TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Friday, November 22, 2013

Kedai Mannequin Murah

Assalamualaikum.......

Nak bagitau satu cerita, jeng3 Pada suatu hari yang cerah aku telah mengembara ke Kotaraya Kuala Lumpur. Tujuannya simple nak cari mannequin murah. Ni semua kakak aku punya pasal, kenalah aku gigih mencarik sekitar KL.

Namun sebelum pergi KL, aku buat research sikit kat Internet, tanya ngan encek Google, kot2 dia tau kat mana tempat yang jual mannequin murah ni. Sebelum tu, nak tanya tahu tak mannequin tu jadah apa?? weeee ada yang tak tahu, mannequin tu patung la senang cerita hahhaha. Kakak aku suh cari patung simple jer, konsep hanger yang ada shape badan manusia. Dia bukan nak bukak butik pun nak beli patung yang full body tu.

Encek Google membawa aku kepada 2 website ni, serba sedikit membantu aku mencarik kedai mannequin tu. Website pertama: Alangkah Indahnya Hidup Ini dan Website kedua: Floral Veils Boutique Penting ya untuk tau nama kedai, sebab dekat area situ, terlalu banyak kedai mannequin dan rata2 semua harga yang sama, kecuali kedai yang aku bakal pergi ni. Lagipun sekitar kawasan ni memang banyak jual barang secara wholesale atau pukal.

Aku ada gak tanya member aku yang duk KL kat mana nak cari mannequin murah, dengan keyakinan yang amat dia terus kunci jawapan: Jalan Kenanga! So jangan buang masa carik kawasan lain, carik area tu je cik Jah. Aku tanya gak, Jalan Kenanga yang dimaksudkan tu Kenanga Wholesale tu ker, bangunan yang besar gedabak tu? dia kata bukan. Carik kat kedai2 tepi jalan jer, kedai tepi jalan bukan gerai yer.....

Since aku ni bukan penduduk tetap KL, sudah semestinya aku naik public transport, Which is mudah untuk aku sampai ke tempat tu. Aku naik Star LRT jer berhenti kat stesen Hang Tuah. Keluar je dari stesen LRT tu pergi sebelah kiri, then kena turun tangga (sebelah kiri jugak) menuju ke lorong2 yang tak pasti. Memula2 kawasan flat kalo tak silap aku then baru deretan kedai. Terus jer ke depan, tak perlu ada keraguan. Jangan terpedaya dengan kedai2 lain yang jual mannequin, mahal yerrrrr hahahhaa terus berjalan kaki dalam 10-15minit dah sampai kedai tuh, Terminal Six Enterprise namanya, kedainya kecik, tapi berbaloi2 barangan yang dijualnya.

Map nak pergi situ kalau jalan kaki dari stesen LRT Hang Tuah

Yang ni RM10 (Man Hanger)

Ni pulak RM5 (Kid Hanger)

Ni sexy sikit RM5 jugak (Ladies hanger)

Ni dia signboard dia, humble jer kan tapi kandungannya sangat2 meriah!

Aku siap mintak business card lagi, just in case nak main tempah jer dari Sarawak. Dia pun kata memang depa ada post ke luar kawasan KL/ Selangor.
Nampak tak?? dia tulis

(Head Office)
No. 7, Jalan Merlimau, Off Jalan Kenanga,
55200 Kuala Lumpur.
Tel/ Fax: 03-92213662
H/P: 012-6913662
Fax: 03-56316815
terminal6ent@hotmail.com

So, apa tunggu lagi, dapatkan mannequin anda dengan kadar segera!

**By the way gigih aku membawa beg nak simpan 3 bijik mannequin yang aku beli, dia tak provide kotak. Kalau beli 50pcs baru dia bagi. dah nama pun deretan kedai borong kena lah memborong :)

34 KriTik:

mea mozarella said...

boleh beli 1 je ke kat sini beb?

mea mozarella said...

boleh beli 1 je ke kat sini beb?

Lasykar Langit dan Bumi said...

mea mozarella....

boleh beli banyak, borong jer... aku jer yang beli sebijik since kakak aku tak bukak butik. lagi banyak hang beli lagi depa suka... ka-ching!!!

Aisyah Yahaya said...

Great info! :-)

Aisyah Yahaya said...

Great info! :-)

Lasykar Langit dan Bumi said...

Aisyah

Thank you... Sharing is caring... tak gituuuu :)

Hally said...

Berapa ringgit?

Lasykar Langit dan Bumi said...

hally,

harga mannequin yang saya beli ada saya letak kat dalam post tersebut. yang lain tu saya tak pasti pulak harga.

hafeeza said...

beli satu satu pon harge murah mcm tu ke?

mawar yus said...

Murah bangat. Tq for d sharing

Anonymous said...

thanks sharing this info..! sgt berguna.. sy mmg sedang mencari mannequin yg murah.. nasib x terbeli harga rm25 tadi.. tq so much bro..!

Rubaizah Rashid said...

Tq so much for d info dear....appreciate that....mmg sedang mencari ni...

Lasykar Langit dan Bumi said...

Maaf lambat reply.. busy T_T

Hafeeza:

a'a saya beli satu memang dapat harga macam tu.

Mawar, Anon, Rubaizah:

sama2.. selagi ada info yang berguna, saya akan share. InsyaAllah :)

mysoulmate by Aweenaween said...

thanks for the good info

Lasykar Langit dan Bumi said...

Aween....

Sama2 :)

yaana said...

makseh for your info!

Emmylezana Abdul Latib said...

Bro, ada tak manequin utk letak topi je. Ala2 nak buat model utk topi la. Agak2 bro ada nampak x kat dlm kedai tu & perasan x berapa rm hargenya? TIA...

Lasykar Langit dan Bumi said...

yaana.... sama2 :)

Emmylezana.... rasa2nya ada kot, tapi tak tak plak harganya berapa. maybe awak boleh call atau email je dengan owner kedai tu. ada saya attach nombor & email dia kat atas tu.

Anonymous said...

Wahhh tq sgt2 info yg berguna^^..tp syg x hntr by pos,, sy kat sbh..huhuhuhuhuhu

Lasykar Langit dan Bumi said...

Anon...

dah cuba call ker sebab setahu saya dia pernah bagitau dia boleh pos kan kalau luar kl selangor, cuma kena tambah postage charge la... cer awal call mereka lagi, kot2 dapat...

Emmylezana Abdul Latib said...

Dah call. Dorang ada jual kepala tu. Rm14 yg biase. Yg fancy rm60. 😃

Jamaliah Arsad said...

Tq for the info.. memang sangat memcari ni..aritu servy ful body rm400++ kot..

Eyfa Suleiman said...

sis?nak tanya, kat c2 ada jual wire mannequin jugak x?

Shinako Quinn said...

alamatnya sudah tukar, ini yang alamat baharu:
No.1 Jalan Merlimau, Off Jalan Kenanga 55200 Kuala Lumpur

jsg bgr said...

Info...bgus.sy br dpt...hr ni nak merayau cuba survey...tq brother

Nur Sadaqat Enterprise said...

ada siapa2 yg nk pergi kedai ni lagi tak?? ingat nk kirim tolong belikan hehehe. sy duk di kuala trg. ntah bila lg nk naik kl. so kalau ada siapa2 yg ready nk jadi personal shopper sy, boleh whatsapp sy di 0123508277 ok. sy nk kirim yg female fullbody 2 unit je :D

asnasz enterprise said...

Saya cadang nak gi beli satu jer dulu sbb bisnes online jer kat facebook pages : Nadzirah Hijab collection huhuhu klu Nur Sadaqat enterprise nak kirim huhuhu benda tu leh tahan besar gak tu klu nak pos huhuhu

Noor Hayati Termizi said...

Saya dah pergi kedai ni pg td. Dah pindah ke no.1 kedainye.. Terima kasih atas info ye... Mmg berbaloi. Byk brg yg murah...

wati said...

Nak tya..Ada cawangan tempat lain x...area batu pahat?

wati said...

Nak tya..Ada cawangan tempat lain x...area batu pahat?

Unknown said...

minggu lepas baru je beli. harga da naik rm18 hihi tapi still murah masuk je kedai jd gila kejup 😅,tq admin bg tips yg berguna!

Josephine ohyeexuan said...

Good info. btw dia ada jual gantungan baju-baju ke macam besi panjang bar tu ??? tq

Fazzlym Lym said...

Kedai ni berhampiran mana ye.. belah mana...

Syakira said said...

nak tanya ada dummy untu draping tak yang boleh cucuk jarum tu

ViSiT ViA Da LiNe