Sunday, July 19, 2015

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum....

Dah raya kerrr? hahaha macam tipu je waktu ni berlalu dengan cepat. tido bangun tido bangun dah masuk bulan syawal.

Persiapan kami untuk raya?? seperti biasa olwes kelam kabut, kalo tersusun tak rock ar hahahha

Langsir tetap pakai yang lama, Sarung kusyen aku dah beli 65 hengget tapi dapat diskaun 5 hengget. (tapi adik aku bagitau kat kedai belakang tu RM55 je.... demmmmnnNN!). Cat rumah masih sama, halaman rumah dah berubah sikit dari taun2 sudah. luas sikit. decor raya aku suruh anak buah aku buat. aku pi carik balik kad raya lama aku suh depa gantung kat dinding. biskut raya aku dah setel 3 jenis, sebiji kek raya. sebelihnya dari kakak kandung (sama bapak, sama emak) dan kakak ipar aku bagi. so kira cukuplah kot nak penuhkan meja tu.

Lauk untuk pagi raya tugas abang aku sediakan, dia buat daging sate ngan kuah kacang, & kari ayam. kakak ipar aku plak buat ayam masak merah. hidangan lain, cam biasa ketupat, kelupis dan lemang.

ok tu baru mukadimah yer, aku bukan nak story detail sangat hikkssss. aku nak citer pasal malam raya. malam yang sentiasa menjadi kacau bilau untuk kami adik beradik setiap tahun. lama gak aku tak update pasal bisnes kelupis kami. almost 4 tahun rasanya. nak tau detail leh search story kat sini.

Tahun ni agak gila berbanding tahun2 yang lain. (tahun lain pun gila juga). Tempahan kelupis berganda2 naik..... Alhamdulillah, rezeki kami untuk raya kali ni. Tahun ni jumlah ikat roughly sebanyak 610 ikat, seikat tu ada 3 batang. cer imagine menenyeh pulut sebanyak almost 2 ribu batang.. kebas segala tubuh badan weiii. ada customer lama (kira cam repeat order lah ni), ada customer baru. marketing buat kat fesbuk jer dah  mengakibatkan banyak tempahan, belom termasuk lagi walk in punya... gituuuuuu ayat tak hengattt kawwwww!


Kita orang buat dalam 3 fasa. Fasa pertama & kedua untuk yang ambik awal, Fasa ketiga kira all out lah. time kritikal bila dengar surau darus Saadah melaungkan takbir raya, terus macam mesin tangan kami buat kerja. berderet pangilan telefon masuk cakap nak ambik tempahan mereka. Aku terus berbelit tangan nak mengikat, nak mengukus, nak check order. fuhhhh dashatttt

As usual, tugas aku untuk mengikat kelupis dan mengukus kelupis. kira last stage lah kan. Tugas aku juga untuk counting jumlah kelupis yang dah setel buat, dan yang masih perlu dibuat. 4 orang manpower je untuk benda ni semua Alang & Anjang memang tugas menenyeh pulut untuk dimasukkan ke dalam daun palas. Usu plak tukang masak pulut dan santan, Aku buat finishing part.

Yang lain ada jugak turut bantu malam tu, macam Andak, Ateh, Ngah dan anak2 buah. Alhamdulillah setel semuanya roughly jam 3 pagi kot, tak tengok sangat.

By the way yang menariknya tahun ni ada yang order ketupat ngan kami jugak taun ni. Lemang pulak by walk in je. dua benda ni buat kat halaman rumah, meriah seyhhhh siap ada orang berhenti take a selgie hak3, ingatkan wartawan mana tadi hehehehe


Ketupat orang order dalam 200 biji. Orang tau pasal ketupat kami sebab kami jual petang2 time bulan posa. sebab tu ada yang menempah dengan dengan kami. tapi kami tak nak serius sangat pasal ketupat, nanti kerja bertambah pulak. Urusan ketupat dihandle oleh Andak, Udak, Aishah & Ayu.


Lemang ni tak termasuk dalam bisnes kami since ni memang modal fully dari Andak, so kami tak nak kacau.

Rasanya tu jer kot nak update. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sunday, July 12, 2015

Bertuntong bukan Sotong

Assalamualaikum...

Seminggu jer lagi kan? well you know what I mean... orang lain puasa gak, paham jer apa yang aku maksudkan kuikuikuikui....

Aku tak sabar nak tunggu 7 likur ni, boleh aku salah syaitonnnirajimmmm kalo aku buat dosa. Sebab bila time 7 likur ni orang pasang pelita dah, tapi tak ramai dah buat, area aku masih ada makhluk2 yang sudi mengangkat tradisi ini.. tak sabar weiiii

Setiap tahun kami pasang pelita tau depan rumah, walaupun kat depan jalan tu terang gila ngan lampu jalan. Tetiba plak aku naik geram ngan sesco ni kuikuikuikui



tu jer nak update muahahahhaahaha

***pstt gambar kat tu aku culik dari sini, maklumlah kat kampung aku lom meriah lagi orang pasang pelita

Monday, July 6, 2015

Nak Tau Tak

Assalamualaikum....

Lama kan aku tak mencoret kat sini, percutian aku kat Langkawi pun aku tak setel lagi ngan korang. Banyak cerita yang aku tak update kat sini. sebab aku malas.



Tapi tu bukan saja alasan aku untuk tidak terus menulis di blog ni (sambil kedengaran lagu Jessie J berkumandang kat Radio). Penulis blog pernah bagitau aku, pada satu tahap kita akan berdepan dengan writers block, kiranya ada idea tapi tak tahu macam mana nak mencurahkannya.

Kalo ikutkan melompat2 je idea aku kat otak ni, tapi langsung jari2 aku kebas nak menaip tau. Kan best kalau aku guna video jer, tapi tu dah bukan blogger namanya, lagi pun sora aku bukan sedap sangat pun nak di dengar, sekadar manis2 manja jer.

Minta korang doakan aku menjadi rajin boleh tak. Terima Kaseh yang amat albab sangat...

So aku just nak buat kesimpulan untuk post kali ni

Selamat Tahun Baru 2015 ***matilaaa baru nak wish, dah separuh tahun dah

Salam Ramadhan Semua.... **semangat nak raya la tuhh...

pssssttt.. aku menaip dari opis tau ,keh3


Kekata legend untuk puasa tahun ni.

"Sedarlah bahawa kejahatan yang anda lakukan di Bulan Ramadhan ini datang dari diri anda sendiri bukan dari Syaitan"

Sunday, October 19, 2014

Homestay Sukrieza Langkawi

Assalamualaikum.....

Cerita bersambung... tang mana ari tu?? aku lupa plak :p boleh camtu?? hahaha sambungan dari cereka hari tu, boleh baca kalo nak lah kannnn kat sini

Landing time!!! sampai jugak kat Pulau Langkawi ni setelah berhempas pulas menunggu dan menempuh dugaan delayed 1 jam (flight rescheduled). Semua penumpang dah berebut nak keluar dari flight macam Amazing Race dah aku tengok, Aku jer yang cool, selamba jadi last person yang keluar flight. (padahal ada agenda lain kuikuikuikui).



Turun dari flight terus aku mesej Kak Niza (Puan empunya Homestay), rupa- rupanya dia dah sampai kat airport nak pick up kami. Imbas balik macam mana aku cari Homestay ni:

Memula gigihlah aku nak cari hotel murahlah kan, siap kena marah ngan sorang mamat ni sebab aku cakap kalau boleh nak dekat ngan airport. Dia kata "Nak murah tak boleh demand lebih2 Bro, Kat Airport tu ada One Hotel Helang, tu lah yang paling dekat" Nak ikutkan hati, aku sembur balik jer kan, tapi aku tahu iman aku lebih sikit jer dari dia hahahaha Aku tanya elok2 dia boleh plak marah2, aku kata KALAU boleh, bukan aku kata MESTI atau WAJIB tempat yang dekat dengan airport. So aku end of conversation dengan "Ok, thanks for information BRO.." Malas nak deal ngan orang yang emo tak tentu pasal, cepat tua aku nanti.. (inilah petua aku untuk menten muda yer sobat, jangan marah2 kuikuikui)



So aku pun malas nak harap ejen dah, sendiri pi carik kat internet, curi2 masa time belom masuk kerja survey tempat, last2 aku jumpa laman sesawang ibilik.my banyak choice kat situ, siap ada review lagi untuk berapa orang, dekat area mana. Nah pi carik kat sini yer kawan2. Serius banyak choice. Cara aku pilih senang jer;

1. Baca description yang diberikan oleh penyewa, dari aspek kemudahan penginapan, jarak dari tempat2 yang bakal dikunjungi, lokasinya, keaadan rumah/ bilik/ hotel tersebut, syarat2 yang dikenakan (jika ada), pakej2 berkaitan (jika ada) dan lain2.

2. Kemudian aku buat shortlisted tempat2 yang aku berkenan nak stay, ada dalam 5 tempat kalau tak silap aku. Dari nama tempat tersebut aku google lah, mana tau boleh jumpa website tempat tu sendiri sebab maklumat yang akan dapat lebih detail. Tak kisahlah kat blogspot ker, facebook ker janji ada maklumat yang diperolehi.

3. Dah baca semua details, cuba contact penyewa tersebut untuk pengesahan maklumat yang anda dapat dari internet itu masih sama atau sudah berubah. (kekadang orang tak update maklumat tau). Sebagai contoh aku contact sebab aku tertarik dengan offer "1 malam: RM120. Pakej Homestay + Toyota Avanza ialah RM200 sehari. " seriously??!!

4. Dah dapat kepastian, barulah confirmkan tempat tersebut dengan ownernya. macam kes aku, kami ambil pakej 3 hari 2 malam + Avanza = RM400 (murah la bagi aku) tak payah susah2 nak cari kereta sewa lain lagi. Rumah tu pun dah tangkap muat untuk kami 7 orang, So well done SHAHLAN!!! (sambil tepuk bahu sendiri)

**kalo nak gambar pasal homestay ni, boleh pergi ker Facebook empunya yer, siap ada video lagi cer carik Homestay Sukrieza atau kalau kome malas bebeno klik jer kat sini

---------------------------------- tamat imbas balik -------------------------------

Ok sambung cerita tadi, Kak Niza dah menunggu kat luar airpot rupanya nak pick up kami. (jangan lupa ambil map time nak keluar dari airport tu, free jer dan sangat berguna kalau anda takde line tenet nak gugel tempat kat Langkawi). Maka bermulalah sesi bersalam2an di Aidiladha kat luar airport nun hikssss Kak Niza perkenalkan diri (Kak Rosemiza sebenarnya, aku je memandai tukar nama akak tu hiksss, maaf akak).







Kak Niza pun bawak ler kami menuju ker Homestay tersebut sambil aku bertanya tempat2 kat area Langkawi ni, mana nak pergi, laluan yang mana nak diambil. Tanpa segan silu Kak Niza bagi info kat aku seperti yang dikehendaki, kalo jawab exam ni, aku dah bagi akak ni 9/10 dah markah sebab jawapannya sangat mudah difahami (cikgu aku ajar dulu tak boleh bagi markah penuh hikkssss). Tak sampai 10 minit pun dah sampai kat Homestay. Kak Niza pun tunjuk sekitar rumah tersebut, apa yang ada, apa yang takde. Dah settle sesi suai kenal aku bagi lah balance duit penginapan kami, hari tu dah bayar upfront payment RM100, so tinggal nak bayar RM300 jer lagi. Then kunci rumah dan Avanza bertukar tangan.

Apa lagi?? berjimba lahhhh!!!!! bersambung lagi hikkkkssss **penat wok nak taip2 ni kuikuikuikui


TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe