
Baju raya aku dijahit sendiri oleh kakak aku. Dan selalunya dijahit paling akhir sekali, sebab kakak aku perlu siapkan tempahan dari customer. Dah selalu jugak aku tak beraya dengan baju raya baru. Dan kadang2 tu kain baju raya tu aku beli tahun ni, tahun depan baru aku merasa nak memakainya. Aku tak pernah ambil kisah pun, setakat baju raya boleh saja aku selongkar almari aku (atau abang aku hehe) cari baju melayu yang lain. Masih muat pada aku (tak adanya badan aku nak membesar lagi). Even baju lama pun nampak baru jika dijaga elok2.
Aku ingat lagi zaman kanak2 dulu, kitaorang beradik mesti pakai baju raya sedondon. Best jer time tu, semua nampak sama jer. Kalau beraya ke rumah saudara mara tu, dah macam nak pergi masuk contest boria pulak haha. Tradisi tu stop bila aku masuk darjah empat kalau tak silap aku. Cuma aku, abah dengan adikku jer yang masih sedondon. Adik beradik yang lain semua memilih colour baju sendiri (maklumlah dah bekerja). But then, tahun 2004 (kalau tak silaplah) abang aku sponsor kain untuk buat baju raya. Sedondon lagi kami hehe dia pilih warna ‘peach’. Semua buat design baju melayu ‘cekak musang’ kecuali seorang je yang buat 'baju melayu Johor’ (sebab dia memang suka fesyen tu). Sorang lagi buat fesyen ala2 kemeja. Baju kami dibezakan dengan warna benang sulaman.

4 comments:
pasal baju raya ni, i pon bru dpt sepasang jer tahun ni! 1st time i pakai tau... hehe. Sokong 1 MALAYSIA kata org lain lah... haha. tp best gak lah, bangga lak tu! mula2 tu adalah malu2 ckit pastu ok dah. hehe
hehe baju melayu memang best klu pki especially with sampin n songkok
I pakai sejam jer, pastu sarung short, melenggang kangkung depan tv.. hehe
PP
xtreme>> okla tuh... mesti sronok kan hehe
shayne>> smart dgn full set ahaha
pp>> xde smangat raya langsung lah, melenggang kangkung jer keje nyer haha (by d way, i love sayur kangkung hahaha)
Post a Comment