Saturday, July 24, 2021

Haseen Dillruba

Assalamualaikum. Ok kali ni aku decide nak menaip lagi. Aku baru je habis tonton movie Haseen Dillruba (Beautiful Beloved). Apa yang buat aku tergerak nak menaip pasal movie ni adalah certain point dalam cerita ni aku pernah alami. I really want to voice out my opinion regarding few matters. Warning, my review & opinion will be a spoiler if someone read before watching the movie!

Tiga watak utama adalah seperti gambar di atas. Rishu, Rani & Neel. Bagi aku movie ni banyak mengingatkan aku pasal kehidupan aku di tahun 2010. Aku pernah menceritakan nya suatu ketika dahulu di dalam blog ini juga. 

Rishu seorang engineer, bagi aku watak dia simple pada asasnya. Dia hanya ingin merasai cinta dan dicintai. Dia berusaha sepenuhnya meraih hati seorang isteri, berusaha menjadi yang terbaik untuk Rani. Have u ever imagine seorang yang berperwatakan innocent & slightly live passive, humble & soft spoken would become dangerously aggressive. Trust me it happened in real life. Sometimes orang suka sangat menduga kesabaran seseorang, but when u hit some spot, it will trigger the agony. Berbalik dengan watak Rishu, dia punya in love dekat Rani, dia tak kisah pun flaw yang ada kat Rani (which is mak Rishu tak berapa nak berkenan) such as not good in household chores. He even tattooed Rani's on his hand sebab dah angau sangat. Using contact lense padahal sebelum ni pakai spectacle je pun. Reading book yang jadi favourite si Rani.

Rani undoubtedly beautiful lady. First part of the story sumpah aku sangat benci watak dia because very selfish, self-interest, over the top. Positive thing about Rani is she is honest, too honest. Some part of her is taking advantage atas kebaikan & innocent si Rishu. Talking about this thing pun aku dah sakit hati. So aku stop about Rani. 

Neel is Dick! Watak yang perlu dibenci sama dalam movie mahupun dalam realiti. Watak perosak dalam setiap hubungan manusia. Trust me i don't give a fuck if u got nice body & manly face but attitude sangat jahanam. He is a kind person who takes every opportunity that cross over him regardless the consequences. As long as he satisfied that should be the deal. Okay now aku sambung plot movie ni since aku pun malas nak story panjang pasal malaun ni. 

What went wrong with their relationship? Bagi aku the part Rani talk about 'kisah dalam kelambu' with his family. Duh, that should be keep as privacy matters! When you talk about your partner's flaw to anyone else u literally hurt their pride. Yup this when Rishu start terluka sebab bini sendiri buka pekung suami. Kalau aku pun akan kecik hati when orang yang ko sayang cerita pasal privacy life kat orang lain. Dan bila ko tak reti nak pujuk, acah2 ko tak tahu mana silapnya, then ko nampak Rishu tengah borak dengan classmate wanitanya terus ko nak buat assumption yang si dia tengah curang. Lagi memedihkan bila Rani sekali lagi tambah garam kat luka dengan hancurkan pride si Rishu (cerita kelambu lagi). 

Dan² lah ko pulak nak merajuk, mengadu telefon ngan mak, padahal mistake sendiri tak pernah nak tahu. Rishu 2 kali dicabar pride dia, ao memang akan tawar hati. Plot story tambah menyakitkan hati bila perasa artificial ditambah oleh si Neel. Acah² handsome fit bagai bercakap dengan si Rani. Rani pulak start menggatal lupa diri dia isteri orang. Sangat membangkitkan kebencian aku bila Rani tetiba giving effort masuk dapur belajar buat teh semata² nak attention dari Neel. Cousin yang celaka ni memang saja 'cuit' perasaan si Rani sebab dia tahu dia boleh 'makan'. As easy as that dia rasa sedapnya Rani tanpa Rani sedar buaya si Neel. Yang si Rani bodoh ni tetap clueless pasal Neel siap belajar masak kari kambing semata2 si Neel yang request. Serius tak malu langsung curang & menggunakan Rishu untuk dapatkan hati si Neel. Last² kena tinggal. 

Moment yang betul trigger peribadi Rishu bila Rani buat pengakuan ikhlas yang dia fall in love dengan Neel tapi kena tinggal. Rishu tak response because luka yang baru nak sembuh ko tusuk lagi dengan pisau. U opened the Pandora Box, u don't know how scary a silent person can became switched on their beserker. Masa ni sikit pun aku tak simpati dengan Rani as i feel u deserved it bitch! I agree almost every punishment yang Rishu buat kat Rani sampailah satu tahap Rishu melt down his own heart sebab terlalu sayangkan Rani 

Seem like happy ending lah kan bila dua² dah saling cuba memperbaiki relationship. Nope, even in real life Tora always datang lagi inikan pulak storyline dalam movie. Setan a.k.a Neel muncul kembali, bila dia tengok dua² nampak happy bersama of course lah tak puas hati. Dia pergi kacau lauk² kehidupan suami isteri, saja nak buang selera. That brings to the death scheme. Gaduh punya gaduh sampailah ke plot twist movie which make me go 'I see.....' that what really happened. 

Do i like the ending? I don't know. Ending was okay tapi aku puas hati sebab tak tergantung kesudahannya. My few rumusan bout this movie:
- The police was right to suspect Rani as murderer, and he never doubt himself when he accused Rani was the culprit except that he tak cukup bukti nak sabitkan kesalahan membunuh. 
- The rest ending tengok sendiri ye hahaha

Kesimpulan dari movie ni aku boleh bagitau how cruel love can betray your life, how love can change your life tremendously 180°. It is not just a story, it is the truth that can happened in one's life. Love & lust can make people confused whether it was the same thing or not. 

9/10 ⭐ because the storyline is legit, the acting was spotted on, ending was acceptable. 

#ImTeamRishu

Sunday, June 27, 2021

Vaksin

Assalamualaikum. Lebih dari setahun aku tak menulis di blog ni. Hari ini aku tergerak untuk menaip semula pendapat aku. 


Seperti yang kita sedia maklum dunia sekarang dihantui pandemik Covid19. Virus yang bukan kaleng2 ancaman nya. Seluruh dunia bakal mati sebab nya. 2020 berlalu dengan sangat kosong tidak seperti yang kita rancang & dijanjikan. Berdoa semoga 2021 menjanjikan keindahan.


Sinar dah menampakkan samar cahaya tika vaksin mula dicanang2. Aku tidak berharap langsung untuk jadi yang terawal untuk menerima suntikan vaksin bukan kerana aku seorang antivaksin, tetapi; aku seorang yang bukan sihat fizikal sepenuhnya & aku tak suka dengan suntikan atau lebih tepat phobia pada jarum suntikan. Malah dikalangan kami adik beradik aku adalah orang terakhir yang mendaftar di MySejahtera untuk menerima vaksin. 


Vaksin pfizer merupakan yang pertama diperkenalkan untuk Malaysia. Sejujurnya aku tak berminat ambil tahu sebab aku tahu golongan frontliners lebih memerlukan. Aku hanya rajin membaca update semasa di media sosial termasuk dengan artikel2 yang menyakitkan hati bila ada golongan yang mementingkan diri dengan mendahulukan diri mereka sehingga sanggup 'memotong giliran' orang lain. Semoga jahanam kehidupanmu. 


Vaksin Sinovac hadir untuk rakyat Malaysia, masih aku tidak mahu ambil tahu sebab masih ramai frontliners luar sana yang belum mendapat suntikan. Even pekerja yang setiap berdepan debgan orang ramai pun masih belum mendapat vaksin apatah lagi kami yang bekerja sendiri. 

Orang pertama yang menerima suntikan vaksin dari family kami adalah bapa ku. 1 may dos pertama 30 May dos kedua. Untuk kami yang lain sunyi sepi tanpa berita. Sekali lagi aku ulang aku tidak pernah kisah jika kami rakyat marhaen belum 'naik nama'.

Seawal minggu ini (21 Jun) kami dihulurkan cahaya harapan untuk menerima vaksin. Masjid Annur dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (untuk kampung sekitarnya - I'll assumed). Tanggapan aku berasaskan dengan urusan meminta senarai nama penghuni rumah aku untuk menerima vaksin. Aku serahkan nama kami seramai 9 orang.

Hari pertama tiada panggilan, hari kedua juga begitu. Hari ketiga kami makin berharap, aku yang tidak pernah menyemak status vaksin di MySejahtera tetiba menjadi akrab dengan Apps tersebut. Berharap mendapat notifikasi. Aku makin hampa bila di kiri kanan ku orang update mereka sudah mendapat vaksin. Semua yang update adalah mereka yang sekampung dengan ku. Kecewa dan sumpah aku sangat kecewa. Hari ini hari terakhir pemberian vaksin bertempat di Masjid. Jangan beri harapan!!!! 

Friday, February 8, 2019

Sekumpulan Manusia Sunyi

Assalamualaikum......

Hidup tanpa WhatsApp mengajar aku erti sunyi & tido hahahahaha. Semalam setelah penat bertungkus lumus bekerja, aku cepat benar rasa mengantuk, mungkin keinginan tidur yang ku tahan dari petang tadi. Rasanya belum sampai setengah jam aku melayari dunia mimpi......

KRING KRING!!!!

"Hello?" jawapan kepada soalan.....
"Ko sik baca sms ku tek ka?" soalan seterusnya yang perlu aku jawab dalam keadaan kelopak mataku yang masih terkumat kamit mamai.
"Ko kat siney tok, jom lepak McD, ada dak Sand, Mimi, Emie ngan Samsul sitok" aku terus diasak dengan soalan & ajakan ibarat artis yang dihulurkan dengan seribu pertanyaan wartawan.
"Okey" Jawab ku mudah (kadang jawapan sebegini agak menjengkelkan hahahaha)


Rupanya Kelab Lonely mengajak aku lepak, kerana risau aku terus dibelenggu kemurungan (perasan diri terlalu bernilai). Tanpa terkesan dengan tidur ku yang tiada kesudahan tadi, aku terus bersiap mengenakan pakaian yang ku rasakan ringkas & kacak di mataku hahahahahanat. Dalam keadaan yang tidak gopoh & gocoh aku terus mengambil kunci pacuan dua roda aku dan menuju ke pusat bandar.

Aku tiba di McD menyaksikan ahli kelab lonely yang sudah kenyang sebelum aku (demnnnnn). Aku terus beratur membeli makanan untuk kunyahan aku nanti ketika agenda yang bakal dibentangkan oleh presiden kelah; Samsul. Aku terfikir sejenak apa hanat sangat ramai orang malam ni pergi McD, ibarat seluruh pelusuk Sibu menghantui McD. Adakah mereka juga lonely? hahahahaha

Aku duduk semeja sambil menikmati Fish o Fillet & mendengar hujah yang diceritakan oleh manusia sunyi (celoteh sebetulnya). Ada gelak ketawa di situ namun tiada bunyi tangisan kedengaran, apakah mungkin mereka tidak sunyi lagi?? hahahaha Jika berseorangan itu dipanggil Lonely, apa pulak panggilan untuk sekumpulan manusia yang Lonely bertemu semeja? Loneliness hahahhahaa

Selepas puas mengerjakan makanan & minuman di McD, kami bercadangan untuk melawat tapak kawasan sunyi Pesta Cahaya. Dengan yuran kemasukan sebanyak RM6 kami mengabdikan muka untuk dilensakan oleh presiden kelab. ok dah, aku malas nak bercerita.... sekian terima kasih. Happy Birthday Mimi!!! & Coach Hasnan... semoga bertemu jodoh masing2

Wednesday, February 6, 2019

Dunia Tanpa WhatsApp

Assalamualaikum.....


Hari ni aku nak menulis mengenai whatsapp. Suatu ketika dulu lah kan, kita sering berkomunikasi menggunakan SMS atau direct call saja dengan telefon bimbit. Namun zaman kian berubah dan kita bergerak seiring dengan kemajuan tersebut. Dengan pesat aplikasi telefon pintar mengambil alih peranan komunikasi atas talian malah memudahkan urusan semasa. Contohnya; WhatsApp, Telegram, WeChat, Line, etc.

Jika dulu kita begitu rajin menyusun ayat untuk dikarang pada sms, kerana setiap sms yang kita hantar bernilai 20sen seadanya. kita gunakan sebaiknya susunan perkataan. malah ketika itu, singkatan perkataan juga dimaafkan. Kini dengan wujudnya whatsapp, kita acapkali membalas pesanan ringkas, seringkas-ringkasnya. ianya lebih kepada konsep chatting berbanding dengan berbalas mesej.

Keterbiasaan ini menyebabkan kita berasa janggal untuk membalas sms seperti dahulu kala, kerana faktor kredit yang bakal ditolak untuk setiap mesej yang dihantar. Malah ada yang menganggap sms ini sangat leceh. Akan tetapi fungsi panggilan biasa tidak sepatutnya diabaikan oleh pengguna kerana rata2 daripada kita yang tidak mempunyai jaringan internet yang sama pantas. panggilan melalui whatsapp biasanya tidak jelas kedengaran kerana halangan jaringan internet. Maka panggilan secara langsung lebih bagus digunakan untuk perbualan menggunakan telefon.

Dan aku sendiri merasakan dunia telefon aku mula sunyi semenjak aku tidak menggunakan WhatsApp masuk hari ketiga kerana telefon aku rosak. Sudah aku maklumkan bahawa aku hanya boleh dihubungi melalui SMS dan panggilan biasa saja. Satu2 nya orang yang menghubungi aku sepanjang tempoh 'berkabung' ini hanyalah Ridzwan. Terima kasih sahabat. hahahaha

Ini lah punca sebenar aku menulis blog untuk kali ini hahahahaha

Tuesday, January 8, 2019

Sedekah Yang Terhalang

Assalamualaikum & Selamat Tahun Baru 2019.


Coretan pertama aku untuk tahun ini. Mula² aku nak bercerita sorotan seminggu di Tahun baru, tapi beberapa peristiwa mengingatkan aku tentang sedekah. Aku tinggalkan dulu sorotan 2019.

Mengapa 'sedekah yang terhalang' bukan 'halangan bersedekah'? Sengaja ku pilih tauk yang pertama kerana lebih menjurus kepada pengalaman aku sendiri. Jika aku memilih Tahun kedua maka aku perlu membuat kajian dulu untuk ku ulas mengenai halangan bersedekah.

Setiap dari kita pasti tahu hikmah dibalik sedekah. Malah ada di antara kita menjadikan amalan sedekah sebagai rutin mingguan (hari khamis malam jumaat). Bagi aku pula, aku bersedekah ikut kemampuan & kemahuan. Aku tidak mahu terikut² untuk memberi sedekah hanya kerana orang lain bersedekah.

Aku merasakan bahawa penting nya ikhlas dalam bersedekah. Jika aku bersedekah atas tuntutan orang lain, aku yakin nikmat sedekah itu berkurang & nilai ikhlas pun susut. Mungkin ada yang pertikai kenapa aku memilih untuk sapa aku bersedekah. Mengapa bukan untuk semua. Seperti yang aku jelaskan awal tadi, jika aku sedekah untuk semua termasuk orang yang aku kurang gemar, maka ia menjejaskan keikhlasan aku. Memang bukan tugas kita menilai ikhlas, tapi jika niat kita sudah berperang untuk bersedekah atau tidak, pasti terkesan jugak padah sedekah itu.

Berbalik kepada topik asal, sedekah ku yang terhalang. Kebiasaannya berlaku apabila aku mengetahui orang yang menerima pemberian ku, tidak suka/ gemar dengan sedekah aku. Dari dua aspek iaitu, tidak suka dengan apa yang aku sedekah, atau tidak suka aku yang bersedekah. Seringkali terjadi aku berkira² mahu bersedekah hanya kerna memikirkan; 'dia nak tak terima pemberian aku' 'dia ambil/ simpan/ makan tak pemberian aku atau dia buang'. Persoalan begini lah yang menghantui aku sebelum aku mahu bersedekah dengan orang lain. Kadangkala aku berfikir 'up to their standard' ke sedekah aku ini.

Itu baru persoalan yang timbul sebelum aku memulakan sedekah. Perkataan yang kedua; mendengar komen atau jawapan si penerima. Paling sadis pernah aku dengar 'tak payah lah susah² nak sedekah, bukan aku tak mampu nak beli/ bayar' hmmm aku sedekah bukan sebab kamu miskin, aku sedekah sebab aku mahu memberi. Tapi kalau begitu lah respon yang aku terima, aku blacklist terus nama ko dari carta sedekah ku.

Yang terakhir, bila aku ketahui apa kejadian yang berlaku padah sedekah aku. Selalu nya jarang aku nak ambik tahu, sebetulnya aku tahu secara kebetulan. Contoh yang pernah aku alami sendiri, pemberian aku diberikan kepada orang lain dengan alasan, 'aku tak makan/ pakai pun benda ni, ko ambik je lah, ni pun orang yang beri kat aku'. Pedih kan?

Situasi² seperti ini yang menjadi kan sedekah aku terhalang. Tapi aku masih melihat sedekah itu salah satu punca ketenangan & kebahagiaan aku.

Saturday, December 29, 2018

Sawang atau Lumut

Assalamualaikum....


Ini terlampau lama aku tinggal kan dunia blogging. Semenjak aku pulang ke kampung halaman aku mula tidak menulis lagi (sebetulnya menaip). Blog ini pun sukar aku tafsirkan keadaannya bersawang ataupun berlumut kerana terbiar tanpa sekelumit sentuhan dari aku.

Maaf dari aku kepada insan² yang memberikan komen di sesetengah post aku yang tidak mendapat balasan dari aku. Bukan sengaja tak berbalas tapi aku langsung tidak menjenguk keeadaan blog ini.

Aku cuma boleh klasifikasikan 2 sebab mengapa aku tinggal kan penulisan blog:

1. Semenjak pulang ke kampung halaman beberapa tahun lepas, kehidupan aku serba sedikit menjadi kurang stress. Mungkin sebab aku tidak lagi di perantauan, tidak lagi berjauhan dengan keluarga. Tidak ada lagi masalah yang biasa ku alami semasa berasa di Kuala Lumpur. (Bukan bermaksud KL tu mendatangkan masalah pada ku, jangan salah sangka pulak). Ringkasnya kehidupan aku di halaman ini jauh lebih menenangkan. Tidak ada yang perlu aku coretkan untuk melampiaskan rasa tertekan aku.

2. Di halaman rindu aku terlalu busy dengan pekerjaan aku, malah aku terpaksa berbagi masa untuk menjenguk media sosial apatah lagi nak menulis blog lagi aku tak sempat. Adakalanya aku sibuk dengan kegiatan sukan ku (bola tampar, larian etc) Ditambah pula dengan kegiatan kelab yang aku sertai di sini. Maka aku makin menjauhi dunia blog.

In Sha Allah aku akan cuba kembali berblogging 2019 kerana aku sudah Muka kembali aktif mengarang esei (selalu nya di status Facebook ku). Semoga kerajinan menyebelahi aku 2019 nanti. Aamiin.

Sunday, November 1, 2015

Inspirasi Pendakian Bukit Tabur

Assalamualaikum.... 

Ini ada story yang aku baca dari facebook Nur Maizan Nazmal.


--------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillah. Kisah hiking Bukit Tabur East pagi Jumaat 30 Oktober 2015 yang harmoni.
Al-kisah, kami naik bertiga. Yang cukup kudrat dan kemampuan. Perjalanan mengambil masa 45 minit untuk sampai ke atas.

Sampai je kat puncak, terjumpa geng sama UIA. Ketiga-tiganya lelaki. Tengah breakfast sambil berborak.

Aku perasan yang sorang ni tengah duduk, ada lebihan jeans meleret atas tanah.
Kaki dia. Kaki dia takde. Dan aku kenal dia. Kenal as in familiarlah mukanya. Selalu jumpa kat centre UIA dengan wheelchair. Nama dia Adam.

Masa tu rasa amazing. Aku tadi hike sikit dah tercungap-cungap. Yelah takde fitness macam orang lain kan. Pancit macam apa. Berhenti banyak kali. Tapi Alhamdulillah sampai jugak kat atas tu.
Tapi macam mana Adam ni boleh sampai atas?

Masa tu dah memang rasa Subhanallah dah. Ya Allah. Kental gila mamat ni.

Balik UIA, member yang naik sekali share cerita. As dia terdengar conversations among them sebab dia sampai puncak dulu tadi.

Adam bersuara;

"Terima kasih korang sebab sudi bawak aku naik bukit ni."

Kawan lagi satu membalas,

"Takde masalah lah. Tak kiralah dengan apa cara pun kau usaha nak naik bukit ni, tapi yang penting sekarang kau dah ada kat puncak ni, kau ada determination."

Kawan share lagi, dia tak boleh jalan seperti seorang yg normal. Cukup dengan menggunakan lutut untuk bergerak. Dan dia sampai jugak ke puncak bukit walaupun perlu daki ikut laluan yang curam. Bagi seorang yang normal, nak sampai ke puncak ambil masa 30-45 minit. Tapi diorang ambil masa 2 jam.

Dua orang kawan dia memang sangat supportive, sanggup daki slow semata-mata nak bawa sahabat diorang ke puncak macam orang normal boleh buat. Nak bagi sahabat diorang rasa perasaan bila tengok nature.

Lepas tu tadi, kawan lagi sorang share gambar ni kat group. Dari member dia yang bawak Adam ni naik Tabur tadi, Satrio.

Mata bergenang dah. Malas nak cakap banyak. Perempuan ni memang emo. Time tengok tu memang nak nanges dah. Tapi tahan jelah sebab nak makan tadi. Eh.

Aku cukup kaki tangan tu pun asyik mengadu penat, stress bagai. Adam ni tak sempurna fizikal tapi hati dia sempurna dah bagi aku. Kentalnya Ya Rabbi! Aku bangga dengan dia.

Mungkin bagi orang lain biasalah kan. Well, semua orang mampu buat sebenarnya. Nak taknak je. Semangat atau tak je.


Tapi senario ni luar biasanya adalah kisah seorang manusia yang luar biasa. Senario yang boleh balikkan kita semua semula pada Dia.


Kisah yang mana boleh buka mata hati kita untuk jadi hamba yang bersyukur.
Kisah yang mana mampu turunkan ego kita sebagai manusia.
Kisah yang mana bisa memberi pengajaran buat kita melalui insan lain.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah mampu kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)
Muhasabah untuk diri sendiri


-------------------------------------------------------------------


Kesimpulannya, apalagi alasan kita yang mampu kita ujarkan jika dibandingkan dengan saudara Adam ini (atau nama facebook beliau; Hasrullah Azrulkhan). Tahniah juga kepada sahabat2 beliau yang sudi memberi sokongan dan bantuan (Muhammad Satrio Banyubiru & Nazri Nasir). Alhamdulillah.... menitis jugak air jernih dari mata aku, membaca coretan mereka.

***Ni yang buat semangat aku berkobar2 nak daki gunung balik ni...

Saturday, October 24, 2015

Bajet ke Belanjawan?

Assalamualaikum....



Tergerak jari aku nak menulis kat blog tentang Belanjawan 2016. Walhal aku tak berapa nak ambil tahu pun. Kenapa aku tetiba berminat nak menaip ni? sedangkan coretan hidup aku yang lain aku boleh skip, tapi story ni terus aku gigih nak menaip pulak. (sebab aku tak boleh nak tido... sekian)..

Sebenarnya aku muak dengan isu ni, hampir setiap tahun perkara yang sama akan berlaku. Orang yang mendapat bantuan tu lah yang akan cepat melatah kat media sosial. Dinaikkan gaji, diberi bonus namun masih ada suara2 yang akan berkata "TU JER?"... bukan aku nak puji kerajaan kita, tapi sebagai manusia yang rasional, bandingkan dengan orang lain yang kurang mendapat atau langsung tidak merasa layanan itu. Simple bukan? Ya... dan aku tahu, kamu mungkin berkata, kamu bersuara kerana hak kamu, tapi fikirkan semula di saluran mana yang harus anda sampaikan....

Sebagai contoh... **DIULANGI >>>> CONTOH SAHAJA. seorang penjawat awam mengupdate status di laman facebook, mengeluh dengan jumlah kenaikan atau bantuan untuk belanjawan kali ini tidak banyak. Tahukah anda betapa irritating dan annoying (2 benda yang sama aku sengaja mention sebab nak bagitau penegasan) kami yang bukan penjawat awan ini membacanya?? sedangkan setiap tahun, golongan inilah yang akan sentiasa mendapat imbuhan berbanding pekerja swasta mahupun golongan bekerja sendiri. ***pas tu, mula lah update "kalo tak suka facebook aku ada button HIDE/ UNFRIEND/ BLOCK. Tersangatlah profesional cara kamu handling isu ini.



Aku sendiri sudah lali dengan senario ini, dari zaman awal pekerjaanku sehingga ke tarikh hari ini. Jika ada rezeki untuk dibahagi sama rata, Alhamdulillah. mudah kan? Duit banyak sekalipun, kalau masalah berkoyan2 tak guna jugak beb. Ingat yang paling utama, rezeki dari Allah SWT bukan dari kerajaan.

#JustSaying

***motip ada hashtag bagai????

Saturday, August 15, 2015

Since 1985

Assalamualaikum....

Walaupun dah berlalu beberapa hari, but I feel so blessed that 2015, I'm officially 30 years old!!! hoyeahhhh (aku pun tak paham kenapa aku perlu happy)

As usual my family and friend wish me great blast for my Birthday. Thank you very much, may Allah bless all of us. Ameen....

Ada juga yang bertanya dengan aku, kenapa tak publish kat facebook tarikh birthday. Bukan aku tak nak publish, cuma segan pulak rasa nak mintak orang wish. Biarlah mereka tahu sendiri dari orang lain. At least for me itu lagi sincere ngeeeeeeee..... TIPU JAAAAA.. sebenarnya aku frust last year aku publish kat facebook, tak sampai sepuluh orang pun yang wish walaupun kawan facebook melebihi seribu orang, penat aku mengharap. (haramjadah tak perangai aku miahahaha). So I decide tahun ni tak payah lah nak publish, kalao ada yang ingat Alhamdulillah...

Tahun ni first wish aku received dari Khatijah Bolhan, my so-called friend yang lahir pada bulan dan tahun yang sama. Thanks buddy!!!! after that baru la yang lain join sekaki. Dari kawan sekolah rendah sampai lah yang kat kolej. Then tak lupa jugak My second famili which is Planet YM members. THANK YOU GUYS, stay awesome k.

My own famili tak sibuk nak wish sangat just dorang dah siap buat makan2 kat rumah lepas aku balik kerja. Gigihlah kan mereka beli makanan and masak untuk meraikan hari aku. As per annually you guys are the best among the best!!! Love you guys till Jannah... muahhhhhhh

oh by the way... am I serious about my age???.. you bet I AM hahahaha tapi orang tak pernah fikir aku ni dah 30, ada yang fikir aku masih twenty something, or even funny masih budak sekolah. I don't know why did they think like that, adakah sebab badan aku ni kecik atau muka yang terlalu comel bwahahahahaha for example; last raya my colleague datang beraya kat rumah aku

Ah Lu: Lan, rumah you kat mana?? Kampung Hilir sebelah mana??
Aku: You kat mana sekarang?
Ah Lu: Dekat dengan masjid yang tengah renovate.
Aku: Ooo tu bukan masjid tu dewan serbaguna, you pergi depan lagi nanti you nampak surau batu sebelah kiri, lepas tu ada taska cantik... seberang tu lah rumah saya.
Ah Lu: Rumah you sebelah sungai kan??
Aku: Ya, sebelah sungai. Saya tunggu dekat tepi jalan ni depan rumah.

(Pada masa yang sama wife Ah Lu menyampuk, "Tu dia punya anak tepi jalan sedang tunggu pakai baju melayu")

Ah Lu tanpa segan silu terus berdekah ketawa seraya berkata "Itu bukan anak dia, itulah dia hahahaha"

Ah Lu sampai ke rumah aku terus ketawa dan bagitau aku, wife dia tanya umur aku berapa macam budak sekolah. Aku pulak confident tahap gaban jawab "Form 3" kuikuikuikui

See betapa mudanya aku... bwahahahaha Tapi sebenarnya ada satu tahap keremajaan wajah aku ni tidak membantu aku sangat pun. Orang fikir aku muda, so mereka tak nak dengar sangat cakap aku padahal aku superior dari depa semua (in terms of kerja plus any event that I attend). Tapi aku malas nak amik port, just amik kisah apa yang perlu, sooner or later they came to me in the need of help aku hanya akan tersenyum dan berkata "OMONG SAMA TANGAN!!" sambil flip hair... keh3

Tu je kot nak story, nanti aku rajin aku story lebih k.. muah semuaaa!!!

Thursday, July 30, 2015

Kembali Semula

Assalamualaikum.....


Laa ni aku tetiba excited bila ternampak satu update kat facebook 'tangan terasa nak berblog semula....' ayat seterunya aku malas nak copy paste, jari aku penat. boleh cenggitu? hahahahah


Kenapa aku excited? sebabnya blog penulis yang membuat aku berkobar2 nak online untuk buka dashboard blogger ni. Ternanti2 akan update dari penulis setiap hari. Bagi aku, penulisan sangat mencuit hati aku, malah aku cemburu betapa penulis mengutamakan penggunakan bahasa yang tertib walaupun tidak formal berbanding aku yang suka mencampur aduk bahasa. Pernah aku bertanya pada penulis, jawabnya mudah "...sebab aku cintakan bahasa..." aku tersenyum dengan jawapan tersebut.

Bila mengingatkan zaman dulu2, di blogger inilah bermulanya perkenalan aku dengan penulis, kemudian chatting menggunakan yahoo messenger. adakala rasa stress yang aku alami dulu terubat dengan membaca karya penulis, paling tidak mampu buat aku tersenyum sendiri ketika membacanya.



Dari situlah aku bermula rajin meluahkan rasa hati di blog sekiranya ada tekanan yang menimpa aku. Aku jarang meluahkan masalah aku secara lisan kepada orang lain. aku lebih gemar bermonolog, menulis dan pada ketika itu blog adalah teman tatkala aku bersedih. pada masa itu aku langsung tak peduli apa itu follower, yang aku tahu aku menulis isi hati aku.


***tetiba emosional plak... caitttttt! by the way semoga Penulis kembali aktif berblogging ya. bak katanya kipas susah nak mati hahahaha Indeed!

Sunday, July 26, 2015

Lagu Itu Diari

Assalamualaikum....

Kalo ikutkan semalam aku dah post entry yang baru, tapi line tenet hauk gila khinzir sangat.... So terpaksa aku post malam ni (malam ker jang, bukan dah pagi ker)....


Ok kali ni aku nak story pasal lagu. Perasan tak korang kalau kita dengar radio, macam2 genre lagu yang kita dengar malah ada lagu throwback. Bila kita dengar lagu2 throwback ni, time tu lah terimbau kenangan silam yang pernah terjadi kat kita. Tak kisah lah, yang manis2 lebaran ka mahupun pahit bak hempedu (tetap bahasa nak over kawwww)

Macam aku, tiap kali aku dengar Miley Cyrus; The Climb mesti aku teringat time aku kerja kat GSC Times Square dulu. Maklumlah time tu memang tengah hot cerita Hannah Montana The Movie kat panggung. Aku pulak time tu kerja bahagian ticketing department, hari2 aku dengar lagu tu sampai hafal lirik lagu si Miley ni.

Kalo lagu Neyo; Mad plak aku teringat ngan my very first couple. oopsss ada kapel rupanya aku hahahaha cam bodho jer, tak percaya diri sendiri ada couple. Time tu, lagu Neyo ni selalu berkumandang kat radio, Kita orang selalu layan Hitz.fm tu yang selalu dengar lagu tu.

Banyak lah jugak lagu yang membawa kenangan lam hidup aku, nak story satu2 cam panjang plak, dah la aku ni pemalas hiksssss

***psstt ada jugak manusia yang tak gemar dengar radio, biasa pasang lagu kat mp3 jaaa (oklah kan aku guna istilah mp3 bukan walkman hahahaha). maybe sebab malas nak dengar celoteh plus iklan yang lbih banyak dari lagu.

Sunday, July 19, 2015

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum....

Dah raya kerrr? hahaha macam tipu je waktu ni berlalu dengan cepat. tido bangun tido bangun dah masuk bulan syawal.

Persiapan kami untuk raya?? seperti biasa olwes kelam kabut, kalo tersusun tak rock ar hahahha

Langsir tetap pakai yang lama, Sarung kusyen aku dah beli 65 hengget tapi dapat diskaun 5 hengget. (tapi adik aku bagitau kat kedai belakang tu RM55 je.... demmmmnnNN!). Cat rumah masih sama, halaman rumah dah berubah sikit dari taun2 sudah. luas sikit. decor raya aku suruh anak buah aku buat. aku pi carik balik kad raya lama aku suh depa gantung kat dinding. biskut raya aku dah setel 3 jenis, sebiji kek raya. sebelihnya dari kakak kandung (sama bapak, sama emak) dan kakak ipar aku bagi. so kira cukuplah kot nak penuhkan meja tu.

Lauk untuk pagi raya tugas abang aku sediakan, dia buat daging sate ngan kuah kacang, & kari ayam. kakak ipar aku plak buat ayam masak merah. hidangan lain, cam biasa ketupat, kelupis dan lemang.

ok tu baru mukadimah yer, aku bukan nak story detail sangat hikkssss. aku nak citer pasal malam raya. malam yang sentiasa menjadi kacau bilau untuk kami adik beradik setiap tahun. lama gak aku tak update pasal bisnes kelupis kami. almost 4 tahun rasanya. nak tau detail leh search story kat sini.

Tahun ni agak gila berbanding tahun2 yang lain. (tahun lain pun gila juga). Tempahan kelupis berganda2 naik..... Alhamdulillah, rezeki kami untuk raya kali ni. Tahun ni jumlah ikat roughly sebanyak 610 ikat, seikat tu ada 3 batang. cer imagine menenyeh pulut sebanyak almost 2 ribu batang.. kebas segala tubuh badan weiii. ada customer lama (kira cam repeat order lah ni), ada customer baru. marketing buat kat fesbuk jer dah  mengakibatkan banyak tempahan, belom termasuk lagi walk in punya... gituuuuuu ayat tak hengattt kawwwww!


Kita orang buat dalam 3 fasa. Fasa pertama & kedua untuk yang ambik awal, Fasa ketiga kira all out lah. time kritikal bila dengar surau darus Saadah melaungkan takbir raya, terus macam mesin tangan kami buat kerja. berderet pangilan telefon masuk cakap nak ambik tempahan mereka. Aku terus berbelit tangan nak mengikat, nak mengukus, nak check order. fuhhhh dashatttt

As usual, tugas aku untuk mengikat kelupis dan mengukus kelupis. kira last stage lah kan. Tugas aku juga untuk counting jumlah kelupis yang dah setel buat, dan yang masih perlu dibuat. 4 orang manpower je untuk benda ni semua Alang & Anjang memang tugas menenyeh pulut untuk dimasukkan ke dalam daun palas. Usu plak tukang masak pulut dan santan, Aku buat finishing part.

Yang lain ada jugak turut bantu malam tu, macam Andak, Ateh, Ngah dan anak2 buah. Alhamdulillah setel semuanya roughly jam 3 pagi kot, tak tengok sangat.

By the way yang menariknya tahun ni ada yang order ketupat ngan kami jugak taun ni. Lemang pulak by walk in je. dua benda ni buat kat halaman rumah, meriah seyhhhh siap ada orang berhenti take a selgie hak3, ingatkan wartawan mana tadi hehehehe


Ketupat orang order dalam 200 biji. Orang tau pasal ketupat kami sebab kami jual petang2 time bulan posa. sebab tu ada yang menempah dengan dengan kami. tapi kami tak nak serius sangat pasal ketupat, nanti kerja bertambah pulak. Urusan ketupat dihandle oleh Andak, Udak, Aishah & Ayu.


Lemang ni tak termasuk dalam bisnes kami since ni memang modal fully dari Andak, so kami tak nak kacau.

Rasanya tu jer kot nak update. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sunday, July 12, 2015

Bertuntong bukan Sotong

Assalamualaikum...

Seminggu jer lagi kan? well you know what I mean... orang lain puasa gak, paham jer apa yang aku maksudkan kuikuikuikui....

Aku tak sabar nak tunggu 7 likur ni, boleh aku salah syaitonnnirajimmmm kalo aku buat dosa. Sebab bila time 7 likur ni orang pasang pelita dah, tapi tak ramai dah buat, area aku masih ada makhluk2 yang sudi mengangkat tradisi ini.. tak sabar weiiii

Setiap tahun kami pasang pelita tau depan rumah, walaupun kat depan jalan tu terang gila ngan lampu jalan. Tetiba plak aku naik geram ngan sesco ni kuikuikuikui



tu jer nak update muahahahhaahaha

***pstt gambar kat tu aku culik dari sini, maklumlah kat kampung aku lom meriah lagi orang pasang pelita

Monday, July 6, 2015

Nak Tau Tak

Assalamualaikum....

Lama kan aku tak mencoret kat sini, percutian aku kat Langkawi pun aku tak setel lagi ngan korang. Banyak cerita yang aku tak update kat sini. sebab aku malas.



Tapi tu bukan saja alasan aku untuk tidak terus menulis di blog ni (sambil kedengaran lagu Jessie J berkumandang kat Radio). Penulis blog pernah bagitau aku, pada satu tahap kita akan berdepan dengan writers block, kiranya ada idea tapi tak tahu macam mana nak mencurahkannya.

Kalo ikutkan melompat2 je idea aku kat otak ni, tapi langsung jari2 aku kebas nak menaip tau. Kan best kalau aku guna video jer, tapi tu dah bukan blogger namanya, lagi pun sora aku bukan sedap sangat pun nak di dengar, sekadar manis2 manja jer.

Minta korang doakan aku menjadi rajin boleh tak. Terima Kaseh yang amat albab sangat...

So aku just nak buat kesimpulan untuk post kali ni

Selamat Tahun Baru 2015 ***matilaaa baru nak wish, dah separuh tahun dah

Salam Ramadhan Semua.... **semangat nak raya la tuhh...

pssssttt.. aku menaip dari opis tau ,keh3


Kekata legend untuk puasa tahun ni.

"Sedarlah bahawa kejahatan yang anda lakukan di Bulan Ramadhan ini datang dari diri anda sendiri bukan dari Syaitan"

Sunday, October 19, 2014

Homestay Sukrieza Langkawi

Assalamualaikum.....

Cerita bersambung... tang mana ari tu?? aku lupa plak :p boleh camtu?? hahaha sambungan dari cereka hari tu, boleh baca kalo nak lah kannnn kat sini

Landing time!!! sampai jugak kat Pulau Langkawi ni setelah berhempas pulas menunggu dan menempuh dugaan delayed 1 jam (flight rescheduled). Semua penumpang dah berebut nak keluar dari flight macam Amazing Race dah aku tengok, Aku jer yang cool, selamba jadi last person yang keluar flight. (padahal ada agenda lain kuikuikuikui).



Turun dari flight terus aku mesej Kak Niza (Puan empunya Homestay), rupa- rupanya dia dah sampai kat airport nak pick up kami. Imbas balik macam mana aku cari Homestay ni:

Memula gigihlah aku nak cari hotel murahlah kan, siap kena marah ngan sorang mamat ni sebab aku cakap kalau boleh nak dekat ngan airport. Dia kata "Nak murah tak boleh demand lebih2 Bro, Kat Airport tu ada One Hotel Helang, tu lah yang paling dekat" Nak ikutkan hati, aku sembur balik jer kan, tapi aku tahu iman aku lebih sikit jer dari dia hahahaha Aku tanya elok2 dia boleh plak marah2, aku kata KALAU boleh, bukan aku kata MESTI atau WAJIB tempat yang dekat dengan airport. So aku end of conversation dengan "Ok, thanks for information BRO.." Malas nak deal ngan orang yang emo tak tentu pasal, cepat tua aku nanti.. (inilah petua aku untuk menten muda yer sobat, jangan marah2 kuikuikui)



So aku pun malas nak harap ejen dah, sendiri pi carik kat internet, curi2 masa time belom masuk kerja survey tempat, last2 aku jumpa laman sesawang ibilik.my banyak choice kat situ, siap ada review lagi untuk berapa orang, dekat area mana. Nah pi carik kat sini yer kawan2. Serius banyak choice. Cara aku pilih senang jer;

1. Baca description yang diberikan oleh penyewa, dari aspek kemudahan penginapan, jarak dari tempat2 yang bakal dikunjungi, lokasinya, keaadan rumah/ bilik/ hotel tersebut, syarat2 yang dikenakan (jika ada), pakej2 berkaitan (jika ada) dan lain2.

2. Kemudian aku buat shortlisted tempat2 yang aku berkenan nak stay, ada dalam 5 tempat kalau tak silap aku. Dari nama tempat tersebut aku google lah, mana tau boleh jumpa website tempat tu sendiri sebab maklumat yang akan dapat lebih detail. Tak kisahlah kat blogspot ker, facebook ker janji ada maklumat yang diperolehi.

3. Dah baca semua details, cuba contact penyewa tersebut untuk pengesahan maklumat yang anda dapat dari internet itu masih sama atau sudah berubah. (kekadang orang tak update maklumat tau). Sebagai contoh aku contact sebab aku tertarik dengan offer "1 malam: RM120. Pakej Homestay + Toyota Avanza ialah RM200 sehari. " seriously??!!

4. Dah dapat kepastian, barulah confirmkan tempat tersebut dengan ownernya. macam kes aku, kami ambil pakej 3 hari 2 malam + Avanza = RM400 (murah la bagi aku) tak payah susah2 nak cari kereta sewa lain lagi. Rumah tu pun dah tangkap muat untuk kami 7 orang, So well done SHAHLAN!!! (sambil tepuk bahu sendiri)

**kalo nak gambar pasal homestay ni, boleh pergi ker Facebook empunya yer, siap ada video lagi cer carik Homestay Sukrieza atau kalau kome malas bebeno klik jer kat sini

---------------------------------- tamat imbas balik -------------------------------

Ok sambung cerita tadi, Kak Niza dah menunggu kat luar airpot rupanya nak pick up kami. (jangan lupa ambil map time nak keluar dari airport tu, free jer dan sangat berguna kalau anda takde line tenet nak gugel tempat kat Langkawi). Maka bermulalah sesi bersalam2an di Aidiladha kat luar airport nun hikssss Kak Niza perkenalkan diri (Kak Rosemiza sebenarnya, aku je memandai tukar nama akak tu hiksss, maaf akak).







Kak Niza pun bawak ler kami menuju ker Homestay tersebut sambil aku bertanya tempat2 kat area Langkawi ni, mana nak pergi, laluan yang mana nak diambil. Tanpa segan silu Kak Niza bagi info kat aku seperti yang dikehendaki, kalo jawab exam ni, aku dah bagi akak ni 9/10 dah markah sebab jawapannya sangat mudah difahami (cikgu aku ajar dulu tak boleh bagi markah penuh hikkssss). Tak sampai 10 minit pun dah sampai kat Homestay. Kak Niza pun tunjuk sekitar rumah tersebut, apa yang ada, apa yang takde. Dah settle sesi suai kenal aku bagi lah balance duit penginapan kami, hari tu dah bayar upfront payment RM100, so tinggal nak bayar RM300 jer lagi. Then kunci rumah dan Avanza bertukar tangan.

Apa lagi?? berjimba lahhhh!!!!! bersambung lagi hikkkkssss **penat wok nak taip2 ni kuikuikuikui


Saturday, October 11, 2014

Kenyalang Terbang Mencari Helang

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, settle dah percutian kami ke Bandar Lagenda; Langkawi. Nak tau apa yang kami buat kat sana? nak tau bajet kami berapa? nak kerrr? cam malas jer nak menaip hahahahahhahahaha

ok, mana nak start yer... how about perancangan ke Langkawi... seperti agenda setiap tahun kami pergi melancong ke satu daerah di dalam Malaysia. dan kami pilih Langkawi.

Tiket dah beli awal dalam 3 bulan cam tu (ye la kot tak ingat bila beli). sorang kos pergi balik Sibu ke Kuala Lumpur more or less dalam RM100 jugaklah, so 7 orang kira RM700 (walaupun sorang dari KCH-KUL). kemudian kami beli tiket flight dari Langkawi ke Kuala Lumpur; total RM232 (untuk 7 orang). Ni semua tiket Air Asia yerrrr, tak able nak pakai Swiss Air hahahahaha

Then dari KUL nak ke Langkawi, kononnya nak naik keretapi, nak bagi keras bontot duduk lam tren, sudahnya, KTMB bagitau aku dah kehabisan tiket dah nokkkk.. how?? maklumlah orang balik raya haji time tu. boleh booking online yer kat ; Sini ... Ada 2 option yang tinggal, bus or airplane

1. Kalau naik bas, more or less dah RM44 sorang dari KUL ke Jeti Kuala Perlis, then kena tambah tambang feri plak ke Jeti Kuah. Harga tiket feri kalau tak silap RM20 kot (please jangan percaya bulat2, sila carik kat google info ni yer, aku malas nak carik dah). Tempoh perjalanan pulak lebih kurang cam naik keretapi jugak, kira2 8 jam naik bas, sejam lebih dalam feri. So sila pilih yer.

2. Kalau naik flight plak ada 4 jenis penerbangan yang boleh anda pilih, MAS, Firefly, Air Asia dengan Malindo. Perjalanan mengambil masa satu jam 15 minit jer, kalau jalan udara tu tak jammed la hiksssss. Alhamdulillah, aku dapat promotion tiket RM45 seorang naik Malindo Air. penerbangan ni plak ada dari KLIA2, ada jugak dari Subang Skypark. Kami punya dari Skypark.




Setelah membuat persidangan meja bulat, kami decide naik Flight jer (eh bukan aku dah bagitau ker??) Alasan mudah jer, malas nak keras kan bontot lam bas tu duk lama2. Mula2 bercadang nak duk Langkawi 2 hari 1 malam jer, tapi tukar plan 3 hari 2 malam. Kami duduk kat homestay Sukrieza, leh tengok kat Facebook; Sini


Kenapa kami pilih Homestay ni, berbanding tempat lain? bukan kat hotel mewah ker? atau duk motel tepi pantai ker? Sebab nyer mudah jer, kami pergi Langkawi sebab nak ronda menikmati suasana bukan nak duduk terperuk jer dalam rumah or bilik. Jadi tak payah nak duk kat tepi pantai sangat atau tempat yang terlampau mewah, Cukup sekadar ada tempat berteduh, mandi, tidur dan selesa. Homestay ni pun cukup selesa dengan tubuh kami yang ramai, dah macam duduk rumah sendiri pulak, layanan Kak Niza pun sangat2 baik.


Baiklah, mari memulakan ekspedisi!!!! hoyeahhhh Sesampai kat KLIA2 (first time sampai ni) mak aihhhh jauh bebenor balai ketibaannya, patah kakiku berjalan tau, rasa nak sewa wheelchair plak ekekeke Dah sampai balai ketibaan, abang aku dari KCH dah menunggu (since dia punya flight lagi awal dari kami). So kami decide makan kat KFC je la, alas perut katanya. Nak makan special2 paham2 je lah harga kat airport. (Ku harap sangat ada subsidi untuk spending kat Airport hahahaha).

Dah mengalas perut, aku cari spot nak tido lerrrr sementara nak tunggu pergi Subang keesokkannya... Ya hampunnnn merempat jer masyarakat tido bergelimpangan hahahaha well common scene lah kan, yang penting cari tempat yang ada port untuk cas telefon hahahahaha






Bangun tido, gi breakfast kat NZ Curry House, alas perut lagi katanya. Then menunggu van (airport transfer) nak ke Subang SkyPark. The best part (best ker???) driver kami tak tahu jalan nak ke Subang Airport, matilaaaaaaa. Tapi telefon dia lagi canggih dari phone aku, takkan takde GPS kot, ker buta IT lalalalallalalaa harap dia tak baca blog aku hehehehehehehe Habis area Subang tu dia pusing, sedih sangat, kesiannnnnnn.. sesampai kat SkyPark, tak makan pun maklumlah dah bawak bekal. Cari tempat bergelimpangan pulak sementara nak tunggu flight Malindo.Sepanjang kat Airport ni terngiang2 lagu Adira; Ilusi tiap kali aku tengok pramugari Firefly, rasa cam tengok Awan Dania lah pulekkk hahahaha


Cukup time, yeayyy nak berangkat dah ni... nebes ke tidak?? biasa jer kot hahahaha tapi first time naik Malindo sexcited lah jugak. hahaha [mode pengkritik jap, fesyen pramugari ni ada part cantek plak aku tengok, ada part rengserr plak aku tengok depa ni hikkkkss] Naik flight kecik jer so ada dua stewardess je lah kan, sorang tu monyok jerrr muka... sorang tu manissss angat, sesuai jadi suri hati ku, berangan tak pe kan hahahahahahhaa dah duduk lam flight tu, siap dengan penerangan keselamatan, tunggu nak terbang jer lagi, boleh plak masalah traffic jam lerrr, masalah teknikal yang tak pasti pulekk.. kena kuar dari flight, reschedule katanya. Sejam delayed yerr, merasa kelaparan yang amat albab menunggu yer... (oh by the way, aku baru tahu ada gak flight yang berlepas serentak dari same airlines, jakun plak aku tengok flight kami serentak dengan flight ke Penang. Depa nak race sapa sampai dulu ker??)


bersambung...... (kih3 ingat drama melayu je ada episod ker?? hahahhahaa)

**Episod seterusnya touch down kat Langkawi, tak ingat nak rehat..... Jeng3

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe