Thursday, October 28, 2010

Begini Kisahnya...


Begini kisahnya...

Dulu dia ni sangat bersungguh ajak aku duk sekali dengan dia. Aku bagitau, boleh jer tapi aku sewa bilik tu nanti dengan adik aku sekali. Aku rasa dia desperate sangat nak cari housemate, sebab previous housemate tak bertahan lama pun.

Housemate pertama dia dah balik Puchong, lebih selesa duk Puchong katanya. Housemate kedua pulak, lari camtu jer (bukan lari tapi dia halau) atas sebab amik 'harta' dia & yang merugikan, tak bayar sewa bilik terus untuk sebulan tuh.

So timbul lah rasa kesian aku kat dia, aku decide untuk stay lah kat umah tuh. Dia offered, RM210 include air & letrik also the astro. Maka July 2010, aku pun bayar la duit sewa tapi tak masuk lagi sebab aku nak kena punggah barang2 aku kat umah lama. Dalam seminggu jugaklah aku dan adik aku pindahkan barang (al-maklumlah naik moto jer, malas nak susahkan kawan2 pinjam kereta)

Tapi sekarang ni aku nak sangat2 keluar dari umah ni. Atas sebab:

1. Mula2 dia simpan remote control astro dalam bilik dia.
2. Pastuh dia locked channel Citra dengan Sukan.
3. Dia siap cabut cmart card dari decoder astro.
4. Dia letak balik remote kat luar & pasang balik smart card tapi....
5. Dia locked channel AXN pulak.

Kesimpulannya, dia taknak aku tengok tv lah tuh, dan aku langsung tak tahu sebab apa dia buat hal. Duit sewa bilik, tiap2 bulan aku bayar & tak pernah pulak aku amik barang dia. Cuma bab makan tu adalah, tapi itupun share, kadang2 aku beli pun dia ada jugak makan or minum. takkan jadi isu kot???

Aku ni bukan lah jenis jahat sangat nak perdajalkan dia. Tapi kalau dah macam ni dia buat aku, aku pun boleh hilang sabar. Dah bijak sangat kot nak buat action camtuh tanpa bagitau sebab? Dah tak ada mulut dah nak bercakap? Kalau macam tuh aku keluar umah ni nanti senyap2, biar ko tak tau pun aku dah keluar, aku pun reti gak main 'silent treatment' ni

Sesungguhnya, tiap kali aku balik kerja sangat muak tengok muka ko yang konon tak ada masalah. Pasni kalau ada masalah, jangan carik aku. Anggap aku ni tak pernah wujud dalam kamus hidup ko. Apa ko ingat ko lagi tua dari aku ko boleh buat ikut suka hati??!! patutnya bijak, diplomatik, tolak ansur. Ni bodoh tak bertempat!!

Sunday, October 24, 2010

Mencari Kerja?

Only 0ne week before this October end... I'd never update my blog about my job but I guess I will...

Monday would be my last day in Office [Recruitment Consultant]... only 4 months?! bukan aku yang berhenti tapi my company nak narrow down sebab financial crisis... or should I say 'nak bankrup'... Oleh itu, aku terpaksa cari kerja lain [dalam masa sebulan]

There's a lot of thing I learn in this company... hari2 aku tengok CV/ resume orang but 98% oil & gas background... macam2 format aku tengok dan hanya satu jer aku tertarik... sebabnya kemas dan mudah dibaca... aku pun ubahlah sikit2 aku punya resume tengok kesesuaian...

Apa yang aku nak story, bukan pasal kerja aku... tapi lebih kepada how I find the job... ada banyak cara untuk cari kerja by newspaper ker, online ker ataupun suggestion from kawan2... bila aku diberitahu yang company akan shut down, maka sibuk lah cari kerja lain...

Dulu aku selalu jugak baca newspaper untuk cari kerja, sekarang jer kurang sebab dah ada kemudahan internet, aku browse jer... dari newspaper actually bagus sebab kita boleh direct contact dengan person yang iklankan jawatan kosong tu... tapi harus beringat, untuk certain iklan yang sangat simple, kenalah rajin bertanya, risau company tipu...

Melalui Internet pulak, ada banyak website yang boleh dilayari, terpulang kepada kita nak cari... bagi aku antara website yang aku selalu buka adalah Jobstreet. of course kena register then you can surf the web untuk cari kerja... tapi harus patient kalau guna web ni... sebab certain company yang gunakan web ni jarang nak follow up dia punya iklan... for example, aku dah apply 40 jawatan kosong sekitar KL [dalam tempoh sebulan], dari application tu korang akan nampak status permohonan korang tu 7 'Unsuccessful', 2 'In Process', 3 'Under Consideration, 3 'Kept for Reference' & the balance 'New'/ 'No update'... kadang2 tu down jugak tengok status ni, sebab dah lama apply but still tak ada perubahan... at least kalau dorang dah view aku punya CV pun dah kira Alhamdulillah... aku pernah kena pernah sekali jer kena panggil untuk interview i.e. kerja yang aku bakal berhenti ni...

Next website would be Mudah... actually website ni banyak function, tak semestinya untuk kerja jer, nak cari umah, kereta, motor etc pun boleh jugak... kat sini pun aku dah banyak apply... aku baca iklan its either aku call company to atau just sent my resume kat email yang dorang bagi... percentage is much higer when you call them rather than emailed... so far aku dapat 2 panggilan interview dari company yang advertised kat website ni... Alhamdulillah, sekarang aku tengah fikir which one yang aku akan masuk...

Ada banyak lagi website cari kerja, aku just cerita 2 ni jer sebab aku selalu cari kat sini jer... so bagi yang nak cari kerja, rajin2kanlah explore... jangan give up!! rezeki kita Tuhan dah tetapkan, terpulang pada korang camne nak usahakan...

nah sedikit senarai laman carian kerja:


P/s: If you want, just browse the company's website & sent ur resume via email [selalunya untuk company yang well-established like Banks] atau pun via recruitment agencies

lagi senang, gi tanya encek GooGle - type 'Cari Kerja' - then results ada banyak website

Saturday, October 16, 2010

Tukar template Blog

Salam semua warga dunia!!!!!!!!!!!!!

Semalam aku baru post update, after that.... apa yang aku post tu xcantek... alignment lari!! demnnnn

So dengan kegigihan aku hari ini, aku pun mencari la layout yang baru... banyak jugak yang menarik... sampai rambang maa kau nak pilih... last2 aku pilih layout ni, sebab nampak nice sangat2... [adik aku pun agree dengan layout ni]

**apa guna layout menarik, tapi jarang update!!! [errrkkk menampar diri sendiri]

Friday, October 15, 2010

Makan2

Ada 15 hari lagi untuk aku mencari kerja baru... (mesti pelik kan, dah ler tak post update pasal kerja, tetiba nak tulis nak cari kerja)... Pasal Kerja nanti aku cerita... That is not the best story at the moment...

Dalam aku cuba menggagahkan diri melawan segala kepayahan, aku turut merasa kebahagiaan. Persekitaran aku, pasti ada yang memberi sokongan. Thanks friends... Korang memang TERBAIK!!!! So aku terus berdiri, berlari dan berjuang... InsyaAllah.(terus teringat lagu Maher Zain)...

Apa yang baiknyer, mood aku sepanjang minggu ini. Asyik dating jer hahahahhaha jiwang karat lah aku ni... lantaklah aku kot, bukan aku tunjuk depan korang ekekeke

Minggu ni jer aku merasa makan kat tempat2 yang best... bukan sebab hidangan nya yang menarik... tetapi sebab bersama si dia... hehheehehe

Ni Gambar time kat Restoran kat Kampung Baru (Serius aku tak ingat nama kedai tu, hanya tau design restoran tu macam kapal)

Ni pulak time tunggu giliran kat Sushi King (Jusco AU)... time ada promotion, thats why we choose to eat there hehehe

Thursday, October 14, 2010

Cintan

Bukan nak story pasal mi Cintan yer......


Shud I say I'm Happy?! loL.............. of coz I'm Happy!!!!



Why??

B'coz I'm attached hahahahahaha dan jugak My BFF; Eddie pun dh jumpa cinta hatinya jugak hahaha only selang satu minggu jer kami bertemu jodoh huhu

Dengar cerita, dia pun tengah bahagia sekarang... aku kiranya nak tumpang bahagia, tapi aku pun tengah bahagia, so xyah tumpang la [hahaha apa ntah aku tulis]...

Semoga kekal yer,

~Me & S~
~Eddie & A~


*gbr extract dri encik Google huk3

Monday, October 11, 2010

Assalamualaikum...

Dah masuk bulan baru pun aku still takda benda nak update... nak citer pasal apa pun aku xtau... mungkin pasal kerja aku yang so-so, (kadang2 bosan gak)... atau pasal aku yang perlu mencari kerja baru (sebab company nak narrow down...) itu akan ku ceritakan kemudian.... Apa yang aku mahu share, it's about my life... sambil hayati lirik lagu ni hehehe

Hanyut - Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu

Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja


Saat mata terpejam

Hanya kau ku terbayang

Menghapus semua segala rasa di jiwaku


Saat mata terbuka

Kamulah yang pertama

Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu


Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu

Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu

Bagaimana ku nanti

Bila tiada mengganti

Yang ku ada hanya kamu saja


Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti

Bila tiada mengganti

Yang ku ada hanya kamu saja


Bagaimana ku nanti

Bila kau tak di sisi

Yang ku ada hanya kamu saja


Just take The Red Text.... dedicate to someone....

143 deeply & sincerely...

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe