Entah tetiba terasa nak menulis. Teringat time duduk hostel waktu diploma dulu. Gelagat bebudak memang macam2. tapi itulah yang seronoknya duduk hostel. Meh lah dengar cerita aku dari semester satu hingga enam.
Actually aku takde pengalaman dok hostel ni. Jadi first time tu agak kekok lah jugak. Bilik yang aku duduk dihuni oleh 4 orang termasuk aku. Semua dari sama negeri. Perangai dorang ni pun dah kira pelbagai jugak. Tak campur lagi ngan budak level aku ngan budak satu blok. Time aku masuk belajar dulu, boleh dikira pakai jari berapa kerat jer yang pakai laptop (bukan takat tu, pendrive pun kita orang tak kenal, biasa save dokumen pakai disket jer). Rumate aku salah seorang daripadanya. Dialah satu2 nya budak level aku yang ada laptop. Kira bangga jugak lah aku huhuhu. Pas tu sorang lagi rumate aku ni (yang agak berusia), aku leh cop sebagai ‘pemerintah’. Yelah, ke hulu ke hilir, ada jer aku tengok orang follow dia. Lagipun dia memang suka suruh orang buat keja. Kira dia rasa dia hebat lah huhuu. Last kali about my rumate, dia ni agak ‘beraroma’ sikit. Cuba bayangkan tuala dia yang ‘semerbak harum’ disidai kat tingkap bilik, dengan terik matahari mengangkat bau nya, lepas tu angin sepoi2 bahasa bertiup menyebarkan ‘wangian’ ke seluruh pelusuk bilik. Penah sekali rumate aku yang ada laptop tu, sembur ‘febreeze’ kat towel dia. Budak pemerintah tu pulak selamba badak bagi gelaran ‘neraka jebok’ kat dia (aku pun tak berapa pasti maksudnya, aku gelak jer). Walaupun aku punya roommate, namun kesemuanya jarang ada di bilik. Budak laptop sering lepak di level dan bilik classmatenya. Pemerintah pulak selalu merayau2 mencari pengikut. Budak beraroma pulak sering lepak kat bilik cousinnya di blok 5 (risau kena ragging).
Budak level aku pulak lain cerita nya. Kat level aku ada 2 orang yang sama nama ngan aku. So tiap kali ada orang nak cari orang yang bernama syah, kena sebut nama penuh atau something yang boleh dikaitkan dengan kitaorang. Contoh, syah bomba, syah alim, syah pendiam (aku lah tu, time part 1 aku ni pendiam yang amat, sekarang ni jer tak reti duk diam). Dan kat level aku ni jugak ada sorang budak yang hanya mandi 3 kali. Bukan 3 kali sehari, tapi 3 kali satu semester (agak 4 bulan lah tu). Ntahape2 ntah budak ni. Ditanya kenapa? Dijawabnya “sejuk, bodo!” aik? Xkan ler time matahari tegak di atas kepala pun sejuk kot. Spesis apa ntah dia ni. Compare ngan level lain kat blok aku ni, level aku nilah paling selalu black out. Pelik tapi benar. Electrician kat ctu cakap level aku memang ada masalah wiring ckit. Yang aku takleh terima, bilik aku ngan bilik seblah memang akan ada prob, klu berlaku blackout; lambat benar nak ok balik. Cita ‘penunggu’ kat level aku pulak (actually aku memang ada dengar, tp dkat nk ujung sem br aku tau kes ni berlaku kat level aku). Dengar kata senior, bilik tu dulu ada student bunuh diri; budak perempuan (dulu blok aku ni pempuan yang duduk). Reason dia sebab dia bajet result x elok (org citer lah). Tu yang ‘roh dia bergentayang kat bilik tu. 4 orang student kat bilik tu suma dah kena ‘kacau’, masing2 ada version sendiri. First time kena waktu first nite dorang sampai kat bilik tu. Kira pengalaman malam pertama lah tu. Hehee meh aku cita ckit pasal kes2 dorang ni. Ada yang penah kena tarik selimut oleh ‘mama’ (ntahlah budak bilik sebelah panggil ‘benda’ tu mama). Ada plak yang kena ganggu time blaja malam. Sorang ni plak cita pasal time dia kemas bilik tu, dia ternampak ada buku nota yang agak lama n sekeping kertas yang renyuk atas almari. Dia pun buang benda tu kat tong sampah kat level kitaorang. Keesokan nya benda tu ada balik kat atas almari tu.
