Saturday, December 29, 2018

Sawang atau Lumut

Assalamualaikum....


Ini terlampau lama aku tinggal kan dunia blogging. Semenjak aku pulang ke kampung halaman aku mula tidak menulis lagi (sebetulnya menaip). Blog ini pun sukar aku tafsirkan keadaannya bersawang ataupun berlumut kerana terbiar tanpa sekelumit sentuhan dari aku.

Maaf dari aku kepada insan² yang memberikan komen di sesetengah post aku yang tidak mendapat balasan dari aku. Bukan sengaja tak berbalas tapi aku langsung tidak menjenguk keeadaan blog ini.

Aku cuma boleh klasifikasikan 2 sebab mengapa aku tinggal kan penulisan blog:

1. Semenjak pulang ke kampung halaman beberapa tahun lepas, kehidupan aku serba sedikit menjadi kurang stress. Mungkin sebab aku tidak lagi di perantauan, tidak lagi berjauhan dengan keluarga. Tidak ada lagi masalah yang biasa ku alami semasa berasa di Kuala Lumpur. (Bukan bermaksud KL tu mendatangkan masalah pada ku, jangan salah sangka pulak). Ringkasnya kehidupan aku di halaman ini jauh lebih menenangkan. Tidak ada yang perlu aku coretkan untuk melampiaskan rasa tertekan aku.

2. Di halaman rindu aku terlalu busy dengan pekerjaan aku, malah aku terpaksa berbagi masa untuk menjenguk media sosial apatah lagi nak menulis blog lagi aku tak sempat. Adakalanya aku sibuk dengan kegiatan sukan ku (bola tampar, larian etc) Ditambah pula dengan kegiatan kelab yang aku sertai di sini. Maka aku makin menjauhi dunia blog.

In Sha Allah aku akan cuba kembali berblogging 2019 kerana aku sudah Muka kembali aktif mengarang esei (selalu nya di status Facebook ku). Semoga kerajinan menyebelahi aku 2019 nanti. Aamiin.

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe