berangkat kami sekitar jam 10 pagi dari Raja Laut. Sampai jer bas Metro 43, kami trus naik. mengharap sampai segera ke destinasi. Kami duduk agak berjauhan lah jugak di dalam bas. tapi masih tahu akan kedudukan masing2. Sepanjang perjalanan, aku memerhati sekeliling kerana bimbang akan terlepas dari destinasi kami. Ini kali pertama kami ke sini. Hanya mengharapkan panduan dari Ira. Ira pun tahu tempat ni sebab terbaca di dalam naskhah Remaja.
Agak lama perjalanan ini, aku sudah terhangguk2 di dalam bas (mengantuk lah tu). Kemudian aku terpandang 'signboard' bertulis Taman Rimba Komanwel dan Hutan Lipur Sungai Kanching. which one agaknya, Ira tak pula memberitahu aku yang mana satu arah tuju. Aku tunggu je lah. Walau kami berhati2 melihat keliling, kami terlepas jua perhentian yang sepatutnya. Berjalan kaki menuju ke destinasi. Agak penat, tapi deru air yang mengalir menguatkan azam kami untuk ke sana.
Sesampai kami ke sana, mata meliar mencari di mana agaknya pejabat tempat bayaran masuk. setelah 10 minit berlalu, kami bercadang masuk saja ke tempat itu. Sememangnya dingin, tapi menyegarkan. Pada mulanya kami berhenti di tapak perkhemahan di situ. aku dan adik ki tak puas hati, kerana matlamat asal Air Terjun! akhirnya Ira dan Ina akur. Kami melangkah lagi.
Beberapa minit kami jelajahi hutan ini, makin menarik pemandangannya. Hijau di sekeliling. Kami berhenti seketika untuk menjamah makan tengahari (disediakan oleh Ira dan Ina). Bercadang untuk berteduh di situ saja, dan terusan bermandian di sana. Kedegilan aku dan adikku terserlah, kami mencari lagi 'waterfall'. Mulanya hanya adikku yang mencari. Aku mengambil alih setelah ku rasakan amat penting untukku menemukan air terjun itu.
Hampir saja aku mengalah, aku terdengar deras deru air yang jatuh. terpang ke arah kiri ku, Putih jernih yang mengalir, putih susu yang deras jatuh memukul batuan. Ha!! air terjun!!!! hahahaha aku temui, sebagai bukti, aku menambil gambar tapi hp ini agal merakam walau satu shot pun. lantas aku merakam video je lah. balik ke tempat kami menyantap juadah, girang sekali aku menunjuk video pada mereka. Dengan semangat berkobar2 kami serentak setuju untuk mandi manda di sana.... Yahooooooo!!!!!!!
Memang segar dan nyaman. Apa lagi, berbekalkan hp Ira, kami begitu gelojoh mengambil gambar masing2 sebagai kenangan. Seterusnya, apa lagi kalau bukan mandi!!!!!!! fuhhhh memang sejuk.... tapi seronok sangat.... Aku sesungguhnya benar2 menghargai kecantikkan alam semulajadi ini... Subhanallah..... tak perlu aku cerita semua pasal seronoknya kami mandi...
nak tau macam mana, kena lah rasai sendiri....
tepat 4.30 kami berangkat pulang. Sesampai kami di pintu masuk, terdengar 'makcik' memanggil. Rupanya officer kat taman ni. hehehehe kami bayar masuk setelah puas kami masuk hahahaha memang lucu. terusan kami menunggu bas untuk pulang ke rumah. Apa lagi yang difikirkan kalau bukan katil tempat peraduan..... hehehehe
Memory best!!!!!
Ira dengan post maut before bermandian... padahal kesejukan sudah.....hehehehe
Man nak jugak posing kat waterfall... this my brother.... hehehe tetiba je join kita orang....
Ina mesti nak jugak.... pas ni terus lebur kena air terjun.... hahahahhadan Aku mesti ada satu gambar gak.... hehehe walaupun xberapa nampak.... janji ada.....
di sebalik air terjun.... just nice n refreshing..............
8 comments:
Uish ada ayaq terjun ker kat situ??? tak tau plak... thanks for the info.
Yup... but must cari lah... hehhehe perhentian 14 if u follow the trail....
Brp lama perjalanan dr pintu msk ke waterfall point. .....?
Seronoknye, nak tanya dekat sini banyak tak monyet? pernah pergi tempat mandi yg ade monyet sampai nak makan pun susah sebab monyet2 standby nak makan.
Boleh tahu tak berapa harga masuk?
Boleh tahu tak berapa harga masuk?
nak tanya ade park untuk motor ke ??..yg ade org jagaa
Masih blh mndi mnda lgi dkt situ sblm nii lalu je Tk pernh pulk try msuk situu
Post a Comment