Ada jugak org cuba ‘bersihkan’ bilik tu. Tapi, mama masih ada Cuma kali ni dia dok perati dari luar tingkap jer. Agak seramlah jugak dengar, tapi aku xpenah nampak lagi. Mintak jauh wei! (I dunno what would I do or react against it huhuu).
Next pasal bebudak satu blok plak. Untuk pengetahuan, blok aku ni hanya dihuni oleh bebudak freshie je. Memang tak ada senior lah kat blok ni. The best moment (ntah kenapa aku rasa cam best) duduk kat hostel ni bila time black out. Memang riuh rendahlah, ibarat ada pesta yang dijalankan, kalah JomHeboh. Sudah pastinya blok kami yang menjadi mangsa jeritan ‘batin‘ senior2 ku. Habis semua sumpah seranah berkumandang di jagat alam. Tapi bagi aku, itu sekadar untuk melepas tension je. Tak ada maksud yang lebih2. Cop! Tertinggal satu, bukan blok kami saja yang jadi mangsa pekikan, golongan ‘mak nyah’ turut jadi ‘siulan’. Yang paling segar dalam ingatanku, time black out yang paling lama. Malam tu bebudak blok 2 berbalas pantun dengan bebudak blok 4 (aku dok blok 3). Kami yang menghuni blok 3 menjadi pendengar setia agak terhibur dengar keriuhan itu. Dan pada malam itu jugak, seorang pelajar dari blok 2 membakar tilam. Motifnya aku tak ketahui, and then sorang lagi mengeluarkan alat pemadam api seolah2 ada demonstrasi memadamkan api pulak. Kesan terbakar itu masih ada sampai sekarang. Kira terbantutlah pokok tersebut. Apart from that, bebudak freshie perlu mengambil satu subject ‘Kesatria Negara’. Subjectnya senang, turun berkawad je. Akan tetapi, perjalanan nak pergi berkawad pun boleh tahan hebatnya, sehebat malam keriuhan black out. Agak lucu saat itu, kerana kami yang selaku freshie agak cuak dengan senior. Langsung tak berani berjalan di atas kaki lima mahupun jalan raya. Kami menggunakan jalan padang. Habis mati rumput2 di situ kami pijak. “cepat freshie!!!!” antara laungan yang sering berkumandang. Tapi lagi hebat sorakan kepada kadet bomba. “api2, tolong!!!!!!”. Memang lucu saat itu. Setiap blok perlu mengadakan aktiviti peringkat kolej untuk kekal menghuni hostel. Salah satu aktiviti ‘wajib’; gotong royong!
Ragging is normal scenario kat mana2 asrama pun. Hostel aku tak terkecuali. Setiap blok diberi jolokan tertentu. Blok 1, blok yang paling aktif every semester. Blok 2, blok yang bermasalah. Blok 3, blok freshie. Blok 4, blok yang simple (pernah kena cop blok paling kotor). Blok 5, blok pendekar sebab ramai super duper senior. Blok 6, blok skema or blok budak2 pandai (only for 3 pointers je). Kes ragging paling banyak berlaku kat blok 2, 3, 4 dan 5. tapi kalau bolh minta jauhkan dari kena ragging kat blok 2 and 5. Blok ni agak ganas sikit raggingnya (kata senior padaku lah). Dan aku sudah tentu pernah merasa. Paling teruk aku kena kat blok 2. kena belsah cukup2, tapi tak adalah sampai lebam. Then kat blok 4 pun aku kena, menyanyi lagu titanic (My Heart will go on) dan berlakon. Kat blok 1 aku Cuma diarah untuk mengurut sahaja.
I think that’s all for semester 1. I miss this memory. Walaupun ada banyak perkara tak best but that also my bestest memory.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TenTanG Aku
- Lasykar Langit dan Bumi
- I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
No comments:
Post a Comment