TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Saturday, September 26, 2009

Popia

Mak ai... lama giler aku x update blog... bukan tak ada idea, tapi tak berkesempatan nak online... streamyx kat rumah kampungku baru ok hari ni... isk3 terpaksa lah aku post back 2 back ni...

aku start dengan cerita pasal popia...

Dulu aku nekad tak nak dah buat popia ni. Penat wo nak lipat2 kulit popiah ni. Buat sorang2 pulak tu. Agak2 berapa jam nak buat sebungkus tu? Hmm tapi tahun ni aku buat lagi. Aku volunteer buat sebab kakak aku busy nak siapkan tempahan baju raya. Abang aku pulak sibuk dengan wiring kat rumah aku ni. Nak pasang kipas dengan lampu baru katanya.

Jadi aku ni dengan gigihnya memulakan kerja aku. By the way aku suruh jugak kakak aku buat inti popiah ni hehe malas sikit nak buat huhu. Siap je kakak ku masak isi popiah, aku terus memulakan kerja aku. Melipat dan membungkus popiah. Oh ya, lupa pulak , ni second popiah yang kami buat. Yang first tu kakak aku buat (inti nyiur) diaorang buat time aku belum sampai kampong lagi. Popiah yang aku buat ni pulak berintikan udang kering yang telah di blender, dimasak bersama sedikit bawang dan cili giling.

Maka dengan semua pinggan dan mangkuk yang dah tersedia atas meja, aku melipat kulit popiah tersebut. Malam ni jugak kakak aku yang sorang tu sibuk membuat biskut raya. Biskut cornflake bersalut coklat (tahun ni dia buat semua biskut bertemakan cornflakes). Sambung balik cerita pasal popiah aku tadi. Setelah penuh satu ‘tupperware’ aku siapkan, aku bercadang menunda kerja aku ni pada malam esoknya, atas alas an nak tengok tv hehe padahal boleh jer aku teruskan haha tapi malas menguasai diri.

Malam seterusnya aku menyambung kerja. Melipat dengan penuh kegigihan. Memang penat jugak buat kerja ni. First sakit belakang akibat duduk terlalu lama. Lepas tu jari pun penat kerana melipat dengan penuh ketelitian hehe sebab yang kakak aku buat tu ‘agak’ sihat walfiat badannya. Yang aku buat ni pulak ‘slim’ seperti aku jugak hehe. Aku tamat melipat popiah ni kira2 pukul 4 pagi. Settle! Yeay!

Akan tetapi, derita ini belum berakhir. Bukan sebab popiah ini belum dibakar atau digoreng. Tetapi sebab abang bercadang nak beli sebungkus lagi kulit popiah. Adussssss


Ni lah hasil kraftangan aku hehe belum digoreng lagi ni

0 KriTik:

ViSiT ViA Da LiNe