TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Thursday, February 18, 2010

Bertandang Ke Rumah Ayour


Sehari selepas pergi picnic, aku pergi ke rumah Ayour pulak. Korang kenal tak sapa Ayour ni? Tak kenal cari sendiri ok. Sorrylah, kali ni aku takde rakam gambar untuk tatapan korang.

Mula2 aku bercadang pergi seorang, tapi kemudian Ina dan Manz join sekali. So kami bertiga mula melangkah masuk ke Stesen LRT Wangsa Maju menuju ke Masjid Jamek. Dari situ kami naik Star LRT menuju Bandar Tasik Selatan. Kami kemudian naik teksi pergi ke rumah Ayour. Kalau ikutkan pukul 2 petang aku dah bergerak, tapi memandangkan petang tu tak ada volleyball, aku decide pergi lewat sikit.

Oh ya, forgot plak, Ayour actually jemput kita orang sempena dia baru berpindah ke rumah baru. Almost nak sebulan dah. Kami disambut Ayour (tapi takde karpet merah hahaha) sekitar jam 4.30 petang. Ada juga kawan2 yang lain dah sampai (ada yang dah balik pun). Kami dijamu dengan pelbagai hidangan. Aku menyantap laksa penang jer (sedap! 2 mangkuk aku makan). Cadang nak stay lama sikit, tapi Ina takut terlepas Asar, jadi kami bergerak pulang awal (Aku dengan Manz boleh jer solat kat rumah Ayour, tapi Ina tak bawa telekung).

Sebelum bergerak ke stesen LRT, kami menuju Masjid terdekat. Balik dari Masjid terserempak dengan Man (tetamu yang turut hadir). Dia menawarkan untuk menghantar kami ke stesen LRT. Thanks Man.

Malam tu ada geng yang ajak main bowling. Tapi aku tak dapat join sebab confirm tak sempat sampai kat Ampang Point. Last2 kami bertiga decide pergi karaoke kat Wangsa Walk hehe. Tak lama sejam jer, sebab ramai sangat orang.

Memang seronoklah (^_^)v

p/s: tak tahu sapa Ayour? Carilah kat google nun.

0 KriTik:

ViSiT ViA Da LiNe