TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Monday, December 21, 2009

Bukan Nama Sebenar 3


12 November 2009

Jam 5.15 petang. Double kill!!! Owning… Triple Kill!!!!!!!!!!!! (bunyi game Dota yang aku main)

Trutttttttttt trutttttttttt (vibrate kuat yang memaksa aku mengangkat phone)

“Hello, boleh saya bercakap dengan encik Asyfar Rizal?” (asyik2 dialog ni)

“Ye, Rizal yang bercakap”. Sambil tangan dan mata aku masih pada Dota.

“Minggu lepas encik ada pergi temuduga di syarikat kami. Dengan sukacitanya kami maklumkan anda telah diterima bekerja di syarikat kami. Congratulations”. Aku mendengar, tapi tidak sedikit pun aku teruja. Entah mengapa dan kenapa.

“Oh, terima kasih”. Agak bersahaja.

“Esok encik dikehendaki melapor diri. Sila bawa buku nota dan stationaries”.

“Nota dan stationaries, ok. Jam berapa perlu saya hadir?”.

“Esok jam 9.30 pagi. Terus berurusan dengan Miss Ain ya”.

“Oh, ok”.

“Sekali lagi, congratulations. See you tomorrow”.

“Thanks, sure”.

Aku dah dapat kerja. Macam tak percaya. Tapi sikit pun aku tak excited. Sungguh sesuatu.

------------------------------------------------------------------------------------------------

13 November 2009

Jam 7.10 pagi aku berdepan dengan diriku. Ok atau tidak penampilan aku pada hari pertama ini. Hmmm tukar kemeja. Aku pilih kemeja biru putih (my favorite one of course). Baju dah dipilih. Tali leher pulak. Aku ambil tali leher warna merah (tak punya pilihan sebenarnya). Kemudian aku gayakan pelbagai fesyen rambut. Macam mana yang sesuai aku pun tidak pasti. Mencuba semua gaya, aku memlih untuk mengenakan gaya rambut ala2 vokalis kumpulan Hujan. Setelah lama menonton diri di kaca cermin bilik. Aku mengangguk tersenyum. Melangkah aku penuh keyakinan untuk ke pejabat.

Berjalan kaki menuju ke stesen LRT. Terasa sedikit janggal, kerana kebiasaan aku pergi ke kelas, tapi hari ini ke pejabat. Harus untuk aku biasakan diri. Ah, aku tidak suka menaiki tren dikala pagi begini, pasti sesak. Belum aku sampai ke stesen komuter lagi. Mesti lagi menyesakkan. Sudah pasti aku terlambat kerana komuter delay pulak, memang sakit hati.

Aku sampai pejabat 5 minit lewat. (prestasi hari pertama yang agak buruk)

Tersenyum aku melihat sebentar ke arah gadis ‘robot’.

“Selamat pagi. Miss Ain ada?”.

“Sebentar”. Melalui intercom gadis tersebut menghubungi Miss Ain (sudah pasti dengan gaya suara yang telah dirakam dan dimain berulangkali)

3 minit kemudian

“Hai Rizal, mari masuk ke bilik mesyuarat”.

Aku hanya membalas senyuman manis Cik Ain dan menurut.

“Silakan duduk”. Aku dipelawa duduk berdepan dengan seorang gadis.

“Terima kasih”. Ada 4 orang di dalam bilik mesyuarat

“Hari ini kita akan membincangkan benefit yang company sediakan kepada pekerja. Serba sedikit tentang scope kerja awak. Tapi sebelum itu, sila perkenalkan diri dan latarbelakang”.

“Saya mula dulu ye”. Gadis tadi cepat bersuara. Aku dan cik Ain tersenyum mengangguk.

Maka berterusanlah sesi ice breaking antara kami berdua. Dia Wawa dan aku Rizal. Bicara kami seterusnya tentang faedah yang kami dapat bekerja di sini. Mula2 mereka menyuruh kami senaraikan faedah2 yang kami fikirkan company wajar berikan pada setiap pekerja. Selepas itu baru mereka maklumkan kepada kami apa yang ada dan tiada.

Pertama, annual bonus (gaji 1 atau 2 bulan) akan diberikan pada annual dinner (Raya Puasa atau Chinese New Year). Kedua, annual leave sebanyak 14 hari tetapi tidak boleh di carry forward ke tahun berikutnya. Must be apply at least 3 days early. Dan banyak lagi yang diceritakan oleh Cik Ain dan Natalie. Akan tetapi, no medical claims? Or cost of hospitalization untuk pekerja company. Semua akan ditanggung sendiri oleh staff (maybe cut-cost sebab ekonomi kot).

Itu pasal benefits, next up pasal kerja kami. Agak banyak soalan yang kami terima mengenai investment. Bagi aku, serba sedikit familiar, tapi tidak pada Wawa (mungkin sebab latarbelakang kami yang berbeza kot).

“Sebelum memulakan tugas2 anda di office, kami akan beri latihan dahulu, sekurang2nya 5 hari”. Terang Miss Ain kepada kami.

“Hari ini merupakan hari pertama untuk training kamu. Jadi sebarang masalah atau pertanyaan jangan malu2, ajukan saja”. Sampuk Miss Natalie. Aku dan Wawa mengangguk.

Maka bermulalah ‘perjalanan’ aku sebagai employee (mungkin juga bagi Wawa).

------------------------------------------------------------

P/s: dah benti pun... company tipu rupa2nyer.... malang tol nasib haku ni... keje almost sebulan tp xdpt gaji

4 KriTik:

Afzainizam said...

Salam dari kami...
http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

ko dah tak ade kerja ke... company tu penipu btul lah... ceh...

ape pun harap bersabo... kiranya tak ade rezeki lah tu.... mungkin ade hikmah disebalik kejadian

Lasykar Langit dan Bumi said...

a'ah... tgh menyebokkan diri mencari kerja, yang sampai sekarang tak kunjung tiba....

ixoralina_am said...

ala kita pon penah kena la...first dia suruh kita dtg utk 5 hari training...ok la kita g..pastu the last day training dia offer jawatan cam best gak...tp bila company tu cam x menyakinkan kita cabut dr situ..x mo la..kata wat investment tp g company tu cam wat kelas nk blajar investment...nsib baik cabut awal2 kalo x, ntah la...huhuhuh da la 1st job kena tipu...

Lasykar Langit dan Bumi said...

tu r... keji sungguh mereka ini, menipu bdak2 yg br abis blaja... mentang2 r Lasykar ni masih mentah... huishhhh!!!!!!!!!!!!

ViSiT ViA Da LiNe