Okay, post kali ni pasal berkawan... to be more specific, berkawan melalui online... pelbagai website menawarkan khidmat seperti ini, dan berapa pula yang menyertainya? tujuannya pula untuk apa, mencari kawan yang telah lama hilang, mencari kawan baru atau mencari
jodoh.... hehehehe
Di sini aku menulis hanya beberapa
Internet Social Networking Website saja yang aku tahu...
Bermulanya dunia sahabat online aku melalui
Friendster..... aku mula2 berjinak kat friendster[FS] penghujung tahun 2004.... selalunya aku daftar dahulu tetapi tidak aktif.... hanya beberapa bulan selepas itu baru mula aktif mencari kawan... dulu susah untuk aku lihat
'kanak2' mempunyai akaun fs, tetapi sekarang yang di bawah turut ada akaun fs, malah design lagi hebat dari aku... huhu my personal opinion, kat friendster ni aku kenali ramai remaja belasan tahun dan boleh aku katakan ramai yang masih bersekolah... dan ada pendapat mengatakan, friendster ini terlalu kebudakan (ye ker????) no comment on that..... fungsi yang menarik perhatian aku... boleh tahu sapa yang
view profile aku (terasa cam glamour jer hakhakhak), and then bagi function kat website ni agak senang dan mudah difahami.... website ni jugak dah di upgrade, dan agak lain dari dulu....
Kemudian aku mencuba
Myspace [MS] pulak, agak lewat jugaklah aku create account (awal 2008) kerana function agak mengelirukan sedikit (permulaan ajer)..... kat sini aku dapati, ramai user nyer memang gemar bergambar dalam pelbagai pose (termasuk yang
berani mati)... dan terdapat 'pertunjukan fesyen' kat website ni.... dan dekat sini, boleh nampak penubuhan club atau
clique... bukan clique yang formal, selalunya hanya dengan menambah nama kumpulan tersebut hujung nickname, maka dikira sebagai ahli (contoh: Jamel [MachoPeople]).... dan selalunya kumpulan ini aktif mengadakan aktiviti, seperti
gathering, bermain boling, karaoke, bercuti2 dan sebagainya....
Seterusnya aku diajak untuk menyertai
Tagged (pertanyaan aku, how do u people pronounced it, is it 'teg' atau 'tay-ged') bagi aku sebutannya tetap Tag... di laman web ini pulak, macam2 aktiviti boleh dibuat, dulu kat sini ada application yang aku anggap seperti
'blind date' that is meet me interest.... konsep nya senang, aku hanya klik yes kat org yang aku suka, system akan buzz me if that same person also klik yes on me... then so seronok lah kan bila
suka sama suka huhuhu tp system ni dah di upgrade... dah tak best.... antara function best, automatic update macam yahoo messenger, jika mesej baru masuk, then we will know about it immediately.... jadi tak payah nak refresh2....
Last kali
Facebook [FB].... website yang bagi aku agak formal... sebab kebiasaannya, user akan menggunakan
nama sebenar plus with father's name (ada jugak tidak).... kat sini, aku mulanya nak berlagak professional, tapi tak boleh sebab aku memang budak2 wakakaka dekat website ni, ada notification (macam tagged tadi), bila new update dari friends.... kat sini jugak aku boleh chat dengan sapa yang tengah online (myspace pun dah ada application ni)... dan di profile ni aku
tidak add or approve orang sebarangan (seperti akaun lain)... hanya yang aku kenal dan pernah bercakap saja baru aku akan add...
Website lain ada jugak, tapi aku tak nak join, tak larat nak cek email setiap akaun.... Hi5, Twitter, Ringo, MyYearBook dan sebagainya....
Bagi aku kesemuanya ada kelebihannya sendiri dan juga kekurangan.... dan paling jelas keburukannya apabila aku asyik terima 'jemputan' untuk menonton dan berkenalan dengan
'gadis2 cantik'.... hmmmm (paham sendiri lah ye)......