Wednesday, November 30, 2011

Update dan Terus Update

Nak update satu persatu cam malas jer… So HOW??? Aku bagi short story je la eh…

Semuanya berkaitan dengan family aku… bermula dengan Raya Aidiladha dan seterusnya trip singkat ke Melaka… (yang ni nanti aku story panjang sikit beserta dengan gambar k…)

Yang aku nk story pasal aku dah start GILA main semula hahahahaha ari tuh aku pesan kat akak aku suh bawak PS2.. JENG3 dia bawak jugak (sebab aku dah sms abg aku, kata nk pinjam)… Tapi kebanyakan CD game xleh main dah… rosak… nak tak nak aku kena beli CD Game baru… Aku ni jenis layan game RPG… best sebab ada jalan cerita….

Sekarang aku focus 3 games----------

Yang pertama: Suikoden IV (favourite all time ni)

Second plak: Naruto Shippuden Ultimate Ninja 4


Third game: Final Fantasy X (sampai sekarang aku suka sequel game ni)

Yang aku frust 2 game aku beli, xboleh main rosak… nanti nak pi tukar kat kedai tu balik la Game Onimusha 3


dengan Mortal Kombat Deception


Sunday, November 20, 2011

Berpada-pada Ketika Dating





Aku ni suka gak beli magazine

Maskulin.

Aku tertarik dengan beberapa artikel yang ada dalam majalah tersebut. Kali ni aku nak share pasal satu to pic yang Maskulin bincangkan which is totally agreeable. Hahahaha Bila korang dating kan, pernah tak korang buat benda2 macam ni. Kalau ada, please lah ubah ye…

1. Berjalan Terlalu Perlahan Di Kawasan Hot Spot

- benda lah yang aku xsuka sangat dengan pasangan2 ni, berjalan kat tempat awam macam dunia ni dorang je yang punya. Dengan lenggang lenggoknya, hayun tangannya. Adeh, tolonglah ingat ada orang lain yang tengah rushing ker. Korang bukannya Miss Universe yer.


2. Memakai Pakaian Serupa


- OK, jadi nak bagitahu semua orang yang korang ni kapel lah ye. Baju nak sama kaler, kalau boleh nak sedondon habis. Kalau pakai uniform tu aku boleh terima la, ni dengan t-shirt sama kaler pink? Aduyai pleasela… kalau baru nak bercinta tuh, xyah la bagitau seantero dunia korang kapel.

3. Mesra Tahap Maksima

- Yang ni paling aku tak boleh terima, duk cium2 tangan lah… cubit pipi, cubit idung. Aduh, geli dowh. Perlu ke nak bagitau korang adalah pasangan paling bahagia dalam dunia???

4. Anda Tidak Perlu Terlalu ‘Gentleman’

- Ini untuk lelaki ye, perlu ke korang nak galas beg girlfriend korang? Berat sangat ker? Kalau setakat pegang sebab awek gi toilet, oklah kan. Tapi ni sepanjang proses dating tuh, BF dia je duk membawaknye. Apa guna beli beg cantik2, mahal2 tapi suruh BF yang pegang? (by the way, FLY FM ada discuss topic ni, rugi sapa2 xdengar) hehehehe

5. Panggilan Manja Yang Kurang Menyenangkan

- “Bee….” “apa yunk…..” bluwekkkkk hahaha agak2lah wei. Kalau between korang jer ok kot, tapi kalau kat public pun korang nk manja lebih2 camni, bersepahla muntah orang :p

6. Gaduh Mengalahkan Pasangan Bercerai

- Bila bercinta bagai nak rak, tapi bila gaduh…. Lagi teruk dari pasangan yang dah kahwin. Malu la wei orang tengok. Kat kedai makan pun leh nak gado, hilang rasa malu dah. Bab merajuk xyah cerita la kot, buruk bebeno…


Jadi??? Pernahkah anda???? Fikir2kanlah… anda boleh kata “apa korang nak sibuk, hal kita orang, xyahlah nak busybody”… tapi anda harus ingat, kita berkongsi satu BUMI… tolong jangan buat pencemaran mata dan telinga yer….


Sekian…….. (^_^)v

***Gambar dari encek Google yer

Menampar


Dah berapa tahun aku bermain bola tampar (4 tahun kalau xsilap la). Tapi aku xpernah pun
masuk pertandingan luar. Kemahiran aku belum melayakkan aku untuk mewakili kumpulan aku. 2 tahun aku berada di KL banyak benda yang aku pelajari tentang bola tampar. Semua member peluang untuk aku belajar teknik dan taktik yang betul.

Alhamdulillah, serba sedikit cara permainan aku kembali sepertimana zaman Diploma aku dulu. Yang menariknya aku diajar bagaimana untuk ‘spike’ dengan betul dan mensasarkan kedudukan yang tepat. Hey, sapa sangka orang sependek aku mampu spike?? Hahahaha

Aku juga diajar bagaimana untuk bersedia menyambut bola lawan. Sekali lagi, Alhamdulillah aku mampu membaca serba sedikit gerak geri pihak lawan. Well, practice makes perfect right….

Al-kisah, hujung bulan Oktober aku dikejutkan dengan satu ajakan untuk bertanding bagi pihak kumpulan. Kataku “Biar betol????”. Agak cuak jugak aku kerana aku disuruh menjadi libero pasukan. Aku bukan risau untuk jadi libero, tapi lebih risau untuk menggantikan sesiapa di dalam pasukan aku. Maklumlah mereka lebih senior. Mungkin aku perlu biasakan diri aku dengan situasi ni.

Nak cerita panjang pasal pertandingan pun xbest sebab kitaorang kalah hehehe Tapi cukuplah untuk menimba pengalaman. Oh ya, Pertandingan tersebut anjuran UiTM Shah Alam.


P/s: gambar atas ihsan Mr Google ;p

Tuesday, October 11, 2011

Mereka adalah wanita


Assalamualaikum....

Terdetik nak menaip setelah membaca satu blog... bukan aku nk jadikan satu isu, tapi sekadar melampiaskan pandangan...

Jika anda pengguna pengangkutan awam terutamanya KTM mesti anda tau pasal ni kan. "koc tengah untuk wanita sahaja". Okey, bukan nak gado ye, cuma bila aku perhatikan masih ada wanita2 yang tegar menaiki koc lain selain koc tengah.

Jika alasan koc tengah itu penuh dan koc lain kosong, it's acceptable. Tapi kesemua koc hampir sama penuh. mereka lebih sanggup berasak bersama lelaki lain untuk masuk ke dalam gerabak. Adakah mereka fikir lelaki akan simpati dan memberi laluan kepada mereka?? mungkin ya (Alhamdulillah) tapi bagaimana kalau tidak (na'uzubillah).

Semua pengguna pasti mahu sampai dengan kadar segera, tanpa perlu memikirkan sapa yang lebih utama, sebab masing2 punya tujuan masing2. Aku sendiri tidak terkecuali, cuma aku akan mengalah jika aku lihat memang sudah seperti 'sardin' keadaan dalam koc tersebut.

Percayalah, jangan siksa diri anda untuk memasuki koc lain jika sudah penuh. Setiap hari aku tengok ego penumpang tren tidak mahu beralah. Memberi laluan kepada penumpang keluar pun payah apatah lagi nk beratur masuk ke dalam koc. Yang wanita pulak sanggup berhimpit dan dihimpit lelaki2 dalam tren cukup aku xfaham. Nanti jangan ada salahkan lelaki.

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe