Sunday, October 19, 2014

Homestay Sukrieza Langkawi

Assalamualaikum.....

Cerita bersambung... tang mana ari tu?? aku lupa plak :p boleh camtu?? hahaha sambungan dari cereka hari tu, boleh baca kalo nak lah kannnn kat sini

Landing time!!! sampai jugak kat Pulau Langkawi ni setelah berhempas pulas menunggu dan menempuh dugaan delayed 1 jam (flight rescheduled). Semua penumpang dah berebut nak keluar dari flight macam Amazing Race dah aku tengok, Aku jer yang cool, selamba jadi last person yang keluar flight. (padahal ada agenda lain kuikuikuikui).



Turun dari flight terus aku mesej Kak Niza (Puan empunya Homestay), rupa- rupanya dia dah sampai kat airport nak pick up kami. Imbas balik macam mana aku cari Homestay ni:

Memula gigihlah aku nak cari hotel murahlah kan, siap kena marah ngan sorang mamat ni sebab aku cakap kalau boleh nak dekat ngan airport. Dia kata "Nak murah tak boleh demand lebih2 Bro, Kat Airport tu ada One Hotel Helang, tu lah yang paling dekat" Nak ikutkan hati, aku sembur balik jer kan, tapi aku tahu iman aku lebih sikit jer dari dia hahahaha Aku tanya elok2 dia boleh plak marah2, aku kata KALAU boleh, bukan aku kata MESTI atau WAJIB tempat yang dekat dengan airport. So aku end of conversation dengan "Ok, thanks for information BRO.." Malas nak deal ngan orang yang emo tak tentu pasal, cepat tua aku nanti.. (inilah petua aku untuk menten muda yer sobat, jangan marah2 kuikuikui)



So aku pun malas nak harap ejen dah, sendiri pi carik kat internet, curi2 masa time belom masuk kerja survey tempat, last2 aku jumpa laman sesawang ibilik.my banyak choice kat situ, siap ada review lagi untuk berapa orang, dekat area mana. Nah pi carik kat sini yer kawan2. Serius banyak choice. Cara aku pilih senang jer;

1. Baca description yang diberikan oleh penyewa, dari aspek kemudahan penginapan, jarak dari tempat2 yang bakal dikunjungi, lokasinya, keaadan rumah/ bilik/ hotel tersebut, syarat2 yang dikenakan (jika ada), pakej2 berkaitan (jika ada) dan lain2.

2. Kemudian aku buat shortlisted tempat2 yang aku berkenan nak stay, ada dalam 5 tempat kalau tak silap aku. Dari nama tempat tersebut aku google lah, mana tau boleh jumpa website tempat tu sendiri sebab maklumat yang akan dapat lebih detail. Tak kisahlah kat blogspot ker, facebook ker janji ada maklumat yang diperolehi.

3. Dah baca semua details, cuba contact penyewa tersebut untuk pengesahan maklumat yang anda dapat dari internet itu masih sama atau sudah berubah. (kekadang orang tak update maklumat tau). Sebagai contoh aku contact sebab aku tertarik dengan offer "1 malam: RM120. Pakej Homestay + Toyota Avanza ialah RM200 sehari. " seriously??!!

4. Dah dapat kepastian, barulah confirmkan tempat tersebut dengan ownernya. macam kes aku, kami ambil pakej 3 hari 2 malam + Avanza = RM400 (murah la bagi aku) tak payah susah2 nak cari kereta sewa lain lagi. Rumah tu pun dah tangkap muat untuk kami 7 orang, So well done SHAHLAN!!! (sambil tepuk bahu sendiri)

**kalo nak gambar pasal homestay ni, boleh pergi ker Facebook empunya yer, siap ada video lagi cer carik Homestay Sukrieza atau kalau kome malas bebeno klik jer kat sini

---------------------------------- tamat imbas balik -------------------------------

Ok sambung cerita tadi, Kak Niza dah menunggu kat luar airpot rupanya nak pick up kami. (jangan lupa ambil map time nak keluar dari airport tu, free jer dan sangat berguna kalau anda takde line tenet nak gugel tempat kat Langkawi). Maka bermulalah sesi bersalam2an di Aidiladha kat luar airport nun hikssss Kak Niza perkenalkan diri (Kak Rosemiza sebenarnya, aku je memandai tukar nama akak tu hiksss, maaf akak).







Kak Niza pun bawak ler kami menuju ker Homestay tersebut sambil aku bertanya tempat2 kat area Langkawi ni, mana nak pergi, laluan yang mana nak diambil. Tanpa segan silu Kak Niza bagi info kat aku seperti yang dikehendaki, kalo jawab exam ni, aku dah bagi akak ni 9/10 dah markah sebab jawapannya sangat mudah difahami (cikgu aku ajar dulu tak boleh bagi markah penuh hikkssss). Tak sampai 10 minit pun dah sampai kat Homestay. Kak Niza pun tunjuk sekitar rumah tersebut, apa yang ada, apa yang takde. Dah settle sesi suai kenal aku bagi lah balance duit penginapan kami, hari tu dah bayar upfront payment RM100, so tinggal nak bayar RM300 jer lagi. Then kunci rumah dan Avanza bertukar tangan.

Apa lagi?? berjimba lahhhh!!!!! bersambung lagi hikkkkssss **penat wok nak taip2 ni kuikuikuikui


No comments:

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe