TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Thursday, March 21, 2013

Awak Bukan Kawan Saya Lagi

Assalamualaikum

Sedih je bunyi tajuk post aku tu ye. Hari ni tergerak pulak jemari aku nak menaip sesuatu. Kali ini berkaitan dengan sahabat, teman or kawan.


Ada yang mendefinisikan perbezaan antara istilah ini, namun ada yang berkata semuanya sama maksud. Anda pulak bagaimana? terpulang pada pemikiran masing-masing. Bagi aku, seseorang yang benar- benar memahami kondisi diri dan persekitaran merupakan seorang teman. Teman sentiasa ada dikala suka mahupun duka. Teman juga tahu bagaimana harus bertindak atas apa yang berlaku pada kita. Jika tidak mampu menyelesaikan masalah, cukuplah sekadar meringankan bebanan.

Berbeza dengan sahabat, sahabat boleh hadir dalam keadaan sukar namun tidak pada setiap masa kita memerlukannya. Sahabat menjadi panduan dalam setiap baik buruk tingkah laku kita. Sebagai tauladan dan sempadan dalam hidup kita. Manakala kawan pula mungkin hadir hanya disaat kita gembira sahaja. Kawan bukanlah harapan untuk kita menyandarkan masalah, malah belum tentu tentu dipinjamkan pundaknya kepada kita. Ini definisi aku, tapi tolong jangan ambil bulat-bulat yer, anda pasti punya pendapat yang lebih bernas.

Berbalik kepada story aku yang sebenarnya. Tidak lagi menjadi kawan. Sebenarnya aku merujuk kepada rakan Facebook. Pernahkah anda mengalami situasi ini; berkawan di Facebook lebih dari setahun, namun tak pernah berjumpa, selalu komen mengomen dan jugak like status atau gambar. Tetapi secara tetiba anda perasan YOU ARE NO LONGER HIS or HER FRIEND. Ok mungkin adabanyak sebab untuk anda atau si dia menekan button unfriend.


Pertama mungkin ada pertelingkahan antara dua pihak ini yang menjurus ke arah putusnya sahabat. Masing- masing terlalu ego untuk mengalah, maka unfriend adalah jalan penyelesaiannya. Kedua adalah salah faham; merujuk kepada campurtangan orang ketiga yang berbaur hasutan dan memporak peranda hubungan itu ataupun salah faham yang tidak disengajakan melalui status atau komen di Facebook. Ketiga SERIUS AKU TAK TAHU APA SEBABNYA KO UNFRIEND AKU. Part ni aku memang susah nak explain, sebab aku memang tak suka dijatuhkan hukuman tanpa mengetahui apa salah dan silap aku. Reason yang ketiga inilah yang sering berlaku ke atas aku.


Sebelum ni, memang aku pernah bertanya, KENAPA UNFRIEND AKU? apa silapnya? jika kita tak pernah bertegur agak tidak logik. Jika kita tidak pernah berjumpa, pun tak logik, sebelum ni ok jer. Jadi aku nak tahu KENAPA UNFRIEND AKU??? Takkan sebab aku lagi cantek dari ko?? Tapi setelah aku lali dengan perkara ni aku mula tak ambil kisah, mungkin si dia punya sebab sendiri. Aku pulak takkan terhegeh-hegeh untuk ADD dia semula. Orang dah buang kita, janganlah kita melukut lagi KAN? Cuma memang terkilan sedikit orang yang pernah kita bergurau senda HILANG begitu saja.


Itu kisah di Facebook, harap tidak berlaku di realiti kehidupan aku. Bukan aku kata takkan berlaku di dunia nyata, tapi mintak dijauhkanlah yer.

Apa-apa pun hidup kena diteruskan yer.


Sekian...................





**skema pulak ayat aku kali ni

0 KriTik:

ViSiT ViA Da LiNe