Laa ni aku tetiba excited bila ternampak satu update kat facebook 'tangan terasa nak berblog semula....' ayat seterunya aku malas nak copy paste, jari aku penat. boleh cenggitu? hahahahah
Bila mengingatkan zaman dulu2, di blogger inilah bermulanya perkenalan aku dengan penulis, kemudian chatting menggunakan yahoo messenger. adakala rasa stress yang aku alami dulu terubat dengan membaca karya penulis, paling tidak mampu buat aku tersenyum sendiri ketika membacanya.
Dari situlah aku bermula rajin meluahkan rasa hati di blog sekiranya ada tekanan yang menimpa aku. Aku jarang meluahkan masalah aku secara lisan kepada orang lain. aku lebih gemar bermonolog, menulis dan pada ketika itu blog adalah teman tatkala aku bersedih. pada masa itu aku langsung tak peduli apa itu follower, yang aku tahu aku menulis isi hati aku.
No comments:
Post a Comment