Wednesday, December 9, 2009

Bukan Nama Sebenar


4 November 2009

Should I call or shouldn’t I? hmm, well it’s not hurt to give a try right. 03-2282xxxx (tit tit tit, bunyi punat telefon aku tekan)

(trutttt trutttt, truttt truttt)

“Hello, afternoon. How may I help you?” (suara permpuan)

“Er, hello, I would like to know about the vacancy that you post in The Star today”.

“Boleh saya tahu, nama siapa yang tertulis dekat iklan tu?” (ceh, tau bahasa Melayu rupa2nya minah ni).

“Puan Aishah”. Jawabku ringkas.

“Sebentar ya”. Kedengaran muzik mengiringi penantian aku di gagang telefon.

“Hello, boleh saya bantu? Nama encik?” (opocot, terkejut aku dengan tetiba jer).

“Saya Asyfar Rizal (bukan nama sebenar). Saya nak tahu maklumat lanjut tentang jawatan kosong di syarikat ni, company ni kat mana ek? Dan deal with what kind of business?” seraya itu juga aku bertanya.

“Company ni beroperasi di Midvalley. Deal with financing services. Encik nak apply untuk jawatan yang mana satu?”.

“Admin Executive”.

“Ok, boleh saya dapatkan no encik untuk memudahkan kami menghubungi encik?”

“Sure why not. 012-8499xxx”.(tuttt……………………………………….. talian putus pulak, duit syiling aku dah habis, aduyai)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trutttttt truttttttttttt (menjerit meminta untuk di angkat)

“Hello”

“Boleh saya bercakap dengan encik Rizal?”

“Macam mana kalau saya cakap tak boleh (hanya di mindaku). Ye saya bercakap”.

“Saya dari Convenient Fake Sdn Bhd (bukan nama sebenar juga). Tadi encik ada menghubungi syarikat kami kan?”

“Oh ya, ada2. Maaflah, tadi line tak berapa elok”. (ceh, lagi nak berselindung)

“Hm ok, encik boleh datang temuduga esok?”

“Esok? Pukul berapa tu, pagi saya ada hal”. (aduh, nak mintak kerja pun aku ngada2, sah2 tak dapat)

“Pukul 2 petang, encik Rizal terus berurusan dengan Miss Ain nanti”.

“Ok, boleh saya dapatkan alamat lengkap company ni?”

“unit 2, tingkat 21, tower B, northpoint midvalley city”.

“Ok, terima kasih”. (err ada temuduga esok petang, pagi tu pulak aku ada final examination, memang hebatlah)

---------------------------------------------------------------------------

p/s: bersambung....

Tuesday, December 8, 2009

Aku dan Dia Saja



Lately, my life was so challenging. Sometimes I almost give up. Berat sangat2 yang aku rasakan. Bukan aku tak mampu, Cuma aku tak jangkakan ia akan menimpaku. Namun aku pasti mencari jalan yang terbaik untuk ‘meneutralkan’ kembali keadaan aku.

Salah satunya mencari seseorang untuk aku luahkan rasa yang terbuku di dalam hati. Sekiranya tiada siapa yang sudi mendengarnya, pasti aku bermonolog sendirian dalam duniaku yang sepi. Adakalanya aku menangis sendiri kerna berat beban yang aku pikul sendiri. Kesudahannya aku tetap redha, kerna aku sentiasa yakin akan ujian Allah ke atas diri aku. Pasti ada hikmah, ya ada hikmah.

Raya Qurban yang lepas aku tidak pulang ke kampung kerana cuti yang terlalu pendek, dan juga masalah kewangan yang paling selalu menyempitkan aku. Thanks kepada Manz kerana sudi menemani aku sepanjang ‘percutian’ itu. I really push myself to release my tense to the max. lepas solat Jumaat hari tersebut. Kami bercadang jalan2 ke Carrefour. Dah puas ‘window shopping’ kami menuju ke Wangsa Walk, sebab aku tak pernah sampai lagi ke sana. Tertiba aku terlihat ‘Superstar’, terdetik aku untuk masuk ke sana, dan Manz juga bersetuju.

Oh ya, terlupa pulak ‘Superstar’ tu merupakan tempat karaoke dekat Wangsa Walk. Terasa lama dah aku tak melalak. Teringin nak menjerit semahunya. Yang pasti kami memang berpuas hati dengan semua lagu yang kami nyanyikan, seperti nak menambah jam untuk karaoke lagi. Tapi cukuplah satu jam sahaja kerana risau suara akan lari meninggalkan kami pulak nanti huhu

Selepas ‘menyumbangkan’ suara. Kami bergerak ke V2. Cyber cafĂ© di kawasan tempat tinggal aku. Aku ajak Manz untuk bermain game Left 4 Dead (lebih kurang seperti Counter Strike, tapi lebih kepada Zombie characters). Manz kali pertama bermain games ini agak kekok tetapi dia suka. Haha memang puas aku melepaskan tension aku dengan berlaku ‘kejam’ ke atas zombie2 tersebut. Sekali lagi aku berterima kasih kepada Manz kerana ada bersama aku. Yeay! We rock our world!!

Saturday, November 28, 2009

Salam Aidiladha


Tahun ni merupakan tahun kedua aku menyambut Raya Qurban di perantauan. dan sudah semestinya aku tidak suka. Tak suka bukan bermaksud aku tak redha. Tapi aku lebih gemar bersama keluarga. Gotong- royong di malam raya, itulah sebenar raya bagi aku. :(

Apa2 pun takbir masih bergema, dan raya ini mesti diteruskan jua. ngee...

Kepada yang balik beraya; berhati2 di jalan raya. semoga gembira bersama yang tersayang.

Yang tak balik pulak (tak kisah atas sebab apa sekalipun); aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha!!!

Friday, November 20, 2009

Gambar2 Lagi Berceloteh

Lokasi: Sunway
Tarikh: 7 November 2009
Segala cerita disebalik gambar sila klik di Limbat16










P/s: taknak post banyak gambar sangat hehe

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe