TenTanG Aku

My Photo
Lasykar Langit dan Bumi
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
View my complete profile

Wednesday, January 12, 2011

Poligami Yang Diminta

Dengan keyakinan tahap tertinggi aku merangka update dari meja opis... hwa3

Assalamualaikum.................................................

Ini kisah aku mahu kongsi...

Ada seorang lelaki dan ada 3 orang perempuan

Lelaki itu aku namakan Mikael. Dia telah berpunya dan memiliki hati seorang perempuan yang bernama Aisyah. Aisyah sangat menyenangi sikap penyayang Mikael. Selalu Mikael membuahkan kata2 indah dari bibir mahupun sekadar kiriman pesanan ringkas. Aisyah pasti tersenyum membaca bait2 yang ditujukan kepadanya. Dalam hati ada taman katanya. Tapi bunga takkan mekar selamanya. Aisyah mengetahui kisah cinta Mikael dengan Fizah & Kamelia.

Kamelia merupakan bekas kekasih Mikael. Pernah Mikael menceritakan tentang Kamelia kepada Aisyah. Kata Mikael, sekarang mereka hanyalah adik beradik angkat. Terdetik jugak cemburu di hati Aisyah bila Mikael kerap ber'sms' dengan Kamelia. Kalau berada di sisi Aisyah, pasti Mikael di awangan bersama sms nya dengan Kamelia. Tapi Aisyah tetap sabar, sabar atas dasar sayang.

Fizah pula kurang dikenali oleh Aisyah, kerana amat jarang Mikael bercerita tentang Fizah. Katanya Fizah itu sekadar teman berborak dan Fizah selalu meminta tunjuk ajar dari Mikael. Katanya.... Tapi:

Aisyah mengatur langkah, mengorek sedalam2nya siapa Fizah dan siapa pula Kamelia di hati Mikael. Sudah pasti kekecewaan bakal Aisyah tempuhi, kerana akibatnya amat memedihkan.

Aisyah mula merapati Fizah, ingain tahu hati budinya. Sememangnya Fizah tidak tahu kewujudan Aisyah dalam hidup Mikael. Dai hanya tahu Kamelia. Katanya Mikael jujur, dan memberitahu kisah lamanya ketika masih bersama Kamelia. Tapi kejujuran itu terus terpadam bila Aisyah memperkenalkan dirinya. Fizah bengang, bukan kepada Aisyah mahupun Kamelia, pastinya pada Mikael.

Fizah memutuskan hubungan nya dengan Mikael, sekalipun belom ada apa2 ikatan antara mereka. Tidak mahu dia dihubungi lelaki durjana itu. Baginya, Mikael terlalu tamak dan pentingkan diri sendiri. Sewenangnya mempermainkan hati dan perasaan orang. Fizah berterus terang kepada Mikael, dia tidak suka dipermainkan. Tidak mahu terusan ditipu, dan tidak mahu mengenal siapa lelaki itu.

Perpisahan Fizah & Mikael amat menyedihkan 3 pihak; Fizah, Mikael dan Aisyah. Namun itulah kesan dari sikap Mikael yang tamak untuk memiliki hati ramai wanita. Aisyah kini mula rapat dengan Fizah, kerana hati mereka telah dilukai oleh insan yang mereka cintai, berkongsi kisah suka dan duka. Tempat mengadu nasib. Aisyah dan Mikael?? masih bertahan pada dahan yang rapuh. Mikael enggan melepaskan Aisyah pergi kerana sayngnya masih kuat.

Hujan yang belum reda, terus membasahi hati milik Aisyah. Mikael enggan mengakui Aisyah sebagai pasangan hidup di hadapan Kamelia. Mikael risau akan kehilangan Kamelia, seperti perginya Fizah dari hidupnya. Aisyah akur, sanggup membiarkan dirinya dianggap kekasih gelap. di hadapan Kamelia dia adalah sahabat kepada Mikael. Malah luluh hatinya bila Kemalia mengaku, cinta hatinya adalah Mikael, dan mereka tak pernah putus. Kejamnya Mikael.

Lagi meremukkan hati Aisyah, bila Mikael berkata seperti tidak bersalah "selepas ni, kena belajar hidup bermadu". dalam keadaan sepontan Aisyah menjawab tidak.

That's it. This is your limit Mikael, you have to choose whether Aisyah or Kamelia. You cannot have both of them. Jangan terlalu tamak!

************* bersambung... penat nak taip huhuhu

0 KriTik:

ViSiT ViA Da LiNe