Showing posts with label Friends N Foes - Community. Show all posts
Showing posts with label Friends N Foes - Community. Show all posts

Sunday, July 19, 2015

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum....

Dah raya kerrr? hahaha macam tipu je waktu ni berlalu dengan cepat. tido bangun tido bangun dah masuk bulan syawal.

Persiapan kami untuk raya?? seperti biasa olwes kelam kabut, kalo tersusun tak rock ar hahahha

Langsir tetap pakai yang lama, Sarung kusyen aku dah beli 65 hengget tapi dapat diskaun 5 hengget. (tapi adik aku bagitau kat kedai belakang tu RM55 je.... demmmmnnNN!). Cat rumah masih sama, halaman rumah dah berubah sikit dari taun2 sudah. luas sikit. decor raya aku suruh anak buah aku buat. aku pi carik balik kad raya lama aku suh depa gantung kat dinding. biskut raya aku dah setel 3 jenis, sebiji kek raya. sebelihnya dari kakak kandung (sama bapak, sama emak) dan kakak ipar aku bagi. so kira cukuplah kot nak penuhkan meja tu.

Lauk untuk pagi raya tugas abang aku sediakan, dia buat daging sate ngan kuah kacang, & kari ayam. kakak ipar aku plak buat ayam masak merah. hidangan lain, cam biasa ketupat, kelupis dan lemang.

ok tu baru mukadimah yer, aku bukan nak story detail sangat hikkssss. aku nak citer pasal malam raya. malam yang sentiasa menjadi kacau bilau untuk kami adik beradik setiap tahun. lama gak aku tak update pasal bisnes kelupis kami. almost 4 tahun rasanya. nak tau detail leh search story kat sini.

Tahun ni agak gila berbanding tahun2 yang lain. (tahun lain pun gila juga). Tempahan kelupis berganda2 naik..... Alhamdulillah, rezeki kami untuk raya kali ni. Tahun ni jumlah ikat roughly sebanyak 610 ikat, seikat tu ada 3 batang. cer imagine menenyeh pulut sebanyak almost 2 ribu batang.. kebas segala tubuh badan weiii. ada customer lama (kira cam repeat order lah ni), ada customer baru. marketing buat kat fesbuk jer dah  mengakibatkan banyak tempahan, belom termasuk lagi walk in punya... gituuuuuu ayat tak hengattt kawwwww!


Kita orang buat dalam 3 fasa. Fasa pertama & kedua untuk yang ambik awal, Fasa ketiga kira all out lah. time kritikal bila dengar surau darus Saadah melaungkan takbir raya, terus macam mesin tangan kami buat kerja. berderet pangilan telefon masuk cakap nak ambik tempahan mereka. Aku terus berbelit tangan nak mengikat, nak mengukus, nak check order. fuhhhh dashatttt

As usual, tugas aku untuk mengikat kelupis dan mengukus kelupis. kira last stage lah kan. Tugas aku juga untuk counting jumlah kelupis yang dah setel buat, dan yang masih perlu dibuat. 4 orang manpower je untuk benda ni semua Alang & Anjang memang tugas menenyeh pulut untuk dimasukkan ke dalam daun palas. Usu plak tukang masak pulut dan santan, Aku buat finishing part.

Yang lain ada jugak turut bantu malam tu, macam Andak, Ateh, Ngah dan anak2 buah. Alhamdulillah setel semuanya roughly jam 3 pagi kot, tak tengok sangat.

By the way yang menariknya tahun ni ada yang order ketupat ngan kami jugak taun ni. Lemang pulak by walk in je. dua benda ni buat kat halaman rumah, meriah seyhhhh siap ada orang berhenti take a selgie hak3, ingatkan wartawan mana tadi hehehehe


Ketupat orang order dalam 200 biji. Orang tau pasal ketupat kami sebab kami jual petang2 time bulan posa. sebab tu ada yang menempah dengan dengan kami. tapi kami tak nak serius sangat pasal ketupat, nanti kerja bertambah pulak. Urusan ketupat dihandle oleh Andak, Udak, Aishah & Ayu.


Lemang ni tak termasuk dalam bisnes kami since ni memang modal fully dari Andak, so kami tak nak kacau.

Rasanya tu jer kot nak update. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Saturday, January 26, 2013

Salam Maulidur Rasul



Assalaumalaikum


2013 menyaksikan aku dan sambutan Maulud Nabi di kampung halaman. Serius sangat best bagi aku. Penuh semangat aku bersiap pagi tu, memakai baju melayu hitam bersamping kuning. Aku pergi dengan adik aku.

Jam 7 pagi aku sampai kat Dataran Bandar Sibu. Ramai dah berkumpul. Aku pun gigih mencarik kontinjen2 yang aku boleh join.

Mula2 aku jumpa kontinjen sekolah rendah aku dulu; SRK Abang Ali. Dari dulu sampai sekarang masih mengekalkan konsep baju sekolah dan kontinjen teramai.

In the end, aku join kontinjen sekolah aku dulu; SMK Kampung Nangka. Sangat happy sebab dapat join berarak setelah 10 tahun aku tak join. Aku siap tolong bawa sepanduk pulak tu hehehe

The rest gambar story yer.










Monday, July 23, 2012

Update Status dalam Masjid

Assalamualaikum....

Aku bukan nak story pasal definisi teraweh ye anak2. Just nak share pengalaman aku sepanjang 17tahun aku hidup (chewah bajet muda lagi la tuhhhh).

Nak habaq mai (erkkk). dulu kalo teraweh kat masjid jer, mesti Imam akan baca surah2 panjang. At least satu malam Imam akan cuba habiskan 1 atau 2 juzuk Al-Quran. Kalau xsilap aku, surau pun macam tu. cuma bila witir je Imam akan baca surah lazim. Jadi agak lama ler proses solat sunat tu, dan biasa ramai yg akan semayang sampai rakaat ke lapan jer.

Nowadays, (ya ampun, speaking la pulokkkk) mana2 aku pergi teraweh mesti Imam baca surah lazim sahaja untuk setiap rakaat. So segera lah habislah solatnya. Tapi ada juga yg solat sampai 8 rakaat jer :) bukan mengata ye sahabat2 ku sekalian. Just nak suggest, sekali sekala merasa teraweh full kan nikmat :) lagi pun bukankah Imam dah membaca surah lazim yang pendek2 jer.


Beralih sedikit topik aku ni. malam tadi time aku teraweh kat Masjid, ramai bebudak muda aku lihat bertandang, Alhamdulillah (sama macam zaman aku sekolah dulu jugaklah). Tapi yang berbezanya, zaman aku dulu xde henpon yer. La ni aku tengok kat tangan depa sebok je menaip something kat henpon tuh. (update status pasal teraweh kot) hurmmm bukan xsuka atau apa. Lupakanlah sebentar keduniaan dalam rumah Allah. lepas solat on la balik henpon tu. Aku sendiri meninggalkan henpon dekat rumah. kalau ada yg contact sebetulnya mereka tahu aku di mana pada ketika itu.

Sama la jugak dengan sesetengah orang yang gemar update status mereka tentang mereka dah smpi masjid untuk menunaikan solat. Jika niat untuk memberitahu bahawa 'do not disturb my time with Allah' kira okla kan, tapi bagaimana kalo menimbulkan riak, pasti org aka beranggapan bahawa kamu menunjuk2 yg kamu solat. Jd hati2 lah yer kalo nak update :)

Apa jua niat kita untuk ke masjid, make sure ianya Lillahi Ta'ala ok

**(amboi ceramah pulak aku ni) apa2 pun selamat Beribadah yerrrr :)

Tuesday, December 20, 2011

Nak Update Post


Assalamualaikum....


Berderet benda aku nak share lepas aku baca blog, artikel kat facebook. aduyai, banyak sangat ker masalah kat dunia ni, eh maksud aku kat Malaysia ni sampai isu2 yang lebih penting diketepikan bagi menaikkan iklan sampingan?

For sure aku takkan bercerita pasal kes budak turunkan bendera, takkan jugak pasal video youtube rasa xpuas hati sang panglima. Cuma aku tertarik jugak isi kandungan setiap isu. Bukan kerana tajuk, tapi komen2 yang dilontarkan. Jika dibaca dan diteliti, ada benar pada pihak tertentu (masih tidak mahu memihak sapa). Pendapat aku senang jer;


Mana yang baik kita


Mana yang buruk kita




Daripada aku terjebak dalam masalah2 yang mampu membelitkan otak aku, baik aku cari idea nak post kat blog aku ni. cerita pasal diri sendiri Sudeyhhhhh. Tak perlu risau apa2, orang nak baca ke tidak itu perkara kedua. yang aku tau aku update blog hahahahahaa






p/s: idea oo idea datanglah kau!!! (Epal sabar ya, entri pasal kamu belom lagi)

Wednesday, September 2, 2009

Mesti Ditinggalkan


S
alam Ramadhan... serius jer title tu yer... huhuhu terkial2 gak aku nak menaip ni... tak ada idea.. tapi bosan pulak bila tengok blog orang lain selalu jer update, so terasa nak update jugaklah... hehe setelah aku puas buat blog walking tadi... terlintas satu idea dari post dia... tapi aku tak post sekarang... la ni aku nak post pasal benda lain...

Dekat satu social network group tu, aku ni rajin buka topik... dan kalau topik menarik ramai yang akan turut serta.... so kat sini aku nak copy paste sikit pasal topik tu... ni kawan aku bukak topik, kira cam topik berantai jugak lah... (topik yang aku bukak lain kali aku story k)...

Topik nya 'Mesti Ditinggalkan' - diskripsinya; tuan empunya topik menulis, senarai perkara yang harus kita tinggalkan... dan antara respon yang diberi....

tinggalkan sifat malas...
tinggalkan benda negatif dan menyesatkan....
tinggalkan si dia jika dia bersikap curang...
tinggalkan no tepon kalau nak bknalan... :D
tinggalkan si dia yg bersikap curang. kas ya pegi carik org yg tinggalkan no tepon nak bkenalan ya...
semua sifat syaitan.....pembenci,pemarah,pendendam,penghasut,dsbgnya
tinggalkan perkara yang merugikan
Tinggalkan perkara yang membuang masa
tinggalkan sekolah........
tinggalkan zaman bujang mun dah sedia nak nikah
tgglkan gewek mn nya curang........
tinggal kan dompet mun rasa mok jadi warga asing...
tinggalkan mulut tempayan ngembak cerita orang ke hulu hilir..
tinggalkan tahi telinga
tinggalkan jak sikap pemalas tapi jangan tinggal posa
tinggalkan tebiat malas posa ya.... dah besar, tua bangka pun xpenah nak posa penuh...
tinggalkan mengumpat,
tinggalkan sikap dengki,
tinggalkan sikap tamak,
tinggalkan minuman kegemaran,(minum jak aik mati sia)
tapi,jangan tinggalkan posa.....
tinggal kenangan frenster tok kowh

rantai ni tak habis lagi, masih open untuk disambung... dan penyumbang kepada respon2 ni termasuklah aku, din, man, meria, sazzy dan anon... agak2 yang mana satu ayat sumbangan aku??hehe

Sunday, August 16, 2009

Road to Embassy [1]

Last Thursday (August 13)... me and my fellow friends went to Embassies... Morning session with Japanese Embassy, and afternoon with Brunei Embassy... why embassy?? actually this is our assignment for the 'International Marketing' subject... we need to organize an interview session with the local people (orang embassy lah tu) about the culture practice in that country... well, we need to learn more about the country that we desire to penetrate their 'business industries' (ikut suka aku jer nak explain)... a lot of questions that we ask to the representative... (especially yang kat embassy brunei tu...)

For Japan... we were informed about the product's price (fruits, E & E, automobile, food etc)... surprisingly to heard that the price were beyond our imagination... can you ever imagine the price of rice (5kg) were amount to RM92... totally shocked!!! The meat, 1kg was RM300... Oh My Goodness... But Mr Taichi already told us that the standard of living in Japan is actually the same with Malaysia... because they earn triple from the Malaysian, there goes the price (also triple)... so have we decided to go and set up a business in Japan??? I said why not?? hahahaha
by the way, there are also Malaysian food in Japan such as, Nasi Lemak, Roti Canai etc (his favorite one is Nasi Goreng hehehe)

Now afternoon session with the Brunei Embassy... different with Japan, Brunei shows that the citizens were treat like in heaven (eh, macam lah aku penah masuk syurga huhu)... all the education fees were supported by the Government of Brunei... we were informed that almost every citizens own at least two cars for a person... then I eagerly asked, how to apply citizenship as Bruneian... the answer was; have to be permanent resident for 25 years... what??!!! hahaha nevermind then... just need to married with the local residents hehehe

It snap2 time!!! but i have few pictures only... the rest please Miss Eiyra, upload it okay!! hehehe

picture taken in Japan's Embassy... very strict woa... ooppsss forget too mention, from left we have Apek, Shane, Mr Taichi, Syah & Wen....

next the guys with the reprentative from Brunei's Embassy... from left Wen, Syah, Syed, Mr Megat (if i'm not mistaken lah), Apek, kay & Din...

then we have the gurls... from left, Usher, Shane, Yana(stand), Lini (sit), As, Mr Megat, Ina, Yani, Eiyra, Erni & Aini....

two more embassies to go!!!!

Sunday, August 2, 2009

iCon

Hari ni aku singgah kejap dekat taman kat belakang KLCC tu.... sebab kat situ ada gathering para iConians... apa itu iConians???(bukan bunian lah) nak tahu lebey lanjut silalah bertanya dengan Abang Djebat....

tadi aku terlewat sangat ke sana, sebab aku dari Klang and Shah Alam... ada festival buku... daripada aku tak datang langsung, baik aku tunjuk muka sekejap.... hehehe thanks iCon Mumu for introducing me to all iConians yang hadir... and to Abang Djebat jugak yang alert tentang kehadiran aku...

next time i will join you guys for sure (^_^).... dan so far aku join iCon KL...
Focus gambar cam kat Menara tu, niat aku nak amik gambar iConians kat depan tu jer... hehe

Monday, July 13, 2009

Kelana katanya...

Nak cakap awal2, sori tak ada pic aku pakai uniform pengakap ok.... maybe next time....

Sabtu yang lepas, aku telah join budak2 pengakap hiking dan jungle trekking.... really reminds me zaman sekolah dulu2... seronok sangat2 bila tengok bebudak ni masak telur dengan roti lilit pakai unggun api (anak unggun api)... ada yang masak, ada yang mentah dan ada jugak yang tak masak langsung... and then habis jer melahap 'makanan' itu, mereka di arah untuk kembali ke jalan pulang wakaka (apa ntah ayat aku ni)... time ni aku rasa paling mengimbau memori zaman ceria kanak2 ribena aku dulu....

Ahad sekitar jam 1 pagi... aku telah dilantik sebagai Pengakap Kelana...

pada mulanya aku tak nak join, banyak alasan yang aku bagi, tapi semuanya telah ditolak mentah2 (walau terbakar dengan unggun api hehe).... dengan keadan paksa-rela aku pun melalui BJ (errr aku pun tak tahu maksudnya) yang aku tahu aku diuji... itu jer... selepas soal selidik, maka aku dipanggil untuk menerima perlantikan sebagai pengakap kelana (apa itu pengakap kelana??? tunggu...)

sekian....

Thursday, June 4, 2009

Hye welcome to GSC

hye, good evening sir, good evening miss...
welcome to GSC....
what movie do you like to watch?
what time...
and how many person...
here your tickets and your balance...
your movie is at hall number 9...
thank you and enjoy your movie....

it started in May... inilah kerja aku setiap hujung minggu... kerja sebagai pegawai (wah, nak jugak tulis pegawai tu) ticketing kat panggung wayang... penat memang ler.... pelbagai ragam manusia aku jumpa... ada yang baik, peramah, cute cantik lawa dan da bomb, ada juga yang gedik, arrogant, cerewet, annoying dan sebagainya..... dan sebagai pekerja di bahagian customer service ni... aku layan jer lah semua nya... bak kata dewa (tol ker, ikut suka jer... hahaha) hadapi dengan senyuman.....

purpose of this entry sebenarnya nak cerita pasal Miss Santana (sapa lak dia ni??).... this woman lah yang interview aku dulu.... dia jugak lah yang banyak bagi info kat aku macam mana nak uruskan kerja, kira kebanyakan pertanyaan aku ajukan kat dia lah.... thank you miss.... June 2009, dia transfer kat tempat lain, not in my place no more.... if i'm not mistaken in damansara i guess... so staff kat sini pun buat lah farewell party(tak semua yang hadirlah, sebab buat kul 2 pagi, time habis kerja) khas untuk Miss Santana....

Miss Santana with Mr Naza....

Upacara memotong kek.. (yang pakai seluar pendek tu lah kepala prank; Mr Azlan)

Sian nengok, kul pagi kena simbah air... huhu

Monday, June 1, 2009

3 in 1

Ooopsss ini bukan bukan pasal kopi... bukan jgak pasal shampoo.... ini pasal 3 cerita dalam satu post.... hekhekhek.....

#1 The Biggest Loser...........
pernah tengok tak realiti tv show ni... rancangan ni actually US punya show... tapi dah banyak ditayangkan kat tv seluruh negara.... aku tak pernah tengok pun lagi hahaha tapi aku tau serba sedikitlah pasal rancangan ni.... yang pasti rancangan ni menempatkan beberapa orang yang berbadan 'comel' (alahai sopan nyer bahasa aku, pijak semut tak mati tuuuu).... dalam program ni, mereka akan berusaha untuk menguruskan badan..... sapa yang paling banyak dapat mengurangkan berat badan (dalam percentage), maka akan dinobatkat Juara....
nak dijadikan cerita (ha meh rapat2.....) hehehe on the way aku nak pergi kerja.... aku terserempak dengan satu group ni... berbaju merah dan biru..... aku ingatkan orang tengah buat mogok, tapi takkan buat depan modesto kot.... rupa2 nya mereka ni the biggest loser huhuhu.... Malaysia o Malaysia....

#2 Langgar...........
Time balik kerja pulak, malam lah..... tengah syok aku lepak depan McD.... kawan aku dok lalu depan, so aku tegur lah dia.... seronok berbual.... tiba2 jer ada bunyi berdentum... (perghhh macam lah kuat sangat bunyi kot).... rupanya kereta langgar teksi.....

yang aku tak paham, kalau teksi depan tu brek mengejut, logik gak kalau kena langgar..... tapi teksi tu parking kot.... boleh pulak kena langgar.... Malaysia o Malaysia.....

#3 Api o Api......
yang ni the latest sikit.... tengah aku asyik meng'online'kan diri (ikut suka aku jer nak rojakkan bahasa.... lantaklah blog aku....).... aku ternampak cahaya..... ingat kan orang main bunga api.... rupanya ada kebakaran.... nampak dowh dari rumah aku.... kalau pengamatan mata aku ni tepat, kebakaran tu kat area Danau Kota - Setapak..... dekat2 dengan construction site.... dengar cerita member aku.... 2 kali wayar letrik meletop akibat sentuhan sang api (wah, mahalnya bahasa aku wakakaka).... sekali lagi.... Malaysia o Malaysia......

Friday, May 29, 2009

Kami Sukarela ( YeKer?? hakhakhak)

Tak ada idea nak menulis panjang2, so aku letak gambar ajer lah k...... enjoy the pic....

Date: 26 May 2009
Place: Zoo Negara, Malaysia (takkan Zimbabwe kot...)

Sampai kat Zoo negara kul 8.15 pagi, apa lagi..... ZOOOMMMMINNGGGGG!!!!

Time Rest in the afternoon.... berlatarbelakangkan encik2 Zirafah....

Biar Penat, Posing tetap posing.....
Dah nak balik dah.... Almaklumlah dah senja (semacam jer).... wakakaka

Yang tinggi di belakang, yang pendek bergantung.... hahahaha

Group kita orang dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil...

Syah & Syed - Mr Buffalo....
As & Alini - Miss Bear....
Shane, Wen, Erni, & Kay - The Hyppo...
Kayrul, Ina & Yana - Mr & Mrs Snake....
Asyiah, Aini, Din & Sue - Zebra, Giraffe, Camel & Deer....
Yani & Eiyra - The food producer....
Mr Ridz, Mr Im & Mr Saleh - The Tourist (hehehe).......

p/s: ada banyak gambar lagi, tapi internet lambat, so malaslah nak upload....

Tuesday, March 31, 2009

Earth Hour 2009 [2]

what did you do to save the planet??
are you??
lead to the participation on earth hour 2009.... i was so excited to witnessed the twin tower switched off the light... and even 'mamak' stall also participate that night... hmmm at least this is the thing that we can do huh... switched off the light...

Saturday, February 14, 2009

Student Corner

Dah seminggu dah aku dan budak2 kumpulan aku set up a bisnes (aku, Ina, Yana, Ira & Keyrol). Bermula dari tarikh 7 Februari lepas. Kami memulakan bisnes bermodalkan sejumlah wang. Kedai yang kecil je. Gerai tepi jalan, hanya ada dua je meja makan. Boleh memuatkan sekitar 16 orang customer je. Keadaan kedai agak 'daif', hehehe bumbung yang tak lengkap ber'zink'. ada yang hanya ditutupi kanvas. Bisnes ni adalah projek kumpulan kami je. Ada tempoh sebulan untuk menguruskannya. Target sales pulak kena cecah RM5000 if we want to score for the carry marks. Permulaannya, very not sure as the target sales is too high to achieve. Tapi, as we have started the bisnes, yakin pulak kami orang boleh capai target tu. Untuk tambah meyakinkan, Zul dengan adiknya (Azli) join venture jual steamboat..... kita orang siap buat delivery service, tapi untuk umah2 kat situ je lah.... target utama kami student2 yang dok menyewa kat situ.....

First day, ada 9 orang memulakan kerja. start dari kul 7 pagi, persiapan dari umah. then up to tengahari, masak memasak pulak. pukul 3 kita orang kemas kedai n start bawa barang2 ke kedai. pukul 6 start bisnes dan saat tu jugak kita orang dapat first customer. Alhamdulillah... perjalanan hari pertama agak kelam kabut, still we can manage our 'corner'. the 'corner' consist of Yana (mrs crab... wakaka), Ina & Ira (Nasi Ayam producer and seducer hahaha), Keyrol (Kuey Teow Master aka encik gatal hehehe), Zul & Azli (Steamboat Tauke....) Aku (pembuat air paling 'bertauliah.. huhuhu)... yang turut membantu hari pertama, keyrul (balak ira), man (adik aku)... kedai tutup pukul 1.30pagi... memang hari yang memenatkan.... tapi puas....

Hari kedua kami kekurangan pekerja as keyrul balik suda ke tempat asal (actually dia singgah kl jap sebab nak jumpa ira setelah abis kursus kat maran..).... thanks ya keyrul for the help, really appreciate it.... maybe ujung bulan 2 ni dia datang lagi kot.... 'corner' kami tetap beraksi... kira macam cabaran baru lah..... jualan macam semalam gak....

Hari ketiga, ada lagi cabaran baru.... Man dah balik ke kolej nya... so, kurang sorang dah kakitanagan... tapi adik zul pulak yang datang membantu.... paling hebat, hari ketiga hujan melimpah ruah, pada awalnya... chaos jugak kita orang, dengan keadaan bumbung yang bocor.... semua menjadi kreatif nak tebat lubang2 tersebut huhuhuhu paling teruk kena, area aku (bahagian air) dengan tempat keyrol (k.teow)...

Hari keempat barulah kami bertujuh je yang bekerja sekuatnya.... hujan lagi...... tapi itulah dugaan berniaga.... dahlah ari ni kami berkejar2... balik kelas, aku terus shoot kedai n kemas2 barang kat kedai.... still we can survive... agak penatlah.... tutup awal sikit sebab esok kami ada mid-term test....

Hari kelima, paling lewat kami buka kedai.... aku pun tak tahu apa sebabnya.... malam ni preparation untuk menu2 tak buat banyak2.... tapi time ni lah pulak ramai yang order.... ira siap bawa periuk nasi and masak nasi ayam kat kedai tuh.... Alhamdulillah, rezeki masuk....

Hari keenam, aku lewat sampai ke kedai sebab aku dari damansara (nak cek laptop aku yang rosak).... sampai je kat umah, mandi jap, pas tu aku terus pegi keja.... ari ni adik aku datang dah... so ada lah pekeja tambahan... hehhehee

Hari ketujuh aku dengan adik aku lewat jugak, sampai mrs crab marah wakakakaka bisnes berjalan seperti biasa. just everyday ada new customer yang datang ke kedai. arap jadi loyal customer... Amin....

Banyak pengalaman yang aku dapat... maklumlah customer kan seribu satu perangai... ada yang ok, ada yang best, ada yang jujur, ada yang "ambil hati jer tu", ada yang macam sial.... hahahaha ops sori ter 'emo' lak..... seriously jangan kritik depan public.... nak kritik face 2 face sudah lah.... macam..........



Kalau nampak first pic tu, that is the place where we run our bisnes.... 2nd pic gambar depan student corner.... last pic tu kaunter kami (paling kiri, kaunter n.ayam, tengah steamboat, kanan k.teow)....


Lagak mrs crab tengah kira duit wakakaka actually tengah tulis resit untuk delivery....


Makcik kat kedai wakaka... Ira dengan Ina tengah menyiapkan delivery for Nasi Ayam.....



Penang mali!!! sebok je tengok kamera.... Char kuey teow satu!!! Keyrol!!! Yang ni aku ada amik video... tapi senget ler.... hehhehehe



Bajet hebat lah buat teh tarik (actually aku tengah buat neslo tarik ice)... sekali rasa, manis sangatlah bai.... but the customer like it.. ????? ikut suka korang ler....



Mr Steamboat (steamboat keras... hhehehe aku pun tak tau maksudnya dengan keras....) tengah busy buat order.... (sori aku enterprem jap kat blakang tu...)


kononlah customer tengah menjamu selera, peh... padahal semua pekerja... hahhahaha

ok2 ni tempat yang harus anda tujui kalau nak ke kedai kita orang.. sebelah sekolah danau kota, setapak..... menu nya pulak.....

Nasi Ayam (3.50), N. Ayam Grilled (4), N.Ayam B.Pepper (4.50), K.Tiow Kerang (3.50), Special K.Tiow (4.50), Steamboat (Secucuk 50sen aje, ada ayam, ikan, udang, sotong, ketam etc), dan sudah semestinya ada air (air paling murah - teh o panas, kopi o panas, air limau panas (80sen je), paling mahal pun air neslo ais (1.60)... air suam kita orang bagi free je....

so apa tunggu lagi.... jom streamyx!!! hahaha jom ke STUDENT CORNER!!! kalau main game ni kira kedai kita orang ni kire baru masuk level 5 kot.... hahaha level 15 kami nak pasang free wi-fi plak huhuhuhu Semoga kami dapat capai target sales... Aminnnnn....

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe