Sunday, October 19, 2014

Homestay Sukrieza Langkawi

Assalamualaikum.....

Cerita bersambung... tang mana ari tu?? aku lupa plak :p boleh camtu?? hahaha sambungan dari cereka hari tu, boleh baca kalo nak lah kannnn kat sini

Landing time!!! sampai jugak kat Pulau Langkawi ni setelah berhempas pulas menunggu dan menempuh dugaan delayed 1 jam (flight rescheduled). Semua penumpang dah berebut nak keluar dari flight macam Amazing Race dah aku tengok, Aku jer yang cool, selamba jadi last person yang keluar flight. (padahal ada agenda lain kuikuikuikui).



Turun dari flight terus aku mesej Kak Niza (Puan empunya Homestay), rupa- rupanya dia dah sampai kat airport nak pick up kami. Imbas balik macam mana aku cari Homestay ni:

Memula gigihlah aku nak cari hotel murahlah kan, siap kena marah ngan sorang mamat ni sebab aku cakap kalau boleh nak dekat ngan airport. Dia kata "Nak murah tak boleh demand lebih2 Bro, Kat Airport tu ada One Hotel Helang, tu lah yang paling dekat" Nak ikutkan hati, aku sembur balik jer kan, tapi aku tahu iman aku lebih sikit jer dari dia hahahaha Aku tanya elok2 dia boleh plak marah2, aku kata KALAU boleh, bukan aku kata MESTI atau WAJIB tempat yang dekat dengan airport. So aku end of conversation dengan "Ok, thanks for information BRO.." Malas nak deal ngan orang yang emo tak tentu pasal, cepat tua aku nanti.. (inilah petua aku untuk menten muda yer sobat, jangan marah2 kuikuikui)



So aku pun malas nak harap ejen dah, sendiri pi carik kat internet, curi2 masa time belom masuk kerja survey tempat, last2 aku jumpa laman sesawang ibilik.my banyak choice kat situ, siap ada review lagi untuk berapa orang, dekat area mana. Nah pi carik kat sini yer kawan2. Serius banyak choice. Cara aku pilih senang jer;

1. Baca description yang diberikan oleh penyewa, dari aspek kemudahan penginapan, jarak dari tempat2 yang bakal dikunjungi, lokasinya, keaadan rumah/ bilik/ hotel tersebut, syarat2 yang dikenakan (jika ada), pakej2 berkaitan (jika ada) dan lain2.

2. Kemudian aku buat shortlisted tempat2 yang aku berkenan nak stay, ada dalam 5 tempat kalau tak silap aku. Dari nama tempat tersebut aku google lah, mana tau boleh jumpa website tempat tu sendiri sebab maklumat yang akan dapat lebih detail. Tak kisahlah kat blogspot ker, facebook ker janji ada maklumat yang diperolehi.

3. Dah baca semua details, cuba contact penyewa tersebut untuk pengesahan maklumat yang anda dapat dari internet itu masih sama atau sudah berubah. (kekadang orang tak update maklumat tau). Sebagai contoh aku contact sebab aku tertarik dengan offer "1 malam: RM120. Pakej Homestay + Toyota Avanza ialah RM200 sehari. " seriously??!!

4. Dah dapat kepastian, barulah confirmkan tempat tersebut dengan ownernya. macam kes aku, kami ambil pakej 3 hari 2 malam + Avanza = RM400 (murah la bagi aku) tak payah susah2 nak cari kereta sewa lain lagi. Rumah tu pun dah tangkap muat untuk kami 7 orang, So well done SHAHLAN!!! (sambil tepuk bahu sendiri)

**kalo nak gambar pasal homestay ni, boleh pergi ker Facebook empunya yer, siap ada video lagi cer carik Homestay Sukrieza atau kalau kome malas bebeno klik jer kat sini

---------------------------------- tamat imbas balik -------------------------------

Ok sambung cerita tadi, Kak Niza dah menunggu kat luar airpot rupanya nak pick up kami. (jangan lupa ambil map time nak keluar dari airport tu, free jer dan sangat berguna kalau anda takde line tenet nak gugel tempat kat Langkawi). Maka bermulalah sesi bersalam2an di Aidiladha kat luar airport nun hikssss Kak Niza perkenalkan diri (Kak Rosemiza sebenarnya, aku je memandai tukar nama akak tu hiksss, maaf akak).







Kak Niza pun bawak ler kami menuju ker Homestay tersebut sambil aku bertanya tempat2 kat area Langkawi ni, mana nak pergi, laluan yang mana nak diambil. Tanpa segan silu Kak Niza bagi info kat aku seperti yang dikehendaki, kalo jawab exam ni, aku dah bagi akak ni 9/10 dah markah sebab jawapannya sangat mudah difahami (cikgu aku ajar dulu tak boleh bagi markah penuh hikkssss). Tak sampai 10 minit pun dah sampai kat Homestay. Kak Niza pun tunjuk sekitar rumah tersebut, apa yang ada, apa yang takde. Dah settle sesi suai kenal aku bagi lah balance duit penginapan kami, hari tu dah bayar upfront payment RM100, so tinggal nak bayar RM300 jer lagi. Then kunci rumah dan Avanza bertukar tangan.

Apa lagi?? berjimba lahhhh!!!!! bersambung lagi hikkkkssss **penat wok nak taip2 ni kuikuikuikui


Saturday, October 11, 2014

Kenyalang Terbang Mencari Helang

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, settle dah percutian kami ke Bandar Lagenda; Langkawi. Nak tau apa yang kami buat kat sana? nak tau bajet kami berapa? nak kerrr? cam malas jer nak menaip hahahahahhahahaha

ok, mana nak start yer... how about perancangan ke Langkawi... seperti agenda setiap tahun kami pergi melancong ke satu daerah di dalam Malaysia. dan kami pilih Langkawi.

Tiket dah beli awal dalam 3 bulan cam tu (ye la kot tak ingat bila beli). sorang kos pergi balik Sibu ke Kuala Lumpur more or less dalam RM100 jugaklah, so 7 orang kira RM700 (walaupun sorang dari KCH-KUL). kemudian kami beli tiket flight dari Langkawi ke Kuala Lumpur; total RM232 (untuk 7 orang). Ni semua tiket Air Asia yerrrr, tak able nak pakai Swiss Air hahahahaha

Then dari KUL nak ke Langkawi, kononnya nak naik keretapi, nak bagi keras bontot duduk lam tren, sudahnya, KTMB bagitau aku dah kehabisan tiket dah nokkkk.. how?? maklumlah orang balik raya haji time tu. boleh booking online yer kat ; Sini ... Ada 2 option yang tinggal, bus or airplane

1. Kalau naik bas, more or less dah RM44 sorang dari KUL ke Jeti Kuala Perlis, then kena tambah tambang feri plak ke Jeti Kuah. Harga tiket feri kalau tak silap RM20 kot (please jangan percaya bulat2, sila carik kat google info ni yer, aku malas nak carik dah). Tempoh perjalanan pulak lebih kurang cam naik keretapi jugak, kira2 8 jam naik bas, sejam lebih dalam feri. So sila pilih yer.

2. Kalau naik flight plak ada 4 jenis penerbangan yang boleh anda pilih, MAS, Firefly, Air Asia dengan Malindo. Perjalanan mengambil masa satu jam 15 minit jer, kalau jalan udara tu tak jammed la hiksssss. Alhamdulillah, aku dapat promotion tiket RM45 seorang naik Malindo Air. penerbangan ni plak ada dari KLIA2, ada jugak dari Subang Skypark. Kami punya dari Skypark.




Setelah membuat persidangan meja bulat, kami decide naik Flight jer (eh bukan aku dah bagitau ker??) Alasan mudah jer, malas nak keras kan bontot lam bas tu duk lama2. Mula2 bercadang nak duk Langkawi 2 hari 1 malam jer, tapi tukar plan 3 hari 2 malam. Kami duduk kat homestay Sukrieza, leh tengok kat Facebook; Sini


Kenapa kami pilih Homestay ni, berbanding tempat lain? bukan kat hotel mewah ker? atau duk motel tepi pantai ker? Sebab nyer mudah jer, kami pergi Langkawi sebab nak ronda menikmati suasana bukan nak duduk terperuk jer dalam rumah or bilik. Jadi tak payah nak duk kat tepi pantai sangat atau tempat yang terlampau mewah, Cukup sekadar ada tempat berteduh, mandi, tidur dan selesa. Homestay ni pun cukup selesa dengan tubuh kami yang ramai, dah macam duduk rumah sendiri pulak, layanan Kak Niza pun sangat2 baik.


Baiklah, mari memulakan ekspedisi!!!! hoyeahhhh Sesampai kat KLIA2 (first time sampai ni) mak aihhhh jauh bebenor balai ketibaannya, patah kakiku berjalan tau, rasa nak sewa wheelchair plak ekekeke Dah sampai balai ketibaan, abang aku dari KCH dah menunggu (since dia punya flight lagi awal dari kami). So kami decide makan kat KFC je la, alas perut katanya. Nak makan special2 paham2 je lah harga kat airport. (Ku harap sangat ada subsidi untuk spending kat Airport hahahaha).

Dah mengalas perut, aku cari spot nak tido lerrrr sementara nak tunggu pergi Subang keesokkannya... Ya hampunnnn merempat jer masyarakat tido bergelimpangan hahahaha well common scene lah kan, yang penting cari tempat yang ada port untuk cas telefon hahahahaha






Bangun tido, gi breakfast kat NZ Curry House, alas perut lagi katanya. Then menunggu van (airport transfer) nak ke Subang SkyPark. The best part (best ker???) driver kami tak tahu jalan nak ke Subang Airport, matilaaaaaaa. Tapi telefon dia lagi canggih dari phone aku, takkan takde GPS kot, ker buta IT lalalalallalalaa harap dia tak baca blog aku hehehehehehehe Habis area Subang tu dia pusing, sedih sangat, kesiannnnnnn.. sesampai kat SkyPark, tak makan pun maklumlah dah bawak bekal. Cari tempat bergelimpangan pulak sementara nak tunggu flight Malindo.Sepanjang kat Airport ni terngiang2 lagu Adira; Ilusi tiap kali aku tengok pramugari Firefly, rasa cam tengok Awan Dania lah pulekkk hahahaha


Cukup time, yeayyy nak berangkat dah ni... nebes ke tidak?? biasa jer kot hahahaha tapi first time naik Malindo sexcited lah jugak. hahaha [mode pengkritik jap, fesyen pramugari ni ada part cantek plak aku tengok, ada part rengserr plak aku tengok depa ni hikkkkss] Naik flight kecik jer so ada dua stewardess je lah kan, sorang tu monyok jerrr muka... sorang tu manissss angat, sesuai jadi suri hati ku, berangan tak pe kan hahahahahahhaa dah duduk lam flight tu, siap dengan penerangan keselamatan, tunggu nak terbang jer lagi, boleh plak masalah traffic jam lerrr, masalah teknikal yang tak pasti pulekk.. kena kuar dari flight, reschedule katanya. Sejam delayed yerr, merasa kelaparan yang amat albab menunggu yer... (oh by the way, aku baru tahu ada gak flight yang berlepas serentak dari same airlines, jakun plak aku tengok flight kami serentak dengan flight ke Penang. Depa nak race sapa sampai dulu ker??)


bersambung...... (kih3 ingat drama melayu je ada episod ker?? hahahhahaa)

**Episod seterusnya touch down kat Langkawi, tak ingat nak rehat..... Jeng3

Friday, September 19, 2014

I Love You Till Jannah

Assalamualaikum....

Just a short story before I go to sleep. Please read ya (matila begging).

18 September merupakan hari jadi seorang yang paling aku sayangi kat dunia ni. She the one and only. No one can ever replace her in my heart. Serius dari lubuk hati ku yang paling dalam tau. (melebihi 200% yerrr).

Although I always teased you but deep inside I want to see your smiles, Everyday. I mean it!! (tetiba emo dah kenapa???) hahahaha aku dah apahal duk speaking jer dari tadi. choyy sangat.

So walaupun lambat aku sempat menyiapkan birthday cake untuk dia. Walaupun tak cantik tapi aku tahu aku memang berbakat (riak lak pulak!!! gilerrr). Tak mampu nak bagi hadiah mahal2, cukup ler air tangan aku ni.


Saya sayang awak sampai kiamat tau, Awak mesti tau kan we will always be hero and sidekicks. I'll be your mafia, you'll be my yakuza. Muahhhhhhhhhh


Wednesday, September 10, 2014

Ku Harap Syurga Tempatmu

Jika ditakdirkan satu hari nanti aku kan pergi buat selama2nya. Mohon jangan ditanya apa sakitku, cukup sekadar kiriman doa dan Al-Fatihah untuk bekalku.


Aku rasa amat kaget apabila aku pulang dari kerja dan terus membuka laman Facebook ku. Seorang kenalan ku telah pergi menghadap Ilahi. Aku ternyata merasa sedih yang teramat, ibarat sebelah jiwaku dibawa pergi bersamanya. Arwah tidaklah ku kenali dengan begitu rapat namun jauh dilubuk hatiku, aku tahu arwah seorang yang sangat baik orangnya semasa hayat di muka bumi. Tiada secebis kenangan pahit yang mampu aku ingat mengenai arwah. Semua tentang arwah adalah kebaikan. (Ku harap jika aku pergi nanti biarlah kebaikan yang dikenang).

Sesungguhnya aku hanya kenali arwah melalui laman maya ini, tak penah bersua muka. Tidak punya rezeki untuk kami dipertemukan untuk berkongsi kenangan. Jika begini pilunya apa yang aku rasa, apatah lagi perasaan insan yang mengenali arwah dengan lebih rapat. Pasti satu kehilangan yang amat besar untuk mereka. Entah kenapa aku merasa begitu dekat dengan perasaan itu.

Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada insan2 yang menyayangi arwah sebagaimana kasih sayang yang pernah arwah curahkan kepada mereka. Aku yakin arwah seorang yang amat disenangi kerana acapkali ku lihat wajah arwah, pasti terdetik rasa yang baik2 di hatiku. Ya Allah, Kau tempatkanlah arwah dikalangan orang yang beriman.


Titis demi titis airmata aku mengalir tatkala mencoret warkah ini. Ku baca setiap doa yang dititipkan sahabat handai, saudara mara untuk arwah; pilu hatiku mengenangkan betapa kesayangan mereka dipanggil pulang mengadap yang Esa. Pasti menjadi rindu yang panjang buat mereka atas pemergiannya. (Adakah aku juga akan dirindui seperti itu satu hari nanti).

Sangat terpana aku dengan khabar ini, hingga tidak lena lelapku. Acapkali jua mendoakan arwah di kejauhan ini. Jiwaku begitu mudah terusik dewasa ini bila ada teman2 yang mendahului aku. 2014 ini begitu ramai yang aku kenali telah pergi bertemu Pencipta. Sayu, hiba semua rasa yang saling silih berganti. Saatku pula tidak tahu bagaimana kesudahannya. (ku harap segala kekhilafanku sesama manusia dimaafkan kalian).




………………………… tidak mampu ku teruskan. Al Fatihah…..

Monday, September 8, 2014

Hidup Lagi Rupanya

Assalamualaikum.....

Agak lama aku tak melatih tarian jejari aku di kelas ini. Selalu menari di papan kekunci tempat kerja. Which is boring. Hari ni aku tergerak nak menaip sepatah dua kata kat sini untuk menunjukkan aku masih lagi wujud di dunia blogger. Ok tu jer. (sepatah dua kata jer kan??)



By the way, aku dah lama dah nak mencoret tapi akibat kekangan masa kerja membuatkan aku tak larat nak menaip kat sini. Kalau nak diikutkan, terlalu banyak story yang aku mahu share kat sini. Al-maklumlah dunia blogger ni dah seumpama bestfriend aku. Hilang rasa stress bila menaip emosi kat sini.

Sepanjang 2014 ni, banyak benda yang berlaku di sekeliling aku. Tak kisah lah melibatkan aku secara angsung mahupun tidak. Serba sedikit emosi aku memang terganggu, kan aku ni manusia normal yang bertopengkan plastik. erkkkkkk Tapi kebiasaannya emosi tu goyah dalam masa sehari, aku manage untuk kawal diri keesokkan hari. Hebatkan aku hahahahahhahaha

Nak cerita panjang lagi??? sila tunggu episod esok hari, sedangkan drama korang sanggup tunggu inikan kisah lara aku yang tak berpenghujung ni hhahahahhahaha perasan. Aku nak bersiap pergi kerja dulu. tak mandi pun lagi ni tapi maintain wangi, aku pun tak tahu. :p

**menaip guna laptop abang aku ni sangat tak best. keyboard keciklahhhhhhh

Sunday, May 11, 2014

Tak Mahu Stress

Lama sangat dah tak menaip kat blog ni. Keinginan tu ada, cuma masa dan kesempatan tak mengizinkan. Coretan kali ini pun sekadar cebisan luahan sahaja.

Aku sedaya upaya untuk tidak mahu hidup dalam tekanan. Tapi makin u cuba, makin galak mereka menduga. Aku tersenyum tatkala aku terluka, aku tertawa dalam aku menahan derai airmata. Sembunyi segala perit yang ku tangggung. Semahunya aku menjerit sekuatnya biar lepas segala beban di jiwa.

Namun aku akan terus bertahan pada usia ku yang kian singkat. Biar aku menjadi hipokrit dalam menjalani hidup yang penuh kepalsuan. Aku plastik pada dunia kamu, dan kamu plastik pada duniaku.



arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe