Thursday, March 31, 2011

Penang Sebentar

Just nak share pengalaman time aku gi Penang...

1st time aku jejak kaki aku kat Pulau Mutiara ni. Bersungguh jer member aku ajak datang, tapi tiap kali dia ajak, mesti clash dengan event aku. Tapi kali ini
aku berpeluang singgah ke Penang.

Ejal nak hantar kereta ayahnya balik Penang, so balik nanti xde org teman dia naik bas katanya. so aku xkisah lah sebab aku ada event ari ahad jer. Since pergi jumaat balik sabtu, I guess no hal la kan.

Kami berangkat dari KL lewat sebab jalan jammed, ujan lebat kat area Sunway. Kul 5 baru berangkat dari umah aku. Sepanjang jalan tu aku seronok jugak tengok view, ye la, lama sangat dah xkuar dari kepompong KL- Selangor. Tengok keliling, lebih2 lagi tengok, gunung ganang, gua, hutan even air terjun (Lata Kijang kot) sang
at menenangkan.

Sampai Penang sekitar jam 8.30pm, susah payah jer ayah Ejal beli lauk untuk kitaorg makan malam. Memang penat jugaklah, so tdo awal ckit malam tuh, lagipun Ejal plan nk ajak ronda2 sekitar Pulau Pinang.

Bgn pagi, aku dijamu dengan breakfast Nasi lemak sotong & telor burung puyuh + karipap kentang, ngeeeee sangat sedap!!! Jam 9 kami berangkat menuju Pulau Pinang. Ibarat xpenah tengok jambatan pulak aku. Excited tapi diam2 sudah hehe Sepanjang keliling Pulau tu, Ejal memang betol2 jadi tourist guide keyh... ditunjuknya Pulau Jerejak, dan beberapa tempat tumpuan, juga dekat Balik Pulau, ditunjuknya tempat yg pernah dilanda tsunami 2004.

Ejal ajak berehat jap tepi pantai kat Teluk Bahang, hajat ati nak amik gambar lah katanya tapi last2 ujan plak. Cadang nak benti amik gmbr kat Batu Feringgi tapi masih ujan lebat. Teruskan je lah perjalanan sampai cerah balik kat langit tuh, kita orang singgah kat Pantai Miami (xyah gi USA yer) hehehehe minum2 jap

After that kita org singgah kat pekan Pulau Pinang, beli jeruk untuk bawa balik KL & buah Berangan untuk kunyah2 lam kereta huhuhu

sampai kat umah, ibu Ejal dah siapkan bubur lambok. perghhh memang sedap woaaaa aku makan sampai 4 kali tambah. Pastuh makan tengahari lagi, (kalau lama lagi duk cney, leh gemork aku ni hahahaha

kami berangkat pulang sekitar Jam 6 dari Butterworth. Well done Ejal, short, simple but yet the best memory in Penang. Keliling Penang within half day eh :)

Wednesday, March 30, 2011

Cemburu


Bila aku fikirkan; "saya bahagia bila lihat awak bahagia, xkisah la dengan siapa pun"... Most of us would say it... But for me, sometimes I lied (betol aku tipu)

Xtau knapa perlu tipu (especially tipu diri sendiri), tapi itula hakikatnya aku... terlalu hipokrit di hadapan org lain, aku mudah cemburu bila aku lihat pasangan yg bahagia dengan pasangan masing2, namun aku xpnah ada niat untuk hancurkan kebahagiaan itu, sebab itu bukan hak aku atau hak sesiapa... aku biarkan mata ini menjamu sgalanya, walau hati xmampu menghadamkannya...

Maaflah kalau aku cemburu, dan maafkan aku sebab tipu tentang perasaan ini.

Tuesday, March 29, 2011

Kurang


Since aku dah malas & xde idea nk isi kandungan blog ni, ada baiknya aku kurangkan ayat... mulai hari ni, aku akan buat short entry jer la... lgaipun aku memang xde bakat.. sebab aku kurang

Yup, aku akui aku memang kurang dari semua aspek. Study, kerja, sukan, sosial, cinta, dan segalanya. If I have to compete, Top 3 sudah pasti bukan aku, ini kan pula nak jadi champion. Bukan aku berputus asa, tapi aku tahu, itu level aku. sekalipun aku rasa aku dh buat yg terbaik, tetap orang akan pandang biasa saja. Nothing passionate about me. Yup, Pasrah.

P/s: mood xde mood

Sunday, March 20, 2011

Rumah dan Kerjaya



2 benda yang serupa bagi aku... dan juga tidak sama bagi aku

Rumah...
Entah berapa kali dah aku berpindah, harap ini yang terakhir kali...

Kerjaya...
Asyik bertukar kerjaya... bila lah aku mampu bertahan pada satu kerja...

Wednesday, March 16, 2011

Tolonglah


Dah lama tak menggarap... xde idea ataupun malas...
MALAS!!!

Xde benda yang best nak aku update, hanya benda2 yang merunsingkan fikiran jer melambak.
Sangat BANYAK!

Bila buka blog, aku tak fikir nak menaip kisah aku. AKu lebih gemar membuka 2 blog ini:
1. Blog sahabat aku, sebab aku mahu tahu update kisah hidupnya
2. Blog jenaka dia, sebab mampu beri aku ketenangan dengan simpul dan lenggok bahasanya yang sangat simple tapi cukup untuk aku menekup mulut supaya tidak tergelak kuat
Tolong JANGAN berhenti berblogging ye.

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe