada kenangan pahit. This is my third experience kena ragut. Cuma ni aku agak cuak sebab aku atas motosikal, second sebab ada orang lain bersama aku. Tiga2 kes berlaku kat Kuala Lumpur. Why? terlalu susah sangat ke hidup ni, sampai perlu meragut, merompak dan mencuri. Adakah kerana orang tak nak terima bekerja 'korang' buat kerja ni? atau sememangnya 'korang' tak pernah terfikir alternatif lain untuk cari duit?


Nak je aku doakan agar mereka dapat balasan dari Allah. Accident patah tangan ke, kena serang penyakit ke. Tapi for what? puas hati ke aku nanti? Sememangnya kat dunia wujud manusia begitu. Sedang aku pun tak begitu sempurna. Ada baiknya aku doakan aku mendapat hidayah dariNya. Doakan kedamaian dan ketenangan jiwa. Tapi siapa aku untuk berkata2. This incident really buat aku sedikit trauma. Aku ibarat tidak mampu untk mempercayai orang di sekeliling ku lagi. Seperti ada mata2 yang memerhati gerak laku ku dan menunggu peluang untuk menyerangku. Takut?? mungkin ya atau tidak. Cuak?? entahlah, mengapa perlu aku cuak. Aku percaya ada hikmah di setiap kejadian. Kebaikan dibalas ganjaran. Dosa yang aku buat, mesti ada balasan yang bakal aku terima (sama ada di dunia mahupun akhirat sana).

I'm very sorry Ina. Because of me, you lose your cell phone, all of your paraphernalia in your purse.

Wednesday, December 31, 2008

Kebodohan yang teramat


I just don’t know who I should call that kind of moron. Maybe I could be the one? Or the three of them are the truly idiots that has lost their mind. Let’s the story begin. I went back home at 3 o’clock in the morning. Just finished doing my job at Steven’s for hours. I decide to just walking rather to ask for help from my friend. Not enough bucks for a cab and no bus services at this hour. Beside, I am a lone ranger, always doing things alone. My friends always inquire me, am I not afraid of walking by myself? Simply I said, why should I, I’m not disturbing people. At all times, I keep it to myself, no need to be scare to people. They all human being, the same nature as me; hurt when got hit. Although I have zilch knowledge about martial art, still I believe in myself to confront people. Not to be cocky, but everyone need to be confident of themselves. My educator once said; you have to be head and shoulder to others at least in one aspect.

Let’s continue with the chronicle. As always, I used the same path to my ‘villa’. Two of my chat partner advice me to be careful on way back. For me, their penny of thought is just making me scared. Beforehand, I never think of negative circumstances that I have to face. But now, seriously I feel very insecure. I choose to take the different route that morning. Almost there to my ‘villa’, still I doubt about the safety of this residential area.

It’s like a wish came true. Three ‘kids’ following from behind; one person on a bike, the other two were pedestrians like me. I speed up my steps, deeply in my heart I pray to God; please help me. I don’t know when the biker step in front of me and block my way. He told me stop, but I won’t because I know what they want from me. The other running to me, ask for my money. I don’t give a damn about the money as I didn’t have much penny in my pocket. I give them 3 bucks albeit I don’t want to. Then they exhort me to hand over my Nokia. Though my Nokia is not exorbitant compare to other, it has sentimental value to me. Shit! I couldn’t take it anymore. I started to shout; with hope anyone will come to be my savior. Panicking, the boys hit me straight to my face. I stumble down, but still struggling; defend my belongings. One of the boys seals my mouth, and with my tiny strength I do hit the boys randomly. One of them gets one of my blows. Minutes of struggling, there’s auntie from neighborhood shouting from balcony. I don’t know the purpose, maybe to cast out the boys. Then her husband and son came out from the house killed the intention of the ‘kids’. Chagrined that they could not take away my cell phone, the last ‘kid’ kicks me on the head. They run away from scene as they afraid to be caught.

The family really done very good job in helping me escape from the ‘pain’. They ask if I knew the ‘hooligans’ or not. Maybe they think that I in cahoots with the stooges. I said, I don’t know, I don’t even know where they came from. Thanks to the family again. I’m heading back to my ‘villa’ which is meters away. Then I was stopped by the other neighborhood residents. Politely he asks me to stay for a while and he start to search for the ‘kids’. While waiting, his brother question on few particulars. I answered it as it not brings harm to me. 10 minutes are long enough to wait. I rather get back home as soon as possible. At last, he came back with no find any suspects. I don’t care about the ‘poor kids’ anymore. All I think is my room, my bed and my sleep. After long questions and answers session, I finally can go back. The younger brother drives me home. Thanks Arin and family.

Moral of the story; as for me, do not walk alone (I’m not fan of Liverpool eh), especially late at night. It is dangerous and very open to be in harm. For the ‘kids’; “kecik kecik tak nak mati, bila dah besar menyusahkan aku!” From their sartorial and tonsorial, I knew that they still students not school leavers. I got bullied by ‘kids’. May I remind you, there are three of them against me; myself and I. Of course I will lose to them. Am I take this lesson and won’t repeat again (walk alone)? I don’t think so. I am what I am, but I this incident do taught me well.

What do I lost? Lost 3 bucks ONLY. Still a money what? My notebook?! Blimey, the screen is wreck! Stupid bloody fool kids!!!!!!!!!!!

What do I get? Bruise on my face! Bullshit these kids, curse you! Now I have a ring in my eyes, BLACK ring!! Experience that I’ll never forget. Thanks for Arin and family again.

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe