Sunday, December 11, 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum…

Ya, mungkin aku telah bertindak kejam. Tapi inilah hakikatnya, aku mau skip story hahaha sebab ini kisah paling latest! Aku dah tengok


Ombak Rindu!

Hoyeah!!!! Mana x happy, dari awal aku tengok trailer dia dulu aku dh excited. Walaupun pada mulanya macam xyakin sangat Maya Karin mampu bawak watak Izzah. Tapi seminggu tayangan beribu riban komen positif aku dengar (exaggerate sangat). Memang kecewa sangat bila time nak beli tiket tuh asyik sold out jer. Darn!! Ingatkan dah seminggu, oklah kot tapi masih Box Office! Semalam aku tengok midnight, Kul 10 tepacak pergi beli tiket (tu pun tinggal 3 baris hadapan jer lagi… ayarkkk). Xper, janji tengok.

Komen aku pulak; jalan cerita aku xleh nak komen sebab aku sedia maklum (dah baca novel pun). Garapan filem tu memang menarik, Thanks to Aaron sebab pandai pegang watak Haris (very touching). Mula2 aku pelik nape ada org bagi 3.5 bintang jer (out of 5 stars) untuk filem ni, padahal melambak orang puji. Bila aku sendiri dah tengok, baru aku tau sebabnya. Bagi yang dah baca novel ni, depa mesti rasa ‘nak lebih lagi’. Bagi aku pulak, kalo takat camtuh pun kok dah. Nanti, kalo lebih2 lari sangat jalan cerita. Aku bagi EMPAT bintang yer.

So bagi yang belum tengok tuh, silakanlah tengok. Jangan percaya ulasan aku ni, saksikan sendiri hehehe Bila lagi nak tengok filem melayu kat panggung? *first time aku dengar orang tepuk tangan dalam panggung lepas movie abis... SALUTE!!!

Untuk synopsis cerita sila lawat link wiki yer…

p/s: Part yang aku xleh tahan sebak, time Haris berbicara ngan Izzah kat bilik waktu doa selamat Pak Dollah ngn Mak Jah

Friday, December 9, 2011

Tulisan Fancy


Assalamualaikum…

Update simple jer kali ni. Saja nak inform aku jumpa satu website ni yang provide various font type. So layan je lah.

Boleh berangan nak tulis ala- ala ninja.

Jadi orang korea pun boleh dah sekarang

Tulisan ala-ala pizza hut pun boleh ;p

Ha tang ni aku tak tau, jepun ke cina hehehe

Nk try moh lah ker link ini yer

P/s: some of the font a bit irritating, so jgn lah nk donlod semua yer hehehe

Monday, December 5, 2011

Menjenguk Hang Tuah

As-salam….

Baru terasa nak update (hampeh punya pemalas)… dah lepas dah pun baru aku sibuk2 nak update. Kali ni nak berceloteh sikit (sedikit saja ye) pasal trip family aku ke Bandaraya Bersejarah.

Plan asalnya nak pergi Genting, tapi aku tanya lah family aku, sure ker nak pergi Genting, kalo takat nak naik atas tu jer tanpa main permainan kat atas tu cam rugi jer, baik pergi tempat lain. So abang aku pun came up with idea lain; pergi ke Melaka. Bersungguh abang aku cari maklumat pasal Melaka.

So bermulalah ekspedisi kami anak beranak Ke Negeri Hang Tuah. Jam 7 pagi dah berangkat dari rumah, tunggu bas RapidKL dan menuju terus ke STAR LRT (Stesen Bandaraya). Dari situ kami memilih untuk berhenti kat kat TBS. Mula2 abang aku kata naik bas Transnational, then aku survey bas lain in case ada yang lebih murah & lebih awal. Aku pun dengan rajinnya bertanya (padahal aku ni jenis berat mulut) dengan ticketing officer; Shazuwan (hahaha glemer lah ko pas ni). Dia pun bagi cadangan untuk naik bas Metrobus (bukan bas metro yg kaler biru tuh) dan berangkat paling awal jam 9.30 (which is 5 minutes to depart). So, kami pilih untuk naik bus tu sebab xnak bazir masa (geram sebab dia salah spelled nama aku ceh).

Melaka Sentral (Gambar sat promot)

Perjalanan yang dijangka 2 jam tapi kami sampai ½ jam lebih awal di Melaka Sentral. After that kami pun mencari bas nak ke Ayer Keroh (Thanks to Izzat Jambu for giving such info about the buses). Jumpa je bas, terus naik tanpa buang masa (masa itu emas intan payung yer). Jeng3 Kami telah sampai ke Zoo Negara Melaka!!!!!!!!!!!! So let’s the Pictures Begin!!!!!

Takde Keje

Abah aku dah macam nak nyanyi lagu Negaraku plak

Lepas puas berkenalan ngn menate2 semua ni, kami pun tunggu bas untuk balik ke Melaka Sentral. Sampai ke sana kami carik bas ke Banda Hilir (rugilah pergi Melaka kalau xsinggah kat sini). Sama seperti tadi, jumpa bas terus naik & shoot to Banda Hilir. Pusing2 Banda Hilir dan inilah hasilnya!!!!!

Kincir Air ( apa ntah nama penuh lupe)

Bergambar sambil bawak beg plastik kwang3

Muzium Setem Melaka

A Famosa

Photo Frame :)

Kereta Lembu

Layannnnn

Kapal Portugis (kot? hahaha)

Gosh, pretty tired plus the sunburn, kami balik semula ke KL (dipendekkan cerita yer hahahaha). Thanks Melaka!!!

Wednesday, November 30, 2011

Hari Raya AidilAdha


Sorotan kali ni simple jer.. Berkenaan dengan Hari Raya Aidiladha (walaupun dah lepas, aku tetap nak story jugak) hahahaha

Tahun pertama aku duk KL ni, aku beraya sorang2 je, lepas solat raya jer aku terus tdo, pening kepala. Xde mood nak raya, maybe first time beraya di perantauan. Tahun kedua oklah sedikit, sebab adik aku dah ada kat KL. Pengalaman yang lucu gak, story tu aku ada post kat ---> sini Tahun ketiga plak stil bersama dengan adik aku, tapi tahun ni kitaorang beraya kat rumah member2 aku. Dari tengahari sampai ke malam kitaorang lepak sana. Best lah jugak.


Dan tahun keempat! Family aku nak datang beraya rumah kitaorang (maklumlah dah sewa sendiri, so selesa sikit). Depa datang malam raya, walaupun xsemua dating tapi cukuplah meriahnya. Yang dating, Ayahanda, Kakak no 2 (K.Yah), Abg no 6 (Alang) ngan kakak no 8 (Ateh). So kita orang buat lah persiapan ala kadar jer. Alang dah buat kek siap2 dari kampong. Malam tuh kita orang buat Kelupis, Ketupat, Satay & Kuah Kacang.

Ketupat pulut yang aku buat (comel cam aku hahaha)

Kek Pilih Kasih (abg aku buat)

Seperti biasa, aku lah yang paling lama bersengkang mata. Yang lain aku biarkan berehat, maklumlah penat travel xhabis lagi. Yang aku tahu, bangun pagi diaorang dah bersiap guna baju raya. Lepas makan2 pagi tuh, kita orang contact ahli keluarga yang lain kat kampong melalui video skype hahaha (dah moden lah katakan…. Meriah sangat, tengok wajah anak2 buah semua…

Next is Picture time!!!!!!!!!!




TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe