Thursday, March 25, 2010

Kejohanan Bola Tampar

Baru berkesempatan menaip cerita ni…(komen2 dari yang turut memeriahkan kejohanan berwarna kelabu)

Aku tahu pasal pertandingan ni awal bulan satu. Actually perancangan untuk pertandingan memang dah di announce awal, cuma aku jer baru tahu. Aku seperti kebiasaannya turun ke gelanggang bola tampar setiap Ahad (so far tak pernah skip lagi, kecuali hari tu memang tak ada bola tampar).

Awal Mac, aku dah mula turun sesi pada hari Rabu. Ye la, nak melengkapkan diri untuk pertandingan tu nanti. Dalam tempoh 2 minggu sebelum pertandingan, gelanggang bola tampar memang ‘meriah’. Kehadiran pemain begitu menggalakkan, sekurang2nya kehadiran yang melengkapkan 4 pasukan bola tampar.

Undian bagi pengagihan kumpulan ditetapkan 4 hari sebelum kejohanan. Setter sudah semestinya ada dalam setiap pasukan. Ahli kumpulan yang lain akan mencabut undi untuk mengetahui pasukan masing2. Dan aku diundi dalam divisyen A bersama 6 ahli yang lain (Zain, Izat, Nazim, Izree, Fathi & Hafiz).

Rabu terakhir sebelum kejohanan, kami diberikan kesempatan untuk beraksi bersama2 ahli kumpulan (walaupun ada yang tak cukup ahli). Ini memudahkan kami untuk berkomunikasi, mengatur strategi, dan mendapat keserasian dalam kumpulan. Team aku yang hadir hanya aku, Zain, Nazim dan Izree.

Hari pertandingan, aku tiba awal ke Dewan MBSA Seksyen 19 bersama Fazirul dan Syiman. Sedikit warming up session dari kami bertiga (Syiman bukan peserta sebenarnya, tapi saja nak main). Jam 12.30 menyaksikan kehadiran peserta2 lain dan mula mengagihkan jersi pasukan masing2.

Serba sedikit pasal pasukan bola tampar Planet YM & Urban Spikerz:

Team Luis Vutton (Hijau)

Agak kagum dengan persembahan pasukan ni kerana memulakan perlawanan pertama mereka hanya dengan 5 pemain (ahli yang lain belum sampai). 2 orang ahli pasukan cedera (insyaAllah tak parah kot). Mempunyai seorang ahli yang agak digeruni kerana ketajaman spike yang diberikan.

"even kita kalah but we r stil gd team.." - Eddy Hazel

"walau pun cacat tetap bersemangat memberi tentangan pehak lawan......
terima kasih kepada semua kawan2...... kita sudah buat yang terbaik... nasib tak memihak kepada kita....." - Naim

Team Prada (Hitam)

Kalau diikutkan kumpulan ni tiada spiker yang kuat dan perlu digeruni, tetapi ahlinya terdiri daripada yang berpengalaman. Cara permainan mereka perlu dikawal kerana mereka gemar menggunakan helah untuk mengelirukan pihak lawan.

"Team paling happening dan harmoni..." - Tommy

"suke suker sukerrr...totally one of the best teammates ive played with..thanks guys..i had a blast. Congrats." - Yus

Team Calvin Klein (Merah)

Kumpulan ni pulak terdiri dari bukan calang2 bakat. Dengan kehadiran seorang ahli yang berbakat besar, boleh memberikan spike yang tajam, bola covering yang begitu baik serta pemberi bola set yang cantik. Dan aku sememangnya gemar melihat setter kumpulan ni yang agak gigih mengejar bola.

"segala titik peluh yg mengalir mcm nak banjir, penat lelah mengerah tenaga berbaloi akhirnya... well done, guys..." - Fauzi

Team Gucci (Biru)

Inilah team aku. Kelebihan kami ada pada 2 spikers yang hebat ditambah pulak dengan setter yang berpengalaman. Kira aku beruntung disatukan dengan bakat yang superb ini.

"jasa korang tetap dalam ingatan ku...team paling besttttt...." - Hafiz

Team Armani (Orange)

Kumpulan ini sebenarnya agak kuat di atas kertas, tapi mungkin tiada keserasian dalam kumpulan membuatkan pasukan ni agak goyah sedikit. Tapi spiker mereka tetap mengancam, melopat ibarat floating in the air dengan kederasan bola menjunam ke lantai. Tabik!!

Team Dior (Turquoise)

Juga terdiri dari ahli yang hebat2. Seorang spiker muda yang mampu melakukan spike tanpa menampakkan kepenatan. Juga mempunyai setter yang terbaik dan penyambut bola ‘cover’ yang sentiasa alert.

"aku rse team kite kuat sgt.." - Erman

Team Chanel (Kuning)

Kumpulan yang nampak biasa dan bersahaja, tapi bila sudah mula perform, satu kumpulan akan menunjukkan persembahan yang gila bagus. Terdiri dar barisan ahli yang hebat terutama bila spike.

Team Versace (Putih)

Sesungguhnya kumpulan ini terdiri dari semua yang berbakat besar. Semua mampu set dan spike bola. Macam tak percaya pulak macam mana mereka boleh diundi dalam satu pasukan.

"suka team ni...hehehe" - Amir

Yang pasti memang kejohan yang terbaik pernah aku sertai. Thanks kerana diberi peluang beraksi bersama bakat2 hebat. Ya, aku teruja. Jumpa lagi tahun depan (insyaAllah)

No comments:

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe