Aku rasa amat kaget apabila aku pulang dari kerja dan terus membuka laman Facebook ku. Seorang kenalan ku telah pergi menghadap Ilahi. Aku ternyata merasa sedih yang teramat, ibarat sebelah jiwaku dibawa pergi bersamanya. Arwah tidaklah ku kenali dengan begitu rapat namun jauh dilubuk hatiku, aku tahu arwah seorang yang sangat baik orangnya semasa hayat di muka bumi. Tiada secebis kenangan pahit yang mampu aku ingat mengenai arwah. Semua tentang arwah adalah kebaikan. (Ku harap jika aku pergi nanti biarlah kebaikan yang dikenang).
Sesungguhnya aku hanya kenali arwah melalui laman maya ini, tak penah bersua muka. Tidak punya rezeki untuk kami dipertemukan untuk berkongsi kenangan. Jika begini pilunya apa yang aku rasa, apatah lagi perasaan insan yang mengenali arwah dengan lebih rapat. Pasti satu kehilangan yang amat besar untuk mereka. Entah kenapa aku merasa begitu dekat dengan perasaan itu.
Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada insan2 yang menyayangi arwah sebagaimana kasih sayang yang pernah arwah curahkan kepada mereka. Aku yakin arwah seorang yang amat disenangi kerana acapkali ku lihat wajah arwah, pasti terdetik rasa yang baik2 di hatiku. Ya Allah, Kau tempatkanlah arwah dikalangan orang yang beriman.
Titis demi titis airmata aku mengalir tatkala mencoret warkah ini. Ku baca setiap doa yang dititipkan sahabat handai, saudara mara untuk arwah; pilu hatiku mengenangkan betapa kesayangan mereka dipanggil pulang mengadap yang Esa. Pasti menjadi rindu yang panjang buat mereka atas pemergiannya. (Adakah aku juga akan dirindui seperti itu satu hari nanti).
Sangat terpana aku dengan khabar ini, hingga tidak lena lelapku. Acapkali jua mendoakan arwah di kejauhan ini. Jiwaku begitu mudah terusik dewasa ini bila ada teman2 yang mendahului aku. 2014 ini begitu ramai yang aku kenali telah pergi bertemu Pencipta. Sayu, hiba semua rasa yang saling silih berganti. Saatku pula tidak tahu bagaimana kesudahannya. (ku harap segala kekhilafanku sesama manusia dimaafkan kalian).
………………………… tidak mampu ku teruskan. Al Fatihah…..
No comments:
Post a Comment