Tuesday, January 8, 2019

Sedekah Yang Terhalang

Assalamualaikum & Selamat Tahun Baru 2019.


Coretan pertama aku untuk tahun ini. Mula² aku nak bercerita sorotan seminggu di Tahun baru, tapi beberapa peristiwa mengingatkan aku tentang sedekah. Aku tinggalkan dulu sorotan 2019.

Mengapa 'sedekah yang terhalang' bukan 'halangan bersedekah'? Sengaja ku pilih tauk yang pertama kerana lebih menjurus kepada pengalaman aku sendiri. Jika aku memilih Tahun kedua maka aku perlu membuat kajian dulu untuk ku ulas mengenai halangan bersedekah.

Setiap dari kita pasti tahu hikmah dibalik sedekah. Malah ada di antara kita menjadikan amalan sedekah sebagai rutin mingguan (hari khamis malam jumaat). Bagi aku pula, aku bersedekah ikut kemampuan & kemahuan. Aku tidak mahu terikut² untuk memberi sedekah hanya kerana orang lain bersedekah.

Aku merasakan bahawa penting nya ikhlas dalam bersedekah. Jika aku bersedekah atas tuntutan orang lain, aku yakin nikmat sedekah itu berkurang & nilai ikhlas pun susut. Mungkin ada yang pertikai kenapa aku memilih untuk sapa aku bersedekah. Mengapa bukan untuk semua. Seperti yang aku jelaskan awal tadi, jika aku sedekah untuk semua termasuk orang yang aku kurang gemar, maka ia menjejaskan keikhlasan aku. Memang bukan tugas kita menilai ikhlas, tapi jika niat kita sudah berperang untuk bersedekah atau tidak, pasti terkesan jugak padah sedekah itu.

Berbalik kepada topik asal, sedekah ku yang terhalang. Kebiasaannya berlaku apabila aku mengetahui orang yang menerima pemberian ku, tidak suka/ gemar dengan sedekah aku. Dari dua aspek iaitu, tidak suka dengan apa yang aku sedekah, atau tidak suka aku yang bersedekah. Seringkali terjadi aku berkira² mahu bersedekah hanya kerna memikirkan; 'dia nak tak terima pemberian aku' 'dia ambil/ simpan/ makan tak pemberian aku atau dia buang'. Persoalan begini lah yang menghantui aku sebelum aku mahu bersedekah dengan orang lain. Kadangkala aku berfikir 'up to their standard' ke sedekah aku ini.

Itu baru persoalan yang timbul sebelum aku memulakan sedekah. Perkataan yang kedua; mendengar komen atau jawapan si penerima. Paling sadis pernah aku dengar 'tak payah lah susah² nak sedekah, bukan aku tak mampu nak beli/ bayar' hmmm aku sedekah bukan sebab kamu miskin, aku sedekah sebab aku mahu memberi. Tapi kalau begitu lah respon yang aku terima, aku blacklist terus nama ko dari carta sedekah ku.

Yang terakhir, bila aku ketahui apa kejadian yang berlaku padah sedekah aku. Selalu nya jarang aku nak ambik tahu, sebetulnya aku tahu secara kebetulan. Contoh yang pernah aku alami sendiri, pemberian aku diberikan kepada orang lain dengan alasan, 'aku tak makan/ pakai pun benda ni, ko ambik je lah, ni pun orang yang beri kat aku'. Pedih kan?

Situasi² seperti ini yang menjadi kan sedekah aku terhalang. Tapi aku masih melihat sedekah itu salah satu punca ketenangan & kebahagiaan aku.

No comments:

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe