Friday, February 8, 2019

Sekumpulan Manusia Sunyi

Assalamualaikum......

Hidup tanpa WhatsApp mengajar aku erti sunyi & tido hahahahaha. Semalam setelah penat bertungkus lumus bekerja, aku cepat benar rasa mengantuk, mungkin keinginan tidur yang ku tahan dari petang tadi. Rasanya belum sampai setengah jam aku melayari dunia mimpi......

KRING KRING!!!!

"Hello?" jawapan kepada soalan.....
"Ko sik baca sms ku tek ka?" soalan seterusnya yang perlu aku jawab dalam keadaan kelopak mataku yang masih terkumat kamit mamai.
"Ko kat siney tok, jom lepak McD, ada dak Sand, Mimi, Emie ngan Samsul sitok" aku terus diasak dengan soalan & ajakan ibarat artis yang dihulurkan dengan seribu pertanyaan wartawan.
"Okey" Jawab ku mudah (kadang jawapan sebegini agak menjengkelkan hahahaha)


Rupanya Kelab Lonely mengajak aku lepak, kerana risau aku terus dibelenggu kemurungan (perasan diri terlalu bernilai). Tanpa terkesan dengan tidur ku yang tiada kesudahan tadi, aku terus bersiap mengenakan pakaian yang ku rasakan ringkas & kacak di mataku hahahahahanat. Dalam keadaan yang tidak gopoh & gocoh aku terus mengambil kunci pacuan dua roda aku dan menuju ke pusat bandar.

Aku tiba di McD menyaksikan ahli kelab lonely yang sudah kenyang sebelum aku (demnnnnn). Aku terus beratur membeli makanan untuk kunyahan aku nanti ketika agenda yang bakal dibentangkan oleh presiden kelah; Samsul. Aku terfikir sejenak apa hanat sangat ramai orang malam ni pergi McD, ibarat seluruh pelusuk Sibu menghantui McD. Adakah mereka juga lonely? hahahahaha

Aku duduk semeja sambil menikmati Fish o Fillet & mendengar hujah yang diceritakan oleh manusia sunyi (celoteh sebetulnya). Ada gelak ketawa di situ namun tiada bunyi tangisan kedengaran, apakah mungkin mereka tidak sunyi lagi?? hahahaha Jika berseorangan itu dipanggil Lonely, apa pulak panggilan untuk sekumpulan manusia yang Lonely bertemu semeja? Loneliness hahahhahaa

Selepas puas mengerjakan makanan & minuman di McD, kami bercadangan untuk melawat tapak kawasan sunyi Pesta Cahaya. Dengan yuran kemasukan sebanyak RM6 kami mengabdikan muka untuk dilensakan oleh presiden kelab. ok dah, aku malas nak bercerita.... sekian terima kasih. Happy Birthday Mimi!!! & Coach Hasnan... semoga bertemu jodoh masing2

Wednesday, February 6, 2019

Dunia Tanpa WhatsApp

Assalamualaikum.....


Hari ni aku nak menulis mengenai whatsapp. Suatu ketika dulu lah kan, kita sering berkomunikasi menggunakan SMS atau direct call saja dengan telefon bimbit. Namun zaman kian berubah dan kita bergerak seiring dengan kemajuan tersebut. Dengan pesat aplikasi telefon pintar mengambil alih peranan komunikasi atas talian malah memudahkan urusan semasa. Contohnya; WhatsApp, Telegram, WeChat, Line, etc.

Jika dulu kita begitu rajin menyusun ayat untuk dikarang pada sms, kerana setiap sms yang kita hantar bernilai 20sen seadanya. kita gunakan sebaiknya susunan perkataan. malah ketika itu, singkatan perkataan juga dimaafkan. Kini dengan wujudnya whatsapp, kita acapkali membalas pesanan ringkas, seringkas-ringkasnya. ianya lebih kepada konsep chatting berbanding dengan berbalas mesej.

Keterbiasaan ini menyebabkan kita berasa janggal untuk membalas sms seperti dahulu kala, kerana faktor kredit yang bakal ditolak untuk setiap mesej yang dihantar. Malah ada yang menganggap sms ini sangat leceh. Akan tetapi fungsi panggilan biasa tidak sepatutnya diabaikan oleh pengguna kerana rata2 daripada kita yang tidak mempunyai jaringan internet yang sama pantas. panggilan melalui whatsapp biasanya tidak jelas kedengaran kerana halangan jaringan internet. Maka panggilan secara langsung lebih bagus digunakan untuk perbualan menggunakan telefon.

Dan aku sendiri merasakan dunia telefon aku mula sunyi semenjak aku tidak menggunakan WhatsApp masuk hari ketiga kerana telefon aku rosak. Sudah aku maklumkan bahawa aku hanya boleh dihubungi melalui SMS dan panggilan biasa saja. Satu2 nya orang yang menghubungi aku sepanjang tempoh 'berkabung' ini hanyalah Ridzwan. Terima kasih sahabat. hahahaha

Ini lah punca sebenar aku menulis blog untuk kali ini hahahahaha

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe