TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Tuesday, January 5, 2010

Best Sangat Ker

Saja jer nak letak title tu, sebab tak ada idea dah.

Penat giler, tapi puas. Dah lama aku tak merasa kepuasan yang memenatkan begini. Terus mengimbas zaman 2006-2007 dulu.

Aku bukanlah hebat dalam apa2 jenis sukan pun, malah langsung tidak minat. Bola sepak pun sebab aku terpaksa turut serta kerana itulah sukan yang dipilih setiap minggu untuk subjek Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Dan sudah pasti aku mengambil posisi bertahan, sebab penyerang pasukan aku hebat2 jadi aku hanya duduk bersembang saja dengan penjaga gol. Hanya bertindak apabila perlu sahaja. Itu bola sepak.

Olahraga pulak, aku join pun sebab hari sukan sekolah aku dulu. Selalunya aku dipaksa untuk wakil sukan acara bukan favorite orang ramai: lari jarak jauh. Aku pun tak tahu sebab2 yang melayakkan diri aku untuk acara itu, atau mungkin sebab mereka terpaksa kerana tiada orang lain dah.

Futsal aku turut serta tatkala aku memasuki dunia hostel. This one is indoor game compare to soccer okay. Dan semestinya posisi aku bahagian pertahanan, kadangkala aku turut serta dalam counter-attack. Tapi aku tidaklah expert seperti pemain lain, yang mampu mengelecek bola ke kiri dan kanan. Aku biasa2 saja.

Bola keranjang aku mula bermain pada setiap Sabtu dan Ahad (dulu2 la). Selalunya main 3 on 3, sukan yang jarang sekali aku menang. Seringkali aku didominasi pihak lawan kerana saiz aku. Tapi aku tetap gigih bermain, walaupun bukan pertandingan yang aku sertai ini.

Tenis mula aku berjinak ketika zaman kanak2 aku, tapi terhenti kerana kelab sukan ini dibubarkan kerana kurang penyertaan dari pelajar. Sekembalinya aku menuntut peringkat Diploma, aku menghayun lagi raket tenis yang aku beli zaman kanak2 dulu. Sedikit terpengaruh dengan cerita ‘Prince of Tennis’ aku ada mencuba beberapa gaya dan gembiranya aku bila ada sesetengahnya benar2 menjadi.

Badminton merupakan sukan lazim di kampungku, boleh kata setiap rumah sekurang2nya punyai raket badminton. Sukan ini akan kerap dimainkan oleh warga kampung (kanak2 dan remaja sekolah kebanyakannya) sekiranya musim Piala Thomas berlangsung.

Akhir sekali, bola tampar. Sukan ini memang aku minat ketika aku selalu menonton abang aku bermainnya setiap kali pulang mengambil aku dari sekolah (sesi petang) teringin mencuba tapi tangan dan pukulan aku tidak kuat. Sudah pasti sampai ke gelanggang pihak lawan bola yang aku servis. Namun 2006 menyaksikan aku masuk team bola tampar course aku kerana tidak cukup ahli. Gigih aku mengajak coursemate aku turun training tiap2 petang selepas habis kuliah (maklumlah dari 20 orang kami, hanya 3 orang sahaja yang punya basic bola tampar). Alhamdulillah, tournament pertama aku sertai dalam sukan ini, kami menjadi johan selepas berhempas pulas dalam pertandingan. Strategy, teamwork dan psikologi amat penting dalam sukan ini. Dari saat itu kami sentiasa menjadikan sukan ini sebagai aktiviti rutin kami di kolej (terutamanya aku). 2 tahun memasuki dunia, banyak gila benda yang aku belajar (aku tidak berapa pandai spike apatah lagi untuk menjadi setter). Rindu nak main bersama teman sekolej aku, sudah pasti sukar untuk kami bermain lagi.

Oktober 2009 aku terjun kembali dalam sukan ini, agak lama tidak menyentuh bola tampar (baru ketemu kawan2 untuk bermain). Pastinya permainan aku lintang-pukang, buruk benar tapi aku tidak kisah (walaupun orang lain ambil kisah hehe). Bola tampar bagiku satu kepuasan, aku seolah2 lupa akan masalah yang menimpa aku. Dunia bola tampar ibarat mengasingkan diri aku ke satu daerah yang lain. Ya, aku akan terus bermain untuk kepuasan diri aku (sehingga orang tak ajak aku main lagi hehe). Hilang tension, sebab dapat menampar bola dan bersama dimeriahkan gelagat teman2 bola tamparku. Walaupun aku agak pendiam di gelanggang, mereka masih sudi menerima aku. Terima kasih.

p/s: oh ya semua permainan di atas aku tetap seorang yang amatur (tidak tahu macam mana mahu improve hehe)

oh ya sekali lagi, thanks mr Google for the pictures

4 KriTik:

Penapenis said...

I dah lama tak turun. malas. hee. i heard tat u r good in tampar human's ball? lalalalla.. tupe lalu semeta deh!

Lasykar Langit dan Bumi said...

ari tu ye ye jer tanya Lasykar turun x, tp penulis sendiri x gi ceh... tp last sunday memang best... siap buat round robin, 5 teams tu...

tampa what??? haha jgn memandai wat stetment maut deh....

Afzainizam said...

Salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

hah ko ni biar betul superman pun tak leh main cam tu sekali semua kau belasah cukup-cukup...

aku dulu dah puas jadi budak milo tukang kutip bola aje... maklumlah kaki bangku tangan kayu... aku cuma pandai gosok kereta aje.... nah sekarang ini lah hasilnya.... aku berjayo jugak jadi ahli sukan kat bengkel aku... tukang gosok body kereta....

Lasykar Langit dan Bumi said...

haha main sekadar bermain jer... bukan nak jadi professional huhu

ViSiT ViA Da LiNe