Bagi aku pulak, norma untuk aku berjaga sehingga pagi raya, kerana sudah pasti ada saja kerja yang harus dibuat... Tahun ini memang seronok untuk balik beraya di kampung... Kenapa?? sebab semua ahli keluarga berkumpul di kampung halaman... Pagi ni aku nak story sikit pasal persiapan aku (sebetulnya kami) untuk raya tahun ini...

1. Zakat fitrah - dah settle plus aku tolong bayarkan untuk adik aku sekali...
2. Baju Raya - tak ada... (tak siap) hehe no hal, sebab baju tahun2 sebelum ni masih elok & baju abang2 aku pun ada jer...
3. Kueh Raya - aku buat sebiji jer, tu pun kakak aku yang keluarkan belanja :)
4. Duit Raya - selalu aku harap2 sedara aku yang bagi kat aku, tapi tahun ni aku bagi kat anak2 buah aku...

1. Halaman Rumah - Dah cat & dah kemas... siap ada stage untuk catwalk lagi... (nanti aku upload kan gambar)... adik beradik aku sangat2 gigih decorate tahun ni...
2. Ruang Tamu - Ada langsir baru & sarung kusyen baru :) tema masih sama seperti tahun lepas; kuning, Hijau & Coklat...
3. Pelita Raya - Adik aku dah buat guna tin aluminium... untuk anak2 buah main bunga api...
4. Kueh & Biskut Raya - Tahun ni meriah dengan dengan kek jer (kakak aku buat 2 jenis, kakak ipar ku 5 jenis, aku sebiji & abang aku 3 jenis... )
5. Projek Kelupis - Alhamdulillah, tahun ni rezeki masuk lagi... semua bertungkus lumus menyiapkan tempahan orang... tahun kedua kami berniaga kelupis untuk Hari Raya (click sini untuk kelupis raya)
Itu jer mampu aku coretkan kali ini... apa yang penting Ahli keluarga bersama berhari raya & aku diizinkan Allah untuk meraikan bersama mereka semua...
Got to go guys... ada biskut harus aku buat pas ni...
No comments:
Post a Comment