This is not a story about the girl name Lucky… but this is, cerita kami (olahan semula)
Seronoknya pergi Uptown. As for me, first time merasa steamboat. Yup sedap, especially the kuah. Macam2 karenah bebudak nak hirup kuah pakai straw lah, serap pakai tisu then perah lah… such funny guys. Oops before terlupa, group of us consist of Rexa, Ralph, Farid, Lobo and of coz me… (bukan nama sebenar ahaks...)
Lepas puas melantak (walaupun hanya steamboat, tapi kira melantak jugaklah), kami meneruskan langkah kami meronda di Uptown. Membuat survey (sementara menunggu duit ptptn masuk akaun huhu) hampir setiap kedai. Among the ’shop’ that we stop by; kedai cermin mata (especially Ralph), kedai jam, kedai kasut, kedai beg, accessories shop dan sudah pastinya kedai baju. Bagi aku pulak, tertarik dengan design pakaian and kasut. Maybe I’ll buy it next year (berapa hari je lagi).
Dah penat and bosan berpusing kat uptown, we decide to go to hell (haha), eh get out from there. Kami memuatkan diri kami ke dalam kancil biru (kereta sewa yang boleh tahan jugak uzurnya). Rexa jadi pemandu, Farid pulak di sebelahnya (yang ‘dewasa’ duduk depan lah ye) aku, Ralph dan Lobo menghuni di seat belakang. Destinasi kami yang seterusnya; Puncak! Kira menuju puncak lah.
Dengan suasana yang agak riuh, kami melalui Plaza Alam Sentral (PAS), alangkah terkejutnya aku bila Rexa memperlahankan panduannya, ada polis di depan katanya (he doesn’t have driving license). Rupanya bukan polis, tapi jalan ditutup sebab ada ‘jomheboh’ version PAS (ceramah agaknya). Dan kami pun meneruskan rentak kami. Ke mana? Menuju Puncak. Namun rentak kami hilang seraya melalui jalan masjid. Di sinilah bermulanya kisah kami.
Nun pada jarak 20 meter di hadapan, ada road block. Dengan keadaan cemas, pelbagai ayat, ucapan dan bebelan dari isi perut kancil biru ini.
“Oh my God, ada road block. Camner ni, aku nervous ni” bicara Farid.
“Relax lah, jangan panic” jawab Lobo.
“Buat muka selamba je” suggest Rexa.
“Yup!” sahutku tanda setuju. “Tali pinggang Rexa” segera aku mengingatkan Rexa.
Penuh debaran kami melalui pemeriksaan polis, dan Rexa yang tak pernah mati senyumannya (mengharapkan agar terselamat). Entah apa masalahnya (boleh pulak kami buat tak tahu) kami disuruh untuk berhenti di bahu jalan.
“Shit!” bentak Rexa. Aku dah merasa sedikit cuak kerna aku tau rexa tak punya lesen memandu.
Ralph mula bersuara, “apa kata ko bagi sweater ko tu kat Farid”.
“Jangan nak buat hal” tingkah Lobo.
Rexa mula memikirkan strategy untuk melepaskan diri. “Ko pura2 sakit perut Farid, kiranya aku nak bawa ko ke hospital”
“Aku tak berani lah, aku panic ni” respon Farid. Agak kecur jugak keadaan kami.
Dengan langkah perlahan, seorang anggota polis tersebut menghampiri gerabak kami.
“Sila tunjukkan lesen memandu encik” pintanya pada Rexa.
Dah sudah, agak risau jugak aku, (mungkin semua kami yang gusar).
“Sekejap ya encik” jawab Rexa. “Mana aku letak wallet aku ek?” katanya separa berbisik.
Maka bermulalah lakonan kami. Dengan tidak semena Rexa membuka bonet kancil, kononnya mencari walletnya di situ. Agak pelik bila aku fikirkan, wallet di dalam bonet.
“Ko letak kat mana?” kataku membantu helahnya, biar nampak real.
“Entahlah, aku tak pasti. Tadi ada, tapi sekarang…” keluh Rexa.
“Wallet saya hilang encik, mungkin terjatuh waktu saya kat Uptown tadi” dengan nada bersungguh Rexa memberitahu polis tersebut.
Polis itu berlalu sebentar berjumpa dengan ketuanya, namun sempat mengarahkan agar kereta diparkir betul2 di bahu jalan. Dengan keadaan cemas itu, Rexa masih memujuk Farid untuk berpura2 sakit perut. Farid yang agak ketakutan menolak kerana risau akan pecah tembelang. Ralph sekali lagi mencadangkan agar sweater Rexa dipakaikan pada Farid. Lobo menentang keras pendapat Ralph kerana risau the worst scenario will happened. Kami keluar serentak dari kenderaan itu. Ketua polis tersebut menghampiri dan bertanya;
“Kamu dari mana?”
“Dari Uptown 24 jam” jawab Rexa. Kami mengangguk mengiyakan.
“Macam mana wallet boleh hilang?” Tanya nya lagi.
“Tak tau lah encik, mungkin terjatuh waktu kat Uptown tadi kot. Saya pun tak perasan”
“Minta tolong kawan awak cari kat sana, dan suruh dia bawa ke sini. Saya nak tengok lesen dan I/C awak” arahnya kepada Rexa. Aku agak kaget, bagaimana nak cari kalau kehilangan barang di tempat yang sesak dengan orang ramai? Tak betul agaknya orang tua ni.
“Tapi kami pergi berlima je encik, mana ada kawan kami lagi kat sana” membalas arahan ketua polis itu.
“Kalau macam tu, serahkan dokumen kamu kepada pihak polis untuk diperiksa. Kereta ni kami akan sita” balasnya lagi.
Huh! Biar betul. Kami terkejut dengan kenyataan polis itu lebih2 lagi Lobo dan Rexa. ‘Kereta ni akan disita’. Nak mampus, ni kereta sewa bukannya kereta kami! Mahu beribu duit yang nak dikeluarkan kalau nak ambil balik kereta ni. Dah time ni kita orang semua tak ada duit, tengah kering. Terpana kami semua. Adakah polis itu sedang bergurau, atau memang itu sewajarnya. Tapi, kenapa perlu disita? Rexa kehilangan dompet bukan kesalahan lain. Arghh, memang kacau!
“Macam mana ni?” Tanya Ralph.
“Kita lari je lah” kata Farid.
“Jangan nak buat kerja wei!” serentak aku dan Lobo memintas.
“Dari kes kecik nanti jadi besar pulak” sambung Lobo lagi.
“Sorang temankan aku pujuk polis tu, Farid” kata Rexa mengajak.
“Tak nak, aku tak berani” Farid lantas menjawab.
“Ralph?”
“Tak boleh, aku tak pandai. Keadaan begini senang2 aku kantoi menipu tau” balas Ralph.
Risau dengan keadaan Rexa yang tak berteman, aku tampil tapi bukan untuk menipu tapi sekadar peneman.
“Rexa, dokumen apa nak dihantar?” tanyaku yang masih samar2.
“Entahlah, aku pun tak berapa pasti”
Rexa memulakan bicara memujuk polis tersebut. Bersungguh dia mengatakan bahawa dompetnya hilang di Uptown. Namun kedegilan polis itu memang terserlah.
“Saya tak kisah, awak ikhtiarkan macam mana nak cari. Kalau tak dapat jugak, awak buat laporan polis pasal kehilangan I/C awak. Tapi kereta tu akan kami sita”
Berderau darah aku dengan pinta polis tersebut. ‘awak ikhtiarkan macam mana nak cari’. Gila kot, kalau dah hilang macam mana nak cari. Bukan sengaja pun, dah tercicir nak buat macam mana. Rexa membawa keluar telefon bimbitnya, konon mendail nombor kawan meminta bantuan.
“Kau kat mana, aku nak minta tolong kau ni. Wallet aku hilang kat Uptown. Kau boleh tolong pergi sana tak, tolong carikan?” lakon Rexa di hadapan pegawai tersebut.
“Suruh dia cari kat kedai yang last kita pergi tu, mana tahu makcik tu ada ternampak ke?” sampuk ku yang turut membantu mengukuhkan lakonan.
Aku dan Rexa kembali ke kancil sewa. Aku menyampaikan khabar buruk itu (kereta disita) kepada member2 yang lain. Seperti yang ku jangka, Lobo lah yang paling risau kerana kancil itu disewa menggunakan nama dia. Dalam kebingungan itu, Rexa sempat bertanya dengan gadis2 yang ada di situ (turut ditahan sewaktu operasi itu).
“Apa kesalahan korang?” Tanya Rexa berbasi basa.
“Tak ada lessen” jawab gadis itu selamba.
“Oo, habis tu, diorang tu cakap apa? Kena saman ke?”
“Mana ada saman, dia kata nak sita kereta aku ni” keras sikit nada nya berkata. “Kalau nak saman, saman je lah. Buat apa nak tahan lama2 kat sini. Banyak songeh pulak orang tua tu” sambungnya lagi. Ternyata dia tak berpuas hati.
Farid, Ralph, Lobo dan aku duduk di atas kaki lima. Mengenang nasib yang menimpa.
“Kalau lah aku tak merajuk dengan mak aku” keluh Farid. Aku pelik mendengar.
“Patutlah kita kena saman, kau punya pasal rupanya” Ralph seraya menjawab sekadar bergurau.
Menahan gelak, Lobo sempat berkata, “Keadaan macam ni pun kau masih nak buat lawak”.
Rexa kembali mendapatkan kami. “Tu lah kau Farid, tadi aku suruh kau berlakon sakit perut kau tak nak”.
“Tak payah berlakonlah, sekarang ni aku pun aku dah betul2 sakit perut ni” Farid buat muka.
“Pergilah transform. Ambil sweater Rexa tu, ko pakai lah” cadang Ralph yang tak sudah2.
Entah berapa kali Lobo melarang, idea tu jugak yang dibaginya. Rexa pulak boleh bersetuju. Lantak koranglah. Tapi seriously, aku memang tak yakin dengan plan ni. Selepas Farid mengenakan sweater Rexa, Rexa yang hanya bersinglet menghampiri gadis2 tadi.
“Korang rasa, polis tu cam tak kalau member aku menyamar jadi aku” Tanya Rexa sekadar mencuba taktik penyamaran itu.
“Cam lah, tak mungkin orang tua tu tak perasan” dengan penuh yakin gadis itu menjawab.
Rexa kembali mendapatkan kami. Plan cancel! Perempuan tu cakap nampak sangat.
“Lagipun orang tua dah lama kerja, mustahil dia boleh senang2 kena tipu macam ni” aku bersuara tetiba.
“Betul tu!” Lobo mengiyakan.
“Habis tu macam mana, kita lari je lah” Farid yang masih nervous sekali lagi melontarkan pendapat.
“Hish, jangan nak cari nahas!” marah Lobo.
Dalam kami asyik mencari jalan keluar, kami terdengar perbualan gadis2 itu dengan ketua polis.
“ala pakcik, saman je lah. Buat apa nak tahan pergi balai” gadis itu masih tawar menawar.
“eh tak boleh, kalau awak cakap tak ada lesen saya dah bagi saman je. Tapi awak tipu, awak bagi lesen terbang” balas pegawai tersebut. Agak terkejut kami. Pertama; wow, kesalahan sebab guna lessen terbang! Kedua; macam mana polis tu boleh detect tu lessen palsu?
“Dah saya ambil test asyik gagal je, saya beli je lah lesen tu. Saya tak nak duduk lokap. Orang kat situ bukan boleh percaya, termasuk pegawainya” lantnag sekali gadis itu berkata2. memang tak ada insuran minah ni.
“Maksud awak tak selamat? Macam mana awak tahu, memandai je” polis tadi menyangkal.
“Eh, kita orang tahu lah, member kita orang pernah kena tahan, teruk dorang kena belasah. Baru semalam je”
“Ye ke? Kalau kena belasah tak ada hal, asal tak kena kena raba” jawabnya sambil ketawa.
Ya Allah, gatal betul orang tua ni. Tak sedar ke kubur dah panggil. Saja je nak flirting dengan budak perempuan tu. Menyampah pulak aku tengok.
“Tak sedar diri betul orang tua tu. Miang nak mampus!” bentak Ralph.
Sedang asyik kami membebel pasal polis, Rexa terfikir sejenak bagaimana caranya nak melepaskan diri. Dia mula teringatkan Zaki (kawan serumahnya yang tiada di tempat kejadian). Dia mula berkira2 dengan plan yang baru.
“Ko ada kredit tak?” Tanya Rexa padaku.
“Untuk bermesej cukuplah, tapi untk call tak dapat” jawabku.
Lobo menghulurkan handphonenya kepada Rexa.
“Ko nak telefon siapa?” Tanya Lobo dan yang lain.
Sambil menekan punat telefon Rexa menjawab, “Telefon kawanku kejap, Zaki”
“Hello, Zaki aku nak minta tolong kau ni, aku kena tahan polis ni” kali pertama Rexa benar2 menelefon seseorang setelah agak lama berlakon berpura2 bertelefon.
“Boleh tak ko datang kat tempat aku ni, kat area Masjid ni. Kononnya ko terjumpa wallet aku, so ko nak bagi kat aku” sambungnya lagi. Kami yang lain tidak tahu butir bicara mereka hanya khusyuk mendengar.
“Ok, aku kat tunggu kat sini. Cepat sikit tau” Nampak kelegaan Rexa setelah habis bicaranya pada Zaki. Mudahan plan kali ni menjadi.
“Kawan kau tu, ke sini naik apa?” Tanya Ralph.
“Entahlah, tak pasti jugak aku. Kereta kot, sebab tadi dia main futsal dengan member2 dia” Rexa dengan jawapan yang tak pasti.
“Harap2 kereta kawan dia tu tak bermasalah” nyata ku yang agak kerisauan.
“Ya, me too” setuju Lobo.
Agak lama juga kami menunggu, dan agak banyak juga topic merapu yang keluar. Satu, nang hilangkan nervous. Dua, nak hilangkan boring menunggu. Turut kami perhatikan beberapa buah kenderaan yang lain turut ‘terjerat’. Sebuah kereta dipinggir jalan, ingatkan kawan Rexa, rupanya kawan kepada gadis2 tadi (sekadar tanggapan kami). Setelah lama menunggu, kelibat kenderaan Zaki pun mampir memadamkan omelan Farid. Selamat! Keretanya tak bermasalah, singgah sebentar ke arah kami, namun polis mengarah untuk teruskan sahaja kerana tiada kesalahan.
“Ala, dia nak jumpa kawan dia. Takkan itu pun tak boleh. Boleh tak jangan buruk sangka” jerit salah seorang daripada gadis tadi.
Mungkin masih tidak puas hati menjadikan gadis itu lantang bersuara. Zaki pun berpura2 menyerahkan dompet kepada Rexa (padahal Rexa memang memegang walletnya sedari tadi). Selesai lakonan Zaki, terus dia menggerakkan kenderaan berlalu pergi. Dompet yang siap2 dikeluarkan semua paraphernalia (thanks to Ralph yang bersusah payah) kecuali I/C dan syiling saja yang ditinggalkan. Di sinilah kami berpakat mengakhirkan lakonan kami. Serentak kami menuju ke ‘kapten’ pada malam itu. Sempat Rexa menambah back up plan dengan mencari alasan untuk cepat ‘blah’. Dia bercadang nak ke Hospital UM; berkira merawat kesan ‘Charlie’s Bite’. Tergelak kami mendengar helah Rexa kali ini, ye lah konon terkena minyak panas.
“Berguna juga benda kat muka ko tu” selamba Farid berkata2. kami yang lain hanya mampu menahan gelak keran takut didengar dek polis itu.
“Ni saja yang ada encik, I/C dan syiling” ucap Rexa dengan penuh nada simpati.
“Nasib baik jumpa” sampuk ku.
“Kat mana jumpa dompet ni?” Tanya polis tersebut yang masih berkira2.
“Kat Uptown tadi. Kawan saya tadi yang tolong carikan kat sana”
“Kat kedai mana Rexa?” selaku pelakon tambahan kami bertanya.
“Ala, kat kedai last yang kedai kita pergi tu; kedai beg”
Dengan harapan lakonan kami menjadi di depan polis yang begitu asyik menulis ‘surat cinta’ nya itu. Prepare for next scene.
“Macam mana nak ke Hospital UM encik, saya nak cek kesan minyak panas ni. Tak tahan sangat ni” Tanya Rexa sekadar menambah isi lakonan.
“A’ah, makin teruk lah Rexa. Makin besar je aku tengok kesan tu” Lobo dan aku menghiasi ruang pentas lakonan malam itu.
“Kenapa nak ke Hospital UM, Klang kan lagi dekat” jawab polis spontan.
“Oh, Klang lagi dekat ek. Macam mana nak ke sana?” untuk kepastian Rexa bertanya walaupun berbasi basa.
“Hmm, tak apalah, baik awak ke Hospital UM saja, sebab waktu2 macam ni awak kena tunggu lama kalau ke Klang. Servis dia lambat sikit” sambil dia menunjuk arah ke Hospital UM.
“Macam mana boleh minyak panas ni?” Tanya polis tersebut selanjutnya.
“Kat kedai steamboat tadi, makcik kedai tu main ‘baling’ je ayam kat minyak panas. Tu yang terpercik kat muka saya. Nyaris nak kena mata” cereka Rexa padanya.
“Entah siapa yang dimarah makcik tu, kami pun tak tau” tambah Ralph sekadar menokok tambah.
“Kamu pula tak minta pampasan?” agak hairan polis bersuara.
“Tak apalah, lagipun makcik tu dah minta maaf dah. Tak sampai hati pulak, makcik tu pun bukan sengaja. Terlepas dari tangan nya” konon je Rexa berlagak baik.
“Apa2 lah, nanti saman ni jangan lupa bayar pulak” segera menyerah saman kepada Rexa.
“Baik encik, terima kasih. Kami beransur dulu” membelakangi polis kami dah mula tersenyum.
Sebelum masuk ke kancil biru, sempat kami mengucap selamat kepada gadis2 tadi. Tutup saja pintu kereta, berderai kami berlima ketawa. Memang dah tak sabar dah nak gelak. Mission accomplish! Boleh menang anugerah kami ni, lebih2 si Rexa; Pelakon Lelaki Terbaik. Seterusnya kami menuju ‘Puncak’!! sudah pasti bukan Rexa yang drive. Lobo yang mengambil alih.
Satu cerita baru agaknya. Lobo yang sudah lama tidak memandu agak kekok. Namun kami harus yakin padanya. Rexa menjadi pembantu pemandu dikala itu. Farid pulak, terdiam membisu, cuak dengan gaya pemanduan Lobo. Farid sendiri punya lesen memandu namun tak biasa lagi. Baru berusia 2 bulan katanya. Perjalanan agak jauh ke Puncak. Bersimpang siur bak kata Ralph. Apa lah yang ada di puncak? Ralph yang belajar di sana, saja nak tunjuk kat Farid suasana kat sana (termasuk akulah kiranya). Sempat lagi bertengkar dengan nyamuk. Lobo pulak mencadangkan agar ‘jendela’ dibuka untuk menghalau nyamuk keluar. Sampai juga kami ke Puncak, 5 minit je kami ronda2 di sana. Agak penat, kami bercadang untuk balik. Sempat kami singgah di McDonald berhadapan dengan Wisma MAIS. Segar benar peristiwa ditahan polis sebentar tadi. Sesungguhnya kenangan yang tak akan aku lupakan. Kami sampai di Baiduri sekitar pukul 4 pagi. Thanks guys for the memory.
sorry guys kalau aku tokok tambah cerita... baru meriah!!!! hehehe
*gambar ni ehsan dari Encik Lobo... hehehee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TenTanG Aku
- Lasykar Langit dan Bumi
- I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
No comments:
Post a Comment