Dah raya kerrr? hahaha macam tipu je waktu ni berlalu dengan cepat. tido bangun tido bangun dah masuk bulan syawal.
Persiapan kami untuk raya?? seperti biasa olwes kelam kabut, kalo tersusun tak rock ar hahahha
Langsir tetap pakai yang lama, Sarung kusyen aku dah beli 65 hengget tapi dapat diskaun 5 hengget. (tapi adik aku bagitau kat kedai belakang tu RM55 je.... demmmmnnNN!). Cat rumah masih sama, halaman rumah dah berubah sikit dari taun2 sudah. luas sikit. decor raya aku suruh anak buah aku buat. aku pi carik balik kad raya lama aku suh depa gantung kat dinding. biskut raya aku dah setel 3 jenis, sebiji kek raya. sebelihnya dari kakak kandung (sama bapak, sama emak) dan kakak ipar aku bagi. so kira cukuplah kot nak penuhkan meja tu.
Lauk untuk pagi raya tugas abang aku sediakan, dia buat daging sate ngan kuah kacang, & kari ayam. kakak ipar aku plak buat ayam masak merah. hidangan lain, cam biasa ketupat, kelupis dan lemang.
ok tu baru mukadimah yer, aku bukan nak story detail sangat hikkssss. aku nak citer pasal malam raya. malam yang sentiasa menjadi kacau bilau untuk kami adik beradik setiap tahun. lama gak aku tak update pasal bisnes kelupis kami. almost 4 tahun rasanya. nak tau detail leh search story kat sini.
Tahun ni agak gila berbanding tahun2 yang lain. (tahun lain pun gila juga). Tempahan kelupis berganda2 naik..... Alhamdulillah, rezeki kami untuk raya kali ni. Tahun ni jumlah ikat roughly sebanyak 610 ikat, seikat tu ada 3 batang. cer imagine menenyeh pulut sebanyak almost 2 ribu batang.. kebas segala tubuh badan weiii. ada customer lama (kira cam repeat order lah ni), ada customer baru. marketing buat kat fesbuk jer dah mengakibatkan banyak tempahan, belom termasuk lagi walk in punya... gituuuuuu ayat tak hengattt kawwwww!
As usual, tugas aku untuk mengikat kelupis dan mengukus kelupis. kira last stage lah kan. Tugas aku juga untuk counting jumlah kelupis yang dah setel buat, dan yang masih perlu dibuat. 4 orang manpower je untuk benda ni semua Alang & Anjang memang tugas menenyeh pulut untuk dimasukkan ke dalam daun palas. Usu plak tukang masak pulut dan santan, Aku buat finishing part.
Yang lain ada jugak turut bantu malam tu, macam Andak, Ateh, Ngah dan anak2 buah. Alhamdulillah setel semuanya roughly jam 3 pagi kot, tak tengok sangat.
By the way yang menariknya tahun ni ada yang order ketupat ngan kami jugak taun ni. Lemang pulak by walk in je. dua benda ni buat kat halaman rumah, meriah seyhhhh siap ada orang berhenti take a selgie hak3, ingatkan wartawan mana tadi hehehehe
Ketupat orang order dalam 200 biji. Orang tau pasal ketupat kami sebab kami jual petang2 time bulan posa. sebab tu ada yang menempah dengan dengan kami. tapi kami tak nak serius sangat pasal ketupat, nanti kerja bertambah pulak. Urusan ketupat dihandle oleh Andak, Udak, Aishah & Ayu.
Lemang ni tak termasuk dalam bisnes kami since ni memang modal fully dari Andak, so kami tak nak kacau.
Rasanya tu jer kot nak update. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
No comments:
Post a Comment