Assalamualaikum
Story ni sepatutnya aku submit kat blogger bulan lepas.
Ok kali ni pasal pengalaman aku bersama-sama kayap. 6 Mac 2013, aku rasa sakit dada sebelah kiri. Bahu dan lengan kiri terasa penat yang teramat. Aku mula rasa pelik, sakit apa kah ini?? Takkan sakit jantung kot. Lepas mandi, ada kesan merah timbul kat badan aku. Dah kenapa pulak, panjang pulak tuh. Setel mandi aku terus online, tanya dengan incek google sakit apakah aku ini. pergi klinik kang, depa plak yang tanya aku balik "sakit apa?", makan hati dengan soalan doktor.
Maka setelah berhempas pulas membaca, maka aku telah berjaya menyimpulkan bahawa kesan merah itu adalah 'Shingles' atau dalam bahasa kita KAYAP. Berdasarkan pattern merah di badan aku ini, kayap ini adalah dari spesis kayap ular *ssssssss (bunyi ular sikit)
Kayap ni ada banyak jenis tau, ada kayap bunga, kayap api, kayap setompok dan banyak lagi lah. Kayap ular merupakan jenis yang bahaya. Orang kata kalau lingkaran bintik merah ini bertemu maka ajal lah penghidapnya. Seriau woi!!! Ada yang kena dekat leher, kat pinggang pun ada, tapi aku kena dekat dada.
Nak story panjang pasal proses kayap ni merebak macam malas plak, tapi untuk korang aku gigihkan jugaklah.
Mula-mula rasa sakit macam kulit kena tarik, tapi takde pape pun kat kulit tuh. Tapi bila dah timbul ruam, try tekan, amboi sakitnya tak ingat! pas tu pelan2 ruam tu merebak kat badan. (certain kayap, dia merebak tak ikut pattern, tapi kayap ular, pattern dia melingkar). Bila ruam tu membesar, makin sakit plak rasa nya.
Sebenarnya ubat kat klinik jarang berkesan untuk sakit kayap ni. Lotion tu sekadar menyejukkan kayap, sebab bahagian ruam tu sangat panas yer. Tak pernah aku demam sebelah badan jer. Ajaib tak? memang ajaib, Giler tak ajaib?? minggu pertama dan kedua kena kayap ini amat memeritkan ye, terlentang terbaring je aku demam. Tapi sempat online oyeahhh. aku tanya encek google lagi petua kampung, sekali suggestion dia amat payah ye aku nak carik bahan2 nyer, ada yang mudah, tapi aku malas nak carik, boleh??
Selain dari tuh, aku tanya dengan famili aku gak kot2 depa tau. Abang aku rupa2 nya pernah kena, tapi kayap bunga dan tak berair macam aku. dia pergi berubat cara cina. Main tembak guna api. Mampus!! dah ler aku ni pengecut nak berubat :p Aku cari petua lain hehehehe mula2 segan plak aku nak tayang body kat rumah ni, sebab takut depa geli. Tapi kakak aku cakap kalau pakai baju sakit, tak payah pakai baju. So aku tak pakai baju lah sepanjang masa. Kalau pakai baju, rasa ngilu kena gesel dengan baju. sakit tak payah cerita la.
Pas tuh member2 aku plak sangat prihatin dengan nyawa aku, terus bagi idea. Cari minyak kayap, tapi aku tak jumpa. Petua paling susah aku nak carik bila member aku suruh cari parang atau pisau yang pernah digunakan untuk bunuh orang. Rendam pisau tu dalam air or minyak, then hasil rendaman tu sapu kat kayap. Humangaihhhh payah bebeno. Dan last kali kawan aku bawak 'Tanah Luang' dari kampung suggestion dari pakciknya. Tanah ni merupakan tempat air mata air keluar, dan kebetulan ada dekat rumah pakcik nya.
Cara mudah jer, campur sikit air kat tanah tu, then sapu kat seluruh badan yang terkena kayap. Bila kering jer tanah tu kat badan, memang kurang sikit rasa sakit. Kulit jadi tegang sikit, tapi ruam dah merebak. Automatik gudang2 air tu pecah satu persatu, tapi tak meleleh sebab tanah tu. Seminggu jugak aku pakai tanah tuh, hasilnya sangat berkesan. Semua gudang air tu pecah. Seterusnya aku perlu tunggu luka2 tu kering sendiri, jangan ngada nak kopek nanti berdarah lambat plak nak baik. Serius time stage yang sangat sakit. Sakit badan sampai aku demam lagi, dan keinginan aku yang berkobar2 nak menggaru.
Cukup tempoh sebulan, Alhamdulillah, kayap ni beransur hilang. Cuma nampak lah sikit parut nya.
Juga turut meruntun jiwa aku bila kena kayap ni kena berpantang makan pulak dah (rasa pregnant plak aku). Tak boleh makan ayam, telur, seafood, sayur atau buah yang tumbuh menjalar dan buah yang berjalur (tembikai, timun, labu etc). Tak boleh makan makanan berminyak. Sedeyhhhhhhhhh sepanjang aku sakit, aku makan bubur kosong jer, makan roti dan jugak makan ubi. Tapi kalau rasa nak makan, boleh jer, tapi kalau gatal PADAN MUKA hahahaha
Famili sangat 'sporting' sebab time ni lah depa nak makan meriah dengan tom yam nyer, sambar belacan lah, ayam masak merah caittt sunggguhhhhhhh!
Tapi Alhamdulillah aku dah baik :)
Sekian, malas plak nak tambah story