
Biskut ni aku mula2 belajar tahun 2000 dulu. Time tu aku baru habis exam, so kakak aku suruh aku ‘lepak’ rumah dia sampailah bulan puasa. Itulah saatnya aku belajar buat biskut ni. Aku bukan setakat buat untuk hidangan raya, tapi untuk dijual jugak. Kakak aku buka bisnes jual biskut dengan kek time tu. Agak banyak jugaklah yang aku kena buat.
Bahan2nya simple jer, tapi time nak uli (atau nak bentukkan biskut ni) yang paling mencabar. Ye la, doh terlalu lembut, untuk dicanai atau nak diterap. That is why aku tak suka sangat buat cookies ni.
Tahun ni aku buat biskut ni untuk raya. Sepatutnya kakak aku yang sorang ni buat. Tapi dia busy menjahit baju raya, so aku lah yang kena buat biskut ni aduyai. But that work just fine for me. (^_^)v
Sapa2 nak resipi boleh mintak dengan aku, aku tak kedekut punya huhu.
p/s: credit to nazihatulshima for the picture
No comments:
Post a Comment