Semalam pergi tengok wayang (lama gila tak masuk panggung). Pilih movie The Conjuring sebab tengok review bagus. Director dia James Wan, kelahiran Sarawak yer. Semestinya proud hahaha. Sapa James Wan ni? aku pun tak kenal, tapi kalau korang pernah tengok movie Saw dengan Insidious, mesti korang tau betapa awesome nya movie dia.
Nak dijadikan story, aku ni tak minat sangat tengok cerita hantu kat panggung sebab tension dengan audience lain. Ada satu group pompuan ni, masuk lambat. Dah masuk bising plak chit chat, main phone. Duduk sebelah aku plak tu, punya lah banyak seat kosong yang lain. Sekali hantu Rory muncul, menjerit kaw! Padan muka. Terus seriau depa. Part baling best bila Bathsheba terjun dari wardrobe, menangis terus ketakutan. Cam bengong jer, dah tau penakut sebok nak layan citer antu. Hampeh!!! Sudahnya tak sampai separuh citer ko dah kuar panggung hahahaa
Jalan cerita dia best, dan based on true story. Aku suka. saspen banyak dan elemen horror dia sedang2 elok, tak over pun. Dari 5 bintang aku bagi 4 bintang! well done James
Kuar jer dari panggung, hujan lebat. takleh nak balik dulu, terpaksa lepak kat KFC. agak2 dah lewat, redah je hujan hahaha (padahal aku nak melahap cheesy wedges)
**oh ya, review dari aku jangan percaya sangat, sila tengok sendiri