Diary yang lapuk, tapi tak lekang dari mindaku...
2nd July 2009ku jejak kaki ke negeri Perak (Kuala Kangsar) untuk
pertama kalinya... di ajak oleh sahabat ke kampung halaman atas alasan bercuti dan menyertai perkhemahan pengakap... aku dan hafiz naik transnasional pukul 7 malam, dan tiba di Kuala Kangsar pukul 10.30... setibanya di terminal, bercadanglag hafiz untuk menaiki teksi ke rumahnya (aku menurut jer, almaklumlah tempat orang...) hafiz tidak memberitahu keluarganya tentang kepulangannya kali ni (
suprise katanya)... namun sebaliknya berlaku.... kami sampai ke rumah dan mendapat tahu ayah hafiz sedang sakit...
pukul 11 kami berangkat menghantar ayahanda ke hospital... ayah ditahan di wad sakit
HKK (hospital Kuala Kangsar)... yang hadir pada malam itu; along, kak lang sekeluarga, aisyah, ancik, faizal, bonda, hafiz dan aku (satu2nya
bukan ahli keluarga)... setelah ayah mula menunjukkan tanda2 'ok', maka yang lain beransur pulang... hanya aku dan hafiz yang akan tinggal untuk menjaga ayah di wad malam ni....
3rd July 2009ayah sebenarnya telah lama sakit, cuma baru kali ini ditahan di wad sakit... kami (aku dan hafiz) menunggu faizal untuk membawa makanan dan air untuk diberi kepada ayah... ayah
kekurangan gula dalam badan, hingga menyebabkan pengsan... nurse sentiasa datang memeriksa kandungan gula dalam badan ayah (hanya naik sampai ke tahap 2.6)... hafiz memberi ayah minum dan makan kepada ayah... dan ayah turut mengadu
sejuk, aku mebantu untuk menyelimuti ayah... ayah kemudiannya
batuk2 (tak berhenti2), lalu kami meminta ubat batuk dari nurse... agak lama juga untuk batuk ayah reda... hafiz meminta kebenaran untuk ke toilet sebentar, dan saat itulah ayah mula perlahan berbaring dan sayup saja bunyi suara nya... lama2 aku jadi
takut kerana ayah mengiring terlalu ke tepi katil (takut jatuh dari katil)... terus aku mampir dan menyambut ayah, namun ayah mula tidak bergerak (
beban makin berat) seraya itu juga aku telefon hafiz untuk segera datang bersama nurse mahupun doktor.... tibanya nurse ke katil ayah, aku disuruh untuk menunggu di luar, manakala hafiz pula terusan menghubungi ahli keluarga yang lain untuk datang ke hospital dengan segera... yang dulu tiba; faizal... maka aku terus bercerita kronologi kejadian kepada faizal...
4.10 pagi... ayah disahkan meninggal dunia (kali pertama aku menyambut kematian seseorang di tangan aku) tergamam dan sedih, walaupun arwah baru aku kenali beberapa jam yang lepas... jenazah dibawa balik ke rumah kira2 pukul 5... kami menunggu kehadiran ahli keluarga yang lain, sambil
Yasin kami sedekahkan, dan urusan pengebumian turut disusun atur... semua ahli keluarga tiba sebelum solat jumaat... segala urusan dilaksanakan selepas sembahyang jumaat... jenazah dikebumikan pukul 3 petang... majlis tahlil diadakan selepas solat Isya...
4th July 2009aku dan hafiz menziarah kubur arwah... bersedekah fatihah dan yasin... kami mengadakan
solat berjemaah di rumah dan membaca yasin sementara menunggu tahlil dibacakan oleh ahli surau...
5th July 2009tahlil dan doa dilakukan pada sebelah tengahari, aku tidak dapat nak bantu kerana aku jatuh sakit pada pagi itu... demam dan pening kepala aku mula kebah sekitar jam 2 petang... pukul 4 petang
seisi keluarga bercadang untuk menziarah kubur bersama2 kerana ada di antara mereka yang perlu pulang ke tempat kerja masing2 (Kedah, Kuala Lumpur. Melaka, N.9)... dan akulah satu2nya bukan darah daging yang hadir pada hari itu... sebak walau
aku bukan saudara kandung mereka, tapi
aku saudara seIslam... dan kerana
aku manusia... inilah pengalaman aku di Kuala Kangsar Julai 2009...
.........Al Fatihah...........
*Ancik akan melangsungkan perkahwinan
12 July 2009 (pihak perempuan) dan
18 July 2009(pihak lelaki)... sedih bukan, seminggu sebelum perkahwinan, ancik kehilangan ayah... tapi pasti ada hikmah disebalik kejadian.... semua akan menemui ajal... soalannya;
giliran kita bila lagi? bersediakah kita?